Berita Harian: Hip |
Posted: 29 Dec 2010 02:18 PM PST Hip Akhirnya impian Elly muncul dengan album terbaru tercapaiKARIER seninya bermula sebagai penyanyi. Siapa yang boleh lupa akan suaranya ketika lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Bicara Kasih, Merry Go Round, yang bait liriknya cukup menyentuh hati. Sememangnya, pemilik nama penuh Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi atau lebih dikenali dengan panggilan Elly Mazlein ini dikenali kerana bakat semula jadinya. Namun, sejak kebelakangan ini, namanya seakan-akan sepi dalam bidang nyanyian. Sebaliknya, wajah Elly Mazlein ini sering kelihatan di layar kaca. Bakatnya kini lebih kerap kelihatan melakonkan watak demi watak menerusi drama dan telefilem.Apakah dia melupakan bidang seni suara yang pernah menaikkan namanya atau sekadar berehat seketika? Ditemui ketika menghadiri pelancaran drama Seruan Pulau Nami baru-baru ini, Elly mempunyai berita baik untuk dikongsi bersama peminatnya. Dengan perasaan teruja, dia memberitahu, penantian selama lima tahun bakal berakhir apabila album terbarunya bakal muncul tidak lama lagi dan ia diterbitkan oleh komposer, Julfekar. "Disebabkan bahan-bahannya sudah ada, kali ini memang Elly sudah bertekad meluangkan masa merakamkan lagu untuk album ini. Sekarang Elly baru rakam dua lagu yang berjudul Please Forgive Me dan Kata Saja I Love You. Untuk single pertama Elly, kami memilih lagu Please Forgive Me yang dicipta oleh Julfekar" katanya. Seakan-akan mengerti apa yang bermain di minda penulis, Elly menjelaskan dua lagu itu sengaja diberi judul sedemikian kerana mahu mencipta kelainan sekali gus mencipta gimik bagi menarik perhatian peminat. "Kedua-dua buah lagu itu sebenarnya dalam Bahasa Melayu tetapi judulnya memang sengaja diberikan untuk memancing perhatian peminat. Elly sendiri sebenarnya sudah tidak sabar untuk melihat reaksi peminat selepas mereka mendengarkan lagu dalam album ini. Seronok dan teruja rasanya. "Maklum sajalah, sudah lama tidak bertemu mereka, jadi bila sudah ada lagu baru, barulah bersemangat. Pertama kali bekerjasama dengan Julfekar, Elly menyifatkan gandingan dengan komposer kontroversi itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan walaupun mengakui pernah mendengar cerita kononnya Julfekar memang suka bergaduh dengan penyanyi di bawah pengurusannya. "Tapi daripada apa yang saya lihat dan lalui, Julfekar sangat profesional ketika bekerja dan setakat ini saya selesa apabila bekerjasama dengannya," kata Elly. Tidak rahsiakan perkahwinan SEPANJANG mengenali penyanyi ini, pelbagai gosip hangat dilemparkan kepadanya sehingga dia pernah menitiskan air mata ketika menjawab segala dakwaan nakal itu. Terbaru, Elly dikatakan sudah pun bergelar isteri seorang kenamaan dan pernikahan itu dilangsungkan secara senyap-senyap. Andaian itu tersebar luas apabila Elly dikatakan mengambil cuti selama dua bulan dari bidang lakonan. Apakah cuti rehat yang diambil Elly sebenarnya adalah cuti kahwin yang dirahsiakan dari media? Menjawab soalan itu, sekali lagi penyanyi ini menegaskan bahawa dia masih solo dan tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. "Saya sedar selama ini media banyak membantu saya dalam membina kerjaya sehingga ke tahap ini. Jadi takkanlah saya nak merahsiakan hari bahagia ini dari anda semua. Gosip mengatakan saya sudah berkahwin tidak benar. "Saya sudah penat menjawab gosip mengenai perkahwinan ini. Bukan sekali dua tetapi sudah banyak kali saya dikatakan sudah berkahwin. Apabila tiba masanya nanti dan sampai jodoh, saya akan menjemput kawan-kawan media untuk sama-sama meraikan hari bahagia saya ini," katanya sambil mengakui kurang selesa apabila bercakap soal peribadi berlebih-lebihan. |
Posted: 29 Dec 2010 02:13 PM PST Hip SI JUARA, Haris dengan bapanya, Nor Rashid Abdul Rashi dan ibunya, Khaliza Abdul Khalid. SEKALIPUN hanya mengetengahkan daripada bakat kecil berusia 11 dan 12 tahun, namun pertandingan akhir program realiti Idola Kecil musim ketiga terbitan TV9 yang berlangsung Sabtu lalu, mendapat sambutan memberangsangkan kerana mencatatkan rating sehingga 1.3 juta penonton. Ini membuktikan Idola Kecil musim ini dianggap menakjubkan penonton bukan sahaja di kalangan anak-anak kecil tetapi juga isi keluarga. Setiap kali disiarkan di TV, studio mahupun radio, ia memberi kesan luar biasa kepada pendengar dan penonton kerana suara pesertanya yang mengagumkan. Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin berkata, persembahan yang ditunjukkan oleh setiap peserta dalam Idola Kecil 3 semakin meningkat dari musim pertama hinggalah ketiga.Namun, tidak dapat dinafikan pada musim ketiga ini, persembahan mereka, terutama daripada segi vokal semakin bermutu sehingga menyukarkan Atilia selaku juri tetap dan barisan juri jemputan mingguan memberi markah. "Sehingga pernah ketika konsert kelima (episod keenam), kelapan-lapan peserta mempunyai pemarkahan yang sama rata dan pihak penerbitan terpaksa mengekalkan kesemua mereka dan penyingkiran dilakukan pada minggu seterusnya. Secara jujurnya, kami amat bangga dengan program Idola Kecil kami ini kerana ia telah mencungkil bakat luar biasa kanak-kanak. "Kami juga amat bangga dengan Idola Kecil 3 kerana program ini bukan hanya mencungkil bakat besar kanak-kanak, tetapi ia juga telah menjadi rujukan dan pemangkin kepada program realiti kanak-kanak yang lain dan kini bagaikan menjadi satu trend ikutan dalam bidang penyiaran di Malaysia," tambah beliau lagi.
Selepas melalui enam konsert mingguan penuh kejutan, lima daripada 10 peserta Idola Kecil 3 berentap di pentas akhir dengan dua lagu bagi setiap peserta. Satu lagu adalah lagu ciptaan daripada tenaga pengajar dan komposer berpengalaman seperti Alfa Booty, Rumie Booty, Delly, Ayeos, Badrul Stellar, dan penulis liriknya Ad Samad, Tisya dan Brika Amri. Satu lagi adalah lagu popular masa kini. Persembahan dan vokal terbaik diberikan oleh kesemua peserta dan Harris, Hadi, Puteri, Shazlin dan Balqis memberikan persembahan yang paling berkualiti pada malam kemuncak Idola Kecil ini. Finalis yang berentap pada peringkat akhir Idola Kecil 3 ialah Abdul Hadi Mazlan atau Hadi, Puteri Aszfaryna Khareeza (Puteri), Nor Harris Alif Rashidi (Harris), Nor Balqis Ahmad Tajuddin (Balqis) dan Shazlin Salamat (Shazlin). Konsert akhir yang dihoskan oleh Alif Satar ini menyaksikan finalis dinilai bukan sahaja dari segi vokal, malah tarian, penghayatan dan lakonan. Raja Putri Atilia Raja Haron (Atilia) juri tetap kepada program ini akan berpasangan dengan juri jemputan Adnan Abu Hassan. Sebagai pelengkap konsert penuh debaran ini nyanyian lagu Di Akhir Garisan didendangkan oleh semua peserta, termasuk mereka yang tersingkir pada minggu sebelum ini iaitu Nurhamilya Adiba Hamzaidi (Adiba), Nadeera Allysha Aminudin (Deera), Farra Noradzlina Safwan (Farra), Muhammad Afif Abdul Halim (Afif) dan Angelica Paujin (Angel). INFO: Pemenang Idola Kecil 3
Selain wang tunai, semua peserta diberikan trofi dan sijil penghargaan daripada TV9. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |