Adsense

Isnin, 27 Ogos 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Album Kompilasi Anthem Nasional

Posted: 27 Aug 2012 07:21 PM PDT

MARI SEMARAKKAN LAGI SAMBUTAN KEMERDEKAAN KALI INI DENGAN "" OLEH WARNER MUSIC MALAYSIA!!!

ANTHEM NASIONAL (SATU INTERPRETASI MERDEKA)

Kemerdekaan memberi makna bebasnya sesuatu daripada segala bentuk jajahan samada secara fizikal mahupun spiritual. Dengan kemerdekaan Negara kita sejak 1957 yang lalu, Malaysia kini telah mencapai status bebas daripada cengkaman kuasa asing selama 55 tahun! Sambutan kemerdekaan ini tentunya suram apabila semangat kenegaraan tidak dikongsi dan dirasai bersama oleh seluruh generasi.

Album Kompilasi Anthem Nasional

Bagi mewujudkan semangat berkobar-kobar menyambut kemerdekaan, bagi menyuntik rasa semangat kekitaan, lantas menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan kali ini, Warner Music Malaysia kini dengan bangganya mempersembahkan sebuah album kompilasi yang memuatkan pelbagai lagu bertema kebangsaan!!!

Dengan memuatkan 29 buah lagu popular, album ini menampilkan barisan artis-artis popular seperti Ahmad Jais, Sudirman, Ella, P. Ramlee, Carefree, Freedom dan ramai lagi! Album yang bertajuk ANTHEM NASIONAL (SATU INTERPRETASI MERDEKA) ini menampilkan lagu-lagu 'wajib' sambutan kemerdekaan seperti "WARISAN" dan "" oleh SUDIRMAN, "BAHTERA MERDEKA" oleh AHMAD JAIS dan banyak lagi!

Tidak lupa juga, album ini turut menampilkan lagu-lagu bertema kebangsaan yang merujuk kepada identiti Negara tercinta seperti , , , NASI DAGANG, dan beberapa lagi lagu menarik yang tentunya menggetarkan jiwa anak Malaysia!

Khas buat warga Malaysia yang berjiwa patriotik, mari dapatkan album ini di pasaran bermula 14 Ogos ini! Album ini boleh didapati dengan harga hanya RM27.90!!!

SENARAI LAGU

Disc 1

1. Legenda – Sheila Majid

2. Warisan – Sudirman

3. Saya Anak Malaysia – Dr Sam

4. Joget Malaysia – P Ramlee & Saloma

5. Gemilang – Ella

6. Di Desa Kasihku Tertumpah – D J Dave

7. Lagu Kedamaian – Sharifah Aini

8. Mulanya Di Sini – Freedom

9. Satu – Sm Salim & Zainal

10. Bahtera Merdeka – Ahmad Jais

11. Kain Songket – Saloma

12. Taman Rohani – Hillary Feat Saleem And Arab

13. Standing In The Eyes Of The World – Ella

14. Ikhlas Tapi Jauh – Artis Rap

Disc 2
1. 31 Ogos – Sudirman

2. Bendera Damai – Ella

3. Teraju Negara – Latiff Ibrahim

4. Ringgit – Rafeah Buang

5. Baju Hijau – Carefree

6. Hijau – Zainal Abidin

7. Dunia Hanya Pinjaman – Uji & Hail

8. Nasi Dagang – Rosemarai

9. Madahku – Saloma

10. Khatulistiwa – Blues Gang

11. Gadis Melayu – Jamal Abdillah

12. Bukan Kerana Nama – Ramli Sarip And A Romzi

13. Malaysia Indah – Khadijah Ibrahim

14. Lagu Untu Kuala Lumpur – Tom

15. Tegakkan Bendera Kita – Sudirman

Tags: , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka

Posted: 27 Aug 2012 06:53 PM PDT

TEATER 'KAWAN-KAWAN YANG KITA SUKA'
DI STOR TEATER DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
PADA 5 – 9 SEPTEMBER 2012

Setelah kejayaan mementaskan Teater Juta-Juta pada tahun lepas, MASK Team dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka sekali lagi dengan bangganya mempersembahkan sebuah pementasan baharu Kawan-Kawan Yang Kita Suka yang bakal dipentaskan pada 5 hingga 9 September 2012 bertempat di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teater ini mengisahkan empat orang sahabat karib yang sentiasa bersama. Suatu hari, Agus mendapat tawaran kerja di Jepun. Walaubagaimanapun, dia perlu menyelesaikan sebahagian hutang PTPTN untuk membolehkan dia keluar negara. Walaubagaimanapun, duit simpanannya telah hilang. Prasangka mula wujud di kalangan mereka.

Masing-masing menuduh sesama sendiri mengenai duit yang hilang itu. Tidak seorang pun yang mengaku siapa yang mencuri duit tersebut. Perbalahan terus meningkat sehingga menunjukkan sisi gelap dan sikap masing-masing. Persahabatan mereka yang dahulunya rapat kini renggang akibat salah faham yang wujud. Siapakah di antara mereka yang menemui duit itu? Siapakah yang mencuri? Bagaimanakah persahabatan mereka selepas itu? Adakah Agus berjaya ke Jepun meneruskan tugasannya?

compkkyksposter

Bagi sesiapa yang meminati seni teater tanah air tentunya akan menanti-nanti karya terbaharu daripada Fasyali Fadzly. Beliau sebelum ini pernah mengarah dan menulis beberapa buah teater. Selain itu beliau turut pernah mengarah beberapa karya lain seperti Teater Juta-Juta (2011), Kotak Hitam (2011), (2009), Oedipus (2010) dan banyak lagi.

Teater yang mengangkat isu persahabatan ini dipentaskan dalam durasi masa 1 jam 15 minit. Membariskan para yang berpengalaman seperti , Anas Ridzuan, dan Ameera Ramly.

Karl Shafek memulakan kariernya sebagai model iklan komersial dan mengembangkan bakat dalam bidang penyiaran sebagai pengacara TV pada tahun 2008. Antara program TV kelolaannya ialah Chopp!, 3 Hari 2 Malam, Cabaran Raja Tarik F&N, Hip TV dan On Air. Minatnya terhadap dunia seni tidak terhad kepada pengacaraan sahaja. Dia yang gemar menonton filem selalu membayangkan dirinya sebagai watak-watak dalam filem kegemarannya. Keterujaannya itu membawanya pula ke dunia lakonan dan antara naskhah yang melibatkan dirinya ialah Aalia, Anak Aku Artis, Boona Boonie, Dewi Kasihku serta Dan Bila Esok. Terbaru, filem debut lakonannya Zaiton Ceritaku akan menyusul November ini.

Peserta rancangan realiti masakan, Masterchef Selebriti Malaysia musim pertama ini tidak pernah puas mencuba sesuatu yang baru. Dia pernah tampil buat kali pertama di pentas teater 1 Plastik Hitam yang dipersembahkan oleh MASK Team tahun lalu. Baginya yang sentiasa mahu belajar tentang selok belok lakonan itu, pentas teater adalah ruang terbaik untuk mencabar diri sendiri dan membuktikan dia boleh menjadi anak seni yang disegani suatu hari nanti.

Anas Ridzuan adalah pemenang tempat ketiga rancangan realiti Mentor 6 yang begitu mencintai dunia lakonan pentas. Sebelum menyertai Mentor 6, beliau banyak terlibat dalam bidang nyanyian dan juga lakonan di dalam kampus (Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM). Setelah menyertai Mentor, dia kini bersedia untuk terlibat secara serius di dalam ndustry muzik tanah air. Walaupun begitu, minatnya di dalam lakonan pentas tetap diteruskan.

Fazleena Hishamuddin adalah seorang gadis yang tidak peru diperkenalkan lagi. Beliau digelar Ratu Indie Malaya yang telah banyak terlibat dalam kegiatan seni indie sekitar Malaysia. Dari bacaan puisi, penulisan cerpen, lakonan, penerbitan dan banyak lagi. Antara pembikin filem pendek wanita yang aktif malah beliau turut mengatur beberapa kegiatan seni di sekitar Malaysia. Beliau turut berlakon dalam Teater Juta-Juta, 1Plastik Hitam dan banyak lagi

Ameera Ramly mula melanjutkan pelajaran dalam bidang lakonan di UiTM pada tahun 2004 dalam jurusan Seni Persembahan (Seni Lakon) kemudian melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Jabatan Drama, Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dalam jurusan pengarahan. Beliau aktif melibatkan diri dalam pementasan teater semasa beliau masih lagi belajar. Antara teater lakonan beliau adalah seperti Sedang Jiwa, Alang Rentak Seribu, Muzikal Ram++, Ayam Jantan Ayam Betina, Wajah Lumpur, Urmi, The Birds, Obsessi, Mak Yong Titis Sakti, Monodrama Tangan Kiri Ayah, Kompilasi Volum 2 (Legasi) dan 1 Plastik Hitam. Pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Festival Teater Kebangsaan 2008 menerusi teater Wajah Lumpur.

Selain berlakon, beliau juga terlibat dengan pengurusan pentas bagi pementasan Rancangan Hari Jadi Terhebat Adli, Scandalicious Issue, Serangan Pertama Zombie di Malaysia, Medea, Muzikal Uda & Dara, Muzikal Terima Kasih Cinta, Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal, Projek Diako Baldi dan terbaru Usikan Rebab.

Pas masuk berharga RM30 boleh didapati pada hari persembahan. Untuk pembelian pas masuk boleh didapati dengan menghubungi Ajun di talian 012–278- 9352

Maklumat lanjut boleh layari facebook.com carian dan Twitter #KawanKawanYangKitaSuka

Selain itu, untuk pementasan kali ini, MASK Team bekerjasama dengan TJTV () sebagai rakan media selain Patung Studio sebagai rakan seni dan Avon Malaysia (tatarias rasmi)

Satu video parodi yang sinonim dengan montaj siri TV popular 'Friends' telah dibuat sempena dengan pementasan ini.


Ameera

Ameera

Fazleena

Fazleena

Anas Ridzuan

Anas Ridzuan

Fasyali Fadzly

Fasyali Fadzly

Karl Shafek

Karl Shafek

KKYKS1

KKYKS2

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: