Kosmo Online - Hiburan |
Kejayaan di sebalik kontroversi Posted: Kejayaan di sebalik kontroversi"BERMADU dengan wanita sakitnya sampai ke lulur hati, tapi saya bermadu dengan rakyat, ada sakit, ada nikmat," sebaris dialog yang dilontarkan tersirat makna yang sangat mendalam. Dilontarkan dengan penuh emosi bersama jiwa teguh oleh pendukung peranan utama Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali iaitu Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja secara puratanya berjaya membawa penonton menyelami perasaan negarawan itu. Tribute Teater Tun Siti Hasmah: Dari Hati Seorang Perempuan yang telah memulakan pementasan di Istana Budaya Kuala Lumpur pada 9 hingga 19 November memberikan gambaran jelas mengenai kisah isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Feminisme Bukan saja menampilkan sisi seorang suri kepada pemimpin negara bahkan juga sebagai seorang wanita secara menyeluruh dari sisi kerjaya dan sosial. Secara tidak langsung, teater biografi itu berjaya mengangkat elemen feminisme atau kebebasan berfikir seseorang wanita secara sosial, gerakan politik dan falsafah moral dengan berkesan. Sepanjang pementasan berlatarkan era 1950-an hingga kini yang berlangsung selama dua jam itu, hal yang harus diakui teater ini tidak menjemukan malah, pengarah faham untuk menyeimbangkan perjalanan plot demi plot. Bukan senang sebenarnya untuk mengarah sebuah teater biografi apatah lagi apabila subjek yang ingin ditonjolkan masih hidup. Pentas dibuka dengan babak Dr. Siti Hasmah pertama kali bersua dengan Dr. Mahathir ketika sedang belajar di King Edward VII College of Medicine dan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Singapura. Kemudiannya, bibit perkenalan yang menjurus ke arah percintaan dan akhirnya ke jenjang pelamin. Plot dan set yang seakan sama sebenarnya pernah dipentaskan oleh Teater Muzikal Tun Mahathir sekitar hujung tahun lalu. Tapi, memandangkan peristiwa itu merupakan fakta, pastinya persamaan itu tidak dapat dielakkan. Babak pasangan itu membuka Klinik Maha di bandar Alor Setar, Kedah juga pernah ditampilkan dalam naskhah teater sebelum ini cuma kali ini dialognya dikurangkan agar tidak terlalu meleret. EJA memberikan sepenuh penghayatan untuk watak Dr. Siti Hasmah. Bagaimanapun, kisah Siti Hasmah dihantar ke pedalaman untuk merawat penduduk di sana sebelum ini jarang diketahui ramai. Begitu juga kisahnya berjuang dalam misi perubatan di Iraq. Plot berakhir melalui babak pengunduran Dr. Mahathir daripada menerajui UMNO yang meletakkan Siti Hasmah sebagai tulang belakang dan sokongan utama suaminya ketika itu. Teater itu hakikatnya tidak boleh lari daripada huraian watak Dr. Mahathir yang melengkapi peranan Siti Hasmah sebenarnya. Mungkin masih ada nilai-nilai tokoh wanita negara itu yang belum dikupas dengan mendalam. Jika hanya berkisar kehidupan seorang ikon wanita negara saja pasti tidak cukup, maka disebabkan itu karakter-karakter seperti anak-anak pasangan itu serta kakak kepada Siti Hasmah iaitu Siti Saliha diwujudkan. Teknikal Peranan Siti Hasmah ketika muda dilakonkan oleh aktres Lisa Surihani manakala untuk karakter Dr. Mahathir dihidupkan oleh aktor Nazim Othman. Peralihan zaman menampilkan kedua-dua watak berserta emosi lebih sarat itu diambil alih oleh Eja dan Esma Daniel yang juga sebelum ini pernah melakonkan watak Mahathir dalam pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir 1 & 2 tahun sudah. Jika dilihat dari sudut pemberat elemen muzikal teater tersebut, penonton boleh merasai perasaan dan emosi menerusi pemilihan lagu-lagu syahdu serta mendayu-dayu dalam beberapa babak. Pasti tidak dapat lari daripada serpihan muzik latar yang penonton biasa dengar daripada telefilem atau drama memandangkan pengarahnya merupakan seorang sutradara drama yang sukses. Pada awal permulaan plot terutama detik pertemuan dan percintaan Siti Hasmah dan Dr. Mahathir, tarian dan nyanyian membanjiri awal pementasan 30 minit. Kali ini, penonton berpeluang melihat Lisa Surihani dan Nazim Othman beraksi comel dengan menari dan menyanyi (walaupun sekadar lip sync atau gerakan bibir). BABAK sebagai seorang suri rumah turut ditampilkan dalam usaha menyampaikan mesej kasih sayang seorang wanita. Daripada segi pertukaran prop dan set, secara kasarnya transisi babak ke babak tidak kelam-kabut dan berlangsung dengan sempurna malah, bunyi set bertukar juga ditenggelamkan dengan muzik latar atau dominasi pentas oleh pelakon yang mengalihkan pandangan. Pujian harus diberikan kepada sistem audio yang jelas dan tidak mencacatkan persembahan memandangkan produksi itu tidak menggunakan ensembel muzik secara langsung. Beberapa montaj juga disusun dengan kemas sepanjang pementasan. Emosi dan mood karakter tidak dinafikan mampu dizahirkan menerusi permainan lampu yang sempurna, dan ciri itu berjaya merealisasikan beberapa babak penting. Karakter Lisa Surihani pertama kali beraksi di pentas teater, melihat arena baharu yang diceburinya sebagai medan menguji kemampuan diri seperti kenyataannya sebelum ini. Oleh kerana itu, ujian yang ditempuhi oleh Lisa untuk melakonkan watak tokoh wanita yang disegani itu dilalui dengan fasa yang nampak sedikit kekok sebenarnya. Mungkin pelakon jelita itu tidak biasa menari sambil menyanyi dan adakalanya berlakon, hal itu menampakkan Lisa kaku dan tidak selembut individu asal. Nazim pula kelihatan selesa. Mendominasi pentas dengan bijaksana, ruang yang seimbang dan emosi yang lengkap. Menjadi pilihan orang ketiga untuk menggalas peranan utama, Eja bagaimanapun dilihat telah berusaha menyampaikan watak itu sebaik mungkin. Walau tidak sesempurna Erra Fazira yang sebelum ini pernah memainkan watak yang sama. Bagi Esma Daniel, cabaran dan tanggungjawab untuk sekali lagi membawakan peranan Dr. Mahathir kelihatan amat mudah baginya, dengan bahasa badan, ton suara dan ekspresi yang seakan-akan subjek asal, watak itu berjaya! Peranan pelakon pembantu lain seperti Siti Saliha (Azizah Mahzan), Anne Abdullah, Radhi Khalid, Syanie, Mahmud Ali Basha, Dira Abu Zahar serta keseluruhan kumpulan pelakon berhasil membawa penonton ke era yang dikehendaki selain berjaya melakonkan peranan masing-masing. Turut mencuri tumpuan, pengarah teater itu yang turut sama turun padang melakonkan watak setiausaha Dr. Mahathir iaitu Datuk Badariah. Ralat Ralat apabila nyanyian beberapa pelakon hanyalah sekadar lip sync sahaja berbanding lebih baik dibuat secara langsung. Seandainya aspek itu sedikit lagi ditumpukan pastinya rasa itu lebih sampai kepada penonton. Mengutip beberapa pandangan penonton, ada yang beranggapan skrip yang mencerminkan diri seorang Siti Hasmah tidak mencukupi dan hanya beberapa bahagian hidupnya saja yang disingkap. UNSUR humor turut diselitkan secara bersahaja melalui watak pembantu. Pasti ramai yang ingin mengetahui latar belakang keluarga Siti Hasmah termasuk tiga orang adik-beradiknya yang bukan calang-calang nama - Tan Sri Hashim, Tun Ismail dan Datuk Ahmad Razali. Berdepan dengan pelbagai kekangan pada peringkat awal antaranya pengunduran pengarah asal Adlin Aman Ramlie, pertukaran tarikh sebanyak tiga kali (30 Ogos, 14 September dan 9 November) serta penarikan diri dua pelakon hebat Erra Fazira dan Sofia Jane bukan halangan untuk menampilkan yang terbaik. Penonton yang berminat boleh mendapatkan tiket bermula dengan harga RM38 hingga RM308 di kaunter tiket Istana Budaya. Pertanyaan lanjut hubungi 03-4026 5558 atau layari www.ticket2u.biz. Walau apa pun, Tribute Teater Tun Siti Hasmah: Dari Hati Seorang Perempuan berjaya secara keseluruhan dan syabas diucapkan. | ||
Posted: Psy malukan Byung HeonFOTO Psy yang dirakam di London dengan Lee Byung Heon (dalam bulatan) hanya berada pada bahagian latar belakang. BARU-BARU ini menerusi laman web, ada yang memuatnaik foto yang diberi judul Lee Byung Heong dan Psy di London. Dalam foto tersebut, aktor terkenal Korea, Lee Byung Heon dan penyanyi yang terkenal dengan tarian Gangnam Style, Psy telah bertemu untuk makan bersama di sebuah restoran di sana ketika tinggal di sana atas urusan kerja masing-masing. Bagaimanapun, semasa foto mereka dirakam, hanya Psy yang menjadi tumpuan sementara kelibat aktor tersebut hanya kelihatan seperti pejalan kaki yang kebetulan berada di tempat tersebut. Walaupun pada hakikatnya, Byung Heon lebih popular di Korea, namun melalui foto tersebut, ia membuatkan penonton yang melihatnya tersenyum dan memberi beberapa komen sinis. Antara beberapa komen sinis yang ditulis ialah seperti 'Saya seperti tidak percaya Lee Byung Heon dimalukan Psy sehingga begitu sekali.'; 'Populariti Psy tidak akan hilang; 'Tidak tahu pula Lee Byung Heon merupakan sahabat baik Psy'; dan 'London juga sangat tergilakan Gangnam Style'. | ||
Gosip cemarkan maruah saya - Mamat Posted: Gosip cemarkan maruah saya - MamatOleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
BEKAS anggota kumpulan lawak, Sepah ini nampaknya tidak habis-habis dengan kontroversi yang melanda dirinya. Mamat atau nama sebenarnya, Mohd. Noor Murad, 27, pada mulanya dikatakan penyebab perpecahan Sepah walaupun ketika itu populariti kumpulan itu sedang memuncak. Ketika enak dibuai mimpi sepanjang bercinta dengan pelakon bertudung, Fida Ibrahim pula, hubungan mereka tiba-tiba putus di tengah jalan setelah Mamat didakwa telah memuat naik gambar bekas teman wanitanya itu ke dalam laman sosial yang menampakkan rambutnya. Bengang dengan perbuatan itu, Fida memutuskan hubungan mereka, walaupun telah memaafkan perbuatan Mamat. Tidak berhenti di situ sahaja, Mamat terus dihujani dengan kontroversi apabila memuat turun gambar pelakon dan juga Presiden Seniman, Zed Zaidi kemalangan yang dikatakan sedang nazak, sedangkan sebenarnya gambar itu hanyalah babak lakonan Zed dalam sebuah drama. Terbaharu, portal dan blog hiburan tempatan telah mengaitkan nama Mamat dengan kontroversi yang mendakwa dia telah mencemarkan satu majlis kenduri perkahwinan dengan mencalitkan kek pada muka pengantin lelaki. Selain itu, Mamat turut dikaitkan dengan isu dirinya yang nyaris dibelasah di sebuah pusat membeli-belah apabila menunggang motosikal berkuasa tinggi sportbike miliknya di kawasan orang berniaga di Johor Bahru (JB), Johor. Kosmo! menghubungi Mamat untuk mendapatkan kepastian mengenai gosip terbaharunya itu. Kosmo!: Bolehkah Mamat ceritakan mengenai gosip terbaharu yang melanda diri anda? Adakah ia benar-benar berlaku? MAMAT: Saya tidak faham macam mana boleh timbul isu mengenai kenduri kahwin itu sedangkan, ia telah setahun berlaku. Majlis itu membabitkan kaum keluarga saya. Kami memang keluarga 'gila-gila', benda itu (mencalit kek) tidak menjadi isu pun dan tiada sesiapa yang marah pun. Bagaimanakah dengan isu nyaris dipukul di Johor Bahru pula? Demi Allah saya tidak pernah buat perkara itu. Gosip saya naik motosikal Sportbike (di kawasan perniagaan di Johor Bahru) dan ada orang nak pukul memang tidak berlaku. Ia memang mencemarkan maruah saya. Adakah benar anda memiliki motosikal sportbike seperti yang didakwa? Memang saya ada sportbike. Satu-satunya pelawak dari Johor Bahru yang ada motosikal itu hanya saya tetapi perkara (gosip) itu tidak pernah berlaku. Kalau saya balik Johor Bahru, saya selalu lepak di Singapura atau tinggal di rumah sahaja. Anda rasa kenapakah gosip itu boleh timbul? Saya rasa ada orang yang dengki. Susah saya hendak tutup mulut orang. Saya juga tidak faham kenapa tidak habis-habis orang dengki dengan saya. Disebabkan banyak kontroversi yang melanda, adakah ia menjejaskan karier anda terutama dari segi tawaran berlakon? Saya mengaku ia mengganggu periuk nasi saya. Ia memang ketara sangat tetapi nak buat macam mana kalau itu bukan rezeki saya, nasib baik filem Sepah The Movie akan ditayangkan tidak lama lagi. Jadi, apakah yang anda lakukan sekarang untuk tampung perbelanjaan? Saya ada bisnes kecil-kecilan di Johor Bahru untuk mengekalkan periuk nasi saya. Ini bermakna saya tiada langsung, ada juga tawaran lakonan dan majlis di Singapura. Apakah tindakan anda sekarang untuk membersihkan nama? Saya ingin membina kerjaya saya balik selepas banyak isu yang tercalit. Saya akan berusaha lebih keras selepas ini bagi memastikan kerjaya saya lebih menonjol berbanding kontroversi. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |