Ya! Sazzy Falak berpesan, kalau lakukan seks, gunakan kondom. Pesanan ini dibawa khas oleh Sazzy Falak serta rakan artis yang lain sempena kempen kesedaran AIDS anjuran ruumz.com.
Mesej yang padat & ringkas ini amat relevan untuk semua bangsa, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Diharapkan kaki seks tegar tersentak dan mengamalkan seks selamat. No condom, no play!
Kempen ini turut disertai oleh Erra Fazira, Sarima Ibrahim, Aisyah Sinclair, Sheila Majid & Ida Nerina yang membawa mesej tersendiri ketika sesi fotografi berlangsung. Enjoice!
Semalam, kontroversi kisah percintaan Faezah Elai & pengarah drama, Heykal Hanafiah mendapat perhatian Melodi. Hasil temubual dengan Azad, banyak dakwaan Faezah Elai bercanggah dengan kenyataan beberapa orang yang terlibat dalam cinta 3 segi ini, terutamanya isteri si pengarah & Azad sendiri.
Kronologinya, Faezah Elai berkata bahawa Azad (Pelakon filem Ngangkung) merupakan dalang utama yang menyebarkan gosip cinta antara dia & Heykal Hanafiah. Namun, minggu ini Azad muncul dengan slang Penang'nya memberi respon sinis + lawak terhadap Faezah Elai.
Azad bengang apabila namanya dikaitkan semula. Dalam akhbar, Faezah Elai berkata bahawa baru-baru ini Azad ada menghubunginya.
"Tetapi, si perempuan ni baru-baru ini ada claim dalam paper bahawa saya telefon dia. Bila masa aku telefon hang? Hang tunjuk bukti kat aku bahawa aku yang telefon hang? Sudahlah hang menghancuqkan rumahtangga orang, lepas tu hang tukar fakta pulak. Hang ingat ini global? Aku pulak yang buat cerita pasal si isteri ini? " balas Azad sinis, bengang.
Sambung Azad lagi, "Hang ni orang kampung aku, malulah sikit! Aku orang Penang, hang pun orang Penang. Hang pi tanya satu Penang, siapa kedai aku, siapa kedai hang? Jangan ganggu harimau yang sedang tidoq. Tapi hang dah ganggu!"
"Pom Pang Pom Pang bagi bimbang, buat apa? Jangan buat kacau kat sini, hang buat kacau isteri orang!" – begitu epik kata-kata Azad sehingga membuat kami tergelak besar.
Faezah Elai & Azad pernah bercinta?
"Pasal cerita ni saya nak bagi clear lah. Saya & Faezah ni, saya memang tak pernah bercinta dengan perempuan ni. Bila masa saya bercinta dengan dia? Cuma kami pernah berkawan rapat, sebab kami datang daripada satu syarikat yang sama. So, la ni kami dah takda company tu dah. Bila masa aku berkawan dengan hang?"
"Dalam paper, dia dok cakap saya bekas kekasih dia. Kalau tak bercinta, macam mana boleh jadi bekas kekasih? "
Azad dalang penceraian
"Pasal hal penceraian, itu yang dah di-explain oleh si isteri ni."
Kemudian, Azad membaca keratan akhbar yang mengandungi keterangan si isteri ini. "Punca keretakan rumah tangga kami bermula daripada F-A-E-Z-A-H, Faezah!"
USAHA MENGIKTIRAF PENGGIAT SENI TEMPATAN DITERUSKAN… 24 Kategori Bakal Jadi Taruhan Anugerah Skrin 2010
Jika 2009 merupakan tahun bertuah kepada pengarah dan pelakon tersohor, Eirma Fatima dan rakan-rakan seperjuangan seperti Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Rosnah Mat Aris, Norish Ismail, Zulhuzaimy, Ida Nerina, Eman Manan, Liyana Jasmay dan Que Haidar, giliran siapa pula yang bakal menjulang trofi Anugerah Skrin kali ini?
Utuh memasuki musim penganjurannya selepas sedekad, Anugerah Skrin 2010 merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun. Anugerah paling berprestij dekad ini bukan sahaja membei pengiktirafan trofi yang menjulang bakat penggiat-penggiat seni dan karyawan tanah air, malah, cetusan konsep dan identiti yang berlainan dan segar yang ditampilkan setiap kali penganjurannya menyerlahkan lagi keunggulan majis tersohor ini.
Pada 9 Disember lalu jam 4 petang, Budiey.com dijemput untuk hadir di Sidang Media Anugerah Skrin 2010 yang diadakan di Hotel Empire, Empire Subang, Jalan SS 16/1 Subang Jaya, Selangor. Dihadiri oleh para pelakon, penerbit dan tetamu jemputan lain seperti media dan penaja ASK.
Tonton Video Sekitar Sidang Media Anugerah Skrin 2010
Part 1
Part 2
Anjuran Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Anugerah Skrin 2010 bakal berlangsung dengan gilang-gemilang pada 24 Disember 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan bersiaran secara langsung menerusi TV3 bermula jam 9.00malam.
Selain itu, para penonton juga boleh melayari laman web www.tv3.com.my ataupun www.tonton.com.my yang akan memaparkan klip menarik di sebalik takbir, kemeriahan hamparan merah dan penyampaian anugerah secara langsung.
Dihoskan oleh Ally Iskandar.
Sementara itu, pendengar radio turut boleh mengikuti Anugerah Skrin 2010 menerusi siaran HotFM, selaku radio rasmi acara berprestij ini. Manakala majlis sidang media pada hari ini pula bertempat di Hotel Empire, kemudahan penginapan mewah 13 tingkat yang merupakan daya tarikan baru di Subang Jaya samada untuk tetamu tempatan mahupun pelancong dari luar negeri.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Dato' Sri Farid Ridzuan berkata, "Pentas seni penuh dengan warna-warni dan liku-liku perjalanan yang mencabar di dalam memperjuangkan industri tanah air. Apa yang penonton dapat lihat di layar perak merupakan hasil kerja keras anak-anak seni yang terlibat di dalam penghasilan sesebuah drama dan filem. Walaupun di sebalik perjalanan dalam menghasilkan karya yang bermutu, seribu satu kisah terpaksa ditempuhi demi menyudahkan produk yang berkualiti dan diiktiraf ramai. Melalui penganjuran yang diadakan saban tahun, kita dapat melihat betapa relevan dan pentingnya peranan anugerah paling berprestij dekad ini di dalam pembangunan seni perfileman, drama dan industri kreatif demi untuk meningkatkan keupayaan semangat dan tenaga kreatif tempatan."
Setiap majlis anugerah berprestij pasti memerlukan pengacara majlis yang berkaliber dan mampu mengendalikan majlis sebaik mungkin. Anugerah Skrin sering menampilkan pengacara majlis yang berbeza untuk memberikan kelainan setiap kali penganjurannya. Tahun ini, pastinya para peminat turut sama teruja untuk menyaksikan gandingan hebat dua pengacara dan pelakon tersohor iaitu Awal Ashaari dan Vanidah Imran yang masing-masing mempunyai keunikan dan kepetahan yang tersendiri untuk mengemudikan majlis penganugerahan seperti ini.
Tahun ini, majlis anugerah anjuran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) itu bakal menampilkan Awal Ashaari dan Vanida Imran sebagai pengacara majlis.
"Pemilihan Awal dan Vanida bukanlah keputusan saya seorang, tetapi ia adalah keputusan majoriti ahli jawatankuasa yang terlibat dengan ASK 2010. Sebelum dipilih, mereka juga telah menjalani sesi ujibakat terlebih dahulu dengan beberapa calon lain. Kami yakin baik Awal mahupun Vanida mampu memberikan yang terbaik. Kredibiliti Awal memang tidak perlu dipertikaikan lagi memandangkan dia sudah biasa mengendalikan program hiburan sama ada secara langsung mahupun rakaman.
Begitu juga dengan Vanida. Walaupun dia lebih menyerlah sebagai pelakon, tetapi Vanida ada pengalaman mengendali acara besar sebelum ini. Jadi, tidak perlu risau tentang gandingan terbaru ini. Mereka ada kekuatan tersendiri dan berbeza dengan pasangan pengacara yang pernah ditampilkan. Sudah sampai masanya kami tampilkan muka-muka baru untuk mengacarakan anugerah berprestij ini" ujar Nurhul Huda.
Sementara itu, Awal dan Vanida yang turut serta dalam sidang media itu turut meluahkan rasa gembira dan berdebar-debar dengan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka itu.
Bagi Awal pula, dia sanggup menerima tugasan mengacara di ASK 2010 kerana dimaklumkan pihak produksi ingin mengadakan malam kemuncak nanti dalam suasana yang lebih serius berbanding sebelum ini.
"Sama seperti Vanida, saya juga tidak pandai buat lawak. Saya diberitahu kali ini ASK hendak diadakan dalam suasana lebih serius, sebab itu saya berani datang ujibakat dan terima tawaran ini. Untuk melihat keserasian dengan Vanida, saya telah meminta pihak TV3 menggandingkan saya dan Vanida dalam satu ujibakat lain memandangkan sebelum itu kami dipasangkan dengan calon pengacara lain. Ketika ujibakat itu saya sudah dapat rasakan yang kami boleh berkerjasama dengan baik," cerita Awal pula.
Dalam masa yang sama, Awal juga menolak kemungkinan yang menjangkakan dia akan menenggelamkan Vanida pada malam itu. Menurut Awal, walaupun dia dilihat lebih petah bercakap daripada Vanida, tetapi dia akan pastikan perkara itu tidak berlaku.
"Memang kadangkala perkara sebegitu boleh berlaku apabila seseorang pengacara itu terlalu asyik berbicara. Tetapi saya akan pastikan perkara itu tidak berlaku pada malam kemuncak ASK 2010 nanti. Saya akan ikut skrip yang disediakan oleh pihak produksi. Selain itu, saya juga yakin Vanida bijak mengendalikan suasana agar kami tidak terlihat kekok. Saya sendiri menghormati Vanida sebagai 'orang lama' dalam industri, jadi tidak mungkin saya boleh lupa dengan kehadirannya,' ulas Awal lagi.
Menyentuh tentang tema persembahan pada malam tersebut, kali ini pihak produksi telah memilih tema 'Glam and Classy' bagi menghiburkan audien di dalam dewan dan juga penonton di rumah. Sebanyak enam persembahan akan ditampilkan, di mana ia menggabungkan nama-nama baru dan lama dalam industri muzik tempatan. Antara mereka yang bakal membuat persembahan ialah Adibah Noor, Jacklyn Victor, Datuk Ahmad Nawab, Hillary Ang, Anuar Zain dan Ziana Zain serta pasangan yang baru sahaja melangsungkan pertunangan Mizz Nina dan Noh, Hujan.
Secara keseluruhan, Anugerah Skrin 2010 bakal mempertandingkan 24 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman. 10 kategori drama bakal dipertandingkan termasuklah Anugerah Videografi Terbaik yang baru diperkenalkan pada tahun lepas. Manakala jumlah Kategori Filem yang dipertandingkan kekal 7 kategori dan 6 kategori penerbitan dalaman. Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut 'genre' masing-masing.
Untuk kategori drama, 17 buah drama, 12 drama rantaian dan 5 drama komedi telah dicalonkan. Manakala untuk kategori filem pula 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan untuk Anugerah Skrin 2010 ini. Antara telefilem yang layak bertanding seperti Taubat Nasuha, Bagaikan Sumayyah, Sebelum Akhirat, Masyitah, Kaki, Lillahi Ta'ala, Perempuan, Antara Garisan dan Selipar Jepun Suria. Manakala filem yang layak bertanding di dalam Anugerah Skrin 2010 adalah seperti Momok The Movie, Mualaf, Pisau Cukur, Evolusi KL Drift, Papadom, Lagenda Budak Setan, Setem, Belukar, Adnan Sempit, Kecoh Betul dan Santau. Semua pencalonan akan dinilai oleh panel juri profesional yang dipilih.
Dato' Sri Farid Ridzuan menjelaskan lagi, "Tahun ini juga merupakan kali kedua Anugerah Yasmin Ahmad dipertaruhkan di dalam kategori Anugerah Khas Juri. Nama ini diambil sempena menghargai jasa arwah Yasmin Ahmad dalam sumbangannya menghasilkan konsep filem yang berkualiti dan memperkenalkan bakat-bakat baru di dalam filem terbitannya. Justeru, trofi ini akan dianugerahkan kepada bakat baru yang berpotensi untuk pergi lebih jauh di dalam industri tanah air. Sementara itu, drama-drama yang dicalonkan pula adalah hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu."
Selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM dan ASTRO untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij ini. Kesemua rangkaian televisyen ini layak untuk menghantar penyertaan bagi terbitan drama dan terbitan dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen mereka untuk merebut anugerah bagi kategori yang dipertandingkan mengikut syarat yang telah ditetapkan.
"Seperti yang pernah kami tegaskan sebelum ini, Anugerah Skrin bukanlah pertandingan antara stesen televisyen, tetapi drama dan terbitan yang disiarkan melalui stesen-stesen ini yang dipertandingkan. Kami merasa bangga kerana Anugerah Skrin 2010 turut mendapat kerjasama dan sokongan positif dari rakan-rakan stesen televisyen yang lain dan menerima banyak pencalonan yang menampilkan muka-muka baru dalam bidang ini. Ia merupakan satu petanda positif dalam meningkatkan mutu seni tanah air yang mana dengan adanya anugerah seperti ini, ia dapat menggalakkan penggiat-penggiat seni untuk berusaha lebih gigih lagi agar hasil karya mereka dihargai dan mendapat pengiktirafan. Kami berharap dengan adanya Anugerah Skrin ini, akan menyemarakkan lagi usaha pengiat seni tanahair untuk menerbitkan produk-produk yang lebih bermutu di masa akan datang," tambahnya.
Pantene sekali lagi menjadi penaja utama untuk Anugerah Skrin 2010 dan menurut Puan Ellie Xie, Ketua Pegawai Operasi Procter & Gamble Malaysia & Singapore, "Pihak kami berbangga untuk menjadi penaja utama Anugerah Skrin sejak beberapa tahun dan teruja Anugerah Skrin telah dimartabatkan kedudukannya sehingga menjadi majlis penganugerahan tersohor di dalam industri hiburan tanahair. Kami berasa gembira Pantene terlibat di dalam penganjurannya kali ini."
"Tahun ini juga memperlihatkan penganjuran pertandingan Pantene 14 Days Challenge yang bakal menyerlahkan lagi Anugerah Skrin 2010! Seramai 14 gadis terpilih akan dinilai melalui prestasi penjagaan rambut masing-masing dalam tempoh dua minggu dan diadili oleh orang awam. Untuk mengundi, anda hanya perlu memilih gadis-gadis yang tercalon dan berpeluang memenangi wang tunai bila anda menyusunkan peserta mengikut urutan siapa yang paling layak menang. Tempoh menyusun bermula pada 16 Disember – 19 Disember 2010 dan juara Pantene 14 Days Challenge yang bertuah akan membawa pulang hadiah-hadiah bernilai RM20,000. Untuk menyertai pertandingan ini sila layari laman web: www.tv3.com.my/ask2010," tambah Puan Ellie Xie lagi.
KATEGORI-KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN
KATEGORI DRAMA
1. Drama Terbaik 2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama 3. Pelakon Wanita Terbaik Drama 4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama 5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama 6. Pengarah Terbaik Drama 7. Lakon TV Terbaik 8. Drama Rantaian Terbaik 9. Drama Komedi Terbaik 10. Videografi Terbaik
KATEGORI FILEM
1. Filem Terbaik 2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem 3. Pelakon Wanita Terbaik Filem 4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem 5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem 6. Pengarah Terbaik Filem 7. Lakon Layar Terbaik Filem
KATEGORI PENERBITAN DALAMAN
1. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik 2. Rancangan Bual Bicara Terbaik 3. Rancangan Hiburan Terbaik 4. Rancangan Muzikal Terbaik 5. Rancangan Realiti Terbaik 6. Laporan Khas/Berita Terbaik
ANUGERAH KHAS JURI
SENARAI PENCALONAN ANUGERAH SKRIN 2010
KATEGORI DRAMA – Telemovie
Cerekarama – Taubat Nasuha
Cerekarama – Bagaikan Sumayyah
Cerekarama – Sebelum Akhirat
Cerekarama – Miah Oh Miah
Cerekarama – Masyitah
Cerekarama – Dalil Cinta
Panggung Seri – Kaki
Panggung Seri – Menantu 3 Rasa
Citra – Dendam Seorang Isteri
Pangung Sabtu: Perempuan
Kepok & Nisan
Lillahi Ta'ala
60Km
Datang Bulan
Antara Garisan
Fatimah Juling
Selipar Jepun Suria
KATEGORI DRAMA – Drama Berantai
Nur Kasih
Adamaya
Nenek Kebaya
Tari Tirana
Jangan Pandang Belakang
Si Capik
Skuad Polis: Gerakan Marin
Ghost
Blogger Boy
Awan Dania Siri 2
Kau Dan Aku
Halimah Jongang The Series
KATEGORI DRAMA – Drama Komedi
Senario
Teres Kembar 4
Londeh
Fikirlah Sendiri Nabil (Musim 2)
KATEGORI FILEM CEREKA (YANG DITAYANGKAN MULAI 1 JULAI 2009 – 30 JUN 2010)
Skrip 7707
Setem
Momok The Movie
Jin Notti
Papadom
Pisau Cukur
Senario The Movie – Ep 2 (Beach Boy)
My Spy
Santau
Pulau Asmara
Muallaf
Duhai Si Pari Pari
Adnan Sempit
2 Hati Satu Jiwa
Niyak Rampik
V3 Samseng Jalanan
Evolusi Kl Drift 2
Semerah Cinta Stilleto
Hooperz
Belukar
Andartu Terlampau Mencari Suami
Kecoh Betul
Lagenda Budak Setan
Kapoww
Zoo
Pembukaan dari penari-penari yang berkonsepkan Fiesta masquarade
Piala trofi ASK2010 yang bakal menjadi rebutan.
Pantene sebagai penaja
Dihiburkan oleh Noryn Aziz yang dah lama tak jumpa dan juga Adibah Nor featuring pakcik Hamid Gurkha memang kelakar giler.
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Monday, December 13th, 2010 pada 9:16 am dan dibawah kategori Anugerah Skrin, TV3.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Sensasi baru jer pergi tengok Filem nie kat panggung Wayang bersama emak dan adik sensasi yang masih sekolah rendah.
Memang bessst sgt citer nie,kelakar...dari awal awal sensasi gelak giler2....mak dengan adik sensasi pun ejoy,memang release tension lah tengok filem nie..
Al kisahnyer sensasi tak berapa ambik tahu sgt nak tengok citer Hantu kak Limah nie,sensasi nak bwk mak ngan adik g tgk movie,memandangkan my sister masih sekolah rendah,ingatkan dier suka la kot dengan citer Rapunzel ker,Narnia ke..hehe..Tapi tetiba dier request nak tengok citer hantu Kak Limah...Sensasi pun on kan jer..
Mak cakap derang tgk "the making of" kelakar,citer pasal kak Limah nie tinggal seorang,jadi bila dier meninggal sampai mayat dah berulat takda sapa pun tahu,jadi untuk memberitahu org kampung,hantu kak Limah nie buat kacau lah kan...
Tapi sebenarnyer,,...kalau korang nak tau pergi panggung wayang tengok citer nie tak rugi..
Awie ,Johan ,dan pelakon-pelakon dalam filem nie kelakar....ada watak "awak",seorang lelaki yang duduk atas kerusi roda tue kelakar sgt..HAHA...
Hari tue sensasi tengok Filem Ngangkung yang dikhabarkan kelakar sgt2..tapi biler sensasi tengok Filem tue,takdelah kelakar mana...ada la beberapa babak yang mencuit hati,tapi sensasi tak gelak sakan pun,,..Overall i give 6/10 utk ngangkung...and 9/10 utk Filem Hantu Kak Limah balik Rumah.
Tak tau la kot korang nyer citarasa tak sama ngan sensasi..Nie cume pendapat sensasi la sebagai sumone yang kaki wayang.Anyway tadi sensasi tengok Rancangan Fuhh,dan komen beberapa pengarah tentang filem nie
Mamat Khalid~ rasa nie Filem paling best pernah dia buat
Ahmad Idham~ Filem nie memang kelakar sangat dan menghiburkan seisi keluarga,dari awal sampai akhir gelak jer
Raja Azmi~ Nie lah satu satunya filem komedi yang mampu menandingi Filem allahyarham P.Ramlee...
dan beberapa komen lain sensasi tak ingat..
Walaupun jumlah kutipan filem Estet agak mengecewakan pengarah filem, Mamat Khalid, namun filem terbarunya, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) pula menunjukkan perkembangan di sebaliknya.
Dalam tempoh dua hari tayangan, filem sekuel filem Zombi Kampung Pisang itu didakwanya sudah berjaya mengutip sebanyak RM1.2 juta.
Bagaimanapun jumlah itu belum disahkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas seminggu sesebuah filem ditayangkan.
Menurut Mamat, beliau dimaklumkan, jumlah kutipan pada hari pertama tayangan filem HKLBR pada Khamis lalu, mencecah RM330,000 dan RM870,000 pada hari kedua.
"Masa membaca skrip sahaja saya sudah dapat rasa ada kelainan yang akan berlaku dalam filem ini dan jangkaan itu boleh dikatakan menjadi sekarang," katanya
"Alhamdulillah setelah tiga tahun mengenali dia, saya terbuka hati untuk menerima lamarannya. Sikapnya yang penyayang dan mengambil berat terhadap anak-anak dan diri saya membuatkan hati saya terpaut. Saya yakin dia yang terbaik untuk saya," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman perkahwinannya di butik Harrods, KLCC.
Dilamar pada 25 Ogos 2010 yang lalu, kata aktres berusia 24 tahun ini, pengumuman perkahwinan tersebut diharapkan mampu melupuskan khabar angin yang mengatakan cintanya milik golongan VIP ataupun Datuk.
"Bakal suami saya hanyalah seorang peguam dan bukan seorang Datuk atau golongan VIP yang acapkali diperkatakan. Harapan saya dengan pengumuman ini akan menutup segala spekulasi yang sering kali melanda diri saya," katanya tenang.
Malah katanya, sebelum ini dia lebih selesa menyembunyikan identiti teman lelakinya kerana khuatir percintaan yang dibina terlerai di tengah jalan.
"Dulu orang tanya, saya tak suka nak dedah siapa teman lelaki saya sebab kita tak tahu sama ada percintaan itu akan berakhir dengan perkahwinan atau tak.
Macam-macam boleh berlaku jadi eloknya saya rasa lebih baik saya tak beritahu siapa teman lelaki saya. Apabila dah pasti, seperti hari ini saya umumkan kepada semua siapa bakal suami saya," tegasnya.
Teruja membilang hari istimewanya itu, jelas anak ketujuh daripada lapan beradik ini, dia sudah bersedia untuk menempuhi fasa baru dalam kehidupannya sebagai isteri serta ibu tiri kepada anak-anak Nor Azam.
"Saya sendiri dah ada anak angkat, Nor Adam Daniel jadi saya dah biasa dengan kehidupan seorang ibu. Saya juga tidak mempunyai masalah dengan kedua-dua anaknya.Tentang cabaran dalam rumahtangga, biasalah pastinya akan ada pasang dan surut serta cabaran, tapi saya yakin mampu mengendalikannya dengan sempurna," katanya yang tidak akan berhenti berlakon selepas mendirikan rumahtangga.
Malah jelas Rebecca, dia bersyukur dan berterima kasih kepada bakal suaminya kerana menghadiahkan sebuah rumah buat dirinya sempena perkahwinan tersebut.
"Dia mengotakan janji mahu membeli rumah sebagai hadiah perkahwinan kami. Rumah itu masih lagi dalam proses ubahsuai kerana lokasi pernikahan kami kelak akan diadakan di rumah tersebut," ujarnya yang memilih London sebagai destinasi berbulan madu.
Berbicara mengenai perkahwinannya kelak, Rebecca sambil tersenyum memberitahu, perkahwinannya itu akan akan diadakan selama tiga hari.
"Saya akan bernikah pada 14 haribulan Januari di Ampang, sehari selepas itu kami akan bersanding di Hotel Flamingo dan keesokkan harinya,kami akan mengadakan resepsi di Menara Kuala Lumpur," katanya.
Sensasi:Laa Rabecca nie sebaya sensasi rupanyer,baru berusia 24 tahun,tapi nampak sgt matang ... Bagi sensasi , umur dan rupa paras bukan pengukur kebahagiaan,kalau lelaki tue muda,hensem,berduit,susah juga,mesti ligat dan kurang matang (tak semua)...kalau dah berumur mesti lebih caring,lebih penyabar dan pemurah gitu....hahaha...Ape pun sensasi doakan yang terbaik buat mereka,dan semoga suaminya dapat mebimbing Rabecca untuk berpakaian lebih sopan..hehe...
takkan tak sayang bini kan,nak bg semua org tengok body isterinya jer..kene kasik tutup sikit la :P
Bakal suami Rabecca adalah seorang peguam yang memiliki firma guaman bersama 2 rakan karibnya ,dan juga anak Dato Sulaiman.
Sensasi dah tengok Video nie beberapa hari yang lepas...Tapi tak sempat nak hapdet sebab biasala weekend mesti sibuk dengan keluarga iaitu emak saya dan adik.
Selepas sensasi mengamati Video nie,pada pandangan peribadi sensasi ini memang Elyana,...Tapi zaman Elyana masih kurush,maklumlah zaman remaja Elyana dulu.
Dulu Elyana pun dikenali di Shah Alam sebagai seorang yang agak sosial.Lagipun suara yang dalam Video tue pun memang serupa ngan suara Elyana,cuma rakan-rakan dalam video itu ada bunyi sabah.
Tapi menurut empunya badan iaitu Elyana,dia telah menafikan bahawa dalam Video nie adalah dia...Katanya mungkin pelanduk dua serupa..
Bagi sensasi kalau Elyana menipu sekalipun,memang patut pun,maklumlah Video tue lama,tambahan Elyana kini sudah berumahtangga banyak hati yang perlu dijaga..
Hati suami,mak bapak mertua lagi...
Apepun sensasi sukee sgt lakonan Elyana dalam siri Dunia Baru Reunion yang lepas...BEST!
Ini komen Elyana berkenaan Video tersebut :
Adalah dimaklumkan bahawa perempuan yang mirip Elyana dalam video yang anda tonton adalah BUKAN Elyana. Diharap semua tidak ada salah faham dalam kepala tu. Memang 100% bukan. Perkara ni dah di-confirm-kansendiri oleh tuan punya badan..
Kepada ElyanaLovers semua, kalau ada sesapa tanya, betul ke Elyana dalam video tu, korang just jawab, "NO!". Sekali lagi, memang BUKANElyana. Bukan kami menyangkalnya tetapi ianya fakta, bukan Elyana.. Samada Elyana yang dulu @ sekarang, memang bukan k.
Harap semua sedia maklum, dan terima kasih atas sokongan korang semua selama ini. Elyana loves you guys .Kami berkeras disini agar tolong jaga sikap anda ketika mengomen. Thanks :3 p/s: ada jugak org mirip Elyana kat Malaysia ni, haha lol!
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ringkas tapi sungguh bermakna mesej yang cuba disampaikan oleh Sazzy Falak kat atas tu. Dan untuk makluman anda, ianya adalah mesej untuk memerangi AIDS yang dijalankan oleh Gerakan Kesedaran AIDS.
Hopefully dengan melibatkan golongan selebriti sebagai medium untuk menyampaikan mesej memerangi AIDS ini, ianya akan berjaya. Lagi beberapa gambar selebriti dengan mesej mereka kat bawah ni.
Harith Iskandar
Mizz Nina
Jehan Miskin
Erra Fazira
Yasmin Hani
Aishah Sinclair
Jojo Struys
Ida Nerina
Harith Iskandar & Isteri
Lebih banyak gambar selebriti dengan mesej mereka KAT SINI. Kami tak larat nak letak semua. Lagipun yang lain tu kami tak berapa nak kenal. Huhu.. Dan pastinya kredit tanpa kompromi kepada James Chong + ruumz.com