Adsense

Rabu, 31 Oktober 2012

Zon Artis

Zon Artis


(Muzik Video) Angel Dust – Single Kedua Lynnzay Affandy

Posted: 31 Oct 2012 07:45 AM PDT

Angle Dust Lynnzay Affandy

Angel Dust adalah single kedua daripada Lynnzay Affandy disaat single pertamanya 'Jejaka Idaman 2.0', hasil olahan semula lagu 80-an yang telah mencetuskan kontroversi dan menjadi topik perdebatan peminat muzik tempatan sehingga membuatkan ramai tertanya-tanya siapakah Lynnzay.

Kali ini, Lynnzay lebih berani untuk menampilkan lagu hasil ciptaan sendiri yang berbahasa Inggeris dengan tujuan untuk menunjukkan gaya sebenar muzik Lynnzay ke telinga para pendengar muzik di Malaysia.

Bersama iringan muzik yang rancak dan catchy serta segar, hasil susunan penyanyi hiphop atau 'rapper' yang menggelarkan dirinya Tactmatic. Kerana mempunyai reputasi yang hebat di dalam dunia muzik hiphop underground, Lynnzay juga telah memilih Tact untuk menyanyikan bahagian 'rap' bagi memeriahkan lagi lagu ini.

Angle Dust Lynnzay Affandy
Tactmatic

Bersama pengaruh yang kuat daripada koleksi lagu-lagu awal dari penyanyi idola Lynnzay iaitu Britney Spears, Lynnzay ingin menanamkan unsur positif dalam diri setiap pendengar yang menikmati lagu-lagunya termasuklah lagu ini. Dan dengan lirik yang boleh dikatakan agak jujur serta terus-terang, lagu ini boleh di jadikan luahan cinta di corong radio oleh para pendengar.

Memandangkan ini adalah lagu yang menyampaikan mesej cinta yang boleh di katakan agak tipikal, maka Lynnzay ingin memberikan kelainan dalam konsep muzik video lagu ini. Tambah menarik, muzik video 'ANGEL DUST' diarahkan sendiri oleh Lynnzay bersama produksi yang dibinanya sendiri bergelar L.A Creation.

Angle Dust Lynnzay Affandy

Selain daripada drama pendek berunsur percintaan yang ringkas dalam muzik video tersebut hasil lakonan Lynnzay dan Faisal Ariffin (pengacara 'OVER THE TOP MBSB' di TV3), Lynnzay juga menerapkan unsur-unsur tarian.

Yang menariknya, penari yang Lynnzay gunakan untuk muzik video ini adalah penari bersaiz XL atau 'plus size'. Dan jangan tidak tahu, kedua-dua penari berbadan dan berbakat besar ini juga adalah pereka tari untuk lagu ini.

Dengan tujuan untuk menerapkan mesej 'TIADA DISKRIMINASI' buat mereka yang berbakat, Lynnzay ingin memberi peluang kepada mereka dan bekerjasama sama dengan dua gadis berbadan besar ini.

Angle Dust Lynnzay Affandy

Nak kata apa lagi? Dengarkan 'ANGEL DUST' sekarang dan nikmati kesegaran lagu ini untuk membangkitkan rasa gembira dan ceria dalam diri anda. Paling penting, rasakan gaya sebenar Lynnzay Affandy menerusi lagu tersebut.

+ Edited by Encik One

Related Posts with Thumbnails