Adsense

Sabtu, 17 November 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto : Kritik Fesyen Artis Di Karpet Merah Anugerah Industri Muzik (AIM) 19

Posted: 17 Nov 2012 08:27 PM PST

Nampaknya ramai artis yang gagal mengikut tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur Anugerah Industri Muzik (AIM) 19, iaitu Black & White Glam Glitz. Adakah salah artis, atau salah pihak penganjur?

Contohnya, Nora Danish yang terkenal dengan karakter glamor di mana-mana anugerah sebelum ini, telah menghampakan para jurufoto apabila muncul mengenakan dress labuh berwarna pastel. Sekali imbas, lagaknya seperti baru pulang daripada pasar Selayang!

Dan fesyen apakah ini? Nampaknya penyanyi, ZE! membuat temanya sendiri, iaitu 'Safari Lagoon' apabila dia muncul dengan aksesori yang lari daripada tema asal. Paling menjelikkan, apakah motif yang cuba dibawa oleh pasangannya, oh, si kuda belang?

Sayang betul, malam anugerah yang sepatutnya meraikan anak seni, sebenarnya telah dicemarkan oleh anak seni sendiri. Jika arahan yang mudah iaitu "ikut tema penganjur" pun susah nak ikut, cuba bayangkan benda-benda lain pula.

Foto-foto selepas ini untuk tatapan anda.

Shila Amzah Ungguli Anugerah Industri Muzik 19

Posted: 17 Nov 2012 07:30 PM PST

Bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam, telah berlansung Majlis Anugerah Industri Muzik kali ke-19 yang mencalonkan 19 kategori pencalonan.

Acara gilang-gemilang ini bertemakan Black & White Glam Glitz, dan diacarakan oleh Aznil Nawawi bersama Adibah Noor. Manakala pengacara Karpet Glamor menggandingkan pengacara popular, Awal Ashaari dan Dahlia Shazwan, pengacara yang dilahirkan dari program On Air.

Antara artis persembahan yang sekaligus memeriahkan lagi malam anugerah ialah Dato' Siti Nurhaliza, Mojo, Hafiz, Jimmy Palikat, Shila Amzah, Forteen dan band dari Indonesia, Nirwana Band dan ramai lagi.

Shila Amzah nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air yang pernah mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan muzik antarabangsa di Asian Wave 2012 September lalu.

Dia sekali lagi mencipta sejarah dalam hidupnya dengan muncul sebagai pemenang Anugerah Lagu Terbaik serta Anugerah Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Patah Seribu.

Berikut ialah senarai pemenang bagi setiap setiap kategori di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19:

Artis Baru Terbaik: Mojo (Andai Kau Bercinta Lagi)

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki): Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita): Jaclyn Victor (Counting Days)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu: Forteen (Seperti Dulu)

Kulit Album Terbaik: Mizz Nina/ Even Odds Sdn Bhd (Take Over)

Rakaman Album Terbaik: Nora/Rahman Ayob (Hikmah)

Video Muzik Terbaik: Yuna/Quek Shio Chuan (Sparkle)

Lagu Nasyid Terbaik: Doa (Nora)

Lagu Pop Etnik Terbaik: Kuasa Cinta (Noraniza Idris)

Lagu Rock Terbaik: Idola (Azlan & The Typewriter)

Lagu Pop Terbaik:  Patah Seribu (Shila Amzah)

Lagu Hip Hop Terbaik: Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah & Malique/ Malique/ Tripdizs)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: Counting Days (Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito/ Lin Li Zhen)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara: Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)

Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu: Counting Days (Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito)

Album Terbaik: SalamMusik (Salam – Salam Musik)

Anugerah Kembara: Mizz Nina

Anugerah Sri Wirama: Alleycats

Anugerah Lagu Terbaik: Patah Seribu (Shila Amzah)