Adsense

Jumaat, 2 November 2012

Zon Artis

Zon Artis


(Foto) Farid Kamil & Diana Danielle Selamat Diijabkabul

Posted: 02 Nov 2012 10:12 PM PDT

GAMBAR PERNIKAHAN FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE

Dengan hanya sekali lafaz, Diana Danielle Danny Beeson sah menjadi isteri kepada pelakon dan pengarah muda, Farid Kamil dalam majlis pernikahan yang dilangsungkan di tepi tasik ruang legar Hotel Flamingo, Ampang, Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Farid Kamil dan Diana Danielle dinikahkan oleh Pegawai Takbir Agama yang juga Pendaftar Kanan Perkahwinan Daerah Gombak iaitu Ustaz Haji Daim Jajuli dan disaksikan oleh dua rakan Farid iaitu Ahmad Razif Hamzah dan Abdul Hamid Abdul Razak.

GAMBAR PERNIKAHAN FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE

Pada majlis pernikahan itu, Diana Danielle menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran dan telekung, sirih junjung, mas kahwin dan cincin, sepasang persalinan, manisan, kek serta kasut dan beg.

Sebagai balasan daripada pengantin perempuan, Farid menerima tujuh dulang iaitu mini bike Kawasaki, sirih junjung dan Bubble Gum Towel, set pewangi Hugo Boss, sebentuk cincin dan wallet, majalah Polo, manisan serta foto album daripada pihak pengantin.

GAMBAR PERNIKAHAN FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE

Untuk info, majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 30 November 2012 manakala majlis sambut menantu pula akan berlangsung pada 12 Disember di Jitra, Kedah.

GAMBAR PERNIKAHAN FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE

Zon Artis: Buat Farid Kamil dan Diana Danielle, tahniah kami ucapkan. Kami doakan agar ikatan ini akan berkekalan buat selama-lamanya dan diberikan zuriat yang soleh dan solehah. Amin~ Selamat berbahagia.

Related Posts with Thumbnails