borak kosong |
- Cuba teka apa kesalahan pada gambar-gambar ini
- Lelaki Dirawat di Rumah Sakit Setelah Anusnya Kemasukan Belut
- 9 Ciri Lelaki Hebat Dimata Wanita Jepun
- Isteri upah kekasih bunuh suami
- Lelaki menyamar doktor ditangkap
- Anak patung seks disangka mayat wanita lemas
- Pengantin curi emas keluarga isteri
- Hayman ada memori luar biasa
- Keluarga penyamun
- ‘Cikgu rimau’ mohon maaf
- Budak setahun melecur terminum air panas
- Pengantin baru maut ditetak
- Lelaki berseluar dalam dibelasah
- Polis tahan 5 warga Vietnam berpakaian seksi
- Ngeri, Dipengaruhi Alkohol, Wanita Ini Jadi Hobi Siksa Suaminya Selama 7 Tahun
- Teka ini boneka untuk apa?
- Super unik,siapa sangka muka penyanyi rupanya
- Emma Cahill, AWEK dengan TELAPAK KAKI TERBESAR didunia
- Inilah Tablet Android Paling Ringan Di Dunia
- Efek buruk dari facebook
- Disebut Hamil, Lady Gaga Mulai Malu Pajang Tubuh Gemuknya
- Symbol untuk mereka yang nak chat kat Facebook
- Inilah Tren Mode Terburuk Sepanjang Masa Dan Diharapkan Takkan Pernah Terjadi Lagi (Foto)
- Cara Bodoh Model Jepun Ngetweet Terima Kasih kepada Fans
- Gila,,, Ibu Bantu Anaknya Kirim Foto Bogel Ke Kasihnya
Cuba teka apa kesalahan pada gambar-gambar ini Posted: 24 Sep 2012 09:30 PM PDT |
Lelaki Dirawat di Rumah Sakit Setelah Anusnya Kemasukan Belut Posted: 24 Sep 2012 09:00 PM PDT Dari sekian banyak kes orang kemasukan benda asing via 'pintu belakangnya', kes lelaki ini adalah kes teraneh yang pernah dihadapi oleh para doktor dan suster di rumah sakit New Zealand. Minggu kelmarin, rumah sakit di Auckland, kedatangan seorang pesakit lelaki yang mengeluhkan problem unik yang dideritanya. Setelah di X-ray, terlihatlah seekor belut di dalam tubuh lelaki tersebut. Sumber dari rumah sakit mengatakan, "Belutnya berukuran sebesar asparagus dan kes ini menjadi bahan pembicaraan di sini." Fun fact: New Zealand terkenal dengan ikan trout-nya yang besar-besar lho. Dan tak hanya trout, belut air tawar di sana juga bisa berkembang hingga lebih gede dari yang di foto ini. Sayangnya, dengan alasan perlindungan rahsia peribadi pesakit, rumah sakit itu menolak untuk menjelaskan bagaimana cara belut tersebut boleh nyasar ke tempat tinggal barunya yang tidak biasa. |
9 Ciri Lelaki Hebat Dimata Wanita Jepun Posted: 24 Sep 2012 08:30 PM PDT Ada segolongan lelaki tertentu yang mampu membuat wanita Jeppun tertarik. Mahu tahu hal apa saja yang membuat seorang lelaki dimasukan dalam kategori hot atau yang di Jepun dikenal dengan sebutan 'ikemen' ini? Ini dia 9 syarat menjadi ikemen yang perlu kamu ketahui. Para lelaki dari serial televisyen Jepun, Ikemen Paradise (Hanazakari no Kimitachi e) 1. Bersuara rendah / dalam Ditelinga awek Jepun, lelaki yang bersuara tinggi berkesan lebih dewasa dan atraktif. Tapi ingat, walaupun rendah, suara harus tetap terdengar jelas. 2. Ada sedikit bau pelembut pakaian di baju Ini salah satu point yang dianggap penting bagi seorang ikemen. Kombinasi wewangian favorit wanita muda di Jepun adalah sedikit wangi pelembut pakaian, sabun mandi dan shampo. Jangan cuba-cuba memakai bau cologne yang menusuk hidung. 3. Pakaian sederhana tapi tetap fashionable Pakaian kasual dapat membuat seorang pria tampak lebih tajam selama pas di bentuk tubuhnya. Yang penting pas, jangan neko-neko. 4. Mata bulat itu lucu! Tapi mata sayup lebih hebat dan lebih terlihat pintar Mata cekung kerana kebanyakan berhibur? Jangan buru-buru melelapkan diri di tempat tidur. Cuba buka komputer dan cari kenalan wanita Jepun. Bagi mereka, mata mengantuk terlihat lebih seksi dan keren! 5. Tak banyak bicara, tapi juga boleh cerewet Awek Jepun lebih suka memilih lelaki yang kalem, tidak banyak bicara, tapi sanggup bercerita panjang lebar terhadap pasion yang dimilikinya -pengecualian untuk penggemar berat karakter anime atau seorang idol. 6. Rambutnya terlihat seperti ketika baru bangun tidur Ingat, s-e-p-e-r-t-i, artinya bukan gaya rambutmu sebenarnya yang didapat secara otomatis setelah bangkit dari tempat tidur. Gaya rambut acak-acakan seperti ini dianggap mampu menstimulasi tapi jiwa keibuan dari seorang wanita. Gaya yang pas mungkin baru bisa didapat setelah kamu mengunjungi salon rambut. Warna rambut yang hitam, natural, juga lebih terlihat menarik. 7. Pergelangan lengan dan jemari yang ramping, tapi badan tetap berbentuk Bentuk tulang dari pergelangan lengan seorang cowok nampaknya menjadi preferensi tersendiri bagi awek Jepun. Seorang Ikemen tidak boleh terlihat terlalu banyak menyimpan lemak! 8. Berkesan misteri Misterius di sini berarti seorang cowok yang terlihat nyaman dengan dirinya sendiri, tidak terlalu peduli dengan apa pikiran orang lain. Lelaki tipe ini misterius kerana apa yang ada di benaknya sulit diteka. Dia melakukan segala sesuatunya dengan cara dan momennya yang tersendiri. Untuk dapat seperti ini, seorang cowok harus punya cukup percaya diri dan keberanian. 9. Terlihat genius dan berkulit putih sampai-sampai pembuluh darahnya kelihatan Ikemen jaman sekarang lebih divisualisasikan sebagai cowok yang dapat menikmati seni dan musik, bukan lagi seorang cowok penggemar olahraga yang berotot. Cowok yang tertarik dengan dunia seni berkesan begitu menggoda. Mereka juga memakai lotion anti ultra-violet ketika berpergian keluar. Bagaimana menurutmu? Apakah kamu punya semua kriteria yang diidamkan oleh para wanita muda di Jepun? |
Isteri upah kekasih bunuh suami Posted: 24 Sep 2012 08:00 PM PDT BANGKOK - Seorang isteri tergamak mengupah kekasihnya termasuk seorang lagi teman mereka untuk membunuh suaminya. Mangsa, Stephen Phillips, 59, dari Torquay, Devon, yang berkahwin dengan wanita warga Thailand, Wilaiwan, 29, ditembak mati berhampiran rumahnya di kampung terpencil di Baan Phai, kira-kira 250 kilometer utara-timur Bangkok ketika sedang menaiki motosikal. Jurucakap polis berkata, sehari sebelum kejadian itu, isterinya telah meminta £7,000 (RM34,393) dari suaminya dipercayai untuk membayar upah kepada pembunuh suaminya. "Ia bermotif wang kerana mangsa baru mengeluarkan wang polisi insurans berjumlah £200,000 (RM982,658) dan terdapat £12,000 (RM58,959) transaksi sepanjang minggu lalu," katanya. Hasil soal siasat terhadap pengeluaran wang tersebut, isterinya menafikan sejumlah pengeluaran wang itu dilakukan kerana mereka telah ditipu melalui skim pelaburan atas talian. - The Mail. sumber : sinar harian |
Lelaki menyamar doktor ditangkap Posted: 24 Sep 2012 07:45 PM PDT TOKYO - Polis Jepun semalam menangkap seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang doktor untuk mendapatkan wang, kata polis dan pihak media. Pihak berkuasa berkata, lelaki berkenaan, Miyabi Kuroki, ditahan setelah dia memeriksa kesihatan 2,300 orang. Kuroki, 43, sebelum ini membaca buku-buku perubatan selama beberapa jam agar orang ramai tidak mengesyaki penipuannya. Agensi berita tempatan, Jiji Press melaporkan Kuroki tidak memasuki mana-mana sekolah perubatan dan menyamar sebagai seorang doktor selepas menemui identiti pengamal perubatan bertauliah di internet. Dia dihantar oleh sebuah agensi pekerjaan tempatan ke sebuah hospital di sini untuk melakukan temu bual kesihatan, memeriksa keputusan mesin ujian jantung dan memberi penerangan mengenai keputusan ujian perubatan kepada lebih 2,300 orang. Penipuan Kuroki terbongkar apabila sebuah sekolah perubatan tempat dia dikatakan pernah mengajar sangsi dengan kredibilitinya dan menghubungi hospital berkenaan. Polis di sini memberitahu semalam bahawa mereka telah menangkap Kuroki kerana mengesyakinya memalsukan lesen pengamal perubatan pada tahun 2009 dan menerima gaji 2.62 juta yen (RM104,414) setahun dengan bekerja separuh masa sebagai seorang doktor di sebuah hospital di sini pada tahun 2010 dan 2011. Suspek dilaporkan mengaku melakukan kesalahan tersebut dengan alasan: "Saya perlukan wang untuk membayar nafkah anak saya dan sara hidup saya." Dalam perkembangan berkaitan, pihak hospital tempat dia bekerja telah memohon maaf berhubung insiden itu. Pihak hospital itu meminta semua pesakit yang pernah diperiksanya datang semula untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. - AFP sumber : kosmo online |
Anak patung seks disangka mayat wanita lemas Posted: 24 Sep 2012 07:30 PM PDT ISTANBUL: Penyelamat Turki menarik keluar satu anak patung seks dari Laut Hitam selepas orang awam yang panik menghubungi mereka menyangka ada wanita lemas terapung di pantai, lapor media semalam. Akhbar Milliyet melaporkan, polis mengepung kawasan pantai di utara wilayah Samsun dan menghantar penyelam ke situ untuk 'menyelamatkan seorang wanita.' Bagaimanapun, mereka kemudian mendapati 'wanita' itu cuma anak patung yang dibuang angin sebelum dicampak sebagai sampah. Tidak dapat di pastikan dari mana asal anak patung itu. Selain tumpuan pelancong, Laut Hitam juga menjadi laluan sibuk syarikat perkapalan dunia. - Reuters sumber : mymetro |
Pengantin curi emas keluarga isteri Posted: 24 Sep 2012 07:15 PM PDT SATUN : Seorang pengantin lelaki dituduh mencuri emas seberat tiga baht (45 gram) dari rumah keluarga isteri barunya sebaik saja acara perkahwinan selesai. Keluarga Paveena Suvamin, 19, membuat aduan polis semalam selepas lelaki itu melarikan emas bernilai kira-kira 60,000 baht (RM6,000) daripada anggota keluarga itu sebelum menghilangkan diri. Pengantin perempuan memberitahu polis dia menjalinkan hubungan dengan Pathapong Kheunthong, 26, selama dua tahun sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Acara perkahwinan itu dibuat Sabtu lalu dan dihadiri oleh 500 tetamu. Keluarganya membelanjakan RM5,000 untuk mengadakan majlis perkahwinan berkenaan. - BP sumber : mymetro |
Posted: 24 Sep 2012 07:00 PM PDT LONDON: Aurelien Hayman bukan pemuda biasa seperti dijangka. Kini berusia 20 tahun, Hayman memiliki kemampuan mengingati dengan tepat apa saja sepanjang tempoh sedekad lalu. Menghidap hyperthymesia, Hayman boleh menceritakan apa yang dilakukannya, dipakai, dimakan serta berita serta setiap sesuatu yang dialaminya tanpa masalah walaupun ia berlaku lama dulu. Ketika orang normal hanya mampu mengingati tidak lebih daripada 11 peristiwa dalam setiap tahun, Hayman pula sebaliknya. Kata Hayman, dia boleh mengingat apa yang berlaku dekad lalu. "Saya seperti budak biasa sehinggalah berlaku perubahan ketika berusia 11 tahun," katanya. Namun, kata Hayman, dia menyedari perubahan itu apabila berusia 14 tahun dan mendapati dirinya mempunyai daya ingatan luar biasa. Misalnya, dia boleh bercerita mengenai cuaca pada 1 Oktober 2006 serta lagu yang didengarnya pada hari berkenaan. Hanya 20 orang disahkan menghidap hyperthymesia di dunia dan Hayman adalah satu-satunya di Britain. - DM sumber : mymetro |
Posted: 24 Sep 2012 06:45 PM PDT PASIR PUTEH: Seorang lelaki berusia 19 tahun yang ditahan di bilik menunggu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, kelmarin, ketika cuba melarikan diri menggunakan kapal terbang selepas dipercayai meragut beg sandang seorang guru Jumaat lalu, dikesan membentuk Geng Keluarga apabila merekrut isteri, abang dan ibunya supaya bersekongkol dengan jenayah ragut, samun dan pecah rumah. Lelaki ditahan bersama isteri yang sedang hamil dan ibunya di lapangan terbang dipercayai sudah melakukan 30 jenayah ragut, samun dan pecah rumah sejak awal tahun ini. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, hasil penahanan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh dan IPD Bachok menyerbu rumah geng berkenaan di Kampung Gong Serapat, dekat sini dan menemui 131 barangan curi dianggarkan bernilai RM50,000. Katanya, antara barangan ditemui televisyen LCD, kamera, komputer riba, telefon bimbit, jam tangan dan alat pembesar suara. "Suspek melakukan jenayah dengan modus operandi berbahaya termasuk bertindak melanggar anggota polis yang cuba menangkapnya sebelum ini di Tumpat dua bulan lalu. Siasatan juga mendapati isteri suspek berusia 20 tahun dan ibunya berusia 51 tahun menjual peralatan dicuri itu. "Kami meminta abang suspek, Mohd Raffiq Raznady Abd Aziz, 29, menyerah diri di balai polis," katanya, semalam. sumber : mymetro |
Posted: 24 Sep 2012 06:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Guru lelaki yang menggigit lengan seorang murid tahun enam di sebuah sekolah di Bandar Sri Putra, Kajang sehingga cedera menghubungi keluarga kanak-kanak itu untuk memohon maaf. Bapa murid itu yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar, 49, berkata guru itu menghubungi dia semalam untuk memohon maaf dengan alasan tidak sengaja berbuat demikian. "Tapi bagi saya sudah terlambat dia mahu memohon maaf, kalau kejadian itu tidak dilaporkan di Harian Metro, saya tidak fikir dia akan menghubungi saya," katanya yang dihubungi semalam. Abu Bakar berkata, laporan polis juga sudah dibuat, jadi terpulang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. "Saya difahamkan siasatan polis sudah berjalan, jadi saya menunggu apa tindakan selepas ini," katanya. Harian Metro semalam melaporkan mangsa, Farhan, 12, cedera di bahu kiri akibat digigit guru kerana tidak dapat menyebut perkataan 'boys' dengan betul. Akibat kejadian jam 8 pagi Khamis lalu itu, anak bongsu daripada empat beradik mengalami tekanan perasaan dan trauma. Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Bangi pada malam kejadian. Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, berdasarkan maklumat daripada Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat, guru terbabit sekadar bergurau. "Murid itu tidak trauma dan datang ke sekolah seperti biasa namun kejadian itu masih dalam siasatan polis," katanya yang dihubungi semalam. sumber : mymetro |
Budak setahun melecur terminum air panas Posted: 24 Sep 2012 06:15 PM PDT KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang kanak-kanak berusia setahun mengambil sendiri air bagi menghilangkan haus berakhir tragedi apabila dia tersilap minum air panas di dapur rumahnya di Kampung Banggol Peradong, Manir, Rabu lalu. Dalam kejadian jam 11 malam itu mangsa, Amni Dalilah Zamzani yang berada di ruang tamu melihat kakaknya, Nurdini Zamzani, 8, mengisi air panas ke dalam cawan dan meletakkannya di atas meja untuk menyediakan air minuman. Malangnya, Nurdini yang sibuk mencari peket minuman segera tidak menyedari tindakan adiknya yang berjalan ke arah cawan berisi air panas di atas meja terbabit sebelum terperanjat mendengar raungan Amni Dalilah yang kepanasan selepas meneguk air panas itu. Ibu mangsa, Zarina Sulaiman, 33, yang ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam berkata, sebelum kejadian anak bongsunya berada berhampiran namun tidak sedar ketika Amni Dalilah meluru ke dapur. "Mungkin anak terasa haus selepas melihat Nurdini meletakkan air ke dalam cawan dan pergi mendapatkan cawan itu dan tindakannya itu menyebabkan bahagian bibir, leher serta dada melecur akibat terkena air panas itu. "Tanpa berlengah saya bergegas ke bilik air untuk memandikan Amni Dalilah dengan harapan dapat menghentikan kesan air panas daripada merebak," katanya. Ibu lima anak itu berkata, sebaik mendapat nasihat daripada doktor di Klinik Kesihatan Batu Enam, di sini dia membawa Amni Dalilah ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan lanjut. "Doktor di HSNZ memberitahu anak melecur empat peratus di bahagian bibir hingga ke dada dan perlu dimasukkan ke wad untuk mendapatkan pemerhatian pakar kulit," katanya. sumber : mymetro |
Posted: 24 Sep 2012 06:00 PM PDT JOHOR BAHRU: Kurang empat jam pasangan suami isteri menganjurkan majlis makan malam perkahwinan bersama keluarga dan rakan, pengantin lelaki maut ditetak kira-kira lapan lelaki bersenjata parang ketika keluar dari sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin di sini, pagi semalam. Malah, janda segera itu terkejut apabila suaminya ditetak bertubi-tubi di depan mata hingga cedera parah di kepala dan badan sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa, Allan Tee Kok Weng, 36, yang juga pemilik kedai alat ganti kereta dan isterinya, Shiu Ting, 30-an dalam perjalanan pulang sebelum diserang lapan lelaki. Terdahulu pada jam 8 malam kelmarin, pasangan itu menghadiri majlis makan malam perkahwinan mereka di Taman Daya di sini, bersama keluarga dan rakan. Mereka kemudian membuat keputusan keluar bersama kira-kira 10 rakan termasuk pekerja Allan dan keluarga ke sebuah kelab malam di Taman Mount Austin sebelum meninggalkan kelab itu pada kira-kira jam 2 pagi. sumber : mymetro |
Lelaki berseluar dalam dibelasah Posted: 24 Sep 2012 05:56 PM PDT PETALING JAYA – Gara-gara membuat kacau, seorang lelaki dibelasah selepas enggan beredar dari kawasan perumahan di Damansara Jaya, malam kelmarin. Lelaki yang hanya memakai seluar dalam itu pada mulanya mahu meminta makanan dari salah sebuah rumah namun dia tidak mahu beredar dan menyebabkan suasana menjadi kecoh. Kejadian jam 10 malam yang berlaku di Jalan ss 22/39 itu bermula apabila lelaki berusia dalam lingkungan 30an terbabit berdegil dan terus meminta makanan dari satu rumah ke satu rumah yang lain meskipun ditegah dari berbuat demikian. Sumber polis berkata, penduduk yang berang kemudiannya bertindak membelasahnya sebelum polis tiba. "Pemeriksaan mendapati lelaki itu tiada sebarang dokumen pengenalan diri dan apabila ditanya, jawapannya berubah-ubah serta memberitahu berasal dari Indonesia," katanya. Lelaki itu yang cedera di bahagian kepala dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut. sumber : sinar harian |
Polis tahan 5 warga Vietnam berpakaian seksi Posted: 24 Sep 2012 05:32 PM PDT KUALA LUMPUR — Polis menahan lima wanita warga Vietnam yang dipercayai terbabit dalam aktiviti tidak bermoral dengan berpakaian seksi dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Setia Walk Taman Equine Serdang malam tadi. Serbuan disertai Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat D7 Ibu pejabat Polis Daerah Serdang serta Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), dengan diketuai Inspektor Roslin Mohd Isa. Roslin berkata dalam serbuan kira-kira 10 malam itu, polis turut menahan seorang penjaga warga tempatan berusia 27 tahun dan dua pelanggan warga China dalam lingkungan umur 30-an. "Kesemua wanita tersebut berumur antara 19 dan 25 tahun. Dua daripada mereka mempunyai pasport manakala tiga yang lain tidak ada pasport," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu. Beliau berkata siasatan mendapati premis yang baru setahun beroperasi itu tidak mempunyai lesen perniagaan dan telah empat kali diserbu. "Kita tengok modus operandi mereka, wanita tersebut akan teman berkaraoke. Pelanggan akan mengambil pakej semurah RM150 hingga RM300," katanya sambil menambah premis itu dibuka dari 8 malam hingga 5 pagi. Roslin juga berkata meskipun tiada sebarang aktiviti pelacuran di premis itu, polis percaya wanita terbabit boleh dilanggan untuk tujuan tersebut di hotel bajet berhampiran. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen Siasat 39(b) Peraturan Imigresen iaitu menggaji warga asing yang tidak memiliki pas sah, dan Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63 kerana mengambil pekerja tanpa permit. Sementara itu, Penolong Pengarah Penguatkuasa MPSJ Mazrul Zahar Mohd berkata pihaknya merampas perkakas hiburan seperti speaker, televisyen serta peralatan karaoke bernilai lebih RM7,000 dan premis tersebut turut disita. "Kita menyita premis tersebut di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 Pindaan 2001 kerana mengadakan aktiviti hiburan tanpa lesen di mana jika disabitkan, boleh didenda sehingga RM25,000," katanya. — BERNAMA sumber : kosmo online |
Ngeri, Dipengaruhi Alkohol, Wanita Ini Jadi Hobi Siksa Suaminya Selama 7 Tahun Posted: 24 Sep 2012 05:30 PM PDT Suami yang bersikap kasar pada isteri mungkin sudah sering Anda dengar. Namun bagaimana jika isteri yang hobi memukuli suami sampai 7 tahun lamanya? Emma Bushen, wanita berumur 32 tahun melakukan hal tersebut sampai akhirnya sang suami, James memintanya untuk pergi. Ibu tiga anak ini mengatakan, kekerasan mulai terjadi saat kehamilan anak pertamanya tujuh tahun lalu. "Aku adalah pemberontak saat remaja, tapi tidak pernah mendapat kekerasan, baik dari lingkungan ataupun keluarga," ungkap Emma seperti yang dikutip dari Daily Mail. Ia mengaku kelahiran anak pertamanya tersebut membuatnya kelelahan dan melampiaskan hal tersebut dengan minum banyak alkohol. Di bawah pengaruh vodka yang diminumnya, tanpa disadari Emma mulai menyiksa James tiap malam. Bahkan tak hanya suami yang jadi korban kekerasan dari kebiasaan minumnya yang buruk, teman-teman pun tak luput dari perilaku keras Emma. "Bahkan aku melukai teman-temanku, namun hanya ketika aku mabuk," tambahnya. Untuk menghentikan kebiasaan minumnya, Emma mulai menemui dokter dan didiagnosis menderita gangguan bipolar. Walau dokter telah menyarankan untuk berhenti minum agar pengubatan bekerja dengan baik, Emma tidak menghentikan kebiasaan minumnya semudah itu. Bahkan kelakuannya semakin irasional kerana kombinasi alkohol dan obat-obatan yang diminumnya. Kesedarannya mulai muncul saat pelayanan sosial mengambil anak-anaknya dan ia tinggal sendirian. Walaupun kecanduannya akan alkohol dan perilaku kekerasan sudah sangat parah, namun dukungan dari suami membuatnya sembuh perlahan. Bahkan dengan segala tindak kekerasan yang dilakukan Emma pada James, suaminya ini tidak pernah menceritakan hal tersebut pada keluarga atau teman dekatnya. Kini Emma mendapatkan kembali keluarga dan juga kehidupannya. Ia juga bersumpah tak akan minum alkohol lagi dan berharap kisahnya ini dapat menginspirasi wanita lainnya yang memiliki kondisi seperti dirinya dulu. sumber: wolipop |
Posted: 24 Sep 2012 05:00 PM PDT |
Super unik,siapa sangka muka penyanyi rupanya Posted: 24 Sep 2012 04:30 PM PDT |
