Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Awie Ajak Peminat Bersantai dalam Tunggu Sekejap Posted: 02 Nov 2012 06:48 PM PDT MALAM AHAD KINI LEBIH SANTAI BERSAMA AWIE Selepas Jangan Tidur Lagi dan BROS, malam Ahad para penonton akan terus diserikan dengan sebuah lagi program terbaru, "Tunggu Sekejap", yang dihoskan oleh penyanyi rock dan pelakon terkenal tanah air iaitu Ahmad Azhar Bin Othman atau lebih dikenali sebagai Awie mulai 11 November ini. "Tunggu Sekejap" merupakan program bual bicara variety yang sarat dengan aksi yang mencuit hati dan mendebarkan serta diselitkan elemen-elemen hiburan. Awie tidak akan keseorangan kerana beliau akan ditemani oleh tetamu istimewa yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak, ahli sukan, VVIP dan ahli perniagaan. Kredibiliti Awie selaku penghibur secara solo mahupun bersama bandnya, Wings dan kejayaan filem-filem lakonan beliau, antaranya, "Hantu Kak Limah Balik Rumah", "Cuci", "Zombie Kampung Pisang", "Baik Punya Cilok", "Bara" serta "Sembilu" menjadikan beliau pilihan tepat untuk mengemudi program "Tunggu Sekejap". Pertama kali menjadi pengantara sebuah program bual bicara, karakter dan attitude Awie yang cukup sinonim dengan motor kuasa tinggi Harley Davidson menjanjikan suatu yang unik dan dinantikan di dalam "Tunggu Sekejap". Awie bersama band Kristal Bersiaran selama 1 jam bermula 11.00 malam hingga 12.00 tengah malam, "Tunggu Sekejap" merupakan pelengkap malam hujung minggu penonton dengan memuatkan 5 segmen menarik iaitu "Babak Ke Babak", "Lawak Lawak", "Aksi", "Tiru Gaya Artis" dan "Karaoke Ligat". Sesi rakaman "Tunggu Sekejap" diadakan di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam dan turut menampilkan band Kristal sebagai pemuzik iringan untuk kesemua 13 episod. Berbeza dengan program BROS yang menumpukan isu kaum lelaki pada setiap episod, "Tunggu Sekejap" tampil lebih ringan dan santai untuk penonton seisi keluarga. Menerusi segmen pertama iaitu "Babak Ke Babak", penonton akan melihat lakonan semula atau kesinambungan babak dari filem-filem popular, antaranya "Kabhi Khushi Kabhi Gham", "Gila-Gila Remaja" dan "Sembilu" oleh tetamu undangan. Diselang-seli dengan segmen "Babak Ke Babak" pada setiap episod, segmen "Lawak Lawak" juga mengkehendaki tetamu undangan berlakon, bezanya mereka akan berlakon berdasar tajuk yang diberi, contohnya "Shopping Boleh Blah", "Dating Larut Malam" dan "Kasih Seorang Ayah…Hingga Hujung Nyawa". Segmen seterusnya ialah "Aksi" di mana mereka yang tersenarai di dalam Malaysian Book Of Records akan melakukan aksi-aksi yang menggerun dan mendebarkan seperti tinggal bersama 150 ekor ular, memakan kaca, bawa kereta reverse, ditetak tangan dengan parang, berdiri di atas motor paling lama dan banyak lagi. Segmen "Tiru Gaya Artis" kemudian menyusul di mana mereka yang berbakat untuk meniru suara, gaya dan rupa seiris artis akan dijemput ke studio. Artis yang ditiru juga akan berada di studio. Mereka akan melakonkan kembali aksi-aksi yang ditiru, antaranya, Sofi Jikan di dalam filem "KL Gangster" dan klip video "Lembu Nak Jaga" (lagu asal "Move Like Jagger" oleh Maroon 5). Segmen terakhir "Tunggu Sekejap" ialah segmen "Karaoke Ligat", menerusi segmen ini penonton akan dihiburkan dengan persembahan oleh tetamu undangan yang menyanyikan lagu-lagu kerakyatan atau lagu-lagu popular dalam versi loghat negeri seperti Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan sebagainya. Tidak ketinggalan, Awie juga bakal menyanyikan beberapa buah lagunya dan lagu popular lain pada setiap episod. Antara tetamu undangan yang akan bersama Awie di dalam "Tunggu Sekejap" ialah Shuib Sepah, Ifa Radziah, Zalif Sidek, Sofi Jikan, Didie Alias, Eby Yus, Monoloque, Almy Nadia, Nabil, Dina Nadzir, Aiman Hakim Ridza, Angah Raja Lawak, Abon, Syanie, Wan Sharmila dan ramai lagi. "Tunggu Sekejap" diterbitkan oleh Primeworks Studios yang diterajui oleh Jamil Hassan selaku Penerbit Eksekutif dan Zaini Saidi selaku Penerbit. Saksikan "Tunggu Sekejap" bersama hos, Awie, pada setiap hari Ahad jam 11.00 malam mulai 11 November ini di TV3. Selain itu, penonton mempunyai alternatif untuk menyaksikan "Tunggu Sekejap" menerusi laman sesawang www.tonton.com.my. Commentscomments Powered by Facebook Comments No tags for this post.Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Sazzy Falak & Razif Hashim Pengacara Program Bual Bicara OMG Posted: 02 Nov 2012 06:39 PM PDT OMG – PROGRAM BUAL BICARA TERBARU DI DIVA UNIVERSAL Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan program berkonsepkan bual bicara terbaru keluaran industri tanah air, OMG – siri jenama terbaru kini ditetapkan untuk memberi inspirasi, memperkasa serta memberi informasi mengenai wanita dan tips, pandangan serta gosip terkini. OMG merupakan program yang dibawakan khas untuk wanita moden yang bercita-cita tinggi, bertenaga, sukakan cabaran serta bebas. Program OMG yang disajikan khas untuk penonton Malaysia akan bersiaran tayangan perdana di DIVA Universal (saluran 702) pada 5 November 2012, setiap hari Isnin jam 7.30 malam. Ketua Kandungan Jenama, Jualan Media Astro, Encik Haris Ismail berkata "Kami amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada pelancaran OMG kerana ia merupakan program pertama terbitan Malaysia untuk ditayangkan di saluran tersebut. Kami turut berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan saluran antarabangsa seperti DIVA Universal untuk menerbitkan lebih kandungan tempatan untuk tontonan para pelanggan Astro secara keseluruhannya. Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada penaja utama kami, F&N Magnolia Sherbet untuk turut sama menceriakan program ini dengan segmen istimewa di mana wanita muda akan dipiliih untuk mengendalikan aktiviti – aktiviti yang lasak serta luar biasa. OMG sememangnya merupakan satu program yang pasti mengubat jiwa wanita muda yang bekerjaya hari ini", tambahnya lagi. OMG bakal menampilkan gandingan hebat dua selebriti tempatan yang tidak asing lagi dalam industri hiburan, Sazzy Falak dan Razif Hashim, juga dikenali sebagai Raz selaku hos program. Program ini mengupas topik yang menarik serta terkini melibatkan kerjaya, keluarga, persahabatan, perhubungan dan banyak lagi. Program 13 episod ini turut memperkenal tiga segmen utama iaitu OMG Celebrity, OMG Miss Chilled dan Oh My Gaji. Segmen OMG Celebrity akan menampilkan sesi temubual istimewa bersama hos program dan juga selebriti tempatan sebagai jemputan termasuklah Lisa Surihani, Jacklyn Victor, Hannah Tan, Mizz Nina, Noh Hujan serta Deborah Henry. Setiap episod penonton akan disajikan dengan segmen mini berjudul "Oh My Gambar Lama" di mana selebriti jemputan akan berkongsi gambar-gambar lama mereka sebagai tatapan buat penonton OMG. Ditaja oleh F&N Magnolia Sherbet, segmen OMG Miss Chilled pula menyingkap pengembaraan 13 orang gadis terpilih menerusi pencarian Miss Chilled yang dianjurkan oleh F&N Magnolia Sherbet. Setiap minggu penonton akan disajikan dengan pelbagai drama oleh para peserta. Kita akan melihat keberanian dan kawalan emosi para peserta ini dalam melakukan pelbagai aktiviti yang cukup mencabar seperti memandu go-kart, meniti jambatan tali dan juga menghadiri janji temu. Gadis Miss Chilled pada setiap minggu juga akan menjalani sesi temubual bersama-sama pengacara, Raz untuk berkongsi pengalaman dan pengajaran yang diperoleh daripada setiap aktiviti yang dijalankan. Pengurus Jualan Pengiklanan Malaysia di NBC Universal, Nini Yusof pula berkata, "Sebagai sebuah saluran pilihan utama kaum wanita untuk program hiburan, DIVA sentiasa berusaha untuk menyiarkan sebuah program berdasarkan topik dan personaliti yang lebih dekat dengan jiwa mereka. Kami juga turut mengalu-alukan kehadiran Magnolia Sherbet sebagai rakan penaja." Pengurus Besar F&N Creameries (M) Sdn Bhd, Michael Loh juga berkata, "Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Astro dan DIVA Universal untuk pertama kalinya. Program terbaru ini sebenarnya menggambarkan ketenangan emosi yang mampu diperoleh menerusi aiskrim Sherbet kepada seseorang individu dalam menghadapi situasi yang tidak diingini dan untuk menghadapi tekanan harian. Keistimewaan ini ada pada setiap sudu Sherbat Magnolia yang amat menyegarkan serta menyelerakan ditambah dengan kandungan puri buah-buahan lazat tropika dan cebisan buah-buahan untuk menenangkan anda serta-merta dan membantu menyeimbangkan emosi anda. Kesemuanya boleh didapati dalam empat perisa: Marvellous Mangosteen, Luscious Lychee, Magnificent Melon and Delightful Orange". Program OMG turut sama mengemudikan segmen Oh My Gaji yang akan mengimbau pekerjaan bukan konvensional individu terpilih. Hos program iaitu Sazzy dan Raz haruslah meneka jenis-jenis pekerjaan dengan hanya bertanyakan dua soalan berdasarkan video yang akan ditayangkan nanti. Dari juruterbang wanita hinggalah jururawat lelaki, penari api ke jurusolek artis, atau pengajar bungee jump hinggalah ke drifter wanita, pekerjaan misteri itu hanya akan dijawab sejurus selepas video tersebut ditayangkan dan hos OMG haruslah meneka dengan tepat untuk mengelakkan diri dari dikenakan hukuman di akhir program nanti. OMG merupakan program terbaru yang segar, menyeronokkan serta menghiburkan. Jangan lupa untuk saksikan program OMG di DIVA Universal (saluran 702) pada 5 November 2012, setiap hari Isnin jam 7.30 malam. Untuk langgani saluran ASTRO, sila telefon di 1300 82 3838 atau layari laman web www.astro.com.my Untuk keterangan lanjut mengenai F&N Magnolia Sherbet, sila layari laman web rasmi www.facebook.com/MagnoliaSherbetMY Commentscomments Powered by Facebook Comments Tags: Bual Bicara OMG, OMG, Pengacara Program, Razif Hashim, Sazzy FalakClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |