Adsense

Ahad, 23 September 2012

Zon Artis

Zon Artis


Anne Ngasri Sahkan Putus Cinta Dengan Aliff Aziz

Posted: 23 Sep 2012 07:25 AM PDT

Anne Ngasri Dan Aliff Aziz

Tiada jodoh antara mereka. Itulah ayat yang sesuai dengan berita pengesahan daripada Anne Ngasri dalam laporan sisipan akhbar BPop, Berita Minggu hari ini dimana dia menyatakan yang dia dan Aliff Aziz sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa atau dalam erti kata lain percintaan mereka sudah berakhir.

Seperti kata Anne yang kami petik dari portal Murai:-

"Benar, saya dan dia (Aliff Aziz) kini sudah pun putus (membawa haluan masing-masing) dan saya anggap sudah tiada jodoh di antara kami,"

Diminta mengulas mengenai punca berakhirnya percintaan mereka yang sebelum ini seakan-akan pasti akan berakhir di jenjang pelamin, Anne enggan membuka mulut dan hanya menyatakan yang ianya akan menjadi rahsia mereka berdua sahaja kerana bagi Anne ia terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Related Posts with Thumbnails