Adsense

Isnin, 27 Ogos 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Amyza Aznan Keguguran Kandungan 3 Minggu

Posted: 27 Aug 2012 01:10 AM PDT

Amyza Aznan Keguguran Kandungan 3 Minggu
Amyza Aznan melalui account Twitternya, berkongsi satu berita sedih dimana dia dikatakan mengalami keguguran tatkala usia kandunganya baru berusia 3 minggu.. Walaupun Amyza Aznan keguguran, beliau dilihat tabah dan tenang menghadapi suratan takdir ini..

"Takde rezeki. Perancangan Allah lebih baik. Aku redha. Miscarriage for my 3rd baby."

"I ok so far. Nasib baru 3 week. If 3 month! Mau meroyan! hehhehhe."

Untuk pengetahuan, Amyza sudahpun mempunyai dua orang anak lelaki, Andre Mikhail dan Adrian Adam hasil perkahwinanya dengan Khairil Izhar.. MyGosip harap keluarga Amyza Aznan tabah menghadapi dugaan ini..

Neelofa Jadi Penyanyi Bukan Kerana Tamak

Posted: 27 Aug 2012 12:40 AM PDT

Neelofa Jadi Penyanyi
Rasanya ramai yang sudah sedia maklum yang Neelofa akan melebarkan sayapnya ke bidang nyanyian pula selepas ini.. Neelofa yang telah dilamar oleh Tune Music bakal bergelar penyanyi walaupun dia masih baru dalam bidang lakonan.. Namun tegas Neelofa, beliau bukanya tamak atau gelojoh untuk mencuba pelbagai bidang dalam tempoh yang singkat, Tetapi inilah peluang buat Neelofa untuk melihat di mana kekuatan sebenarnya di dalam bidang seni..

"Dalam usaha saya meningkatkan kemahiran dalam lakonan dan pengacaraan, muncul pula tawaran nyanyian daripada Tune Music yang rugi jika dilepaskan."

"Perancangan untuk bergelar penyanyi bukan atas dasar tamak tetapi adalah peluang untuk meluaskan jaringan hubungan dan mencari di mana kekuatan sebenar saya dalam bidang seni,"

"Orang di luar perlu faham saya menerima peluang ini bukan kerana soal nyanyian semata-mata. Tune Music adalah syarikat di bawah AirAsia yang memiliki jaringan perniagaan yang luas di rantau Asia."

"Saya melihat kerjasama ini sebagai peluang untuk mengembangkan nama dan profil di rantau ini," (Mstar)

Tambah Neelofa lagi, dia mengambil masa yang lama untuk mempertimbangkan tawaran yang diberikan oleh Tune Music sebelum bersetuju untuk bergelar seorang penyanyi..