Berita Harian: Hip |
Posted: 26 Aug 2012 04:01 PM PDT Vanidah ikuti kursus lakonan kembang bakat seni Walaupun pernah bergelar Aktres Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-20 menerusi filem The Red Kebaya, namun Vanidah Imran ingin terus mengasah dan mengembangkan lagi bakat lakon dimilikinya. Justeru, apabila peluang menyertai kursus Kelas Master dalam Lakonan Le Jue terbentang depan mata, ia tidak dipersiakan wanita terbabit.Didorong keazaman untuk menyerlahkan lagi bakat negara ini hingga ke peringkat antarabangsa, Vanidah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Vee bangga dapat mengikuti kursus dikendalikan guru seni persembahan bertaraf dunia, Philippe Gaulier, di ibu kota, baru-baru ini. Philippe yang pernah menjadi tenaga pengajar kepada pelakon terkemuka antarabangsa seperti Emma Thompson, Helena Bonham Carter dan Sacha Baron Cohen ialah pengasas bagi pendekatan latihan persembahan Le Jue. "Vee memilih kursus lima hari ini kerana ia mendorong pelajar menerokai keindahan, keseronokan dan kepuasan dalam lakonan, bukan memberi tekanan pada diri. Berlakon kena seronok Peluang mengikuti kelas terbabit bersama peserta dari pelbagai negara itu juga memberi lebih input kepada Vee dalam mendalami lagi seni lakon. Berkongsi ilmu dan bertukar-tukar idea dengan peserta lain membuka ruang buat pelakon Untuk Tiga Hari ini dalam mencari bakat sebenar lakonan. Enggan sekadar bergelar pelakon jaguh kampung, Vee mahu melihat bakat yang dimilikinya berjaya menembusi pasaran luar. "Ini bukan kali pertama Vee mengikuti kursus sebegini. Vee mengikuti kursus sedemikian kerana tidak mahu bakat yang ada tersekat pada satu gaya lakonan saja dan berharap dengan mengikuti kursus ini ia dapat meningkatkan lagi kemahiran lakonan Vee. "Inilah platform untuk Vee belajar lebih banyak lagi seni lakonan. Kebanyakan pelakon terlalu mengikut skrip, sebab itu kalau kita tengok ada kesilapan remeh dalam jalan cerita," katanya. Pilih skrip, pengarah Jarang kelihatan wajahnya di kaca televisyen mahupun layar lebar, sebenarnya Vee kini menumpukan pada pengajiannya dalam bidang komunikasi massa yang masih berbaki dua tahun. Sebelum ini, suaminya, pelakon Rashidi Ishak terlebih dulu menggenggam segulung ijazah dalam bidang sama. Ketika yang sama, meletakkan dirinya sebagai pelakon senior, Vee sedikit cerewet dalam memilih watak dan pengarah. Mahu dirinya dilihat sebagai pelakon serba boleh, setiap tawaran yang datang diteliti dari segi skrip dan sebolehnya, dia mahu bekerja di bawah sutradara berkaliber. "Kalau dulu Vee akan terima apa saja tawaran yang datang, tetapi bersesuaian dengan kehendak, tetapi kini Vee memilih bukan saja watak dan skrip, tetapi pengarah itu sendiri. "Kalau kita tengok, ramai yang akan menyalahkan pelakon apabila sesebuah filem tidak laku. Sebaliknya pengarah yang memainkan peranan penting dalam mencorakkan jalan cerita. Kalau letak pelakon hebat dan terkenal sekalipun, tetapi jalan cerita tidak memuaskan, tak guna juga," katanya yang ingin bekerjasama dengan Shuhaimi Baba dan Dain Said. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |