Adsense

Khamis, 21 Oktober 2010

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Teka-teki cinta Nasha

Posted: 20 Oct 2010 04:23 PM PDT

Hip

  
  • Foto
  • Foto

    AKSI hebat Nasha sewaktu memperagakan gaun rekaan Carven Ong, awal Oktober lalu.

  • Foto

    NASHA bergaya anggun ketika ditemui di Butik Rafflesia.

Si cantik ini sanggup tinggalkan lakonan dan peragaan apabila tiba masa

TANYALAH apa saja, Nasha Aziz sedia memberi jawapan pasti. Namun apabila diajukan soalan berkenaan perkahwinan atau bilakah doa akan mengakhiri zaman bujang bersama jejaka yang berjaya mencuri hatinya, Nur Iman Tang Abdullah, model tinggi lampai itu enggan berkongsi cerita.

Tumpuan pemilik nama Noraishah Abdul Aziz itu kini hanya kerjaya peragaan pentas yang mahu dilakukan secara serius, hingga memaksanya menolak beberapa tawaran membintangi drama dan filem, semata-mata untuk melakukan persediaan memenuhi undangan ke luar negara. "Apabila di set penggambaran, saya makan tanpa mengira waktu. Kulit muka pula kusam kerana terdedah kepada terik mentari, cahaya lampu dan solekan tebal sepanjang hari. Faktor inilah yang membuatkan saya terpaksa membuat pilihan.

"Sebagai model pentas peragaan, tubuh saya harus selangsing patung kerana pereka fesyen tidak mencipta busana mengikut saiz model. Malah demi kerjaya ini, saya perlu memastikan kulit wajah sentiasa segar dan stamina pada tahap maksimum," katanya ketika ditemui di Butik Rafflesia, Kuala Lumpur.

Model yang baru pulang daripada menghadiri pertunjukan fesyen di Shanghai itu turut diundang sebagai penyampai trofi pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 24 Oktober ini.

Mengenakan gaun merah pedas yang menyerlahkan lagi tubuh mulusnya, kehadiran Nasha sememangnya mencuri tumpuan media terutama lensa kamera yang tidak henti berkelip semata-mata mahu mendapatkan aksi terbaik si jelita itu.
Melihat penampilan terbaru, nyata demi menggapai impian meneroka pentas fesyen antarabangsa, aktres yang sudah mencecah 39 tahun itu memastikan tubuhnya kembali seperti ketika awal pembabitan di arena peragaan dengan menjaga pemakanan selain menjalani rutin senaman bagi mendapatkan berat ideal, 50 kilogram.

"Dengan tinggi 173 sentimeter, berat badan saya kini perlu sekitar 49 hingga 50 kilogram saja berbanding sebelum ini, 55 kilogram yang tentu saja bukan berat sesuai bagi seorang model pentas peragaan," katanya yang dijangka bakal terbang ke Shanghai semula dalam tempoh terdekat.

Sekali pun bakal mencecah 40-an tahun depan, pelakon Laila Isabella itu berkata, usia bukan ukuran sebaliknya kerja keras serta penjagaan diri paling penting. Namun begitu, dia akui, bekerja dengan mereka yang lebih muda menyuntik semangat untuk terus kekal aktif, sekali gus mengingatkan kembali memori manis ketika menceburi bidang fesyen selepas tamat sekolah.

"Saya sedar di luar sana model berusia belasan tahun menjadi pilihan dan jika ada yang berumur sekali pun, usia mereka tidak mencecah 30 tahun. Tetapi berdasarkan pengalaman serta tawaran, saya yakin permintaan tetap ada untuk model seperti saya kerana paling utama skil individu," katanya yang pernah bekerja dengan pereka kostum Sex and the City, Eric Way.

Begitupun, Nasha mengakui tidak mampu menolak permintaan pengarah yang dihormatinya, Bade, untuk membintangi drama berjudul Dendam Maya apatah lagi hampir tujuh tahun mereka tidak bekerjasama selepas filem Trauma.

"Saya memenuhi tawaran Bade disebabkan teruja dengan watak wanita psiko selain sudah lama tidak bekerja dengannya. Saya sememangnya cukup selektif dalam pemilihan watak, namun selepas membaca skrip Dendam Maya, saya terima pelawaan Bade," katanya lagi.

Ditebak semula persediaan bergelar isteri, secara berkias katanya selain dunia lakonan, kerjaya peragaan yang kini menjadi keutamaannya antara fokus yang tidak mampu dipinggirkan. Begitupun, jika ditakdirkan suatu hari nanti suami memintanya berkorban, kedua-dua bidang yang dicintai itu akan ditinggalkan.

Biar kedengaran agak klise, jawapan Nasha itu sudah mampu merungkai rasa hatinya yang sememangnya sedang asyik menganyam cinta, cuma barangkali masih menjaga adat di mana sewajarnya hanya pihak lelaki membuka bicara mengenai perkahwinan, persoalan tarikh hari bahagia dibiar tanpa noktah.

Berbicara mengenai pemergian mengerjakan umrah bersama Nur Iman yang sepatutnya pada Mei lalu, tanpa berselindung katanya ia terpaksa ditangguhkan disebabkan beberapa perkara. Perancangan ke arah itu bagaimanapun tetap akan diteruskan pada masa depan.

"Memang saya agak terkilan, cuma syukur sebab sebelum ini saya pernah mengerjakan umrah, jadi tidak terasa sangat apabila terpaksa ditunda. Apa pun dalam soal ibadat, saya tidak akan memaksa orang sebaliknya terpulang kepada mereka untuk pergi dengan rela hati," katanya lagi dengan penuh makna.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Janggal tapi serasi

Posted: 20 Oct 2010 04:11 PM PDT

Hip

BARISAN pelakon Cuti-Cuti Cinta bersama pengarahnya, Ahmad Idham (tiga dari kanan) dan penerbit, David Teo (kiri).

BARISAN pelakon Cuti-Cuti Cinta bersama pengarahnya, Ahmad Idham (tiga dari kanan) dan penerbit, David Teo (kiri).

SEBELUM ini penerbit David Teo mahu menjadikan pelakon Farid Kamil dan Lisa Surihani seperti pasangan pelakon Fauziah Ahmad Daud (Ogy) dan Azmil Mustapha yang kelihatan serasi apabila digandingkan bersama. Disebabkan sudah beberapa kali dipasangkan bersama, ramai yang menganggap Lisa pasangan paling sesuai buat pelakon berwajah kecinaan ini, sehingga agak sukar untuk mencari gandingan baru buatnya.

Perkara ini juga memeningkan kepala pengarah Ahmad Idham apabila dia dikehendaki mencari pasangan baru buat Farid untuk filem komedi romantik terbarunya, Cuti-Cuti Cinta. Baginya, pasangan Farid itu biarlah seseorang yang serasi supaya hasilnya nanti memuaskan hati. Namun, apabila David menyarankan nama Nora Danish, hatinya mula resah.

"Memang nama Nora Danish ada dalam senarai artis yang dicadangkan untuk memegang watak Eeva Elyana, tetapi saya sedikit skeptikal kerana status janda yang dipegang Nora. Saya tak pertikaikan soal lakonan Nora kerana dia pernah bekerja dengan saya sebelum ini. Cuma saya bimbang aspek pemasaran filem ini, apabila lelaki bujang seperti Farid digandingkan dengan janda. "Namun David berkali-kali meyakinkan saya gandingan janggal seperti inilah yang mampu menarik penonton. Malah saya juga dimarahi David hanya kerana takut untuk mengambil Nora berlakon dalam filem ini. Bagaimanapun, selepas melihat hasilnya, saya amat berpuas hati dan kelainan yang saya cari itu ada dalam gandingan mereka berdua," kata Idham ketika ditemui pada majlis pratonton filem berkenaan di Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Mengulas apakah Nora mampu membawakan watak Eeva dengan baik, Idham mengakui watak anak orang kaya yang dimanjakan memang sesuai dengan pelakon terbabit.

"Watak Nora dalam filem ini memang kita ubah sedikit menjadi kekampungan untuk disesuaikan dengan skrip. Kami sengaja berbuat begitu untuk menunjukkan pertembungan pemikiran antara watak Eeva dan Omar Rudy lakonan Farid. Dari situlah terbitnya perasaan cinta antara mereka.

"Cuma dalam skrip saya tidak menyebut perkataan cinta dan mahu penonton menterjemahkan rasa cinta antara mereka menerusi gerak tubuh masing-masing," ujar Idham.
Filem yang ditayangkan di pawagam mulai hari ini mengambil tempoh 20 hari penggambaran di sekitar Morib dan Kuala Lumpur.

Mengenai cabaran dihadapinya dalam menghasilkan filem ini, Idham berkata, memandangkan kebanyakan babak dibuat di kawasan laut, maka mereka tidak boleh lari daripada masalah mabuk laut, membabitkan kru dan pelakon.

"Walaupun berhadapan dengan cabaran itu, saya tetap paparkan keindahan semula jadi Morib dalam filem ini. Memang menjadi tabiat saya untuk memaparkan kecantikan alam semula jadi dalam karya saya," kata Idham yang turut mengetengahkan keindahan hutan paya bakau di dalam filem terbarunya itu.

Sementara itu, mengulas pemilihan kesemua anggota kumpulan The Fabulous Cats (TFC) sebagai pelakon dalam filem ini, Idham mempunyai jawapan tersendiri.

"Memang menjadi hasrat saya untuk mengundang kesemua anggota kumpulan TFC berlakon dalam filem saya. Kebetulan, filem ini mengambil latar sebuah hotel, jadi memang sesuai sangat jika mereka semua digandingkan bersama dengan memegang watak sebagai pekerjanya.

"Memandangkan mereka juga sudah lama tak mempunyai album baru, jadi saya mengambil kesempatan itu dengan merakamkan klip video khas lagu nyanyian mereka yang berjudul Muncul Kamu," katanya.

Memang pilih pasangan

JIKA Ahmad Idham terpaksa berhati-hati untuk mencari pasangan sesuai buat Farid, si empunya diri juga apa kurangnya. Malah, dengan beraninya dia mengatakan yang dia memang berkira dari segi pemilihan pelakon wanita yang layak untuk digandingkan dengannya. Pun begitu, jangan silap faham Apabila Farid berkata sedemikian. Ia bukanlah bermakna dia mahu mencari aktres yang cantik dan popular semata-mata.

Sebaliknya, kata jejaka tinggi lampai ini, dia mencari pelakon wanita yang benar-benar serasi supaya hasil lakonan mereka nanti dapat memuaskan hati semua pihak.

"Memang saya sedikit memilih apabila memperkatakan soal pasangan saya dalam sesebuah filem. Paling saya utamakan ialah keserasian kerana dari situ kita boleh lahirkan lakonan yang berkesan. Saya pernah menolak tawaran untuk digandingkan dengan dua pelakon wanita kerana saya dapati tiada keserasian antara kami," kata Farid meluahkan pendirian.

Mengenai Nora yang pertama kali digandingkan dengannya, Farid berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan pelakon kecil molek itu dan menyifatkan Nora sebagai pelakon yang baik.

"Saya memang sudah lama mengenali Nora dan kami saling 'memberi'. Itulah yang membuatkan kami nampak serasi dalam filem ini," katanya.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


TV3 fined RM50,000 for humiliating and insulting Islam

Posted: 20 Oct 2010 11:28 PM PDT





KUALA LUMPUR, Oct 21 — TV3 has been slapped with the maximum RM50,000 compound for its controversial Hari Raya advertisement Sinari Lebaran as it had "humiliated and insulted" Islam.



Information, Communication and Culture Deputy Minister Datuk Joseph Salang Gandum, in his reply to a question from Zulkifli Noordin (Ind-Kulim-Bandar Baru) during Question Time in Parliament this morning, confirmed that the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) had completed its investigation of complaints made against the advertisement under section 206(3) of the MCMC Act and had decided to slap the television station with the maximum compound.
"In reference to the case, which was said to have insulted and humiliated Islam, TV3's Sinari Lebaran, I would like to state here that MCMC has completed its investigation and has decided to fine TV3 with the maximum compound of RM50,000 under the Act," he told the House.
TV3 took the advertisement off the air just before Hari Raya following objections from several Muslim groups who complained that it contained elements of Christmas in it and was degrading to Islam.

FFM23: Filem Magika Bolot 5 Anugerah Cipta

Posted: 20 Oct 2010 03:23 PM PDT

Edry Abdul Halim memenangi Anugerah Pengarah Harapan
PETALING JAYA: Malam Perasmian Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang berlangsung di Centre Atrium E@Curve, Mutiara Damansara, menyaksikan filem Magikaterbitan KRU Studios merangkul lima anugerah daripada 12 Anugerah Cipta yang disampaikan, di sini, Rabu.

Anugerah tersebut adalah bagi kategori Kostum/Busana yang dimenangi Hasnan Yaacob, Lagu Tema Asal Terbaik iaitu Penyembuh Rindu ciptaan Edry Abdul Halim, Penataan Seni Terbaik (Anuar Paharudin dan Johan Lucas), Pelakon Kanak-kanak Terbaik (Fimie Don) dan Pengarah Harapan (Edry Abdul Halim).
Sementara itu, persaingan sengit bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik berpihak kepada aktor Shaheizy Sam (V3: Samseng Jalanan) manakala Yana Samsudin pula diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Adnan Sempit.
Selain kejutan daripada Magika, dua kategori lain iaitu Pelakon Harapan Lelaki dan Pelakon Harapan Wanita turut mengejutkan apabila aktor berketurunan India iaitu Shashi Tharan (Estet) dan aktres/hos Kadazan Daphne Iking (Belukar) memenangi kategori tersebut.
Kemenangan ini dilihat cukup istimewa dan memahat sejarah tersendiri apabila kedua-dua kategori itu diungguli oleh pelakon bukan Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran FFM.
Anugerah Poster Terbaik pula jatuh kepada filem Belukar dan Penataan Bunyi Terbaik dimenangi oleh Brian Ng (V3: Samseng Jalanan).
Dua anugerah utama iaitu Pengarah Harapan dan Filem Komedi Terbaik yang dimenangi oleh My Spy (Afdlin Shauki) telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Magalin Decruz.
Pemenang bagi setiap kategori membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM10,000. Majlis yang berlangsung selama satu setengah jam itu disusuli oleh tayangan perdana dua filem yang turut bertanding di FFM23 iaitu Estet dan 2 Alam.

Raja Farah Kahwin Bulan Depan

Posted: 20 Oct 2010 03:22 PM PDT


Jangan pula rasa terkejut yang melampau kepada pelakon manis, Raja Farah. Dengarnya dia dah bertunang. Tapi tak tahulah pula dibuat rahsia daripada media ataupun hanya ahli keluarganya sahaja yang datang ke majlis itu. Sebab banyak kemusykilan maka agar susah untuk kita mengetahui samaada Raja Farah sudah bertunang dengan kekasihnya, Megat Andika. Sebab pertunangan Raja Farah ni diketahui melalui laman Facebook miliknya yang belum disahkan lagi pemiliknya secara terbuka.



Tips : 10 Petanda Jodoh Kita

Posted: 20 Oct 2010 03:19 PM PDT

Saya sering ditanya mengenai ciri-ciri jodoh dan mimpi-mimpi yang berkaitan dengan jodoh . Terus terang saya ingin nyatakan bahawa saya sendiri memang tidak mengetahui tentang persoalan itu . Cuma saya yakin dan percaya bahawa hidup , mati , rezeki dan jodoh manusia itu adaah ditentukan oleh Allah swt .

Namun begitu , saya ingin kongsikan beberapa tips mengenai tanda-tanda jodoh ini. Tips ini saya perolehi daripada Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam N.Sembilan dan daripada sumber-sumber yang diperolehi daripada internet . Mungkin tips ini Insyallah boleh membantu kita semua untuk memahami petanda jodoh kita ...

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita.Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang,'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur,dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, mudah2 dgn dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Raja Farah bakal berkahwin pada bulan depan

Posted: 20 Oct 2010 07:03 PM PDT

Tahniah buat Raja Farah kerana telah selamat bertunang dengan kekasihnya, Megat Andika pada 9 Oktober yang lalu… Dengarnya mereka berdua bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan November ni.. kira bulan depan la.. tak lama je lagi kan.. Apa-apa pun jom kita baca apa kata Raja Farah mengenai pertunangan dan majlis pernikahanya akan datang…

"Sebenarnya, majlis pertunangan diadakan tanpa dirancang. Asalnya pihak lelaki mahu merisik dahulu. Tapi lain pula jadinya bila tarikh merisik dijadikan sebagai hari pertunangan dan tarikh pertunangan dijadikan kepada hari pernikahan.

"Apapun, saya akan umumkan tarikh pernikahan kami dalam masa terdekat nanti. Pada bulan depan, keluarga saya dan Megat merancang untuk membuat majlis pernikahan dahulu dan di sebelah malamnya pula, kami akan adakan majlis kesyukuran.

"Resepsi pula mungkin kami adakan pada awal tahun depan kerana saya masih lagi sibuk dengan penggambaran drama Kau dan Aku untuk siaran Astro sehingga hujung tahun ini"

MyGosip harap segala perancangan perkahwinan Raja Farah (22) dan Megat Andika (25) ni berjalan dengan lancar hendaknya.. tak sabar nak tengok Raja Farah bersanding kan…

Kami juga harap Raja Farah mendalami ilmu berumah tangga sebanyak yang boleh.. bukan senang nak jadi isteri diusia yang agak muda ni…

raja farah bertunang

Raja Farah dan tunangnya Megat Andika


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Gambar Shaheizy Sam di FFM-23

Posted: 20 Oct 2010 06:25 PM PDT

Tahniah buat Shaheizy Sam samad kerana telah berjaya memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang berlangsung di Centre Atrium E@Curve, Mutiara Damansara semalam.. Buat peminat Shaheizy Sam.. jom kita layan gambar Shaheizy Sam yang bergaya sakan dengan trofinya di FFM-23 ni…

gambar Shaheizy Sam

gambar Shaheizy Sam di ffm 23

gambar Shaheizy Sam dan yana di ffm 23

gambar Shaheizy Sam dan ibunya

gambar Shaheizy Sam

Shaheizy Sam di ffm 23

Shaheizy Sam menang anugerah ffm 23


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Adik perempuan google

Posted: 20 Oct 2010 12:20 PM PDT

google vs china

Goojje.com adalah search engine buatan China yang akan menjadi saingan Google.com di China. Yang menariknya goojje.com mempunyai logo yang mirip dan hampir sama dengan Google.com. Dengan adanya goojje semakin bertambah kuatlah reputasi China sebagai 'jaguh' membuat barang tiruan. Goojje.com lahir pada 14 Januari 2010.

Suku kata 'jje' dalam Goojje berbunyi dalam bahasa China untuk kakak perempuan. Sedang 'gle' dalam Google sendiri berbunyi dalam bahasa China untuk abang. Laman goojje.cn ini dicreate oleh mahasiswi di Guangdong.

Perselisihan negara China dan Google bermula pada Januari lalu setelah Google.com mengancam menghenti google.cn di China iaitu berkaitan sekatan atau penapisan ketat kerajaan China dan serangan cyber yang dialaminya di negara tersebut Januari lalu. Google pula mendakwa sekumpulan hacker yang direstui kerajaan China telah menggodam data website google di China.

Selain google, laman video terkenal youtube juga ditiru. Sama seperti laman aslinya yang sudah dihalang China, Youtubecn.com juga menyediakan berbagai macam video bagi para pengaksesnya. YouTube yang asli dihalang di China selepas pelbagai video rusuhan Tibet muncul di sana. – isuhangat

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Penggodam paling seksi

Posted: 20 Oct 2010 01:00 PM PDT

du 03.1 Penggodam paling seksi

KRISTINA SVECHINSKAYA


NEW YORK – Seorang pelajar berusia 22 tahun dari Rusia, Kristina Svechinskaya diberi gelaran sebagai penggodam komputer paling seksi di dunia selepas dia dikaitkan dengan aktiviti penipuan siber bernilai AS$34.81 juta (RM107.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Dia dituduh menggunakan pasport palsu untuk membuka banyak akaun bagi tujuan memasukkan wang yang dicuri daripada pelanggan-pelanggan bank.

Polis percaya, Svechinskaya direkrut untuk menjadi penggubah wang haram oleh satu kumpulan penjenayah berteknologi tinggi.

Kumpulan penjenayah itu menggunakan virus Zeus Trojan untuk menggodam akaun-akaun bank sebelum mencuri nombor akaun, nama pengguna dan kata laluan.

Dia merupakan salah seorang daripada empat pelajar yang dituduh bersubahat dengan kumpulan penjenayah terbabit setelah para penyiasat menahan 37 suspek dari Eropah Timur.

Wang yang dicuri itu dimasukkan ke dalam bank akaun palsu di Amerika Syarikat (AS) oleh individu seperti Svechinskaya yang dikatakan menerima komisen sebanyak 10 peratus daripada keuntungan tersebut.

Svechinskaya dituduh membuka sekurang-kurangnya lima akaun dengan menggunakan nama sendiri dan nama samaran seperti Anastasia Opokina serta Svetlana Makarova.

Dia berdepan hukuman penjara sehingga 40 tahun atas tuduhan konspirasi menipu bank dan menyalahgunakan pasport. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Mahu belajar cara berlakon

Posted: 20 Oct 2010 07:06 AM PDT

PERASAAN terkilan tidak mampu disembunyikan bintang muda Diana Danielle, 19, apabila namanya langsung tiada dalam senarai Top 5 Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang bermula semalam dan berkemuncak pada Ahad ini.

Bagi anak tunggal yang dibesarkan ibunya, Norsiah ini, filem terbarunya, Magika dirasakan peluang terbaik untuk menerima pencalonan di majlis mengiktiraf hasil kerja karyawan seni tanah air selepas mula mendapat perhatian melalui filem Evolusi KL Drift.


Hatinya mula berbunga-bunga apabila pengarah Magika, Edry Abdul Halim dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim menghubunginya untuk memaklumkan mereka mencalonkan namanya bagi dua kategori penting FFM23.


Bagaimanapun, Diana hanya mampu menyimpan rasa terkilan apabila namanya tiada dalam senarai Top 5 yang diumumkan 14 Oktober lalu.

Norman sendiri mengakui terkilan apabila nama Diana Danielle tidak berada dalam Top 5 Pelakon Harapan Wanita Terbaik kerana lakonannya sungguh berkesan selain mempunyai peranan besar dalam Magika.

"Mungkin terkilan bukan perkataan sesuai untuk menggambarkan perasaan saya. Sebenarnya, saya harap dapat sama-sama memeriahkan FFM kali ini dengan pencalonan untuk Pelakon Harapan Wanita Terbaik.

"Saya rasa Magika peluang cerah untuk dicalonkan. Selepas membintangi beberapa filem, saya belum pernah dicalonkan dan berharap dicalonkan kali ini.

"Bagaimanapun, apa boleh buat kerana nama saya tidak sangkut satu pun pencalonan.

"Apapun, saya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang saya terima selama ini.

"Malah, saya bersyukur sangat diberi peluang menjayakan Magika kerana ia membuka banyak rezeki saya dalam lakonan selepas itu. Antaranya ... Dalam Botol dan baru saja selesai menjayakan filem Hanyut arahan pengarah terkenal, U-Wei Shaari.

"Saya juga menimba pengalaman baru bekerja dengan Edry. Walaupun ini karya pertamanya, kesungguhan Edry di lokasi cukup baik dan saya bangga dengan keberaniannya bereksperimentasi di layar perak," katanya.


Diana yang menyambung pengajian peringkat ijazah dalam jurusan biosains di Universiti Nottingham cawangan Semenyih, Selangor mengakui kejayaan di FFM begitu penting kepada pelakon kerana ia dianggap sebagai bukti pencapaian seorang pelakon atas apa yang dilakukan.

"Sudah tentu setiap pelakon mengimpikan kejayaan atas usaha mereka dalam lakonan kerana ia dianggap sebagai kayu pengukur atas apa yang dilakukan. "Kalau pencapaian pelajar diukur dengan keputusan peperiksaan, pelakon pula melalui pengiktirafan ini.

"Apapun, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus memperbaiki lakonan pada masa akan datang. Malah, saya akui banyak yang perlu diperbaiki lagi setiap kali menonton Magika.


"Saya menonton filem itu lapan kali termasuklah ketika suntingan (editing) dan memasukkan suara (dubbing) dan rasa lakonan saya tidak cukup baik dan banyak yang perlu diperbaiki.


"Melihat kelemahan itu, membuatkan saya ingin mengambil kelas berlakon. Mungkin tahun depan saya akan mengikuti kelas lakonan untuk memperbaiki lagi lakonannya.


"Mungkin bukan waktu terdekat ini kerana sibuk dengan pelajaran dan juga penggambaran, tetapi mungkin tahun depan," katanya berminat belajar dengan Fatimah Abu Bakar.


Apapun, impian Diana untuk memeriahkan FFM23 hanya melalui persembahan pada malam kemuncak di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Ahad ini.

Diana akan berganding dengan pasangannya dalam Magika, Mawi menyampaikan lagu dari filem itu, Penyembuh Rindu secara duet dan turut dipilih Rafflesia The Pearl Centre untuk menggayakan perhiasan mutiara ketika menjayakan FFM23 nanti.

Selain Diana dan Mawi, Magika turut dibintangi Ziana Zain, Ning Baizura, Maya Karin, Aznil Nawawi, Raja Azura, Datuk Jalaluddin Hassan, Ogy Ahmad Daud, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Adibah Noor, Saiful Apek, Senario, Vanidah Imran, Nabil Raja Lawak, Ruminah Sidek, Norman Hakim, Zaibo dan Marsha.


Filem ini juga mencatat kejayaan awal apabila menerima paling banyak pencalonan iaitu untuk 12 anugerah. Edry dicalonkan untuk Pengarah Harapan Terbaik, Ziana (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik) dan Fimie (Pelakon Kanak-kanak Terbaik). Pemenangnya diumumkan dalam majlis pembukaan FFM23, malam tadi.


Selepas Magika yang ditayangkan di pawagam 23 September lalu dan Kecoh Betul (3 Jun), Diana kini menanti tayangan filem ... Dalam Botol dan baru selesai menjalani penggambaran filem Hanyut. Gadis jelita kelahiran Houston, Amerika Syarikat pada 22 November 1991 ini juga tidak lepas dikaitkan dengan kisah cinta.

Sebelum ini, Diana bercinta dengan pelakon dan pengarah muda, Syamsul Yusof dan kini dikatakan hangat bercinta dengan pelakon dan juga pengarah muda, Farid Kamil.


Walaupun tiada pengakuan daripada mereka, ramai yang tahu hubungan mesra yang terjalin. Malah, ada gosip mengatakan mereka bakal berkahwin pada awal tahun depan sebagaimana disiarkan Bintang Popular pada 3 Oktober lalu dengan tajuk Diana, Farid nikah Januari 2011? Mengulas perkara itu, Diana hanya tersenyum manja.

Katanya, cerita itu hanya gosip semata-amat kerana tidak mungkin dia akan berkahwin dalam waktu terdekat ini.


"Saya masih muda lagi dan banyak perkara yang hendak saya lakukan sebelum bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri," katanya.


Enggan bercerita lanjut mengenai hubungannya dengan Farid, Diana menafikan sengaja menyorok kisah cintanya itu. Katanya, dia memilih untuk low-profile dalam menjalin hubungan kali ini.


Apabila ditanya apakah yang membuatkan dirinya tertarik dengan Farid, Diana mengatakan hero filem Remp-it dan Lagenda Budak Setan itu sebagai lelaki yang baik.


Kata Diana, mereka tidak pernah dipertemukan dalam filem sebelum ini berbanding Syamsul yang sering digandingkan dengannya dalam drama siri dan juga filem.


"Saya tidak keberatan berlakon dengannya. Malah, ada beberapa tawaran untuk menggandingkan kami berdua, tetapi tidak dapat dipenuhi kerana terikat dengan jadual," katanya.


Sementara Farid, bukan saja dicalonkan untuk Pengarah Harapan Terbaik menerusi filem sulungnya, V3: Samseng Jalanan bersaing dengan Edry di FFM23, malah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Lagenda Budak Setan berentap dengan Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2).

>PROFIL
NAMA SEBENAR: Diana Danielle Danny Beeson
TARIKH LAHIR: 22 November 1991
TEMPAT LAHIR: Houston, Amerika Syarikat
KETURUNAN: Melayu-Amerika
STATUS: Bujang
ADIK-BERADIK: Anak tunggal
KERJAYA: Model, pelakon dan penyanyi
DRAMA/TELEFILEM: Air Mata Maria, Janji Diana, Gol & Gincu The Series dan Farah Syakirah
FILEM: Evolusi KL Drift, Maut, Bohsia, Setem, Kecoh Betul, Magika, ... Dalam Botol dan Hanyut
LAGU: Radio (bersama Imran Ajmain, Ahmad Nabil dan Infinatez), Penyembuh Rindu (duet bersama Mawi)

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Saingan antara Astro, Finas

Posted: 20 Oct 2010 07:04 AM PDT

KEHANGATAN Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) sudah terasa khususnya di kalangan penggiat seni yang bertanding. Beberapa acara sudah dijalankan bagi memeriahkan majlis berpestij itu yang bertujuan mengiktiraf hasil kerja anak seni dalam bidang perfileman.

Tidak ketinggalan mengisi slot FFM23 kali ini adalah Festival Filem Dokumentari Malaysia kedua (FDM2) anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Dalam usaha memperkasakan bidang dokumentari tempatan berlandaskan Dasar Perfileman Negara 2005, FDM2 telah berlangsung di Studio Sound Stage, Finas, malam minggu lalu.


Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim, berkata penganjuran FDM2 menunjukkan peningkatan apabila menerima 80 penyertaan berbanding hanya 60 penyertaan tahun lalu.


"FDM diadakan bertujuan untuk memantapkan penghasilan dokumentari yang bermutu. Pemenang terbaik keseluruhan akan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perdana Filem Dokumentari Terbaik FFM23 pada malam kemuncak, 24 Oktober ini," katanya.

Sebanyak 17 penyertaan dokumentari (Kategori Kesenian/ Kebudayaan), 17 (Isu Semasa/Kemasyarakatan), 30 (Ilmiah/Sejarah) serta 16 (Alam Semulajadi/ Pelancongan) dari stesen TV, syarikat produksi, IPTA dan IPTS mahupun badan penyiar layak mengambil bahagian. Selain mempertandingkan 4 kategori utama, FDM2 turut menyediakan hadiah bagi Skrip Terbaik, Jurukamera Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penyunting Terbaik Keseluruhan dan Skor Muzik Terbaik Keseluruhan. Satu Anugerah Khas Juri turut disediakan.


Sementara itu, majlis pelancaran Festival FDM2 itu dimeriahkan dengan kehadiran penggiat aktif dalam bidang berkenaan. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) merangkap Pengerusi Finas Datuk Mohamed Mohd Daud dan Presiden Gafim. Ahmad Puad Onah. Turut hadir presiden-presiden persatuan hiburan antaranya Datuk Freddie Fernandez, Ahmad Ibrahim (Mat London) dan Datuk M Daud Wahid.

Pada malam itu, persaingan hebat diperlihatkan antara dokumentari terbitan Astro Entertainment dan Finas yang bekerjasama dengan beberapa produksi yang menyaksikan mereka mendominasi beberapa kategori dipertandingkan.


Menerusi slot Suatu Ketika yang disiarkan di saluran Prima, Astro Entertainment meraih anugerah Dokumentari Ilmiah/ Sejarah Terbaik menerusi Laskar Senoi. Malah pengarahnya, Johari Hamid turut dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik menerusi dokumentari ini. Kategori lain yang berjaya dimenangi ialah Skor Muzik Terbaik dan Sinematografi Terbaik menerusi dokumentari Siapa Sybil.


Satu lagi kemenangan diraih Astro Entertainment ialah Penyuntingan Terbaik menerusi Sepandai-Pandai Tupai Melompat. Finas pula meraih anugerah bagi kategori Dokumentari Kesenian/Kebudayaan Terbaik menerusi Fight Master: Silat hasil kerjasama dengan GS Production. Menerusi kerjasama dengan Novista pula, mereka berjaya meraih anugerah Skrip Terbaik menerusi The Malayan Emergency dan Dokumentari Alam Semulajadi / Pelancongan Terbaik menerusi Among The Great Apes With Michelle Yeoh.


Pemenang 4 Kategori Utama menerima hadiah RM5,000, trofi dan sijil penyertaan, manakala kategori lain membawa pulang RM3,000, trofi dan sijil penghargaan.


Ketua Juri FDM2, Mohd Zaki Abdul Rahim, berkata juri yang mengadili setiap dokumentari bertanding ialah Syed Mohamad Hassan Benyahya, P Kamaraj, Dr Megat Al Imran Yasin dan Dr Darussalam. Mereka terdiri daripada pelbagai latar merangkumi penggiat, pemikir filem dan ahli akademik.


"Kami mendapati kebanyakan penerbit lebih terarah menghasilkan dokumentari sejarah dan kebudayaan. Kehadiran Astro yang memperkenalkan satu program khusus serta pembabitan Finas banyak membawa peningkatan dari segi kualiti.


"Kami mengambil masa seminggu untuk menilai semua dokumentari yang bertanding. Setiap juri mempunyai pandangan berbeza, namun kami akhirnya berjaya memilih mana yang terbaik. Rupa bentuk dokumentari semakin jelas diperlihatkan manakala pembabitan pelakon terkenal seperti Michelle Yeoh membawa pendekatan berbeza dalam penerbitan dokumentari. "Dalam memilih pemenang, kami juga tertarik dengan kesungguhan pengarah menghasilkan babak imbas kembali yang begitu dramatik dan bernilai kerana mereka sanggup mencari props lama bagi digunakan. Mereka berjaya sampaikan mesej dengan jelas. "Pertimbangan juga dibuat dengan melihat faktor kos yang dikeluarkan relevan dengan dokumentari itu sendiri. Boleh dikatakan hampir keseluruhan dokumentari yang bertanding berjaya sampaikan mesej dengan jelas antaranya dokumentari mengenai Botak Chin dan Laskar Senoi. Karya sebegini perlu dihargai dan boleh melepasi pasaran antarabangsa," katanya.


Ditanya apakah drama Laskar Senoi bakal muncul pemenang Anugerah Perdana-Filem Dokumentari Terbaik pada FFM23, Zaki enggan mengulas lanjut dan meminta semua pihak menunggu keputusan itu pada malam kemuncak nanti.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Perancangan kahwin tidak menjadi

Posted:

Perancangan kahwin tidak menjadi

Perancangan kahwin tidak menjadi

Oleh FAIZAL SAHARUNI
faizal.saharuni@kosmo.com.my



SEPATUTNYA, model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz berlepas dari ibu negara menuju ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah pada 10 Mei lalu. Tanpa mampu ditolak, impian untuk memijakkan kaki ke kota Mekah bagaimanapun tidak menjadi kenyataan.

Wanita tinggi lampai berusia 39 tahun itu dijadualkan menunaikan umrah bersama kekasih hati yang merupakan saudara baru, Nur Iman Tang selama dua minggu. Berita menggembirakan itu dikhabarkan sendiri oleh Nasha kepada pihak media beberapa bulan lalu.

Begitupun, dalam nada tenang, anak kelahiran Kuala Lumpur itu yang ditemui pada majlis Rafflesia menyumbangkan tajaan pada Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) di Hotel Park Royal, ibu negara Isnin lalu, berkongsi cerita sebenar agar tidak disalah erti.

"Terus terang, kami memang mahu pergi ke Mekah seperti dirancang. Tetapi, apabila hampir tiba masanya, dia (kekasih) berdiam diri tanpa memberi sebarang alasan kepada saya sedangkan sebelum ini keterujaan jelas terpancar untuk mengikut saya menunaikan ibadat di sana.

"Namun, saya tidak sesekali melatah atau melenting tidak tentu fasal dengan tindakannya. Sebagai manusia biasa, saya bersikap terbuka. Saya hanya membiarkan dia berfikir sendiri. Sampai sekarang, kami tidak pernah membincangkan secara langsung hal ini lagi.

"Mungkin saya dilahirkan ke dalam dunia ini untuk memahami manusia. Meskipun hajat menunaikan umrah bersama tidak tercapai, hakikatnya, saya cukup gembira kerana tidak memaksa orang lain membuat keputusan," terang Nasha yang telah bersedia sepenuhnya untuk bergelar isteri..


KEMBALI ke dunia asal kerjayanya, Nasha kini ingin memberi tumouan terhadap bidang peragaan.


Tidak terkilan dengan situasi yang berlaku, Nasha bagaimanapun percaya segala yang terjadi punya hikmah sendiri. Malah, tetap hatinya berkata, itu semua datang daripada Allah. Dan sebagai insan kerdil, dia sekadar pasrah menerima takdir serta ketentuan tersebut.

"Saya hanya boleh memberi galakan dalam soal agama. Cuma, tidak boleh memaksa atau mempersoalkan dilemanya terutama kepada saudara baru macam dia. Biarlah dia bersedia sepenuhnya, dan saya percaya ia akan datang sendiri kepadanya selepas ini," akui Nasha.

Dalam waktu sama, sosok berketinggian 176.68 sentimeter (5 kaki 8 inci) itu bercadang untuk menunaikan umrah tidak lama lagi. Hatinya beria-ria mahu sampai ke Tanah Suci untuk berada lebih dekat lagi dengan Sang Pencipta. Itu tegas Nasha. Tiada sesiapa boleh menghalangnya.

"Saya mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke Mekah dalam waktu yang telah difikirkan. Kali ini, saya pilih visa ziarah. Sesiapa saja boleh ikut saya.

Terpulang kepada si dia untuk ikut sekali atau tidak. Kerana itu, saya tidak suka merancang, khuatir pula ia tidak menjadi.

"Kalau mahu ikut, ikut saja. Yang pasti, saya tidak mahu menjanjikan apa-apa kepada dia," katanya lagi.

Tetap mahu kahwin

Mengikut perancangan juga, sekembali pasangan itu dari mengerjakan umrah, mereka ingin mengakhiri hubungan cinta yang dibina dengan lafaz akad nikah. Tidak berpeluang melakukan ibadat tersebut, sejak hari itu, Nasha dan kekasihnya terus sepi tanpa berita.


NASHA menerima takdir yang menimpa dirinya dengan penuh rela dan terbuka.


Waktu deras berlalu. Hingga ke saat ini, belum bertebar sebarang cerita perkahwinan Nasha dan Iman. Lantaran itu, ada sesetengah peminat mula membuat konklusi sendiri berkaitan status perhubungan mereka yang belum berkesudahan di jenjang pelamin.

Penuh santun menuturkan kata, Nasha sejujurnya enggan bercakap lebih panjang soal jodoh. Dia dan Iman sekadar mampu merancang. Tetapi, Tuhan punya kuasa mencorakkan takdir setiap manusia di muka bumi ini. Itu tidak mampu ditolak.

Jelasnya: "Anugerah ini (kahwin), saya belum terima daripada Allah. Jangan risau, kalau saya hendak mendirikan rumah tangga, saya pasti berkongsi cerita ini kepada pihak media. Kalian banyak membantu saya bermula awal kemunculan dalam bidang seni sehinggalah hari ini.

"Saya amat hargainya. Justeru, saya tidak akan menyembunyikan perkara baik ini. Cuma,buat masa sekarang, apa yang boleh dikatakan, semua harus menunggu. Ini semua datang daripada Allah."

Menghela nafas panjang, perlahan sahaja tutur Nasha: "Susah hendak jadi Noraishah Abdul Aziz dalam usia hampir 40 tahun, tambahan pula merupakan seorang wanita. Saya sendiri memerlukan sumber pendapatan untuk menyara kehidupan.

"Tetapi pada waktu sama, saya harus menyayangi diri sendiri terlebih dulu dalam segala hal. Alhamdulillah, saya tidak jadi seorang manusia yang hancur dengan buat benda-benda jahat atau mengambil dadah. Ini semua kerana Allah sentiasa berada di sisi saya."

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Rain kaki judi

Posted:

Rain kaki judi

Rain kaki judi


RAIN


BINTANG terkenal Asia, Rain telah disaman sekali lagi. Kali ini dia disaman berhubung hutang judinya yang masih belum dibayar selepas meminjam sejumlah wang daripada temannya seorang rakyat Amerika Syarikat, Andrew Lim ketika berjudi di Hotel Bellagio di Las Vegas.

Menurut Andrew, 28, Rain meminjam wang sebanyak AS$50,000 (RM160,000) daripadanya pada Jun 2007 untuk berjudi di hotel Bellagio.

Mengulas lanjut tentang kenapa dia memfailkan saman, ujar Andrew: "Tiga tahun telah berlalu dan dia masih tidak membayar hutangnya."

Katanya lagi, Rain yang mempunyai masalah ketagihan judi pernah mempertaruhkan wang sebanyak RM31,000 pada satu-satu masa ketika berjudi di sebuah hotel mewah.

Akhbar Sports Seoul berjumpa dengan Andrew dan peguamnya di Los Angeles pada 8 Oktober lalu juga untuk menemu bual beberapa wakil kasino di kawasan tersebut.

Berdasarkan maklumat yang diterima Rain dan Andrew merupakan teman rapat dan buat pertama kali bertemu di Las Vegas pada Disember 2006. Kemudian Kim mula menguruskan persembahan Rain di Los Angeles pada 2007.

Akui Andrew: "Umur kami sama, jadi agak mudah untuk kami jadi rapat. Kami saling mendengar masalah dan merancang masa depan. saya seorang pakar IT dan Rain adalah seorang bintang, Kedua-dua kami mengimpikan sebuah perniagaan berasaskan gabungan IT dan hiburan."

Bagaimanapun, masalah ketagihan judi Rain menyebabkan hubungan mereka regang. Andrew mula percaya Rain mempunyai masalah dengan judi.

"Rain sangat sukakan Las Vegas. Setiap kali dia melawat saya di Los Angeles dia pasti akan ke Las Vegas. Dia akan terbang menggunakan jet peribadinya atau menyewa kereta limosin untuk ke sana.

"Saya ada segala bukti berkenaan wang yang dipinjam itu. Rain bukan orang miskin, dia seorang bintang. Dia berjanji untuk pulangkan wang yang dipinjamnya daripada saya dan dia harus tunaikan janjinya," ujarnya.

Sementara itu, agensi Rain, J Tune Entertainment menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh Andrew. Pengerusinya, Jo Dong Won mengeluarkan kenyataan pada Isnin lalu: "Pertama, keseluruhan tuntutan mahkamah itu ialah sebuah cerita tidak benar.

"Di Amerika, plaintif boleh mengatakan apa sahaja yang dia mahu. Tiada satu pun ceritanya itu benar."

Apabila ditanya berhubung tabiat judi Rain di Las Vegas, Jo Dong membalas: "Kami tidak mengatakan yang Rain tidak langsung pergi ke Las Vegas. Apa yang disoal adalah tahap wang yang dilaburkan untuk berjudi.

"Sebagai contohnya, Rain menghabiskan wang RM3,100 dalam masa seminggu, adakah itu pun dikatakan ketagih judi?

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.