Adsense

Isnin, 27 Ogos 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Michael J. Fox Kembali Berlakon, Bintangi Sitkom Parkinson

Posted: 27 Aug 2012 10:59 PM PDT

Michael J. Fox, 51, memang seorang pelakon yang berbakat dan dia dikenali melalui watak Marty McFly dalam filem "Back To The Future". Namun, pada tahun 2000, dia telah mengumumkan kepada dunia hiburan bahawa dia ingin berhenti berlakon kerana inign fokus untuk memulihkan dirinya yang menghidap penyakit Parkinson.

Terbaru dari NBC, stesen TV dari Amerika ini telah mengumumkan bahawa mereka telah menerima tempahan slot untuk sitkom komedi 22 episod yang bakal dibintangi oleh Michael J. Fox.

Sitkom ini bakal menceritakan mengenai kisah hidup Fox sebagai seorang suami dan bapa kepada 3 orang anak yang terpaksa mengharung pelbagai cabaran untuk hidup termasuklah penyakit Parkinson dihidapinya.

Siri komedi lakonan terbaru  Fox ini akan dimulakan penggambarannya tahun ini. Apa yang pasti, OHBULAN! tidak mahu melepaskan sitkom komedi Fox!

Sumber : Dailychilli

Izara Aishah Cerewet

Posted: 27 Aug 2012 10:12 PM PDT

Izara Aishah merupakan nama yang tidak asing lagi di arena seni lakonan tanah air. Bakatnya mula dicungkil menerusi drama bersiri TV3 Vanila Coklat yang pernah ditayangkan untuk slot Lestary pada Disember tahun lalu.

Selesai sahaja berlakon dalam drama bersiri Vanila Coklat, nama Izara Aishah terus meningkat naik dan kemunculannya mula mendapat perhatian semua pihak. Selain berlakon, Izara turut dipilih menjadi duta untuk produk terkenal Cosry Purple Label, dan yang terbaru duta makanan segera, Burger King.

Izara memaklumkan kepada pihak Sinar Harian bahawa beliau merupakan seorang yang cerewat dalam bab untuk menerima tawaran sebagai duta, dan beliau hanya memilih produk tertentu sahaja.

"Saya memang cerewet dalam bab ini dan hanya memilih produk yang boleh membantu karier saya. Selain itu, saya juga akan meneliti terlebih dahulu tugas saya sebagai duta dan pasaran sesebuah produk," ujar Izara Aishah.

Izara turut mengaku, dengan penglibatan beliau sebagai duta untuk sesuatu produk, secara tidak langsung ia dapat mendekatkan dirinya kepada peminat-peminat.