Adsense

Isnin, 24 September 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Tidak Jatuh Talak, Hanya Salah Faham – Vanidah Imran

Posted: 24 Sep 2012 12:05 AM PDT

Tidak Jatuh Talak, Hanya Salah Faham - Vanidah Imran
Berikutan teguran Mufti Perak mengenai dialog lafaz cerai dalam filem 'Untuk Tiga Hari', Vanidah Imran menegaskan tidak berlaku sebarang penceraian diantara dia dan suami.. Menurut Vanidah Imran mungkin terdapat salah faham oleh pihak ketiga tanpa menonton filem itu terlebih dahulu..

"Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya?"

"Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri,"

Dalam pada masa yang sama, Vanidah Imran menegaskan yang dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana yang dinasihatkan oleh Mufti Perak itu kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa..

Bagaimanapun Vanidah berkata, dia menerima nasihat daripada Harussani sebagai seorang ahli agama namun menganggap ulasan itu hanya dibuat berdasarkan kepada pandangan pihak ketiga tanpa menonton filem berkenaan terlebih dahulu.

"Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku,"

"Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain.

"Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan," (Mstar)

Rashidi Dan Vanidah Imran Disarankan Segera Rujuk

Posted: 23 Sep 2012 11:17 PM PDT

Rashidi Dan Vanidah Imran Disarankan Segera Rujuk
Tan Sri Harussani Zakaria yang juga Mufti Perak melalui suratkhabar Utusan Malaysia hari ini menyarankan agar pasangan suami isteri Vanidah Imran dan Rashidi Ishak segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan dialog lafaz cerai dalam filem 'Untuk Tiga Hari'… Menurut beliau, kerana dialog tersebut, perkahwinan Vanida dan Rashidi sejak 1 Oktober 2000 tidak sah di sisi agama Islam.

Mufti Perak memberikan pandangan berikutan diolag dibawah yang dikatakan oleh Rashidi Ishak kepada Vanidah Imran.

"Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai"

Akibat dialog itu, Mufti Perak terpangil untuk menasihatkan pasangan suami isteri ini untuk merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera..

"Ia umpama menjadikan sebuah perkahwinan itu seperti kahwin muta'ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera. Umat Islam tidak haru mempermainkan hukum-hakam meskipun dalam soal lakonan."

"Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan. Tidak betul untuk kita menjadikan tindakan-tindakan seumpama itu sebagai budaya meskipun dalam lakonan kerana ia akan menggalakkan perpecahan dalam rumahtangga."