Berita Harian: Hip |
Posted: 20 Aug 2012 04:31 PM PDT Tentu ramai tertanya-tanya, apa relevan menggandingkan model terkenal, Aleeza Kassim dengan pelakon dan pengacara yang meningkat naik, Neelofa pada muka depan edisi raya HIP ini. Bagi peminat yang tidak tahu, Neelofa boleh dianggap protege kepada Aleeza yang dulu popular selepas tampil dalam filem Panas. Sebelum Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa dijulang pemenang pencarian bakat, Dewi Remaja, dia menimba ilmu daripada Aleeza yang pernah menguruskan akademi peragaan. Alasan lain, sudah tentu kerana mereka sama cantik dan hebat bergaya depan kamera.Mengimbau kembali perkenalan mereka, Aleeza berkata, Lofa dihantar ibu untuk mendapat latihan dari segi tatarias dan pembawaan diri ketika bersaing dalam pertandingan Dewi Remaja. Sepanjang melatih dia, saya lihat Lofa sebagai artis yang berpotensi. Dia rajin dan sentiasa bekerja keras untuk mendapatkan apa yang diidamkan. Dari akademi itu lagi saya sudah nampak yang dia bakal menjulang gelaran Dewi Remaja. Suka Lofa mengacara Bercerita mengenai perkembangan kerjaya anak didiknya itu, Aleeza berkata, secara peribadi, dia lebih suka melihat Lofa menjadi pengacara. Saya suka melihat dia mengendalikan program Nona dan secara jujur, saya nampak dia boleh pergi jauh dalam bidang pengacaraan. Dalam bidang lakonan, perjalanannya masih jauh dan banyak yang dia perlu belajar, komennya ikhlas. Beralih kepada cerita sambutan lebaran, Aleeza berkata, dia menyambut ketibaan 1 Syawal bersama keluarganya di Kuala Lumpur. Lagi pun, emak saya tidak sihat akibat penyakit kanser. Jadi kami adik-beradik beraya di sini saja. Mujurlah mereka semua tinggal berdekatan. Selalunya, pada Hari Raya, saya ambil kesempatan mengunjungi rumah bapa dan ibu saudara terdekat. Selebihnya, saya lebih suka duduk dirumah. Kalau dari segi juadah, saya memang suka ayam masak merah yang dimasak ibu. Memang sedap dan setiap tahun masakan itu tak pernah lupa untuk dihidangkan kepada tetamu,h katanya. Aleeza belum temui pengganti Beralih kepada cerita peribadi, Aleeza yang sudah dua tahun bergelar janda mengakui masih belum mempunyai sesiapa dalam hati. Bukan serik untuk bercinta dan kembali berumah tangga. Cuma ketika ini, saya lebih senang bersendirian. Tak dinafikan ada juga yang cuba mendekati diri ini dan mengajak saya berkahwin. Tapi semuanya saya tolak kerana mahu lebih fokus pada kerjaya. Insya-Allah lepas raya nanti saya akan kembali berlakon, ujar Aleeza yang juga bekas pemenang Dewi Remaja. Namanya menjadi sebutan apatah lagi wajahnya kerap muncul di televisyen, sama ada dalam lakonan atau pengacaraan. Namun di sebalik populariti diraih, ada harga yang perlu dibayar oleh pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor ini. Pelbagai kisah kurang enak mengenai dirinya tersebar menjerumuskan Lofa ke kancah kontroversi. Terbaru, gadis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini dikatakan bermasalah dengan seorang lagi pelakon baru, Anzalna Nasir sehingga perkara itu hampir dibawa ke muka pengadilan. Gara-gara kenyataan Anzalna yang dianggap sebagai fitnah oleh Lofa, keduanya menjadi tajuk muka depan akhbar hampir seminggu lamanya sebelum mereka menamatkan persengketaan pada sidang media khas. Tak kisah ganding dengan Anzalna Justeru, dengan ketibaan hari yang mulia, pastinya ramai yang ingin menyaksikan dua pelakon ini bergambar bersama. Apatah lagi, ketika sesi damai baru-baru ini, ada yang tidak berpuas hati apabila Lofa dan Anzalna tidak bersalaman. Ketika diajukan pertanyaan itu pada gadis berusia 23 tahun ini, Lofa berkata dia tidak kisah untuk digandingkan bersama Anzalna kerana baginya apa yang berlalu biarkan berlalu. Memang ramai yang menghubungi Lofa bertanyakan apakah Lofa sudi untuk mengadakan sesi fotografi dengan Anzalna. Bagi Lofa, memang Lofa tak kisah. Cuma jadual Lofa yang padat membuatkan Lofa tidak berkesempatan memenuhi permintaan media. Bulan puasa ini, Lofa terikat dengan jadual penggambaran drama Kau Yang Terindah dan Lofa perlu menyiapkannya secepat mungkin. Akui Lofa, dia sudah melupakan apa yang berlaku dan tidak pernah menyimpan dalam hati. Kami pernah berkawan baik sebelum ini. Jadi Lofa anggap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan anggaplah ia sebagai satu pengalaman dan pengajaran, tuturnya yang muncul dalam filem SAM (Saya Amat Menyintaimu) yang mula ditayang Ahad lalu. Raya di Pasir Mas Mengenai sambutan raya tahun ini, Lofa berkata, seperti selalu, dia dan keluarga meraikannya di rumah datuk dan nenek di Pasir Mas, Kelantan. Saban tahun Lofa dan keluarga berkumpul di Pasir Mas. Biasanya, selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri, kami akan mengadakan rumah terbuka dan semua saudara mara akan datang. Tahun ini seronok kerana Lofa menyediakan bajet lebih sedikit untuk tetamu kecil yang datang beraya. Bagaimanapun, Lofa tidak buat rumah terbuka di Kuala Lumpur kerana selepas pulang dari kampung, Lofa akan kembali ke set penggambaran dan jadual Lofa kembali padat,h ujarnya. Ditanya apakah buah hatinya, Hans Isaac akan beraya di rumah keluarganya tahun ini, sambil menggelengkan kepala Lofa menjawab: Tahun lalu dia berkunjung ke Kelantan. Tapi tahun ini, Hans tidak datang, ujar Lofa. Mengulas sesi fotografi bersama sifu dan mentornya dalam bidang modelling, Lofa mengakui dia banyak terhutang budi dengan Aleeza. Kak Aleez banyak mengajar Lofa cara catwalk, tatarias, berkomunikasi dan bagaimana menjawab soalan dengan media. Dia banyak membantu Lofa, malah Kak Aleez adalah sebahagian daripada kejayaan Lofa hari ini, katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |