Adsense

Ahad, 23 September 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Isu Lafaz Cerai Rashidi Ishak Kepada Vanidah Imran Filem Untuk 3 Hari

Posted: 23 Sep 2012 08:29 PM PDT

Kepada dalam Filem Untuk 3 Hari

Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran digesa segera merujuk kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari.

http://www.budiey.com/isu-lafaz-cerai-rashidi-ishak-kepada-vanidah-imran-filem-untuk-3-hari/

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, lafaz cerai yang diungkapkan oleh Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin dalam filem itu menyebabkan perkahwinan sejak 1 Oktober 2000 antara beliau dan Vanidah tidak sah di sisi agama.

"Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta'ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera.

"Umat Islam tidak harus mempermainkan hukum hakam agama meskipun dalam soal lakonan. Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan," katanya.

Beliau mengulas dialog yang diungkapkan Rashidi kepada Vanidah dalam satu babak pada filem arahan itu yang menyebut: Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga kita minta cerai."

Jelas Harussani, Islam tidak mengajar penganutnya untuk mempermainkan kesucian sesebuah perkahwinan sebaliknya berusaha memastikan perkahwinan itu berkekalan dan bahagia sepanjang kehidupan mereka.

Tags: , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Gambar & Video Majlis Nikah Anak Perempuan Sultan Brunei

Posted: 23 Sep 2012 07:46 PM PDT

Semalam telah berlangsung Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja , Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah dengan Pengiran Muhammad Ruzaini yang mana turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Anakanda perempuan pemerintah Brunei, telah selamat nikah dengan Pengiran Muhammad Ruziani pada hari Rabu lalu 16 September.

Anakanda Sultan Brunei itu, Puteri Hafizah Surusul Bolkiah, 32, berkahwin pada majlis yang diadakan di depan sejumlah tetamu pada 19 September, Rabu lalu.

Puteri Hafizah merupakan anakanda kelima Sultan Hassanal Bolkiah dengan isterinya, Permaisuri Pengiran Anak Saleha.

Anakanda Sultan Brunei itu mempunyai ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan dan bekerja sebagai seorang pegawai di Kementerian Kewangan.

Pengiran Muhammad Ruziani, 29, pula bekerja sebagai seorang kakitangan awam. Sultan Hassanal Bolkiah mempunyai 12 anak, lima lelaki dan tujuh perempuan daripada tiga perkahwinannya.

Semalam telah berlangsung Majlis Persantapan Diraja Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja anakanda Sultan Brunei, Paduka Seri Pengiran Anak Puteri sultan brunei Hafizah Sururul Bolkiah

Baginda pernah bercerai dengan Azrinaz Mazhar Hakim yang merupakan bekas pengacara stesen televisyen TV3 – Agensi

Semalam telah berlangsung Majlis Persantapan Diraja Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja anakanda Sultan Brunei, Paduka Seri Pengiran Anak Puteri sultan brunei Hafizah Sururul Bolkiah

Semalam telah berlangsung Majlis Persantapan Diraja Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja anakanda Sultan Brunei, Paduka Seri Pengiran Anak Puteri sultan brunei Hafizah Sururul Bolkiah

Ikuti gambar sekitar Majlis Perkahwinan Diraja Anak Sultan Brunei pada video dibawah:

Majlis Akad Nikah Perkahwinan Anak Sultan Brunei 2012

Royal Wedding 2012

Powdering ceremony (Royal Wedding 2012)

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis istiadat persandingan Diraja anakanda Sultan Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman di sini, hari ini.

Beberapa pemimpin negara Asean termasuk Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra, Presiden Filipina Benigno S. Aquino, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dan Menteri Luar Singapura K. Shanmugam turut hadir pada istiadat persandingan diraja itu.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin serta Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib turut hadir.

Terdahulu, para kenamaan dibawa menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Turut berangkat adalah Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

Selepas majlis menghadap, Rosmah dan tetamu kenamaan diiring masuk keBalai Singgahsana Indera Buana untuk menghadiri istiadat persandingan Diraja, sebelum keberangkatan masuk Sultan Hassanal Bolkiah.

Gambar & Video Majlis Nikah Anak Perempuan Sultan Brunei

Majlis disusuli dengan perarakan masuk pasangan pengantin Diraja, Puteri Sultan Brunei Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dengan persalinan berwarna emas dengan sulaman ungu tepat 11.15 pagi diikuti pengantin lelaki Pengiran Haji Muhammad Ruzaini yang berpakaian sedondon, lima minit kemudian.

Ini merupakan kali pertama kedua-dua mempelai Diraja itu tampil bersama di khalayak ramai selepas dinikahkan dengan penuh adat istiadat di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Khamis lepas.

Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, merupakan lulusan sarjana perniagaan antarabangsa dari University of Hertfordshire, United Kingdom dan merupakan anakanda kelima Sultan Brunei.

Pasangannya Pengiran Haji Muhammad Ruzaini, yang bertugas sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas di Bahagian Perancangan dan Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Jabatan Perdana Menteri adalah lulusan ijazah ekonomi dengan kepujian dari University of Coventry, England.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual tiba petang ini bagi menghadiri majlis "Persantapan Diraja" di Dewan Santapan Diraja, Istana Nurul Iman, malam ini.

Istiadat bersanding merupakan acara kemuncak istiadat perkahwinan Diraja itu yang telah bermula sejak 16 Sept lepas yang dikenali sebagai "musim Istiadat Diraja" yang berlangsung selama 10 hari dan bakal berakhir Selasa ini. – Bernama

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: