Adsense

Selasa, 21 Ogos 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Fantasy Britney Spears!

Posted: 21 Aug 2012 07:00 PM PDT

Berkecimpung dalam dunia nyanyian seawal usia remaja sehingga dewasa memberi kelebihan kepada beliau tentang asam garam di dunia glamor.

Selebriti professional yang sering tampil menggoda tatkala melakukan persembahan dan fotogarfi ini sering melakukan pembaharuan dalam penampilan dan kehidupan.

Penyanyi yang layak digelar diva ini semakin menyerlah dengan personaliti yang memukau disamping gemar berdandan untuk memberikan imej yang sempurna.

Baru-baru ini, Britney Spears telah melakukan beberapa pengambaran fotografi yang glamor lagi eksklusif bagi imej semburan wangian Elizabeth Arden Fantasy Twist .

Penyanyi berusia 30 tahun ini memperagakan pakaian berkonsepkan ala-ala Cleopatra dengan gabungan solekan dan dandanan rambut yang diselaputi rantai leher mini emas permata menjunam dengan gelang senada serta busana seksi yang memukau.

Minyak wangi twist fantasi adalah gabungan dua aroma daripada keluaran khas Britney dengan sentuhan botol 'sphere' yang eksklusif.

Si pemakai mampu menikmati haruman wangian 2 dalam 1 (dua dalam satu ) yang dikombinasikan dengan "Fantasy" iaitu 1 bau Musky dengan Jasmine Petals dan White-chocolate, dan "Fantasi Midnight" iaitu 1 bau Warmer menampilkan Black Cherries, Framboise dan Plum.

Selepas melaraskan sekeping gambar berpakaian ala-ala cleopatra, Britney sekali lagi melaraskan sekeping gambar dengan berpakaian terdedah dan seksi yang juga kelihatan seperti aktres Jean Harlow  dengan barangan mewah di selitkan di kepala, mekap yang seksi dengan rambut pendek untuk penampilan yang mempersonakan.

Brad Pitt Sebagai Pembunuh Dalam Filem Terbaru, “Killing Them Softly”

Posted: 21 Aug 2012 06:09 PM PDT

Selesai saja menonton trailer filem ini, OHBULAN! dapat rasakan watak yang dibawa oleh Brad Pitt mampu menarik minat para penggemar filem-filem berkisarkan jenayah.

Filem yang diadaptasi dari sebuah novel tulisan George V. Higgins ini mengisahkan tentang penguatkuasa profesional, Jackie Cogan (Pitt) yang sedang menyiasat kes ketika zaman Amerika dipenuhi gangster. Apa yang menarik ialah Cogan sentiasa bersikap tenang walaupun ketika membunuh mangsanya.

Filem ini turut dibintangi oleh Scoot McNairy (Monsters), Ben Mendelsohn (Animal Kingdom), Ray Liotta, Richard Jenkins (The Visitor), dan James Gandolfini. Untuk anda yang sudah lama tidak menonton filem mengenai sisi gelap Amerika, inilah masanya.

Filem ini akan dilancarkan pada 18 Oktober di seluruh pawagam Malaysia. Jom tonton trailer "Killing Them Softly" selepas ini!