Emma Cahill, AWEK dengan TELAPAK KAKI TERBESAR didunia Posted: 24 Sep 2012 04:00 PM PDT Meet Emma Cahill, 19. This British girl who is 195 cm (6 ft 5 in) tall has US shoe size 15 (which is size 14 in UK and size 50 in Europe). She thinks that her feet are probably the biggest in Europe, so it's "almost impossible" to find shoes that fit. Emma buys most of her shoes in a specialized shop in Germany where they cost about $160 for a pair. |
Inilah Tablet Android Paling Ringan Di Dunia Posted: 24 Sep 2012 10:00 AM PDT Sebagai perangkat yang dirancang untuk mudah dibawa, berat tablet menjadi salah satu faktor penting bagi calon pembeli untuk memutuskan memilih tablet tertentu. Jika kamu berfikir Samsung Galaxy Tab2 7.0 dengan berat 345 gram dan ketipisan 10.5mm atau Nexus 7 dengan berat 340 gram dan ketipisan 10.45mm itu sudah sangat ringan, bersiaplah untuk terkejut dengan tablet yang pantas dinobatkan sebagai tablet Android paling ringan di dunia ini. Khamis lalu waktu setempat, operator selular ternama Jepun NTT Docomo mengumumkan bahawa mereka akan mulai menjual NEC Medias Tab UL N08-D. Tablet Android 4.0 Ice Cream Sandwich ini langsung menjadi tablet paling ringan di dunia dengan ketipisan 7.9mm dan berat hanya 249 gram atau hampir 100 gram lebih ringan dan hampir 3mm lebih tipis dibandingkan dengan Samsung Galaxy Tab2 7.0. image via BGR.com Kerana badannya terbuat dari serat karbon yang biasa digunakan untuk pembuatan pesawat terbang modern, NEC Medias Tab UL N08-D dapat mencapai bobot sangat ringan tersebut tanpa mengorbankan performa. Spesifikasi NEC Medias Tab UL N08-D tak kalah tinggi dibandingkan tablet Android lainnya sebagai berikut :
|
Posted: 24 Sep 2012 09:45 AM PDT Sejak diciptakan pada 2004 oleh Mark Zuckerberg, situs jejaring sosial Facebook berulang kali "disalahkan" atas berbagai masalah. Mulai dari hancurnya pernikahan, obesitas pada anak, hingga oleh Professor Peter Kelly, kepala kesehatan publik di Teesside, Inggris, mengungkap kalau Facebook berperan dalam penyebaran penyakit sipilis. Selain tiga hal tersebut, banyak efek lain dari Facebook yang berakibat buruk. Berikut sepuluh dampak buruk Facebook 1. Memicu perceraian Pengacara menyalahkan Facebook untuk satu dari lima petisi perceraian online. Situs yang bisa mempertemukan teman lama dan membuat penggunanya bisa saling bicara melalui aplikasi chatting ini, disebut sebagai latar belakang meningkatnya kehancuran pernikahan dan godaan untuk berselingkuh. 2. Memicu anak bunuh diri Kepala gereja katolik di Inggris dan Wales, Archbishop Vincent Nichols, memperingatkan bahwa Facebook bisa mendorong remaja memiliki pandangan bahwa pertemanan adalah sebuah komoditas. Hal itu bisa memicu keinginan untuk bunuh diri, ketika hubungan tidak berjalan lagi. 3. Lenyapkan ungkapan tradisional Survei yang dilakukan sebuah perusahaan peneliti pasar pada 4.000 orang yang usianya dibawah 30 tahun, mengungkap bahwa banyak ungkapan tradisonal yang tidak lagi diungkapkan kerana Facebook. 4. Memicu gangguan tulang Facebook juga sering disalahkan karena gangguan tulang yang terjadi pada anak-anak. Penelitian dalam British Medical Journal menemukan bahwa situs jejaring sosial dan permainan komputer, merupakan pemicu penyakit seperti kekurangan vitamin D yang akibatnya bisa membuat tulang mudah rapuh. 5. Membuat orang menjadi tertutup Penelitian dari Mintel, sebuah perusahaan penelitian pasar, menemukan lebih dari setengah orang dewasa yang menggunakan situs jejaring sosial seperti Facebook, lebih menghabiskan waktu di internet dibandingkan berbicara dengan teman atau anggota keluarga lainnya. 6. Membuat pasangan cemburu Tim peneliti dari University of Guelph, Kanada, menemukan bahwa penggunaan Facebook meningkatkan rasa cemburu pasangan. Mereka menemukan bahwa makin sering seseorang menghabiskan waktu untuk online pada situs jejaring sosial dan melihat pasangannya, maka tingkat kecurigaannya sangat tinggi. 7. Dijadikan ajang menantang hukum Pada beberapa kasus hukum di Inggris, Facebook, dijadikan ajang untuk menantang hukum. Pihak yang tersangkut kasus hukum membuat grup, yang namanya sangat provokatif dan melawan hukum. 8. Membuat banyak orang tua jatuh cinta Ofcom, sebuah badan pembuat regulator komunikasi, menemukan lebih banyak orang setengah baya yang menjadi anggota situs jejaring sosial seperti Facebook. Hal itu menunjukkan fenomena situs jejaring sosial telah "tumbuh", dengan pengguna yang berusia 35 hingga 54 tahun melonjak sebesar 25 persen sepanjang tahun 2009. 9. Membuat penggunanya merasa tidak menarik Jutaan pengguna Facebook mengatakan menghindari menggunggah foto dan menghapus nama dari berbagai foto, karena merasa terlalu gemuk, tua, atau terlihat jelek. Hal itu menurut survei yang dilakukan perusahaan yang memproduksi produk penurunan berat badan, LighterLife, pada 2000 orang. 10. Mengungkap kehidupan pribadi Banyak orang yang memajang foto-foto pribadinya di Facebook tanpa menyadari bahaya yang sedang mengintainya. Seperti kasus istri seorang kepala agen rahasia Inggris, Sir John Sawers, yang memajang foto-foto keluarganya secara detail di Facebook saat berlibur bersama keluarganya. |
Disebut Hamil, Lady Gaga Mulai Malu Pajang Tubuh Gemuknya Posted: 24 Sep 2012 09:30 AM PDT Lady Gaga tampaknya kini mulai malu dengan badannya yang semakin berisi. Ini ditunjukkan Gaga saat dia keluar dari salah satu hotel yang berada di Amsterdam, Belanda. Seperti yang dilansir Zimbio, Penyanyi berusia 26 tahun itu tampak berusaha menutupi berat badannya yang berlebih. Ia menggunakan mantel longgar berwarna putih, high heels lengkap dengan bandana yang berwarna senada. Hal ini sangat berlawanan dengan penampilan GaGa saat manggung di Ziggo Dome, Amsterdam, sehari sebelumnya. Dalam konsernya itu, Gaga masih percaya diri mengumbar tubuhnya meski tak selangsing dulu. Bahkan Gaga percaya diri perut penuh lipatan lemak dan pinggul yang membesar. Ia tampak cuek dengan beratnya yang naik sebesar 13 kilogram. Sementara itu, dengan tubuh yang semakin membesar, membuat GaGa diisukan sedang berbadan dua. Lemak di mana-mana? Lady Gaga saat tampil di Belanda. Salah satu artis yang menduga kekasih Taylor Kinney ini hamil adalah pembawa acara Fashion Police, Kelly Osbourne. "Gaya berpakaiannya telah berubah dan aku pikir dia sedang hamil," ungkap Kelly Osbourne juga melihat perubahan warna rambut Gaga. "Biasanya, kalau wanita sedang hamil rambutnya langsung di cat pirang." Sejumlah fans pun memberikan reaksi beragam mengenai klaim ini. Ada banyak fans yang tidak percaya jika Gaga sedang hamil. Meski begitu, hampir semua menyadari jika sang Mother Monster ini terlihat lebih gemuk dari sebelumnya. (as/zimbio/ibtimes) |
Symbol untuk mereka yang nak chat kat Facebook Posted: 24 Sep 2012 09:15 AM PDT Spesial Symbol dan Simley Untuk Facebook Chat. sekedar buat hiburan aja, nih bagi yang sedang nyari simley buat chat di facebook bisa pake ini. tinggal Copy paste aja. Selain buat chat, juga boleh buat update status biar terlihat menarik, atau buat komen juga ok. so, selamat bersenang-senang! ㋡ ㋛ ツ 【ツ】 ❤ ❥ ♡ ♥ ღ ɞ ❀ ✿ ❁ ✾ ✽ ❃ ❋ Ƹ̴Ӂ̴Ʒ ƸӜƷ εїз ♪ ♫ ♩ ♬ ♭ ♮ ♯ ★ ✩ ✮ ✯ ✰ ☆ ⋆ ╰☆╮✡ ۞ ❇ ❈ ❅ ❄ ❆ ☯ ✞ ☥ ☦ ☧ ☩ ☪ ☫ ☬ ☭ ✌☮ ♥ ♦ ♣ ♠ ♡ ♢ ♤ ♧ ♈ – Aries ♉ – Taurus ♊ – Gemini ♋ – Cancer ♌ – Leo ♍ – Virgo ♎ – Libra ♏ – Scorpio ♐ – Sagitarius ♑ – Capricorn ♒ – Aquarius ♓ – Pisces ♚ ♛ ♜ ♝ ♞ ♟ ♔ ♕ ♖ ♗ ♘ ♙ ☩ ☨ ☦ ✙ ✚ ✛ ✜ ✠ ☾ ☽ ☼ ☀ ☁ ☂ ☃ ☄ Ѽ ☢ ☣ ✓ ☚ ☛ ☜ ☝ ☞ ☟ ✉ ✍ ✎ ✏ ✐✑✒ ⌨ ✂ ✄ ☎ ☏ ✆ ⌛ ⌚ ✈ ♨ ☠ ๑ ۩ ۞ ①②③④⑤⑥⑦⑧⑨⑩ ⑪⑫⑬⑭⑮⑯⑰⑱⑲⑳ ⒶⒷⒸⒹⒺⒻ ⒼⒽⒾⒿⓀⓁ ⓂⓃⓄⓅⓆⓇ ⓈⓉⓊⓋⓌⓍ ⓎⓏ ⓐⓑⓒⓓⓔⓕ ⓖⓗⓘⓙⓚⓛ ⓜⓝⓞⓟⓠⓡ ⓢⓣⓤⓥⓦⓧⓨⓩ Facebook symbols = Ⓕⓐⓒⓔⓑⓞⓞⓚ Ⓢⓨⓜⓑⓞⓛⓢ ㊊㊐㊋㊌㊍㊎㊏ ㊐㊑㊒㊓㊔㊕㊖㊗ ㊀㊁㊂㊃㊄㊅㊆ ㊇㊈㊉ Source : http://blog-thinker.blogspot.com |
Inilah Tren Mode Terburuk Sepanjang Masa Dan Diharapkan Takkan Pernah Terjadi Lagi (Foto) Posted: 24 Sep 2012 09:00 AM PDT Ini benar-benar bencana dalam dunia fashion dan nampaknya takkan pernah menjadi hip lagi di dunia mode 1. Tas ransel mini Di era awal tahun 1990-an, film box office "Clueless" yang melejitkan nama Alicia Silverstone juga mempopulerkan ransel kecil. Bentuknya sama seperti tas ransel biasa, namun ukurannya mini dan hanya muat dompet atau bedak padat. 2. Sepit rambut anak-anak Jepit warna-warni dengan bentuk imut ini memang lucu jika dikenakan oleh anak-anak di bawah usia 5 tahun. Namun pada tahun 1990-an, beberapa rocker wanita seperti istri mendiang pentolan Nirvana, Courtney Love sempat membuat jepit ini populer di kalangan wanita dewasa. 3. Baju "ngatung" Pertama kali dipopulerkan oleh Madonna di tahun 1980-an dan kembali dipopulerkan oleh Britney Spears dan Christina Aguilera pada era 2000-an. Busana ini berupa atasan pendek yang memperlihatkan perut rata. Kepopuleran busana ini juga membuat video aerobik dan fitness yang membuat perut rata juga ikut laris manis. 4. Tali bra transparan Tali bra kelihatan itu tidak baik karena terkesan tidak sopan dan membuat wanita pemakainya terkesan suka serampangan. Tapi bukan berarti jika tali bra yang transparan jadi tidak apa-apa. Ingat, tali bra transparan itu tidak "invisible". Jika Anda ingin mengenakan baju yang memperlihatkan pundak, lebih baik beli bra tanpa tali sekalian. 5. Tas pinggang Banyak orang yang mengatakan bahwa ats pinggang amat tidak fashionable dan hanya cocok dipakai oleh turis-turis khususnya yang lanjut usia. Tapi entah kenapa selebriti semodis Rihanna memakai tas seperti ini di tahun 2012. 6. Boots berbulu Pada pertengahan era 1990-an sepatu jenis ini sempat menjadi hip. Tapi lihatlah, apakah itu sepatu boots atau anjing pudel? 7. Celana harem MC Hammer Saat pertama kali rapper MC Hammer mempopulerkan celana ini di tahun 1990, banyak orang menganggapnya menggelikan. Namun sekarang malah banyak wanita yang justru sengaja mengenakan celana yang menggembung di bagian atas ini, seperti contohnya Rihanna ini. 8. Celana melorot MTV membuat tren mode ini amat cepat populer ke seluruh dunia,. Dari mulai rapper, artis hip-hop, hingga musisi band punk, semua memakai celana yang sengaja ditarik merosot hingga memperlihatkan celana dalam boxer mereka. Gaya ini begitu mengganggu sampai-sampai Amerika Serikat sempat ingin membuat undang-undang melarang pria memakai celana melorot. 9. Shoulder pads (penyangga bahu) Di tahun 1990-an, hampir semua wanita mengenakan busana yang memakai ganjalan di bagian bahu mereka. Yang paling gampang diingat adalah para bintang wanita di film-film Warkop DKI (Dono, Kasino, Indro) yang mengenakan busana atasan dengan ganjalan di bagian bahunya. Namun tren ini cepat berlalu setelah wanita menyadari bahwa shoulder pads tak membuat penampilan mereka jadi lebih trendi. 10. G-String yang mengintip Britney Spears Di awal tahun 2000, penyanyi R&B Sisqo mempopulerkan lagu "Thong Song" dan membuat penjualan thong alias G-String alias celana dalam minim bertali jadi meningkat. Tren bodoh ini banyak ditiru oleh gadis-gadis muda Para bintang pop mulai sengaja menurunkan celana dan menarik thong-nya ke atas supaya terlihat, dan banyak gadis muda mengikuti, khususnya di Amerika Syarikat . (dari berbagai sumber) |
Cara Bodoh Model Jepun Ngetweet Terima Kasih kepada Fans Posted: 24 Sep 2012 08:30 AM PDT Ada banyak cara bagi para selebriti menunjukkan rasa cinta mereka kepada penggemar. Sebagai contoh, musisi biasanya suka mengajak salah satu penggemarnya untuk naik ke atas panggung, atau seorang aktor yang tiba-tiba muncul saat sebuah acara berlangsung. Tapi rasa cinta yang ditunjukkan oleh model asal Jepang ini benar-benar di luar nalar. Mao Harada, seorang model gravure idol (sejenis model yang sering berpose untuk majalah dewasa), memutuskan memberikan rasa terima kasihnya kepada para fans dengan memposting status menggunakan seluruh bagian badannya. Aksi tersebut dilakukan Harada setelah dirinya berhasil meraih 1000 follower di Twitter. Seperti yang dilansir Rocket News 24, Harada sebelumnya mengumumkan sebuah projek yang dinamakan 'Harrater' di blognya . Dalam projeknya itu, ia berjanji kepada para fans bahwa ia akan memakai bikini sambil ngetweet status menggunakan seluruh tubuhnya jika berhasil mengumpulkan 1000 followers. Kerana notabene sebagai model panas, projek yang dijalankan oleh Harada sukses besar. Hanya dalam hitungan hari, ia mampu meraih lebih dari 1000 follower di akunnya. Tanpa pikir panjang, Harada langsung menepati janjinya memposting gambar dirinya berbikini. Dalam foto-foto yang dilansir, Harada terlihat menggunakan bikini warna biru bermotif polkadot. Tidak lupa ia menuliskan beberapa tweet yang menghiasi tubuhnya lengkap dengan nama proyek 'Harrater' di bagian dada. Duh! Dengkul, "Little Knee boy nau" (nau berarti sekarang). Lengan kiri, "Aku yakin kamu semua berfikir: 'Cewe ini pasti goblok'" Di Jepang sendiri, memang jamak seorang idola gravure berinteraksi lewat Twitter, tapi apa yang dilakukan Harada mungkin menjadi yang paling bodoh. Setidaknya itu diakui sendiri olehnya di salah satu tweetnya. Macam-macam saja! Pergelangan tangan, "Ya saya memang goblok. Terus masalah?!" Perut, "Terima kasih atas dukungannya!". (as/rocketnews24) |
Gila,,, Ibu Bantu Anaknya Kirim Foto Bogel Ke Kasihnya Posted: 24 Sep 2012 08:00 AM PDT |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |