Adsense

Khamis, 30 Disember 2010

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Sudah lama sabar

Posted: 29 Dec 2010 02:18 PM PST

Hip

Akhirnya impian Elly muncul dengan album terbaru tercapai

KARIER seninya bermula sebagai penyanyi. Siapa yang boleh lupa akan suaranya ketika lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Bicara Kasih, Merry Go Round, yang bait liriknya cukup menyentuh hati.

Sememangnya, pemilik nama penuh Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi atau lebih dikenali dengan panggilan Elly Mazlein ini dikenali kerana bakat semula jadinya. Namun, sejak kebelakangan ini, namanya seakan-akan sepi dalam bidang nyanyian. Sebaliknya, wajah Elly Mazlein ini sering kelihatan di layar kaca. Bakatnya kini lebih kerap kelihatan melakonkan watak demi watak menerusi drama dan telefilem.

Apakah dia melupakan bidang seni suara yang pernah menaikkan namanya atau sekadar berehat seketika?

Ditemui ketika menghadiri pelancaran drama Seruan Pulau Nami baru-baru ini, Elly mempunyai berita baik untuk dikongsi bersama peminatnya.

Dengan perasaan teruja, dia memberitahu, penantian selama lima tahun bakal berakhir apabila album terbarunya bakal muncul tidak lama lagi dan ia diterbitkan oleh komposer, Julfekar.
"Bukan niat untuk tak nak menyanyi, tapi Elly banyak memenuhi tawaran berlakon membuatkan terpaksa melupakan bidang itu buat seketika. Namun tak nafikan yang Elly memang rindu sangat hendak menyanyi. Alhamdulillah, Elly kini sudah bernaung di bawah syarikat rakaman Millenium Art milik abang Julfekar dan sekarang dalam pembikinan album terbaru.

"Disebabkan bahan-bahannya sudah ada, kali ini memang Elly sudah bertekad meluangkan masa merakamkan lagu untuk album ini. Sekarang Elly baru rakam dua lagu yang berjudul Please Forgive Me dan Kata Saja I Love You. Untuk single pertama Elly, kami memilih lagu Please Forgive Me yang dicipta oleh Julfekar" katanya.

Seakan-akan mengerti apa yang bermain di minda penulis, Elly menjelaskan dua lagu itu sengaja diberi judul sedemikian kerana mahu mencipta kelainan sekali gus mencipta gimik bagi menarik perhatian peminat.

"Kedua-dua buah lagu itu sebenarnya dalam Bahasa Melayu tetapi judulnya memang sengaja diberikan untuk memancing perhatian peminat. Elly sendiri sebenarnya sudah tidak sabar untuk melihat reaksi peminat selepas mereka mendengarkan lagu dalam album ini. Seronok dan teruja rasanya.

"Maklum sajalah, sudah lama tidak bertemu mereka, jadi bila sudah ada lagu baru, barulah bersemangat. Pertama kali bekerjasama dengan Julfekar, Elly menyifatkan gandingan dengan komposer kontroversi itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan walaupun mengakui pernah mendengar cerita kononnya Julfekar memang suka bergaduh dengan penyanyi di bawah pengurusannya.

"Tapi daripada apa yang saya lihat dan lalui, Julfekar sangat profesional ketika bekerja dan setakat ini saya selesa apabila bekerjasama dengannya," kata Elly.

Tidak rahsiakan perkahwinan

SEPANJANG mengenali penyanyi ini, pelbagai gosip hangat dilemparkan kepadanya sehingga dia pernah menitiskan air mata ketika menjawab segala dakwaan nakal itu.

Terbaru, Elly dikatakan sudah pun bergelar isteri seorang kenamaan dan pernikahan itu dilangsungkan secara senyap-senyap.

Andaian itu tersebar luas apabila Elly dikatakan mengambil cuti selama dua bulan dari bidang lakonan. Apakah cuti rehat yang diambil Elly sebenarnya adalah cuti kahwin yang dirahsiakan dari media?

Menjawab soalan itu, sekali lagi penyanyi ini menegaskan bahawa dia masih solo dan tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

"Saya sedar selama ini media banyak membantu saya dalam membina kerjaya sehingga ke tahap ini. Jadi takkanlah saya nak merahsiakan hari bahagia ini dari anda semua. Gosip mengatakan saya sudah berkahwin tidak benar.

"Saya sudah penat menjawab gosip mengenai perkahwinan ini. Bukan sekali dua tetapi sudah banyak kali saya dikatakan sudah berkahwin. Apabila tiba masanya nanti dan sampai jodoh, saya akan menjemput kawan-kawan media untuk sama-sama meraikan hari bahagia saya ini," katanya sambil mengakui kurang selesa apabila bercakap soal peribadi berlebih-lebihan.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Haris juara baru Idola Kecil

Posted: 29 Dec 2010 02:13 PM PST

Hip

SI JUARA, Haris dengan bapanya, Nor Rashid Abdul Rashi dan ibunya, Khaliza Abdul Khalid.

SI JUARA, Haris dengan bapanya, Nor Rashid Abdul Rashi dan ibunya, Khaliza Abdul Khalid.

Program realiti di TV9 catat rating hingga 1.3 juta penonton

SEKALIPUN hanya mengetengahkan daripada bakat kecil berusia 11 dan 12 tahun, namun pertandingan akhir program realiti Idola Kecil musim ketiga terbitan TV9 yang berlangsung Sabtu lalu, mendapat sambutan memberangsangkan kerana mencatatkan rating sehingga 1.3 juta penonton.

Ini membuktikan Idola Kecil musim ini dianggap menakjubkan penonton bukan sahaja di kalangan anak-anak kecil tetapi juga isi keluarga. Setiap kali disiarkan di TV, studio mahupun radio, ia memberi kesan luar biasa kepada pendengar dan penonton kerana suara pesertanya yang mengagumkan. Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin berkata, persembahan yang ditunjukkan oleh setiap peserta dalam Idola Kecil 3 semakin meningkat dari musim pertama hinggalah ketiga.

Namun, tidak dapat dinafikan pada musim ketiga ini, persembahan mereka, terutama daripada segi vokal semakin bermutu sehingga menyukarkan Atilia selaku juri tetap dan barisan juri jemputan mingguan memberi markah.

"Sehingga pernah ketika konsert kelima (episod keenam), kelapan-lapan peserta mempunyai pemarkahan yang sama rata dan pihak penerbitan terpaksa mengekalkan kesemua mereka dan penyingkiran dilakukan pada minggu seterusnya. Secara jujurnya, kami amat bangga dengan program Idola Kecil kami ini kerana ia telah mencungkil bakat luar biasa kanak-kanak.

"Kami juga amat bangga dengan Idola Kecil 3 kerana program ini bukan hanya mencungkil bakat besar kanak-kanak, tetapi ia juga telah menjadi rujukan dan pemangkin kepada program realiti kanak-kanak yang lain dan kini bagaikan menjadi satu trend ikutan dalam bidang penyiaran di Malaysia," tambah beliau lagi.
Idola Kecil 3 yang disiarkan setiap Sabtu bermula 6 November lalu. Sepanjang dua bulan pembabitan dalam menggapai gelaran Idola Kecil, semua peserta menjalani kelas vokal dan tarian bagi menggilap bakat sedia ada. Tiada erti penat dalam kamus diri mereka kerana minat yang begitu mendalam dalam bidang ini. Bersama guru berkaliber, seperti Alfa Booty (pengarah muzik), Cikgu Delly (vokal) dan Cikgu Affizal (tarian), latihan diadakan dengan penuh dedikasi untuk memastikan hanya yang terbaik pada malam kemuncak ini.

Selepas melalui enam konsert mingguan penuh kejutan, lima daripada 10 peserta Idola Kecil 3 berentap di pentas akhir dengan dua lagu bagi setiap peserta. Satu lagu adalah lagu ciptaan daripada tenaga pengajar dan komposer berpengalaman seperti Alfa Booty, Rumie Booty, Delly, Ayeos, Badrul Stellar, dan penulis liriknya Ad Samad, Tisya dan Brika Amri. Satu lagi adalah lagu popular masa kini.

Persembahan dan vokal terbaik diberikan oleh kesemua peserta dan Harris, Hadi, Puteri, Shazlin dan Balqis memberikan persembahan yang paling berkualiti pada malam kemuncak Idola Kecil ini.

Finalis yang berentap pada peringkat akhir Idola Kecil 3 ialah Abdul Hadi Mazlan atau Hadi, Puteri Aszfaryna Khareeza (Puteri), Nor Harris Alif Rashidi (Harris), Nor Balqis Ahmad Tajuddin (Balqis) dan Shazlin Salamat (Shazlin).

Konsert akhir yang dihoskan oleh Alif Satar ini menyaksikan finalis dinilai bukan sahaja dari segi vokal, malah tarian, penghayatan dan lakonan. Raja Putri Atilia Raja Haron (Atilia) juri tetap kepada program ini akan berpasangan dengan juri jemputan Adnan Abu Hassan.

Sebagai pelengkap konsert penuh debaran ini nyanyian lagu Di Akhir Garisan didendangkan oleh semua peserta, termasuk mereka yang tersingkir pada minggu sebelum ini iaitu Nurhamilya Adiba Hamzaidi (Adiba), Nadeera Allysha Aminudin (Deera), Farra Noradzlina Safwan (Farra), Muhammad Afif Abdul Halim (Afif) dan Angelica Paujin (Angel).

INFO: Pemenang Idola Kecil 3

  • Juara: Harris (hadiah wang tunai RM10,000)
  • Tempat kedua: Puteri (hadiah wang tunai RM5,000)
  • Tempat Ketiga: Balqis (hadiah wang tunai RM3,000)
  • Tempat hingga ke-10, masing-masing menerima RM1,000.
    Selain wang tunai, semua peserta diberikan trofi dan sijil penghargaan daripada TV9.
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    - Blog Hanz -

    - Blog Hanz -


    Maksud Logo Google

    Posted: 29 Dec 2010 04:23 PM PST

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


    Gambar Julie Woon bercium dengan kaum sejenis tersebar

    Posted: 29 Dec 2010 05:20 PM PST

    Gambar Julie Woon yang bercium dengan kaum sejenis ni telahpun tersebar ke alam maya baru-baru ini, Terkejut sekejap MyGosip tengok gambar ni.. Tertanya-tanya juga kami adakah Julie Woon ni seorang lesbian.. Tapi dia pernah je bercinta dengan lelaki sebelum ni.. Julie Woon sudahpun memberikan respon mengenai gambar cium dia dengan kaum sejenis ni.. Jom kita baca apa kata Julie Woon…

    "Apa-apa pun diakui itu adalah saya dan gambar tersebut diambil ketika di zaman sekolah. Ia berlaku secara tidak langsung dan suka-suka sahaja bersama kawan-kawan wanita saya. Di sini saya ingin menegaskan yang saya bukan lesbian"

    "Kerana gambar itu juga, saya sudah dicop sebagai wanita lesbian dan ramai wanita lesbian yang mula menghantar SMS kepada saya,"

    "Saya pun tak tahu apa yang saya fikirkan ketika perkara itu berlaku kerana ia agak melampau walaupun ia sekadar suka-suka sahaja.

    "Perkara itu membuatkan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang baik dari segi pemakaian, percakapan serta cara pengambilan gambar kerana sebagai seorang selebriti, masyarakat akan melihat baik buruk saya". (Petikan diambil dari Mstar online)

    Tambah Julie Woon lagi.. dia menyesal dengan perbuatanya dahulu dan dia akan lebih berhati-hati lagi di masa hadapan..

    Apa-apa pun MyGosip respect kat Julie Woon ni.. Dia mengaku dan menyesal dengan perbuatan dia.. Tak macam sesetengah artis tu.. mesti cakap ni gambar superimpose.. huhuhuhuhu.. Lu Pikir La Sendiri..

    Julie Woon bercium dengan perempuan


    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Himpunan Kisah Sensasi

    Himpunan Kisah Sensasi


    Pakaian Paltrow cetus perhatian

    Posted: 29 Dec 2010 03:14 PM PST

    du 05.1 Pakaian Paltrow cetus perhatian

    PAKAIAN Gwyneth Paltrow mencuri perhatian dalam majlis tayangan perdana filem Country Strong di sebuah pawagam Beverly Hills, California pada Selasa lalu.


    BEVERLY HILLS – Pelakon yang popular menerusi filem Iron Man, Gwyneth Paltrow, 38, tampil berani dengan tidak memakai seluar dalam ketika menghadiri tayangan perdana filem terbarunya berjudul Country Strong, lapor sebuah akhbar semalam.

    Pada malam Selasa lalu, Paltrow kelihatan memakai skirt labuh lengan panjang berwarna putih.

    Skirt yang dipakai oleh pelakon siri televisyen popular, Glee itu kelihatan sopan dengan menutup keseluruhan tubuhnya jika dilihat dari depan, tetapi ia terbelah pada bahagian tepi paha dan tubuh belakangnya.

    Belahan itu jelas menunjukkan bahawa dia tidak memakai seluar dalam.

    Pakaian tersebut adalah rekaan pereka terkenal, Emilio Pucci. – Agensi

    /// kosmo ////

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Hiburan

    Kosmo Online - Hiburan


    Sein artis terakhir bercerai 2010

    Posted:

    Sein artis terakhir bercerai 2010

    Sein artis terakhir bercerai 2010

    Oleh HARYATI KARIM
    haryati.karim@kosmo.com.my



    PENUTUP tahun 2010 dilengkapkan dengan berita perceraian penyanyi dan pelakon Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein, 27, yang dikira mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini tiada sebarang petanda mengenai keretakan hubungan mereka.

    Baik Sein mahu pun Nana, 26, kedua-duanya mengunci mulut mengenai punca perpisahan mereka setelah hidup bersama selama empat tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy yang berusia setahun.

    Sein yang ditemui selepas majlis Anugerah Skrin 2010 berakhir seperti sudah dapat menghidu soalan yang ingin diajukan kepadanya dan dengan terbuka meminta wartawan bertanya apa sahaja persoalan yang bermain di kepala.

    Meskipun enggan membuka mulut tentang punca perceraian, Sein menjelaskan tiada lagi persefahaman antara mereka merupakan salah faktor perpisahan.

    "Kami tidak dapat cari persefahaman, lebih baik berpisah. Tentang berapa lama hubungan kami bermasalah biarlah saya simpan. Itu sahaja yang boleh saya kongsi," ujar bekas anggota kumpulan Ruffedge itu minta difahami.

    Disoal lagi mungkinkah wujud orang ketiga dalam hubungan mereka atau mungkin mereka juga mangsa badi program Sehati Berdansa memandangkan mereka merupakan pasangan ketujuh yang berpisah daripada program tersebut, Sein menjawab tenang:

    "Jika wujud orang ketiga tidak mungkin kami akan berpisah dengan cara baik. Itu hanyalah gosip sahaja. Mengenai badi program Sehati Berdansa, perkara ini semua berlaku secara kebetulan.


    BIARPUN berpisah, Sein dan bekas isterinya, Nana, tidak pernah berdendam.


    "Saya tidak percaya mengenai badi kerana sebagai seorang Islam, saya percaya dengan ketentuan Allah. Perpisahan kami adalah menerusi perbincangan, setelah kedua-dua kami bersetuju untuk berpisah barulah perceraian itu berlaku," jelas juara program Sehati Berdansa musim ketiga itu lagi.

    Hubungan masih baik

    Meskipun telah bercerai, hubungan Sein dengan bekas isteri masih baik seperti biasa. Malah, tidak berlaku perebutan hak penjagaan anak kerana kedua-duanya telah bersetuju untuk menjaga anak secara bersama.

    "Saya dengan Nana masih lagi baik, kami masih berhubung melalui telefon. Tentang hak penjagaan anak, kami menjaga mereka bersama-sama. Saya bebas untuk berjumpa anak pada bila-bila masa.

    "Baju yang saya pakai untuk majlis anugerah ini juga dipilih oleh Nana. Jadi, tidak timbul sebarang isu kami berdendam atau bermasam muka," luahnya.

    Jika hubungannya dengan bekas isteri masih baik, mungkinkah ada kemungkinan yang mereka akan bersatu semula sebagai suami isteri? Kata Sein, perkara itu tidak mustahil untuk berlaku.


    SEIN menafikan kewujudan insan ketiga sebagai punca perceraiannya.


    "Saya kasihan anak-anak kerana mereka masih kecil, kami telah usahakan yang terbaik. Sebab itu kami tidak mahu perpisahan ini menjejaskan mereka.

    "Untuk rujuk semula itu mungkin ada kerana jika itu kehendak Allah, ia tetap akan berlaku. Sebagai hamba, saya hanya mampu berdoa yang terbaik," ucapnya yang berpisah dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 8 Disember lalu.

    Apabila disoal sudahkah dia bersedia untuk mencari pengganti teman hidupnya, diam seketika lalu Sein terus menggelengkan kepalanya.

    "Saya tidak terfikir pun mahu cari pengganti kerana dalam fikiran saya sekarang ini hanyalah kerja dan anak-anak," tuturnya.

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Pembuka Tirai Astro Oasis 2011

    Posted:

    Pembuka Tirai Astro Oasis 2011

    Pembuka Tirai Astro Oasis 2011


    IZELAN (tengah) bersama Imam Muda Taufek (kanan) dan Rini AF.


    ASTRO Oasis membuka tirai 2011 dengan memperkenalkan sebuah program kuiz kekeluargaan Islam berjudul Famili Sarjana bermula 1 Januari nanti pukul 7.30 malam.

    Program 13 episod itu merupakan program berbentuk kuiz pertama berperanan memperkasakan institusi kekeluargaan Islam yang akan dikendalikan oleh dua pengacara baru iaitu Rini AF dan peserta Imam Muda, Mohd. Taufek Mohd. Noh.

    Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, program ini membawa pendekatan berlainan berbanding program sedia ada.

    Ini kerana ia akan membawa pendekatan perkongsian ilmu dalam keadaan santai dan hiburan ringan, tetapi mencabar peserta dengan pelbagai soalan yang berkaitan lima perkara utama yang terkandung dalam Rukun Islam.

    "Ia bukan bertujuan untuk mengaibkan peserta yang tidak dapat menjawab tetapi berkongsi ilmu agama yang selama ini ada yang tidak memandang berat tentang perkara tersebut," jelasnya.

    Famili Saujana juga merupakan rancangan kuiz yang menyaksikan dua buah keluarga bersaing setiap minggu untuk menjawab soalan keagamaan meliputi lima perkara yang terkandung dalam Rukun Islam iaitu syahadah, solat, puasa, haji dan zakat.

    Hadiah utama bagi pemenang ialah pakej umrah ke Tanah Suci dengan tajaan penuh disediakan seisi keluarga.

    Menurutnya lagi, pemilihan kedua-dua pengacara ini adalah berdasarkan kelebihan kedua-dua selebriti yang menjadi ikon kepada masyarakat.

    "Kita lihat keserasian antara Mohd. Taufek dan Rini, mampu menarik penonton untuk menonton rancangan ini memandangkan kedua-dua selebriti ini mempunyai pengikut tersendiri yang mana mampu menarik golongan muda untuk menonton rancangan berbentuk keagamaan ini," katanya.

    Program ini memerlukan kerjasama atau gabungan tiga orang ahli keluarga terdekat seperti ibu, bapa dan anak dan setiap keluarga akan bersaing dalam lapan saringan setiap minggu sebelum empat yang terbaik akan bersaing di peringkat separuh akhir.

    Dua buah keluarga terbaik akan berjaya berentap di peringkat akhir sebelum sebuah keluarga dinobatkan sebagai Famili Sarjana.

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Rap

    Harian Metro: Rap


    Hala tuju baru Ning Baizura

    Posted: 29 Dec 2010 06:34 AM PST

    KE mana agaknya Ning Baizura Hamzah menghilang? Lama sudah peminat tidak menyaksikan Ning beraksi di pentas seperti mana yang kerap dilakukannya beberapa tahun lalu dalam pelbagai majlis anugerah dan konsert yang gah.

    Itu antara pertanyaan kerap diajukan peminat terhadap penyanyi pop soprano Malaysia itu sejak beberapa tahun lalu melalui laman sosial Facebook (fb), twitter, Myspace, YouTube dan e-mel.

    Tidak selamanya mahu menyepi, kerinduan buat Ning akan terubat apabila dia kembali menerusi sebuah showcase berupa konsert mini di Celebrities Club di Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 31 Disember ini.

    Bermakna ia bagi memeriahkan acara sambutan tahun baru 2011 khususnya bagi warga kota.


    Untuk persembahan terbaru itu, Ning akan menyampaikan koleksi lagu popularnya termasuk dendangan dari album terbarunya, Dewa.

    Persembahan Ning akan berlangsung selama satu setengah jam, diiringi 'live band' profesional bermula jam 10 malam.

    Sejak kali terakhir menghasilkan album Erti Pertemuan pada 2004, Ning seolah-olah menyepi diri. Apakah benar Ning sudah mengalah kepada artis baru?

    "Saya belum mengalah dan belum terlintas nak bersara. Selama berdiam diri daripada sebarang publisiti besar, saya masih menyanyi dalam persembahan tertutup dan undangan korporat di merata tempat.

    "Malah, bagi warga kota KL, mereka tahu saya juga ada menjayakan teater muzikal Shout! di Matic, beberapa bulan lalu. Cuma untuk acara di kaca TV, saya agak kurang muncul sebab sibuk dengan pembikinan lagu di studio.


    "Saya juga terbabit dengan kerja selam skuba di pantai timur tajaan syarikat korporat. Kami bertungkus-lumus membersihkan pantai yang tercemar dengan sisa bahan buangan. Semuanya bertujuan memelihara hidupan marin yang kian terancam," kata Ning.


    Bercakap mengenai album Dewa, Ning berkata ia akan dipasarkan ke seluruh Malaysia bulan depan.

    "Dalam bahasa Sanskrit, dewa bermaksud cahaya. Ia akan menterjemahkan hala tuju baru saya sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan penghibur.

    "Album baru ini saya terbitkan sendiri bersama Audi Mok. Dewa lahir menerusi gabungan syarikat kami, Happenings dan Satu Entertainment.


    "Dewa menampilkan lapan lagu berkonsep balada, pop, elektro dan tarian termasuk dua single utama, Mama Papa dan Raksasa yang sudah mula dimainkan di radio tempatan," katanya.

    Bercakap mengenai teras album baru yang lebih dekat dengan masyarakat urban, Ning berkata, Dewa tidak mempunyai konsep tertentu sekalipun menampilkan lagu rancak elektro dan tarian.


    "Masih ada lagu balada kerana itu juga kekuatan diri saya. Saya mahu peminat merasai frasa perubahan hidup saya. Saya tak pernah berasa seronok seperti sekarang.


    "Buat masa ini, saya bersyukur dengan kehidupan sekarang. Mendapat sokongan suami, dua anak tiri perempuan berusia sembilan dan 10 tahun yang saya akan jenguk tiga kali setahun di England membuatkan saya rasa bahagia dan berharap dapat menimang cahaya mata sendiri satu hari kelak.

    "Paling penting, penghasilan album terbaru ini adalah selepas enam tahun sejak Erti Pertemuan pada 2004.

    "Ia bersifat peribadi untuk dikongsi dengan peminat saya. Pendengar akan dapat melihat karakter Ning lebih segar dan ceria, seolah-olah bintang baru yang tersenyum puas selepas menjuarai sesebuah program realiti TV.


    "Pemilihan Audi Mok selaku produser bersama dan komposer sepenuhnya dibuat atas dasar persahabatan, kepercayaan dan kualiti kerjanya yang sudah lama terbukti.

    "Malah, saya turut menulis lagu berjudul Propagandamu bagi dimuatkan dalam Dewa," jelas Ning.


    Sempena kelahiran album solo itu, Ning yang berkemampuan menyanyi dalam tujuh bahasa sedang merancang konsert jelajah seluruh Malaysia.


    "Konsert berkenaan akan diakhiri di Istana Budaya sempena Festival Muzik KL 2011 pada tahun depan. Saya harap peminat setia dan baru dapat menerima kehadiran album Dewa dengan hati terbuka.

    "Untuk persembahan pada 31 Disember ini, saya akan menyanyikan beberapa lagu baru yang dipetik dari Dewa. Saya memang rindukan semua peminat dan bagi yang berada di sekitar Lembah Klang, jangan lupa datang ke Solaris malam tahun baru nanti," katanya.


    Tiket konsert mini Ning di Mont Solaris boleh didapati pada harga RM100 seorang termasuk minuman pertama.

    >Profil
    NAMA PENUH: Ning Baizura Sheikh Hamzah
    PANGGILAN: Ning
    TARIKH LAHIR: 28 Jun 1975
    UMUR: 35 Tahun
    ASAL: Kajang, Selangor
    KERJAYA: Penyanyi dan pelakon
    STATUS: Berkahwin
    SUAMI: Omar Sharif Christopher Layton Delton
    ALBUM: Dekat Padamu (1993), Ning (1994), Teguh (1995), Ke Sayup Bintang (1997), Always (1997), Pujaan Ku (1999), Natural Woman (2001- AMS Records,Japan), Selagi Ada (2003), Erti Pertemuan (2004), * 2006 - 3113 (Greatest Hits - 2006) dan East To West (2008)
    FILEM: Gemilang, Maria Mariana 2, Bara, Mimpi Moon, Malaikat Di Jendela, Azura 2003 (Telemovie), Lady Boss, Diva, Muallaf dan Magika
    TEATER: The Storyteller dan Shout! The Mod Musical

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Finas beri penjelasan

    Posted: 29 Dec 2010 06:20 AM PST

    LUAHAN hati produser Pengedaran J.A.S Sdn Bhd, Raja Azmi Raja Sulaiman mengenai nasib filem terbarunya, ... Dalam Botol yang disiarkan melalui ruangan Karpet Merah pada Sabtu lalu mendapat reaksi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

    Melalui kenyataan akhbar yang dihantar Isnin lalu, Penolong Pengarah Komunikasi Korporat Finas, Mohd Fazli Abdul Aziz menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku untuk mengelakkan timbul kekeliruan apabila Finas dikatakan berkira sangat hingga menangguhkan tarikh tayangan filem berkenaan.


    Katanya, Finas berbuat demikian apabila Pengedaran J.A.S yang menerbitkan filem ... Dalam Botol masih tidak menjelaskan baki kos khidmat sewaan kemudahan Studio Digital Mix Stage dan pusat pasca produksi Finaspost berjumlah RM96,173.

    "Walaupun begitu, Finas memahami kesulitan produser berkenaan hingga mencadangkan supaya sebahagian baki hutang itu dibayar oleh syarikat dan bakinya dijelaskan menerusi kutipan filem. "Ekoran itu, Jawatankuasa Skim Wajib Tayang (SWT) menerima surat dari Metrowealth Pictures Sdn Bhd bertarikh 6 Disember lalu menyatakan persetujuan untuk menjelaskan baki sewaan berkenaan selaku pengedar filem ... Dalam Botol. Metrowealth juga bersetuju melunaskan 30 peratus dari jumlah keseluruhan iaitu sebanyak RM28,911.90 dalam masa terdekat. "Finas ingin menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab kami untuk membantu pihak industri tanpa sebarang prejudis atau diskriminasi. "Di atas sifat itu, kerja-kerja produksi filem ... Dalam Botol dilaksanakan tanpa mengambil wang deposit. Malah, kadar sewaan kemudahan dikenakan pada kadar yang amat munasabah. "Berdasarkan kontrak sewaan kemudahan, produk akhir tidak boleh dikeluarkan sehingga semua pembayaran berkaitan dijelaskan. "Finas hanya membenarkan sampel digunakan sebagai penilaian untuk kegunaan Pengedaran J.A.S. Sebarang tindakan yang bertentangan adalah dianggap melanggar kontrak sewaan," katanya.


    Jelas Fazli, bagi membantu filem ... Dalam Botol, Jawatankuasa Syarat Wajib tayang juga menimbang dan bersetuju untuk menetapkan tarikh slot tayangannya pada 24 Mac.


    "Pengedaran J.A.S berpeluang untuk menjelaskan baki bayaran sewaan dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh Wajib Tayang berkenaan. Oleh itu, dalam perkara ini Finas sentiasa memberi keutamaan dalam hal-hal berkaitan kepentingan industri perfileman negara. "Diharap dengan penjelasan ini memberi kefahaman yang lebih jelas serta dapat mengelakkan kekeliruan di kalangan pembaca dan kalangan karyawan seni berhubung isu berkenaan," katanya.

    Ruangan Karpet Merah Sabtu lalu melaporkan rasa terkilan Raja Azmi dengan nasib menimpa .... Dalam Botol apabila Jawatankuasa Syarat Wajib menangguhkan tarikh tayangannya disebabkan dia masih berhutang.


    Pada awalnya, tarikh tayangan filem itu ditetapkan pada 10 Februari, tetapi kini tayangannya ditangguhkan ke satu tarikh lain, sehinggalah Raja Azmi melangsaikan baki hutangnya terlebih dulu.

    Akui Raja Azmi, dia sedar selama ini Finas bukan tidak membantunya, tetapi dalam masalah ini, dia tergamam dengan surat yang diterimanya dari Finas memintanya menjelaskan dulu segala-galanya, seolah-olah tiada langsung pertimbangan, belas kasihan dan kompromi untuk membantu produser kecil (berjiwa besar) sepertinya.


    "Dengan adanya kemudahan Mixstage Studio di Finas, saya ingat ia akan dapat meringankan beban produser persendirian seperti saya. Memang kita tidak payah lagi ke luar negara sebab semuanya boleh dibuat di Finas seperti sewa kamera, suntingan, adunan akhir dan kine transfer.


    "Saya bukannya mahu minta percuma. Tidak. Ini kerana saya mahu bayar selepas mendapat kutipan daripada tayangan ... Dalam Botol nanti. Kalau terlalu berkira dengan produser, lebih baik saya hantar saja filem saya itu untuk diproses di luar negara. Di sinilah peranan Finas untuk membantu produser tempatan yang mahu menggerakkan industri perfileman Malaysia," beliau dipetik sebagai berkata.


    Kata Raja Azmi, dia akhirnya terpaksa meminta bantuan rakannya, David Teo dari Metrowealth untuk membantu memberikan wang pendahuluan membayar beberapa peratus daripada jumlah RM96,000 itu kerana MIG yang akan memasarkan filem itu.


    Dengan tarikh baru ... Dalam Botol pada 24 Mac, bermakna filem kontroversi mengenai konflik dialami lelaki yang menukar jantina, jatuh cinta dengan wanita ini, berhadapan risiko apabila satu filem ditayangkan selang seminggu bermula Mac tahun depan bagi mengatasi masalah lambakan filem yang menanti tayangan.


    Untuk Januari, dua filem ditayangkan selang dua minggu sebagaimana biasa bermula Khurafat pada 13 Januari diikuti Haq (27 Januari) manakala Februari pula, Sini Ada Hantu pada 10 Februari dan Kembar Siang (24 Februari).


    Filem yang sudah ditetapkan tarikh tayangannya sepanjang Mac ialah Hikayat Merong Mahawangsa pada 10 Mac, Ratu The Movie (17 Mac), ... Dalam Botol (24 Mac) dan Cun (31 Mac).

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Rabu, 29 Disember 2010

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Malaysia Menang AFF Suzuki Cup, Tahniah Harimau Malaya!

    Posted: 29 Dec 2010 06:07 AM PST

    Screen shot 2010 12 29 at 9.56.42 PM Malaysia Menang AFF Suzuki Cup, Tahniah Harimau Malaya!90 minit yang mendebarkan, Malaysia menang aggregate 4-2 dengan kelebihan 1 gol di tempat lawan sempena final AFF Suzuki Cup yang berlangsung di Jakarta, malam tadi.

    Segulung tahniah buat Harimau Malaya, dan jurulatih Rajagopal yang berjaya menyemarakkan kembali semangat bola di kalangan peminat Malaysia. Jujur kata, bukan mudah sebenarnya nak melawan pasukan Indonesia, namun berkat sokongan peminat, Malaysia akhirnya berjaya juga membawa pulang gelaran juara.

    Safee, telah dinobatkan sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang berlangsungnya AFF Suzuki Cup, tak silap kami 5 gol.

    Khairul Fahmi, penjaga gol Malaysia banyak menyelamatkan serangan Indonesia. Kehebatan beliau mula diperkatakan sehingga menduduki tangga ke 5 twitter trend, worldwide. Kalau selama ini tiada siapa yang perasan kelibat Khairul Fahmi & Safee, nampaknya nasib mereka berdua sudah berubah. Nora Danish mula jatuh cinta dengan kedua-dua lelaki ini, siap suruh call! Ehem, boleh tahan selera.

    Screen shot 2010 12 29 at 10.23.46 PM Malaysia Menang AFF Suzuki Cup, Tahniah Harimau Malaya!

    Yang meminati atau jatuh cinta dengan Khairul Fahmi, sukacita kami maklumkan ini adalah blog kekasih Khairul Fahmi bernama Aimie Hermelia. LOL!

    Ramai selebriti tidak putus-putus memberikan sokongan di laman Twitter, memang meriah habis. Kali ini, kami kurang terima komen-komen yang tidak enak daripada peminat fanatik Indonesia, mungkin mereka sudah boleh menerima kenyataan.

    Sekali lagi, tahniah buat Harimau Malaya, Malaysia Boleh!

    pixel Malaysia Menang AFF Suzuki Cup, Tahniah Harimau Malaya!
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


    ADV: Ketahui Teknik Buat Duit Di Mudah.my

    Posted: 29 Dec 2010 04:17 PM PST

    Mahukah korang Jika Budiey Dedahkan Strategi TERHEBAT Untuk Buat Duit Cara MUDAH Dan PANTAS Di Internet Tanpa Anda Perlu Mempunyai Website Sendiri Mahupun Modal Yang BESAR?

    Bukan itu aje.. Dengan menggunakan langkah & strategi ini, anda mampu buat DUIT BESAR yang tak pernah anda bayangkan selama ini walaupun anda ingin bermula dengan ZERO kos. Percaya atau tidak.. Segala-galanya akan anda KETAHUI sebentar sahaja lagi!

    Memperkenalkan…

    Teknik Buat Duit Di Mudah.my

    Mudah.my adalah sebuah website milik Mudah.my Sdn Bhd (dulu dikenali sebagai 701Search Sdn Bhd). Laman Mudah.my menyediakan platform buat pengguna-pengguna internet untuk menjual atau membeli sesuatu barang. Tak kiralah sama ada barang yang ingin dijual atau dibeli itu barangan terpakai mahupun barangan baru.

    Di Mudah.my, pengguna internet boleh menjual dan membeli pelbagai barangan termasuklah laptop, handset, kereta, motor, tanah, rumah dan apa sahaja. Malah, Mudah.my juga menyediakan ruangan khusus buat mereka yang ingin menawarkan pekerjaan atau untuk mereka yang sedang mencari kerja. Bak Opah astro kata..

    Macam-macam Ade!

    Anda tak perlu bayar langsung kepada Mudah.my untuk meletakkan iklan bagi barang yang ingin dijual di sana!

    Fuhhh.. Banyak sungguh dan cukup menarik sekali keuntungan-keuntungan yang boleh anda perolehi dari laman Mudah.my. Sekarang, adakah anda masih mahu melepaskan peluang yang cukup hebat ini? Tetapi, masalahnya.. Adakah buat duit di Mudah.my semudah yang saya katakan?

    Ya.. Ia memang MUDAH.. Nama website yang sediakan peluang untuk anda buat duit di internet ni pun Mudah.my. Memang cocok lah dengan namanya. Tambahan pula, dah ramai yang berjaya buat DUIT BESAR dengan teknik buat duit di sini. Saya mempunyai seorang rakan yang pernah mengaut keuntungan sehingga mencecah LIMA ANGKA selepas menjual barangan lama di Mudah.my!

    Bagaimana caranya? Nah, Budiey mahu berikan korang peluang ini dengan mendapatkan e-buku ini…

    Apa faedahnya buku ini?

    1. Ebook ini adalah panduan paling LENGKAP untuk anda mula buat duit di Mudah.my!
    2. Ebook ini mempunyai strategi step-by-step dan PROVEN untuk anda hasilkan duit besar di Mudah.my!
    3. Ebook ini mengandungi banyak CASE-STUDY yang boleh anda jadikan rujukan supaya tidak menemui kegagalan semasa menjual barang di Mudah.my.
    4. Ebook ini penuh dengan gambar-gambar yang membantu anda untuk lebih faham bagaimana anda mampu buat duit di Mudah.my. Jika ebook ini penuh dengan tulisan sahaja, ianya pasti BORING!
    5. Ebook ini akan mengajar anda daripada perkara asas hingga ke tahap ADVANCED cara buat duit di Mudah.my.
    6. Ebook ini akan membantu anda menghasilkan duit HALAL dan bukannya mengandungi unsur-unsur penipuan, blackhat dan seangkatan dengannya!
    7. Dan banyak lagi kelebihan dan faedah yang bakal anda perolehi hanya dengan mendapatkan ebook Rahsia Lubuk Duit Di Mudah.my disini!

    Untuk dapatkan buku ini, Budiey sarankan korang masuk website ni:

    http://rahsiamudah.my

    Jom layari sekarang!!!

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Terima kasih Kepada Sponsor Bulan Mac 2008
  • Advertorial 18SX: Dapatkan E-Book Diranjang.com Sekarang!
  • Bengkel Kecantikan Sensasi Selebriti Bersama Irma Hasmie
  • Bersama Normala Samsudin di TV1
  • Tambah Pendapatan Sampingan Dengan Brooch Bunga Cute
  • Pengurus Artis Tipu Ambil Kesempatan Songlap Duit Artis
  • Kursus Solekan & Kecantikan PERCUMA di Akademi RedGlow
  • CD KET CARI DUIT POKET LAKONAN NOOR ZAM ZAM ZAKARIA, DAYANG NAZ
  • Duit Raya RM500 Dari Tayangan Unggul Astro Shaw
  • Gambar Siti Nurhaliza Canteq ke Berlakon Jadi Azizah Awek P. Ramlee?
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Suria Showdown Band Kampus Terbaik 2011

    Posted: 29 Dec 2010 08:06 AM PST

    SURIA SHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011!

    Berita baik untuk mereka yang benar meminati muzik! Suria FM dengan bangganya mengumumkan program realitinya yang pertama dalam mencungkil bakat-bakat terpendam dikalangan kumpulan band pelajar.

    Program realiti yang diberi nama SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011 ini merupakan satu platform untuk mengenengahkan bakat melalui saluran professional di kalangan kumpulan band pelajar di institusi pengajian awam dan swasta. Bukan lagi angan-angan kerana ianya adalah realiti.

    Satu sesi sidang media diadakan pada 28 Disember 2010 bertempat di The Blue Chip Lounge, Swiss Garden KL. Sidang media ini dihadiri oleh semua penaja dan persembahan khas dari Kumpulan Tonawarna selain untuk mengumumkan secara rasminya pertandingan yang bakal diadakan oleh Suria FM pada bulan Januari 2011 nanti.

    Poster

    Lembaran 2011 Suria FM dibuka dengan mengadakan siri pencarian band muzik dikalangan pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta. Siri ujibakat ini akan bermula di bahagian utara tanah air iaitu di Penang Megamall pada 29 Januari 2011, keesokan harinya pula pada 30 Januari 2011 di East Cost Mall, Kuantan kemudian diteruskan di bahagian selatan tanahair iaitu di The Zon, Johor Bahru pada 5 Febuari 2011.

    Siri ujibakat peringkat saingan dan separuh akhir ini akan berakhir di lembah kelang iaitu di Plaza Metro Kajang, pada 6 Febuari 2011. Muzik yang di bawa terbuka kepada semua genre.

    Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta namun pertandingan ini bukan pertandingan band antara atau mewakili kampus sebaliknya hanya memerlukan penyertaan pelajar/penuntut kampus sahaja.

    Cara untuk menyertainya sangat mudah iaitu mereka yang berminat perlu datang ke tempat-tempat ujibakat yang telah disenaraikan, kemudian daftarkan band berserta kad pelajar sebagai bukti peserta tersebut benar-benar merupakan pelajar dan tunggu sehingga giliran untuk sesi saringan pertama. Kemudian 10 band yang mempunyai markah tertinggi akan masuk ke peringkat saringan kedua pada hari yang sama di waktu petangnya.

    Dari sejumlah 10 band yang memasuki saringan kedua ini, hanya 2 band sahaja yang akan dipilih untuk masuk ke peringkat akhir yang akan diadakan di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 26 Febuari 2011 nanti.

    Ini bermaksud, ke lapan-lapan band yang memasuki peringkat akhir nanti adalah datang dari setiap Zon iaitu Utara, Selatan, Timur dan Lembah Kelang. Namun begitu, nama 2 band yang berjaya di setiap zon untuk keperingkat akhir nanti hanya akan diumumkan di dalam radio dan juga laman web. Jadi, mereka perlu mendengar Suria FM dan melayari laman web Suria FM di www.suriafm.com.my untuk mengetahui samada mereka berjaya atau tidak. 3 orang juri berpengalaman yang terdiri dari artis, 'otai' lama dalam industri hiburan dan wakil dari Suria FM akan dipilih untuk mengadili pertandingan diperingkat saringan dan separuh akhir.

    Bagi mereka yang berjaya tersenarai sebagai 8 band terbaik yang melangkah memasuki peringkat akhir itu nanti, rakaman suara dan video mereka akan dimainkan di dalam radio dan juga suriafm.tv ( laman video interaktif Suria FM). Syarat penyertaan, senarai nama pemenang, cara undian, rakaman video dan segala yang berkaitan tentang ' Suria Showdown! Band Kampus Terbaik 2011!' ini boleh diperolehi di laman web Suria FM.

    Band yang berjaya memenangi pertandingan ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 manakala tempat kedua pula sebanyak RM5,000 dan tempat ketiga sebanyak RM3,000.

    Jadi tunggu apa lagi, inilah masanya untuk membuktikan kemampuan anda kerana sudah pasti ramai yang bercita-cita untuk menjadi artis berkumpulan namun tidak diberikan peluang. Suria FM akan mengumumkan setiap perkembangan dari hari ke hari. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan menjadikan Suria FM sebagai radio pilihan anda. Ikuti Suria FM di Facebook ( Suria FM ) dan Twitter ( suriafmradio ) untuk perkembangan terkini.

    En.Azrullah Md.Nor, COO Suria FM

    Moack Up

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Kampus Astro Learning Carnival
  • SHOWDOWN 2011 Kembali gegarkan Malaysia
  • Tagline Baru Suria FM – MUZIK TERBAIK TANPA HENTI
  • Deejay Glamour Suria FM Macam Minah Saleh?
  • Suria FM Buat Gimik dengan Team WBS Can Am Spyder
  • Showdown Episode 3 The Battles Johor Bahru & Penang
  • Pemenang Cabaran Media Twisties Bingit Hot FM Rockstar Band Profile
  • Sudut Pidato Rancangan Terbaru Astro Awani
  • JOM SERTAI KUIZ TEKA SUARA SIAPA DI SURIA FM
  • Hafiz Penyampai Fly FM Jadi Hos Showdown 2010
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi

    Sensasi


    Tips hubungan:Salah satu Punca Cinta menjadi Hambar

    Posted: 29 Dec 2010 03:50 PM PST


    Pasangan adalah 'sahabat' kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.


    Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya.

    Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain.

    Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati. Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk orang lain.

    Sebelum bercinta,kita berusaha menjaga hatinya,tidak mengutuknya dan cuba untuk membuatkan dia gembira dan tidak berkecil hati.

    Selain itu kita menunjukkan rasa hormat dan minat terhadap si dia..namun setelah bercinta dan untuk tempoh beberapa lama,ada yang sudah mula mengambil mudah isu ini.

    Bahkan sikap saling memghormati juga sudah hilang,apabila menegur dah tidak berlapik lagi,apatah lagi bila sanggup mengutuk ,menghina dan membuatkan hati si dia terguris.

    Bila dah jadi mcm nie,masing-masing jadi jauh hati.Kecewa sedih dan mungkin tidak dapat lagi menerima satu sama lain dengan cara yang sama seperti dulu lagi.

    Jadi untuk pasangan di luar sana,apabila cinta,Kekal kanlah sikap menjaga hati, dan hormat menghormati diantara satu sama lain.

    Liyana Jasmay menagih cinta Syamsul Yusof

    Posted: 29 Dec 2010 03:27 PM PST


    "Terus-terang, saya memang tidak pernah berkawan dengan Syamsul sebelum ini. Apatah lagi bila berlakon bersama dengannya. Jadi bila dia beri watak isteri dan dia suaminya, saya rasakan ia satu cabaran buat saya. Oleh itu saya minta kerjasama Syamsul untuk dia lahirkan rasa cinta dan sayang dia sekurang-kurangnya sebanyak 20 peratus kepada saya.

    "Memang agak sukar pada mulanya kerana dia seorang yang masih sedikit ego sewaktu mula-mula kami jumpa dan sangat sukar hendak mendekatinya. Tapi hari demi hari bila kami semaikan perasaan cinta itu melalui telefon serta keluar bersama, sedikit demi sedikit kami sudah boleh jadi rapat dan selesa.

    "Jadi saya harap, penonton dapat rasa apa yang kami nak sampaikan disamping babak seram yang terdapat dalam filem ini. Tetapi ia hanya untuk menjayakan filem ini sahaja," jelasnya ketika ditemui dalam tanyangan media filem seram Khurafat arahan Syamsul Yusof.

    Manakala anak kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam pula turut mengakui bahawa Liyana antara pelakon yang dapat menggembirakan harinya setiap kali menjalankan pengambaran filem Khurafat.

    "Saya memang susah nak dekat dengan orang yang baru saya kenal dan bercakap. Sudah tentu ia mengambil sedikit masa. Tapi bila Liyana beritahu hasratnya untuk mewujudkan kan perasaan cinta itu sebelum pengambaran saya pun cuba sepenuhnya untuk mendapatkan mood itu.

    "Terus-terang saya katakan, dia memang pandai menghiburkan hati saya ketika dalam set walaupun kami sebenarnya menjalankan pengambaran cerita seram. Saya akui Liyana memang seorang pelakon yang hebat dan saya memang nak sangat dia berlakon dalam filem saya sejak awal lagi,'katanya sambil diperhatikan oleh Liyana Jasmay.

    Maharaja Lawak,Finalis semua Siri Raja Lawak bakal bersaing

    Posted: 29 Dec 2010 03:23 PM PST

    Sensasi rasa Maharaja Lawak pasti mendapat sambutan hangat,maklumlah Ada beberapa orang diantara mereka yang telah menempa nama dalam Industri hiburan hari ini.Bahkan sudah pun mempunyai pengalaman yang lebih luas dalam bidang lawak.

    Mesti banyak idea kreatif yang bakal ditonjolkan kelak.



    Mahu memberi cabaran kepada pelawak-pelawak keluaran Raja Lawak (RL), sebuah program baru, Maharaja Lawak (ML) bakal diadakan pada April tahun hadapan.

    Pengurus Saluran Prima & Warna, Nizam Sani menjelaskan program baru tersebut memberi peluang kepada kesemua finalis RL dari musim pertama hingga kelima untuk beraksi bagi mempertaruhkan bakat dan kemahiran untuk menghiburkan masyarakat.

    "Kita akan tampilkan pemenang pertama hingga ketiga bagi kelima-lima musim untuk beraksi di pentas Maharaja Lawak. Kita mahu melihat kehebatan dan kreativiti yang ada pada mereka untuk mencuri hati peminat sedia ada. Kami yakin program ini akan mendapat sambutan yang hangat," katanya kepada murai.com.my.

    Bakal bersiaran selama lapan sehingga 10 minggu, format ML masih lagi dalam perbincangan dan akan disiarkan di Astro Warna kelak.

    Jelas Nizam lagi, tujuan ML diadakan bagi memberi peluang kepada mereka yang kurang menyerlah untuk kembali bersinar.

    "Kita tahu ramai pemenang tempat kedua, ketiga yang selepas RL terus hilang. Jadi saya harap program ini secara tak langsung mengembalikan nama dan diri mereka di persada seni. Ramai peminat yang bertanya mana perginya si A, si B jadi inilah peluang untuk mereka melihat semula pelawak kegemaran mereka untuk beraksi," ujarnya optimis rancangan itu akan berjaya menarik minat penonton.

    Ditanya tidakkah sukar untuk menyatukan kesemua pemenang yang rata-ratanya sibuk seperti Nabil, Zizan dan Johan di pentas ML, jelas Nizam, tidak susah kerana idea ini telah lama dirancang.

    "Malah kami sendiri sudah menempah mereka untuk bulan April ini. Jadi saya yakin segalanyanya akan berjalan dengan terancang," katanya.

    Website RTM yang dihack Indonesia

    Posted: 29 Dec 2010 03:19 PM PST



    Manurut Emel yang diterima,Website RTM iaitu RTM.com.my telah dihack.
    Dengan message yang berbunyi "Loe Main Laser,Gua Olang Main Server"

    Malangnye Website sebenar RTM adalah RTM.gov.my jadi samada semua nie hanya satu propaganda indon untuk menyakitkan hati rakyat Malaysia atau mereka memang salah Hack..huhu

    Apa pun,Malaysia telah menjuarai Piala AFF walaupun dengan gangguan laser pada awalnya.

    Namun kelibat Jupe yang beriya-riya nak dtg dengan Coli Laser tidak pula kelihatan..

    Video Ustaz berbicara dengan Jin Cina yang berada dalam badan Seorang Pak Cik

    Posted: 29 Dec 2010 02:36 PM PST



    E'eh ada ke Jin Cina?Kemungkinan Jin ini dibela oleh tuannya Cina,dan disuruh untuk mengganggu Pak Cik tersebut,

    Menurut yang sensasi dengar ,"benda" tue cakap dia tinggal di sebuah pondok kecik di tepi sungai sebab makan ikan.

    Loghat Cina "benda" tue agak pekat la sampai dah mcm bunyi apek yang bercakap.

    Video Kelakar:Model berjalan atas Threadmill Platform

    Posted: 29 Dec 2010 02:30 PM PST



    Masa sensasi tengok ANTM cycle 15 kat TV,cabaran mereka pada kali ini adalah untuk berjalan catwalk di atas runway yang seperti threadmill Platform..memang kelakar tengok masing-masing nak terjatuh...

    Yang paling kelakar part Kayla sampai ke sudah tak dapat tarik kaki naik atas papan,sehingga part tersebut terpaksa dipotong.try ushar kat minit ke 2.45...sampai tergelak penonton.

    Tengok aksi aksi yang kelakar nie bukan saja menghiburkan bahkan dapat mengubat hari yang duka.So enjoy..

    Malaysia Juara Piala AFF Suzuki,We are the Champion!

    Posted: 29 Dec 2010 02:44 PM PST

    Sekalung tahniah diucapkan kepada Skuad Bola Sepak Malaysia iaitu Harimau Malaya yang telah mengangkat kembali martabat sukan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa.Tahniah juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang bersemangat menyokong Harimau Malaya.

    Walaupun Indonesia menang 2-1 pada malam ini,Namun keseluruhannya Malaysia tetap menjuarai dengan 4-2.

    Yang paling mendapat sambutan hangat adalah Goal Keeper Khairul Fahmi yang sungguh cekap dan sering menyelamatkan situasi cemas.

    Safee pula berjaya merangkul Gelaran scorrer terbaik.

    Ramai wanita yang jatuh hati dengan kehebatan Khairul Fahmi,sampai penuh komen2 di Twitter dan status Facebook yang memujinya,termasuklah Nora Danish yang suruh Safee dan Fahmi supaya Call her...uhuhu..mau jeles Girlfriend Khairul Fahmi baca twit Nora Danish yang nampaknyer over excited.

    Ramai yang berpendapat Jurulatih Raja Gopal patut dianugerahkan dengan Gelaran Datuk atas usahanya yang berjaya membentuk pasukan yang hebat.

    Semoga Harimau Malaya terus hebat dan maju dimasa akan datang.



    Keadaan di hadapan Skrin besar Putrajaya semasa perlawanan Bola Sepak Final antara Indonesia dan Malaysia.Meriah je





    Rio Ferdinan iaitu pemain Man Utd juga mengucapkan Tahniah kepada pasukan Malaysia disamping memuji mereka.