Adsense

Khamis, 28 April 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Peraduan Jom Menonton Konsert D’lloyd di Istana Budaya

Posted: 28 Apr 2011 04:27 PM PDT

Salam pembaca Sensasi Selebriti,

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Massa Frequency ingin menghadiahkan 7 pasang tiket (jumlah kesemuanya ialah 14 keping tiket) bagi menonton Konsert Semalam di Malaysia – D'lloyd.

Konsert ini akan diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Mei ini. Ia diadakan atas permintaan peminat kumpulan ini sendiri. Sebanyak 20 buah lagu bakal dimainkan dalam konsert itu. D'Lloyd juga mengundang teman-teman seperjuangan yang tidak asing dalam kalangan peminat tempatan, Datuk Ahmad Jais.

Budiey ada 7 pasang tiket untuk diberikan kepada pembaca. Nak menang tiket konsert ini, jomlah sertai peraduan ini.

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

poster

Apa yang korang perlu buat ialah jawab 3 soalan dan menulis slogan kreatif berkenaan dengan konsert ini. Itu sahaja. Senang je kan?

Tempoh Peraduan: 29 April 2011 hingga 4 Mei 2011

Pembaca hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & mencipta slogan kreatif berikut:

Soalan 1:
Siapakah vokalis kumpulan D'lloyd?

Soalan 2:

Dimanakah dan bilakah konsert ini akan diadakan?

Soalan 3:
Siapakah artis jemputan untuk mengadakan persembahan di konsert ini?

Cipta slogan paling KREATIF:
Saya ingin menonton Konsert D'lloyd di Istana Budaya kerana… (tidak lebih dari 20 perkataan)

Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada jawaban tepat serta slogan paling kreatif.

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Jom Menonton Konsert D'lloyd di Istana Budaya

Tarikh tutup peraduan:
4 Mei 2011

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan disiarkan di blog Sensasi Selebriti & diberitahu melalui email.
  3. Tiket hendaklah dituntut pada hari persembahan. Budiey akan berikan nombor telefon untuk dihubungi bagi mengambil tiket anda.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang. Selamat Mencuba!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Konsert D'Lloyd Semalam di Malaysia
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Poster Konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya
  • Sekitar Persiapan Konsert Semalam di Malaysia D'lloyd
  • Konsert Idris Saidi & Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya
  • Konsert Ella di Istana Budaya
  • Konsert Mingguan Akademi Fantasia Di Istana Budaya?
  • Dato Siti Nurhaliza Cari Dana Untuk Konsert di Istana Budaya
  • Konsert D'lloyd Semalam di Malaysia Bakal Gegarkan Istana Budaya
  • Peraduan Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sekitar Persiapan Konsert Semalam di Malaysia D’lloyd

    Posted: 28 Apr 2011 04:08 PM PDT

    Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Kumpulan D'lloyd bakal beraksi di Istana Budaya, Kuala Lumpur selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Mei ini. Ia diadakan atas permintaan peminat kumpulan ini sendiri. Dikatakan, kira-kira 20 buah lagu bakal dimainkan dalam konsert itu. D'Lloyd juga mengundang teman-teman seperjuangan yang tidak asing dalam kalangan peminat tempatan, Datuk Ahmad Jais.

    Konsert itu akan dipimpin oleh pengarah muzik tersohor, S. Atan. Budiey dikhabarkan kumpulan lagenda ini akan tiba di KLIA pada 3 Mei ini.

    Ini pesanan suara dari Sam khusus buat peminat D'lloyd:

    Persembahan gah itu dikatakan akan menjadi manifestasi perjuangan tanpa henti D'Lloyd selepas lebih tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia muzik sekaligus dianggap sebagai legenda hidup yang menjadi ikon kepada kumpulan lain.

    Pada 11hb. April, 2011 lalu, penganjur konsert ini iaitu Massa Frequency telah berangkat ke Jakarta untuk bertemu dengan ahli anggota Dlloyd yang giat membuat latihan di studio B Bop di Jakarta, Indonesia.

    D'lloyd

    Ahli kumpulan mereka terrdiri dari Bartje Van Houten (pemain gitar dan ketua kumpulan), Sam Dlloyd (vocalist utama), Chairul Daud (pemain Drum), Yuyun (Flute), Candra Chasmala (keyboard) dan Adiel (bass).

    Pada hari tersebut, kumpulan D'lloyd telah membuat latihan untuk lagu-lagu popular seperti Cinta Hampa, Titik Noda, Mengapa Harus Jumpa, Semalam di Malaysia dan beberapa lagu yang lain.

    Ketua kumpulan Pak Bartje Van Houten berkata bahawa beliau tidak sabar untuk membuat persembahan di Istana Budaya. Malah peminat dari Malaysia ada menelefon beliau dan menyatakan mereka berbesar hati dan tidak sabar menunggu untuk menyaksikan Konsert tersebut.

    Konsert Dlloyd "Semalam di Malaysia" akan berlangsung pada 6hb, 7hb dan 8hb Mei, 2011 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Sesiapa yang ingin menyaksikan kehebatan Dlloyd dan mengenang semula nostalgia 70an dengan lagu-lagu mereka seperti Cinta Hampa, Semalam di Malaysia, Mengapa Harus Jumpa, Oh, Tak Mungkin, Khayal dan penyair, dan Keagungan Tuhan adalah lagu-lagu yang paling digemari di kalangan peminat Dlloyd di Malaysia.

    Tiket berharga serendah RM68, RM98, RM128, RM168, RM208, RM258, RM308, RM458 boleh dibeli di kaunter box office di Istana Budaya atau layari www.ticket2u.com atau telephone : 03 41478600 atau 019 3391445.

    Kepada peminat-peminat D'lloyd yang ingin menyaksikan Konsert D'lloyd pada 6, 7 & 8 Mei dan ingin menetap di Royale Chulan Kuala Lumpur, pihak hotel akan memberikan discount sebanyak 20 hingga 25% potongan dengan menunjukkan ticket pembelian semasa membuat tempahan penginapan. Keterangan lanjut atau boleh menghubungi Hotel Royale Chulan di 03-2688 9688.

    7. Untuk mengikuti perkembangan Dlloyd sila lah layari: www.konsertdlloyd2011.com.

    Budiey ada 10 keping tiket untuk diberikan kepada pembaca Budiey.com. Jadi, kepada peminat kumpulan ini, jangan lupa untuk melayari blog ini dari masa ke semasa untuk menyertai peraduan.

    D'lloyd

    D'lloyd

    D'lloyd

    D'lloyd

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Konsert D'Lloyd Semalam di Malaysia
  • Konsert D'lloyd Semalam di Malaysia Bakal Gegarkan Istana Budaya
  • Peraduan Jom Menonton Konsert D'lloyd di Istana Budaya
  • Celine Dion Datang Malaysia 4 April ini
  • Konsert Double Trouble Wings & Search
  • Sneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain
  • Ulasan Konsert Akademi Fantasia 7 Minggu Pertama
  • Gambar Selebriti di Karpet Merah Konsert Tribute P.Ramlee
  • Rakaman Raya Bersama Fara di Studio 2 NTV7
  • Opening Act Coda, Saida dan Sairah di Konsert Seribu Warna
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.