Gosip Artis Malaysia |
- Remy , Maya Teman Biasa
- Diana Amir ada alasan
- Reputasi Scha, Awal Terjejas Dituduh Jadi Pencuri
- Tak pandai cipta gosip - Wan Sharmila
Posted: 18 Oct 2012 05:57 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon kontroversi Remy Ishak mengakui terkejut dan tidak menyangka tindakannya menikmati makan malam bersama aktres Maya Karin pada malam Rabu lalu menjadi perhatian sehingga mencetuskan spekulasi. Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 30, berkata, perkara itu tidak patut diperkatakan dan menjadi isu kerana pada hakikatnya dia dan Maya berjumpa sebagai rakan sahaja. "Saya tak sangka pula perkara (keluar makan) ini jadi perhatian. Padahal, tiada apa-apa yang berlaku. Saya dan Maya hanya keluar makan seperti mana saya keluar dengan kawan-kawan lain. "Rasanya, soal kami keluar bersama tidak perlu diperkatakan sebab ia bukan satu isu pun," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis. Gosip terbaru itu tercetus apabila Remy yang baru putus cinta dengan aktres Tiz Zaqyah dikatakan keluar makan bersama Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 33. Mereka dilihat di sebuah restoran makanan Jepun, pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara di sini pada malam Rabu lalu. Difahamkan, kemesraan dua pelakon itu ketika menjamu selera menimbulkan spekulasi bahawa hubungan mereka yang pernah diperkatakan sebelum ini kembali bertaut. Ditanya sejauh mana hubungannya dengan aktres berdarah kacukan itu, Remy berkata, pada waktu ini dia dan Maya hanya berkawan biasa dan menolak persepsi yang mengatakan mereka mula bercinta. "Kami hanya berkawan seperti saya berkawan dengan orang-orang lain. Terus-terang memang tiada apa yang serius pada masa ini. "Saya senang dengan Maya kerana kami sudah kenal lama tetapi tidak bercinta seperti yang didakwa," katanya dengan nada ceria. Ketika diajukan pertanyaan mengenai mesej Twitter yang berbaur sindiran ditujukan kepada penyanyi dan pelakon Aqasha pada Isnin lalu, Remy berkata, dia enggan memberikan sebarang komen dan meminta agar isu itu tidak dibangkitkan. Mengenai kerjaya, Remy akan terbang ke kota London, United Kingdom dan Paris, Perancis pada malam Khamis (malam semalam) bagi memulakan penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Cinta Jangan Pergi arahan Kabir Bhatia selama dua minggu. - --- | ||
Posted: 18 Oct 2012 05:55 PM PDT KETIKA menghadiri majlis pelancaran filem, PE3 arahan Farid Kamil di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, kelibat salah seorang pelakon utama filem tersebut iaitu Diana Amir, tidak kelihatan. Tindakan aktres itu secara tidak langsung telah menimbulkan banyak spekulasi daripada pelbagai pihak. Ada yang menganggap Diana Amir sudah besar kepala memandangkan pelakon filem Aku Masih Dara itu juga pernah tidak hadir ke sesi tayangan perdana filem X, beberapa bulan lalu. Ada juga yang berpendapat ketidakhadiran Diana pada majlis tayangan filem PE3, Isnin lalu itu kerana berkecil hati ekoran gambarnya tidak turut menghiasi poster filem tersebut. Kosmo! menghubungi Diana untuk mendapatkan komen lanjut mengenai isu tersebut. Kosmo!: Kenapa Diana mengambil keputusan untuk tidak menghadiri majlis pelancaran filem PE3, sedangkan Diana merupakan salah seorang pelakon utama filem itu? DIANA: Ya, saya mengaku tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem PE3 kerana sejujurnya, saya segan. Ketika menjalani penggambaran filem tersebut, saya masih lagi tidak bertudung. Jadi, agak kekok untuk menonton semula lakonan saya tersebut. Adakah ini bermakna disebabkan batasan imej terkini Diana yang bertudung, ia menghalang anda hadir ke majlis itu? Memang benar dan saya juga tidak menghadirkan diri ketika majlis pelancaran filem X atas sebab yang sama. Adakah Diana kecewa apabila gambar Diana telah dikeluarkan dari poster filem berkenaan? Saya telah diberitahu mengenai perkara ini, malah David Teo juga menyokong tindakan mengeluarkan gambar saya dari poster filem itu. Dia juga enggan perkara ini menjadi isu yang besar setelah poster filem PE3 dikeluarkan. Apakah komen Diana jika ada sesetengah pihak mengatakan Diana adalah seorang pelakon yang tidak profesional dan cerewet? Sebagai seorang manusia biasa, kita memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Saya faham persepsi orang ramai terhadap diri ini. Saya yakin peminat juga faham prinsip baharu hidup saya sekarang. Sebelum ini, mungkin saya tidak terlalu peka dengan keseluruhan jalan cerita atau plot sesetengah filem sebelum sesi penggambaran bermula. Walau bagaimanapun sekarang, saya harus cerewet dalam memilih skrip atau watak yang bersesuaian dengan diri saya. Tidak gusar dilabelkan sebagai diva oleh penerbit atau pengarah lain? Seperti yang saya katakan tadi, saya yakin semua orang faham dan hormati prinsip hidup saya. Saya kini bertudung dan saya juga pasti penerbit dan pengarah di luar sana mengerti akan batasan pergaulan diri ini ketika sesi penggambaran. Begitu juga dengan tawaran berlakon, selagi tidak melanggar prinsip hidup serta selari dengan imej saya, Insya-Allah saya akan melakonkan watak yang diberikan sebaik mungkin. Masih mahu meneruskan karier dalam bidang lakonan? Saya masih mencintai bidang lakonan. Saya masih akan menerima tawaran berlakon jika watak yang ditawarkan bersesuaian dengan saya. Perkembangan terkini Diana? Sekarang saya sedang mengembangkan karier saya dalam bidang pengacaraan. Buat masa ini, saya agak sibuk mengacara sebuah rancangan hiburan baharu di TV9, SIS (Suara Intelek Swadarya) yang bakal disiarkan tidak lama lagi. - --- | ||
Reputasi Scha, Awal Terjejas Dituduh Jadi Pencuri Posted: 18 Oct 2012 05:53 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Scha Al Yahya tertekan apabila namanya dan suami, Awal Ashaari menjadi bualan selepas dituduh mencuri pakaian yang bernilai RM2,000 di sebuah gedung pakaian jenama terkenal. Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, berkata, hal tersebut benar-benar menjejaskan reputasinya dan Awal walaupun mereka tidak melakukan perkara terkutuk itu. "Saya pening sebenarnya. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang melakukan perbuatan itu. "Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin. "Perkara ini benar-benar membuatkan saya tertekan kerana nama saya sudah tercalar," katanya. Scha ditemui pada majlis pelancaran treler filem Awan Dania The Movie di Kafe Barbara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, Khamis. Pada September lalu, timbul gosip mengenai seorang pelakon terkenal yang dijemput menghadiri majlis pembukaan sebuah gedung pakaian telah mencuri beberapa helai pakaian yang bernilai RM2,000. Selepas pelbagai spekulasi timbul, pasangan suami isteri itu dituduh mempunyai kaitan dengan gosip tersebut. Mereka dikatakan telah menjual semula pakaian tersebut di kedai milik mereka. Tambah Scha dia telah berjumpa dengan pengurusan gedung pakaian itu dan meminta pihak terbabit untuk membuat satu kenyataan khas bagi menjelaskan situasi sebenar. "Saya siap tanya kepada mereka adakah benar kes kecurian itu berlaku? Tetapi mereka kata, tidak ada. "Kemudian saya meminta pihak gedung berkenaan untuk melakukan sesuatu kerana nama kami sudah tercalar, namun mereka enggan membuat sebarang penjelasan secara formal kerana menganggap tiada sebab untuk mereka berbuat demikian. "Nak buat macam mana, saya hormat keputusan mereka," tuturnya. - --- | ||
Tak pandai cipta gosip - Wan Sharmila Posted: 18 Oct 2012 05:51 PM PDT DALAM kalangan pelakon wanita tanah air, dia jarang sekali menjadi bahan gosip panas - baik di dada akhbar mahupun televisyen. Jika ada pun, ia tidak menimbulkan kontroversi besar-besaran sehingga heboh diperkatakan di peringkat nasional. Sememangnya pada tahun lepas, namanya menjadi sedikit 'panas' ekoran kontroversi impak kemunculannya memperaga gaun kuning pendek yang dikatakan agak seksi ketika membuat kemunculan sempena acara fesyen MASiF 2011 pada 15 hingga 17 September. Namun selepas itu, namanya seolah-olah suram sehingga timbul persoalan adakah ia disebabkan popularitinya sudah semakin pudar. Ketika ditemui pada sesi fotografi bersama Kosmo! baru-baru ini, Wan Sharmila atau nama ringkasnya, Lala bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Bagi dirinya, dia lebih selesa menumpukan perhatian kepada kerjaya lakonannya berbanding gosip murahan. "Saya ini jenis yang tidak pandai cipta gosip, lebih-lebih lagi kalau melibatkan diri saya sendiri. "Kalau hidup saya penuh dengan gosip, mungkin saya bukan Lala yang orang kenal sekarang sebaliknya saya akan jadi orang lain," katanya yang mengakui lebih suka berdiam diri dan memberikan fokus kepada lakonan. Diam tidak diam, penglibatannya dalam dunia lakonan sudah mencecah angka lima tahun. Namun menurutnya, sejak hari pertama dia melibatkan diri dalam dunia lakonan, dirinya tidak putus-putus meraih tawaran berlakon walaupun kadangkala watak yang ditawarkan sekadar picisan. "Saya rasa bersyukur hingga ke saat ini walaupun tidak diberikan watak yang besar atau popular, namun peluang untuk muncul di kaca televisyen sentiasa ada dan itu sudah memadai bagi saya sebab tidaklah saya terus tenggelam dari mata penonton," katanya. Akuinya, kesibukan jadual harian kadangkala menyebabkan dirinya tidak mempunyai waktu rehat yang mencukupi. "Selagi ada tawaran (berlakon), saya tidak akan tolak sebab bukan senang nak bina nama dan kepercayaan pengarah untuk menggalas sesuatu watak," ujarnya. Dalam pada itu, seringkali apabila menonton drama Melayu yang menampilkan lakonan figura ini, pasti penonton sudah dapat meneka watak yang dilakonkannya. Jelak jadi gedik Namun menurut pemilik nama penuh Wan Sharmila Wan Mohamed ini, semuanya bergantung kepada rezeki meskipun kadangkala dia berasa jelak dengan watak sebegitu. "Tidak dinafikan watak yang diberikan kadangkala memberi kesan kepada kita bila orang ingat watak yang dibawa dengan karakter sebenar saya sama sahaja," katanya. Terbaharu, Lala, 31, tidak lagi diberi watak perempuan gedik, sebaliknya dia menghidupkan karakter yang mencabar menerusi filem arahan Faizul A. Rashid, Bisikan Syaitan. Ia bakal mula ditayangkan pada 25 Oktober ini. "Ini merupakan kali pertama saya melakonkan aksi-aksi mencabar dan ia ternyata berbeza daripada lakonan saya sebelum ini yang memerlukan saya untuk menjadi gedik. "Sebenarnya, saya sudah lama teringin untuk membawa watak berat seperti ini, cuma tidak pernah diberi peluang. "Apabila pengarah memberitahu saya bakal melakonkan watak ini pada tahun lepas, saya sangat teruja dan Alhamdulillah, saya mampu mengharunginya," ujarnya. Dalam filem itu, dia yang memegang watak sebagai seorang gadis naif bernama Kamilia bergandingan dengan pendatang baharu, Azam Pitt sebagai pasangan kekasih. Kamilia merupakan mangsa perjanjian syaitan angkara antara abangnya sendiri, Kamil (lakonan Fizz Fairuz) dan kakak iparnya, Suraya (Nabila Huda). Bercerita tentang Azam Pitt, menurut pelakon genit ini, dia tidak mempunyai sebarang masalah apabila digandingkan bersama jejaka tersebut memandangkan sebelum ini mereka pernah bergandingan dalam drama TV. "Saya sudah ada pengalaman bekerja dengan Azam tetapi kali ini lain sedikit memandangkan saya dan dia bergandingan sebagai sepasang kekasih. "Namun, kami banyak berbincang untuk mendapat keserasian watak yang dibawakan," ujarnya mengakhiri bicara. - --- |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |