Harian Metro: Rap |
Posted: 23 Sep 2012 08:01 AM PDT MAHU atau tidak, hakikatnya Adam Levine begitu popular dan terkenal seluruh dunia. Bukan saja memiliki wajah kacak dan penampilan yang seksi hingga ada yang melabelkannya simbol seks, malah vokalis kumpulan Maroon 5 ini punya alunan suara yang tersendiri dan berbeza hingga mampu meletak namanya di gelanggang sendiri. Meskipun berdiri dengan satu perjuangan, Maroon 5 yang sinonim dengan muzik rock eksperimen elemen pop, funk dan alternatif, namun nama Adam jauh ke depan melangkaui populariti kumpulannya sendiri. Mungkin kerana wajahnya yang kacak dengan penampilan menarik membuatkan Adam berjaya membina empayar jenamanya sendiri. Bukan lagi terikat dengan komitmen selaku vokalis Maroon 5, malah penyanyi kelahiran Los Angeles berusia 33 tahun ini juga adalah tenaga pengajar kepada program realiti nyanyian paling popular di Amerika, The Voice bersama tiga lagi bintang Cee Lo Green, Christina Aguilera dan Blake Shelton.
"Itulah harga yang perlu dibayar apabila menjadi seorang selebriti. Peminat dan orang sekeliling ingin tahu akan segala cerita yang berkaitan dengan saya walaupun ia begitu peribadi dan tidak selesa. Suka atau tidak, paparazi dan pihak media sudah lebih awal memaparkannya dan saya pula hanya akur dan terpaksa menelan dengan optimis. "Status saya sebagai vokalis dan penyanyi utama yang berdiri di depan teman Maroon 5 yang lain pula adalah bonus untuk menolak saya lebih awal berbanding yang lain. Bagaimanapun, sejujur rasa, saya begitu janggal dan menyifatkan semua itu satu cabaran yang harus ditempuh walaupun kadang-kandang memberikan tekanan. "Mana tidaknya, kisah peribadi lebih banyak dipaparkan berbanding Maroon 5 dan lagu-lagu kami. Itu membuatkan saya rasa tidak selesa kerana fokus utama kami sejak awal pembabitan dulu adalah untuk memperkenalkan muzik kami kepada pendengar dan bukannya spekulasi jauh sekali gosip peribadi. "The Voice adalah satu projek sendiri yang mana saya bertindak selaku penasihat. Saya akui ia memberikan saya pendedahan baru dan publisiti meluas namun saya tidak sekali meletak jenama Maroon 5 di belakang sebaliknya pengaruh dan ilmu yang dikongsikan dalam program itu semuanya saya selitkan nama Maroon 5 agar peminat tidak lupa. "Mujur kesemua teman lain itu sudah seperti saudara yang mana mereka begitu memahami dan faham akan senario itu. Jika dilihat dari perspektif positif, sedikit-sebanyak ia memberikan populariti kepada Maroon 5 walaupun saya seorang yang menanggungnya," katanya berseloroh. Gelaran simbol seks yang pernah diberikan kepadanya adalah satu pengalaman luar biasa secara peribadi. Jelas Adam, persepsi dan penghargaan yang diberikan kepadanya itu bagai terlalu jauh daripada kebenarannya. "Saya seorang yang pemalu dan lebih gemar bersendiri. Itulah karektor dan peribadi saya sejak dulu. Apa yang saya minat hanya muzik dan menyanyi. Lantas apabila saya diberikan jolokan simbol seks dan penyanyi lelaki seksi, saya memang rasa kelakar dan tidak logik kerana tidak tahu pula bahagian mana yang dilihat seksi itu," katanya berseloroh. Tambah Adam, gaya dan penampilannya adalah terjemahan daripada sifat dirinya yang gemar bersahaja dan ringkas. "Mungkin kerana saya seorang yang begitu ekspresi di atas pentas ketika menyanyi hingga ada kalanya membuka baju atau sengaja menayangkan tubuh membuatkan ramai yang melihat saya seksi. Namun istilah seksi itu subjektif dan tidak mustahil jika ada yang memandang vokal dan gaya nyanyian saya seksi membuatkan ia terus dijadikan label. "Maroon 5 sebuah kumpulan muzik yang memperjuangkan satu bentuk muzik alternatif dan funk rock. Melodi kami rancak dan liriknya tersendiri membuatkan saya akan menari setiap kali menyanyikan lagu-lagu kami. Bukan sengaja mencipta personaliti, namun itulah Adam dan ia jelas mencerminkan Maroon 5 sendiri. "Bagaimanapun, saya terima dengan optimis dan menyifatkan gelaran itu satu bonus untuk menguatkan lagi semangat saya," katanya. Memilik pakej sempurna, wajah dan bakat luar biasa, populariti melangkaui karyanya, Adam tidak pernah terlepas daripada soal cinta dan kekasih hatinya. Ada saja pihak yang mengorek dan memaparkan wajahnya di Internet, lebih-lebih lagi apabila spekulasi mengenai dirinya menjalin hubungan mula tersebar. Namun baginya yang kini dikatakan menjalin hubungan dengan model seluar dalam Victoria's Secret, Behati Prinsloo, cinta dan kekasih adalah peribadi yang tidak akan dikongsikan. Namun jelasnya dalam satu temu bual dengan akhbar antarabangsa, dia belum pernah terfikir untuk berkahwin apatah lagi memiliki anak kerana perjalanannya masih jauh. "Saya tidak akan membongkar kisah cinta kerana ia sesuatu yang peribadi dan istimewa. Biarlah saya sendiri saja yang tahu dan prinsip diri saya untuk tidak sekali berbangga berkongsi kisah itu dengan sesiapa. Apatah lagi jika ada yang bertanya bila untuk mendapat anak atau berkahwin kerana semuanya terlalu awal untuk diceritakan. "Keutamaan saya adalah pada Maroon 5 dan muzik kerana impian saya bersama anggota kumpulan yang lain masih jauh, kami perlu bekerja keras untuk mengejarnya," katanya. Eksperimen Overexposed TIADA siapa menyangka, Maroon 5 sudah sedekad berjuang. Sejak album perdananya, Songs About Jane dipasarkan pada 2002, nama kumpulan ini terus memuncak dan kukuh empayarnya. Album sulung yang dikatakan begitu peribadi kepada vokalisnya, Adam yang menceritakan kekecewaannya terhadap bekas kekasih ketika itu, Jane bagaimanapun berjaya mencapai kejayaan besar hingga mampu memimpin jenama Maroon 5 tinggi melangit. Lagu Harder to Breathe, This Love, She Will Be Loved dan Sunday Morning yang dipetik dari album sulung mereka itu jelas berjaya memancing perhatian peminat seluruh dunia. Kronologi Maroon 5 kemudiannya makin cerah apabila menghasilkan pula dua lagi album studio iaitu It Won't Be Soon Before Long pada tahun 2007 yang menampilkan lagu hit termasuk Makes Me Wonder, Wake Up Call dan Won't Go Home Without You. Tiga tahun kemudian pada tahun 2010, kumpulan yang berasal dari Los Angeles ini muncul dengan album ketiga, Hands All Over yang mencetus fenomena menerusi lagu Misery dan Moves Like Jagger. Selain Adam, Maroon 5 dianggotai oleh pemain bass, Mickey Madden, pemain gitar utamanya, James Valentine, pemain drum, Matt Flynn dan anggota terbarunya, PJ Morton menggantikan pemain keyboard asal, Jesse Carmichael yang meninggalkan Maroon 5 baru-baru ini kerana menyambung pengajian. Kini selepas merentasi 10 tahun perjuangan, Maroon 5 kembali menggegarkan pentas nyanyian antarabangsa dengan album keempat mereka berjudul Overexposed. Album yang sudah pun berada di pasaran sejak akhir Julai lalu dan diuruskan syarikat rakamannya di negara ini, Universal Music Malaysia menampilkan lagu hit Payphone yang mendapat kerjasama duet penyanyi terkenal Wiz Khalifa. Jelas Adam yang menyifatkan Overexposed bagai penyatuan semula Maroon 5, pengalaman kembali duduk menerbitkan album ini adalah sesuatu yang cukup istimewa. "Saya melihat satu sisi kematangan dan eksperimen daripada semua anggota kumpulan dalam album ini. Walaupun kebanyakan material itu sudah pun kami kumpul sejak konsert jelajah album terdahulu, kami mengambil masa yang lama untuk mencantikkan lagi kesemua lagu dan bekerjasama dengan ramai penerbit album yang hebat. "Kini kami sedang sibuk mempromosikan lagu ketiga selepas One More Night iaitu Daylight yang cukup berlainan dan unik untuk kami. Mana tidaknya, kami berpeluang untuk melakukan eksperimen bersama komposer terkenal, Max Martin yang sebelum ini banyak menerbitkan album penyanyi terkenal lain. Overexposed satu simbolik kebebasan dan persahabatan buat kami berlima," katanya lagi. Maroon 5 yang sudah pun selesa dengan tiga trofi di anugerah Grammy dan lebih sepuluh pengiktirafan di Anugerah Muzik Amerika turut bersedia untuk menghiburkan peminat dengan kesemua lagu lain dalam album ini termasuk Lucky Strike, The Man Who Never Lied, Love Somebody, Ladykiller, Fortune Teller, Sad, Tickets, Doin' Dirt dan Beautiful Goodbye. Selain mendapatkan album ini di pasaran, peminat turut berpeluang memuat turun kesemua lagu hit mereka menerusi iTunes. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/23 |
Posted: 23 Sep 2012 07:55 AM PDT KATA orang, biar rezeki datang lambat asalkan usaha itu tidak pernah putus. Selama lebih satu dekad berjuang sebagai anak seni, akhirnya pada 20 September lalu menjadi tarikh keramat buat penyanyi Patah Seribu, Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22 apabila melakar kejayaan membanggakan buat rakyat Malaysia khususnya. Mungkin ramai yang tidak memandang serius pemergian Shila ke pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China itu dan menganggap ia satu festival muzik biasa. Lantas, sebaik berita kemenangannya tersebar, ia serta-merta membuka mata semua dan tidak henti-henti ucapan bangga ditujukan kepadanya. Ya, siapa tidak berbangga dengan kemenangan besar itu? Tidak hairanlah ketika melihat detik Shila diumumkan juara pada rancangan itu menerusi YouTube, penyanyi yang juga kekasih kepada pelakon kacak, Sharnaaz itu, menangis kegembiraan seolah-olah dia sudah menanti lama saat itu. Biarpun kenyataannya, dia memang sudah nampak menyerlah sejak daripada peringkat penyingkiran awal, namun tiada siapa boleh meneka apa yang dikehendaki juri-juri tersohor pada pertandingan itu. Tampak jelas setiap kali menakluk pentas, dia pasti bersedia dan memberikan persembahan yang paling terbaik darinya.
"Macam-macam kelas dia masuk termasuklah juga kelas Mandarin dan juga nyanyian. Padahal, dia adalah seorang penyanyi yang hebat dan kenapa perlu juga untuk kelas itu? Dia memang tidak mengambil ringan mengenainya dan masih mahu berusaha lebih lagi. "Mengenali Shila, dia memang seorang yang tidak pernah mengenal erti putus-asa ditambah pula dengan sokongan keluarga serta peminat, menguatkan lagi perjuangannya. Memang berbaloi sangat-sangat kemenangan itu, memandangkan kerja-kerasnya sudah pun bermula sejak daripada usia sembilan tahun lagi. "Saya bukan bercakap sebegini kerana saya kekasih dia, namun sebagai manusia, saya sangat menghormati apa yang dia perjuangkan, dia usahakan dan kejayaan yang dia mahukan dalam hidupnya," katanya. Dengan kemenangan yang berjumlah jutaan ringgit juga, selepas ini, Shila pastinya lebih kerap berulang-alik ke China memandangkan perkembangan kariernya disusun di sana. Ditanya bagaimana perasaannya jika selepas ini mereka ajarang bertemu dan meluangkan masa, Sharnaaz sebaliknya tidak melihat faktor itu sebagai penyebab untuk menjauhkan mereka. "Apa-apapun, itu semua adalah tuntutan kerja semata-mata dan saya langsung tidak pernah memikirkan ia sebagai satu masalah. Apatah lagi, inilah yang dia mahukan selama ini dan buat apalah saya hendak sekat rezeki dia. "Sedangkan selama ini pun, saya sentiasa memberitahunya untuk tidak pernah berhenti dan pergi sejauh mungkin selagi mampu. Saya juga sentiasa menasihatkannya agar sentiasa teguh pada pendirian kerana semakin tinggi kedudukan kita, semakin ramai yang mahu menjatuhkan kita juga," katanya. Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika dihubungi pula berkata, kejayaan itu sepatutnya mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan khasnya kerana ia membabitkan nama negara. "Pencapaian Shila amat besar dan perlu dipandang serius seperti mana juga perhatian kepada atlet sukannya negara misalnya. Biarlah perhatian yang diberikan itu sama rata tanpa menganaktirikan pejuang seni kita. "Seniman sendiri pun sudah mempunyai perancangan untuk meraihkan kemenangannya itu dan pasti akan memberi pengiktirafan buat Shila. Kebetulan pada November nanti, kami akan mengadakan satu acara untuk meraih Amat berbangga kerana kemenangan itu sekali gus mengangkat imej seni Malaysia lebih tinggi lagi, Zed juga berharap dan menggesa agar artis lain menjadikan pencapaian itu sebagai motivasi buat mereka. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/23 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |