OHBULAN! |
“Saya Tidak Suka Mendedahkan Kisah Peribadi” – Sam Respond Hubungan Rapat Dengan Syatilla Posted: 15 Nov 2012 06:45 PM PST Sekiranya Rabu lalu pihak OHBULAN! telah mengeluarkan kenyataan Syatilla Melvin, 21 mengenai hubungan rapatnya dengan pelakon lelaki terkenal Shaheizy Sam, hari ini muncul pula kenyataan dari pihak Sam sendiri yang mengaku hal yang sama akan tetapi enggan mengulas lebih lanjut mengenai hubungan tersebut. "Saya selesa berkawan rapat dengan dia kerana sikapnya yang memahami. Dia tidak pernah bertanya itu dan ini mengenai kerja saya kerana dia faham dan sokong apa yang saya lakukan. "Namun, saya tidak mahu memikirkan secara serius mengenai persahabatan kami pada waktu ini. Segalanya masih terlalu awal. "Saya tidak suka mendedahkan kisah peribadi. Tiada apa yang menarik pun mengenai hal peribadi saya. "Sebab itu dari dulu lagi saya selesa menyendiri dan tidak banyak bercerita mengenai urusan peribadi termasuk soal cinta," luah Sama menerusi pihak mStar Online hari ini. |
Update : Peminat Mengamuk Konsert 2NE1 Di Malaysia Batal! Posted: 15 Nov 2012 06:40 PM PST Semua peminat artis Korea (K-Pop) tanah air sedia maklum bahawa kumpulan 2NE1 bakal mengadakan persembahannya pada 8 Disember ini sempena '2NE1 Global Tour 2012 in Malaysia – New Evolution.' Akan tetapi pada saat-saat akhir, pihak penganjur telah mengumumkan bahawa konsert 2NE1 terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab teknikal dan mereka amat kesal dengan perkara tersebut. Pembatalan konsert ini telah membuatkan ramai peminat K-Pop tanah air mengamuk, terutama bagi individu yang telah membeli tiket konsert. Ramai yang menginginkan wang mereka dikembalikan dan merasa sangat kecewa. Berikut antara respond yang pihak OHBULAN! perolehi daripada laman sosial Facebook dan Twitter pihak penganjur : |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |