Berita Harian: Hip |
Posted: 16 Nov 2012 02:39 PM PST Lewat ini makin ramai penyanyi dari Indonesia yang cuba untuk memasuki pasaran muzik di Malaysia. Mereka bukan meletakkan paras rupa sebagai bekalan pasaran tapi melalui lagu yang ingin dipersembahkan kepada peminat muzik di Malaysia. Mendengar single terbaru penyanyi muda Indonesia, Sheryl Gething atau Shae, 18, berjudul Sayang yang semakin ligat diputarkan di radio di negara ini, ternyata dendangan remaja itu cukup ramuannya untuk memikat pendengar di Malaysia.
"Saya sangat teruja berkunjung ke Malaysia kerana ini adalah kali pertama saya menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Apabila diberi peluang Warner Music untuk mempromosi album, First Time di Malaysia, perasaan saya cukup luar biasa. Banyak yang saya mahu terokai di sini, bukan hanya muzik tapi budaya masyarakat di kampung. "Tentunya peluang ini juga tidak akan saya sia-siakan peluang untuk mempromosi single, Sayang yang mana saya mahu lagu itu dikenali terlebih dulu di sini sebelum ke Indonesia. Ternyata apabila diberitahu lagu itu mendapat sambutan yang hebat dari peminat di Malaysia dan juga di radio tentunya satu penghargaan besar kepada saya
Tambah Shae, kekuatan lagu Sayang ciptaan Posan Tobing dari kumpulan Winner ini terletak kepada irama lagu pop yang catchy dan mesra pendengar. "Posan adalah insan yang bertanggung jawab mencungkil bakat saya dalam bidang nyanyian. Tapi kalau diikutkan minat dalam bidang nyanyian ini sejak kecil lagi, tapi saya harus mendapatkan restu dari ibu terlebih dulu. "Ibu meletakkan syarat supaya saya habiskan persekolahan sebelum meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian. Tapi pada masa sama saya harus mempersiapkan diri dengan menghadiri kelas vokal dan juga memasuki beberapa pertandingan sebagai persediaan awal. "Apabila semuanya sudah selesai dan saya merasakan sudah bersedia untuk bergelar penyanyi serta mendapat peluang bimbingan di bawah Posan membuka laluan yang lebih luas untuk saya menjadi seorang penyanyi dan memiliki album. Untuk album ini saya memberi sepenuh kepercayaan kepada Posan selaku produser sebaliknya saya lebih tertumpu kepada nyanyian dan juga imej. "Peminat yang memiliki album ini dapat melihat pelbagai imej diri saya sebenar yang juga mewakili setiap lagu dalam album ini. Saya suka muzik rock, pop, ballad dan pop dance yang membuatkan album ini sangat istimewa untuk saya. Rentak lagu lebih 'catchy' "Semua lagu dalam album ini ada keistimewaannya tersendiri kerana ia dekat dengan jiwa saya sebagai remaja dengan rentak lagu yang lebih 'catchy'. Saya amat berharap pendengar di Malaysia menyukainya dan menerima kehadiran saya di sini," katanya. Selain lagu Sayang, Shae juga mempertaruhkan tujuh lagu lain antaranya Aku Belum Pernah, Putus Nyambung, Hangat Hangat Kuku, Cintaku Telah Mati Untukmu dan single yang sedang hangat diputarkan di Indonesia, Kok Telfon Telfon Sih? menerusi album First Time. Shae juga ingin menjadikan kerjaya nyanyiannya ini sebagai batu loncatan untuk meluaskan lagi bakatnya dalam cabang seni lain. "Sebelum menjadi penyanyi, saya pernah berlakon sinetron dan juga menjadi model iklan kerana ketika masih muda inilah saya harus mencuba pelbagai. Pada masa sama juga saya sangat meminati fesyen. Menjadi penyanyi menyebabkan saya rasa, semua keinginan dan minat itu dapat digabungkan bersama untuk dibawa dalam persembahan menjadikan persembahan saya berbeza dari penyanyi lain. "Saya tidak mahu hanya dilabelkan sebagai artis yang hanya bersandar kepada rupa, tapi mempunyai kelebihan tersendiri dari semua aspek termasuk lagu, persembahan dan juga imej," katanya. |
Shahz Jazle bertunang 8 Disember Posted: 16 Nov 2012 02:33 PM PST Pada 15 Julai lalu, keluarga aktor cun popular - Shahz Jazle sudah pun pergi merisik kekasihnya - Redzwani Puteri Ismail di rumah keluarganya di Bukit Jelutong, Selangor. Kemudian pada 11 November lalu pula, Shahz beritahu Juwie bahawa mereka akan bertunang, insya-Allah pada 8 Disember ini. Alhamdulillah.
Tarikh perkahwinan tak tahu lagi. JUWIE: Semoga mereka bertemu jodoh yang indah dan bahagia hingga ke syurga... amin! |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |