OHBULAN! |
2NE1 Bakal Gegar Malaysia Disember Ini! Posted: 18 Oct 2012 10:22 PM PDT Pada 8 Disember 2012 ini bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor, bakal berlangsungnya konsert '2NE1 Global Tour 2012 in Malaysia – New Evolution.' Menerusi konsert ini, ia bakal membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 ke Malaysia dan ini merupakan konsert pertama mereka di negara ini. Kumpulan ini dianggotai oleh emapt orang gadis jelita iaitu, CL, Dara, Bom dan juga Minzy. Menerusi konsert penjelajahan ini, secara tidak langsung ia menjadikan 2NE1 sebagai kumpulan gadis Korea pertama yang mengadakan konsert jelajah dunia dan mereka juga terkenal menerusi genre muzik Edgy serta gaya fesyen yang unik. Menurut Pengarah Kreatif The Sun, Beatrice Chia Richmond, pihaknya begitu teruja membawa masuk kumpulan 2NE1 ke Malaysia untuk konsert pertama mereka kerana kumpulan ini merupakan salah satu kumpulan gadis K-Pop yang terkenal. Pihaknya juga bakal menjanjikan sebuah konsert yang hebat menerusi persembahan visual yang berkualiti serta mencipta sebuah senario muzik di Asia hingga ke tahap yang lebih tinggi. 2NE1 Global Tour 2012 sebelum ini telah memulakan evolusinya di Seoul, Korea iaitu pada 28 dan 29 Julai lalu di Stadium Olimpik Seoul. Menerusi konsert tersebut, ia telah mencapai hampir 20,000 peminat dan seterusnya akan dibawa menjelajah ke 10 bandar seluruh Asia termasuk Amerika dan Eropah. Bagi semua peminat kumpulan 2NE1, jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiket konsert yang akan dijual mulai 27 Oktober 2012 ini. |
Didie Alias Ajak Peminat Bercuti Posted: 18 Oct 2012 10:21 PM PDT Bermula Disember depan, 12 destinasi terpilih bakal dikunjungi pelakon dan pelawak Didie Alias antaranya Korea, Istanbul, Hong Kong dan sebagainya. Program percutian "Jom Melancong Bersama Didie Alias" itu akan disertai 12 artis yang berpotensi dalam menghiburkan para peminat. Fadzilah Mohd Ali, 39, atau lebih dikenali sebagai Didie telah memilih beberapa rakan artis untuk turut serta dalam percutian itu, antaranya Sharifah Shahora, Scha Al Yahya, Johan Asa'ri, Enot, Along (Raja Lawak), Awal Ashaari, Elfira Loy, Black, Mawi dan lain-lain lagi berdasarkan keintiman mereka dengan peminta-peminatnya.
Didie yang merupakan duta program pelancongan anjuran Arlief Event & Management (AEM) itu berkata, program percutian ini adalah sebuah program kerjasama antara pihak artis dan Arlief Event & Management (AEM). Segala idea yang dicurahkan oleh Didie, akan dikombinasikan dan diguna pakai oleh pihak Arlief . Kerjasama antara mereka membuahkan hasil apabila pihak Arlief turut mempelbagaikan aktiviti semasa percutian itu berlangsung kelak. "Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk mewakili para artis dalam program percutian yang dianjurkan oleh pihak Arelif. Peluang ini saya akan gunakan sebaik mungkin untuk membawa para artis yang bertenaga dalam menghiburkan para peminatnya", ujarnya ketika ditemubual di Menara KL di sini, petang Khamis. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |