Adsense

Selasa, 21 Ogos 2012

borak kosong

borak kosong


Air Kolam Renang Ini Adalah 100.000 Liter Coca Cola

Posted: 21 Aug 2012 09:15 PM PDT


Apakah ini hanya angan-angan semata?

Ketika kita masih kecil kita pasti senang dengan yang namanya bermain air, apalagi berenang sepuasnya di kolam renang.


Airnya bukan air chlorine, melainkan Coca Cola

Tapi yang diceritakan disini adalah hal yang gila namun sangat mengasyikkan. Pasalnya kolam renang ini berisi seluruhnya dari Coca Cola. Bayangkan sajakita boleh meminum Coca cola tersebut sepuasnya.


Asyiiiiikkk!

Menyenangkan atau tidak, kita tidak boleh membayangkannya. Namun pastinya, dengan berenang di kolam yang seluruhnya berisi minuman ringan berkarbonasi ini tentu saja akan membuat semua bagian tubuh kita terasa lengket.


Berenang di kolam ini membuat badan lengket semua

Namun, artis Mike Bouchet membuat idea gila iaitu sebuah kolam renang dimana airnya adalah Coca Cola. Pada 4 Julai 2012, di Twentynine Palms, California Mike Bouchet mewujudkan ideA gila tersebut dengana 100.000 liter Coca Cola.

Sungguh gila namun original juga ideanya.

(dari berbagai sumber)

Putera Harry Telanjang Bulat di Hotel Las Vegas

Posted: 21 Aug 2012 09:00 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Bukan Putera Harry namanya kalau kelakuannya selalu tidak jauh dari kontroversi. Sekali lelaki yang masuk dalam garis penerus tahta kerajaan Inggris itu, melakukan hal yang dapat mencoreng citra keluarga Kerajaan Inggris.
Dua buah foto yang menampilkan dirinya sedang telanjang bulat bersama seorang wanita beredar di situs berita selebriti TMZ, selasa (21/8/2012).
Seperti dilapor dalam situs tersebut, foto itu  diambil ketika Harry bersama kawanannya terlibat dalam permainan billiard di bilik VIP Suite di sebuah hotel mewah di Las Vegas, AS.
Tampaknya adik Putera William ini kalah taruhan, sehingga terpaksa melepaskan seluruh pakaian  di badannya.
Terlihat dalam foto pertama, Putera Harry berdiri dengan posisi tangan menutup area genitalnya. Terlihat seorang wanita, dalam keadaan topless, berdiri di belakangnya.
Pada  foto kedua, terlihat Harry, membelakangi kamera, seperti sedang memeluk seorang wanita yang kali ini dalam keadaan telanjang bulat dari belakang.
Keluarga Kerajaan belum mahu memberi komen tentang foto-foto tersebut. "Kami tidak mahu berkomentar tentang foto-foto tersebut untuk saat ini," kata perwakilan keluarga Kerajaan kepada TMZ.
Beberapa hari terakhir perhatian media memang sedang tertuju kepada putra bungsu pasangan Putera Charles dan mendiang Lady Diana ini.
Sebelumnya Putera bernama lengkap  Henry Charles Albert David itu tertangkap basah oleh fotografer sedang menghabiskan waktu di kolam renang bersama segerombolan gadis-gadis cantik berbikini.
Ini bukan yang pertama buat Pangeran berusia 28  tahun itu berkelakuan kontroversial.
Pada 2005 , Putera Harry pernah terlihat mengenakan kemeja bersimbolkan lambang Nazi dalam sebuah pesta. The Sun, sutera pertama yang pertama kali menampilkan foto tersebut sebagai headline, memberikan judul "Harry The Nazi".
Bikin geram banyak orang, pihak kerajaan pun langsung mengeluarkan pernyataan permintaan maaf rasmi.

Restoran beri diskaun kepada pelanggan yang simpan telefon semasa makan

Posted: 21 Aug 2012 08:45 PM PDT


Bagi kebanyakan orang zaman sekarang, kehadiran telefon genggam dirasakan begitu vital. Kerana memang, manfaat benda kecil itu tak dipungkiri sangatlah banyak dan selalu menghubungkan kita dengan dunia global. Sayangnya, imbas dari hal ini juga berakibat menurunnya kualiti sosialisasi di dunia nyata, dan sebuah restoran di Los Angeles berusaha kembali menghidupkan masa-masa bersosialisasi kita seperti dulu kala.
Jika dulu acara kumpul-kumpul selalu didominasi oleh interaksi antara orang, kini keadaan sudah banyak berubah. Seringkali yang terjadi adalah 50-50. 50% perhatikan kita terfokus terhadap teman di samping kita, dan sisanya adalah waktu kita untuk mengupdate twitter, ataupun merespons komen dari teman kita yang lain di Facebook. Sebenarnya tidak ada yang salah dengan hal tersebut, tetapi bukankah hal itu juga menyebabkan acara berkumpul kita menjadi setengah berkesan?
Menyadari hal ini, sebuah pemilik restoran di Los Angeles berusaha menghentikan budaya tersebut untuk beberapa saat. Mark Gold, pemilik restoran Eva, menyediakan diskaun sebesar 5% kepada pengunjung restorannya yang rela meminjamkan telefon genggam mereka ke restoran untuk disimpan selama mereka makan. Bagi Gold, pengalaman sejati di restoran adalah "ketika dua orang duduk bersama dan saling berhubung, tanpa gangguan telefon, dan kami berusaha menyediakan suasana yang akan membuat kalian datang untuk menikmati makanan dan pengalamannya."
Dan ternyata, program besutannya ini lumayan popular, lho. Menurut Gold, hampir setengah dari pengunjung restorannya memilih ikut berpartisipasi dalam program tersebut.
Bagaimana menurutmu? Apakah diskon memang lebih menarik dibandingkan terlepas dari dunia maya untuk sesaat?

Cara menyediakan roti pisang tahap dewa

Posted: 21 Aug 2012 08:30 PM PDT

Ini adalah cara seorang penjaja makanan roti pisang dalam memasak dan menyajikan makanannya kepada pelanggan. 

Buat terjunan lelabah pada waktu malam

Posted: 21 Aug 2012 08:15 PM PDT


KRASNOYARSK, Rusia - Sejumlah orang mengambil bahagian dalam terjunan lelabah waktu malam pada ketinggian 44 meter dari sebuah jambatan di Taiga dekat sini pada Ahad lalu.
Para peserta itu yang menyertai acara terjunan tersebut merupakan pelancong yang menginap dekat jambatan berkenaan. - Reuters
sumber : kosmo online

Tulang singa Afrika jadi ubat pengasih

Posted: 21 Aug 2012 08:00 PM PDT


POTCHEFSTROOM, Afrika Selatan - Tulang singa kini menjadi komoditi yang laris dijual ke negara-negara Asia untuk digunakan dalam rawatan tradisional.
Kebanyakan tulang itu dieksport ke Vietnam dan Laos.
Tulang-tulang itu diperoleh dengan cara para pemburu Asia menyertai aktiviti memburu haiwan liar yang dibenarkan undang-undang.
Kira-kira 500 ekor singa diburu secara sah pada setiap tahun di Afrika Selatan.
Pemburu-pemburu itu dikenakan bayaran sehingga AS$20,000 (RM62,354) untuk memburu singa manakala bangkai haiwan tersebut dijadikan makanan anjing.
"Baru-baru ini, terdapat sebilangan besar warga dari Laos yang berminat untuk menyertai aktiviti memburu itu," kata seorang pegawai daripada pertubuhan pemuliharaan singa, LionAid, Pieter Kat.
Tulang-tulang singa itu menjadi popular untuk dijadikan ubat pengasih.
Ia menjadi rebutan kerana tulang harimau dilarang diperdagangkan berdasarkan undang-undang antarabangsa ekoran bilangan haiwan itu semakin berkurangan. - Agensi

sumber : kosmo online

Godaan palsu gadis ‘ting-ting’

Posted: 21 Aug 2012 07:45 PM PDT


KOTA KINABALU – Bermodalkan tubuh badan mengghairahkan, seorang gadis yang kononnya menawarkan perkhidmatan seks mampu meraih pendapatan lumayan tanpa perlu menggadai maruah kepada lelaki berhidung belang.
Dikenali dengan gelaran 'ting-ting', godaan gadis jalanan itu tidak hanya tertumpu kepada lelaki kelas bawahan, malah turut berjaya memperbodohkan ramai kaum Adam yang bekerja sebagai ahli perniagaan dan kakitangan kerajaan.
Modus operandi yang dilakukan cukup mudah iaitu hanya berdiri di kaki-kaki lima premis perniagaan bermula pukul 12 malam dengan hanya berbaju ketat dan berseluar pendek.
Tinjauan Kosmo! di kawasan popular di sekitar Kampung Air dekat sini mendapati rata-rata gadis yang dipercayai menawarkan khidmat seks palsu itu berusia belasan tahun serta berasal dari Filipina dan Indonesia.
Sumber memaklumkan, kepintaran gadis-gadis itu bermula pada detik pertama bertemu pelanggannya apabila mereka sanggup menawarkan harga serendah RM30 untuk satu perkhidmatan seks.
sumber : kosmo online

Isteri nafi Scott alami kanser kronik

Posted: 21 Aug 2012 07:30 PM PDT


LOS ANGELES: Sejurus selepas media melaporkan Tony Scott mengalami kanser yang serius sehingga mendorong dia membunuh diri kelmarin, ahli keluarganya tampil menafikan dakwaan berkenaan.
Akhbar Los Angeles Times mengesahkan waris Scott memberitahu pejabat koroner bahawa pengarah berusia 68 tahun itu tidak menghidap kanser otak atau sebarang penyakit kronik lain.

Ketua Pejabat Koroner Los Angeles, Craig Harver, berkata ahli keluarga Scott menafikan laporan awam mendakwa pengarah itu menghidap masalah kesihatan. Sebuah laman sesawang hiburan pula melaporkan, isteri Scott, Donna, mengesahkan kesihatannya berada di tahap memuaskan dan dakwaan mengenai kanser itu "palsu sepenuhnya." Semalam, ABC News melaporkan, Scott membunuh diri dengan melompat dari Jambatan Vincent Thomas bagi mengelak ahli keluarganya terseksa melihat detik kematiannya. Beberapa jam kemudian, ABC News menarik balik laporan berkenaan. Sumber berkata, laporan awal bedah siasat juga tidak mengesan sebarang kewujudan kanser pada mayat Scott, walaupun ujian lanjut masih diperlukan bagi mengesahkan keputusan itu. Sementara itu, abang pengarah terbabit, Ridley Scott, menangguhkan penggambaran filem terbarunya dan segera terbang dari London ke Los Angeles untuk bersama keluarga adiknya. Kematian Scott berlaku beberapa minggu selepas dia dilihat menahan kesakitan ketika meninggalkan restoran di Beverly Hills.


Dia pernah menghidap kanser sebelum ini. - DM

sumber :myMetro

Tikam bapa hingga mati

Posted: 21 Aug 2012 07:15 PM PDT


JAKARTA: Polis Jakarta Timur berkata, mereka menahan dua beradik yang disyaki menikam mati bapa mereka dalam satu pergaduhan di Pondok Kopi, semalam.
Ketua polis Jakarta Timur, Dian Perri, berkata pihaknya menahan Ahmad Zaenuri, 35, dan adik lelakinya, Welly, 30, di Cipinang.

Dua beradik itu mengaku menikam bapa mereka, Tarwasdi ketika disoal siasat.


Tarwasdi ditikam ketika dia menemui dua anak lelakinya yang terbabit dengan pergaduhan antara dua kumpulan malam Khamis lalu. Ahmad Zaenuri dan Welly yang menjadi anggota kepada satu daripada kumpulan terbabit menyangka bapa mereka berpihak kepada kumpulan musuh. Tidak puas hati dengan bapa mereka, kedua-duanya lalu menikam Tarwasdi hingga mati. Polis masih mencari objek tajam yang digunakan dua beradik itu untuk membunuh bapa mereka.

Selain dua beradik itu, tiga lagi anggota kumpulan yang terbabit dengan pergaduhan itu turut ditahan. - Kompas.com


SUMBER : MYMETRO

Wanita lapah, masak anak kerana disangka babi

Posted: 21 Aug 2012 07:00 PM PDT


BANGKOK: Seorang wanita yang dituduh melapah, memasak dan memakan dua anaknya dipercayai melakukan demikian kerana menyangka mereka adalah babi, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Mental, Kiattiphum Wongrachit, semalam.
"Wanita itu membunuh dua anaknya kerana dia tidak meneruskan rawatan dan tidak mengambil ubat yang diperlukannya," katanya.

Polis minggu lalu menerima laporan bahawa seorang wanita Musur mengerat dua anak lelakinya yang berusia setahun dan lima tahun di daerah Mae Ai di Chiang Mai.


Polis berkata, mereka menemui wanita itu sedang tidur ketika tiba di kediamannya dan beberapa bahagian tubuh anaknya bergelimpangan di atas lantai.

Polis kemudian menahan wanita terbabit, tetapi dia tidak berkata apa-apa ketika disoal siasat.


Siasatan ke atas latar belakangnya mendapati wanita itu pernah menjalani rawatan sakit mental pada 2007. Dia kemudian dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. - Bangkok Post


SUMBER : MYMETRO

Amalan syirik pada kereta

Posted: 21 Aug 2012 06:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Perbuatan menggantung anak patung di bampar kereta jika dilakukan umat Islam adalah amalan sesat yang menjurus kepada syirik kerana ia meniru perbuatan orang kafir kononnya mampu mengelak roh mengganggu mereka dan mengakibatkan kemalangan," kata penceramah dan pendakwah, Datuk Mohd Zawawi Yusoh.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbuatan segelintir pemandu beragama Islam yang sesuka hati menggantung anak patung di bawah kenderaan mereka tanpa mengetahui ia sebenarnya amalan pemandu di Thailand untuk menghalau roh jahat.

Tinjauan Harian Metro mendapati segelintir pemandu menggantung pelbagai anak patung lembut berwarna-warni termasuk daripada karakter popular di bampar kereta dan perbuatan itu kini dianggap sebagai gaya menarik untuk mencantikkan kenderaan masing-masing.


Menurut maklumat dalam laman web thailandguru.com, perbuatan meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand kerana mereka percaya roh orang yang maut akibat kemalangan akan berkeliaran di kawasan mereka mati. Oleh itu, bagi mengelakkan roh terbabit terutama roh kanak-kanak mengganggu pemandu dan mengakibatkan kemalangan mendorong mereka menggantung anak patung pada bampar kereta. Ini kononnya dapat memperdaya roh itu yang akan leka bermain dengan anak patung berkenaan.

Trend ini kemudian dibawa oleh pemandu teksi Thai supaya roh mangsa kemalangan tidak mengganggu penumpang mereka. Kepercayaan terbabit dipercayai berasal dari Korea sebelum dimulakan di Thailand pada pertengahan 2007.


Menurut Mohd Zawawi, meniru budaya asing tanpa mengetahui latar belakang perbuatan itu sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran dan perkara itu bukan sahaja menjejaskan akhlak, malah keimanan mereka juga.



"Jika pemandu melakukannya juga dibimbangi ia boleh merosakkan akidah mereka sendiri kerana akan mudah terjebak dengan segala macam unsur syirik dan khurafat.

"Ini kerana, patung itu dipercayai mampu membantu untuk menghalau roh dan mengelak nahas jalan raya. Tindakan ini hukumnya berdosa besar berikutan meminta pertolongan selain Allah," katanya.


Katanya lagi, pemandu beragama Islam tidak sewajarnya meniru perbuatan terbabit kerana ia sebahagian kepercayaan orang kafir yang boleh merosakkan akidah masyarakat Islam di negara ini walaupun ia dianggap aksesori terbaru kenderaan.

"Belum ada kajian membuktikan bahawa kemalangan berpunca daripada gangguan makhluk halus, sebaliknya ia berlaku disebabkan tindakan makhluk kasar iaitu pemandu yang hilang pertimbangan dan tidak menghormati undang-undang jalan raya.


"Dalam Islam, ada cara untuk kita mengelak gangguan dan supaya perjalanan selamat dengan berdoa sebelum dan selepas memandu, berikhtiar serta berserah kepada Allah," katanya.


Beliau berkata, pemandu yang terlanjur menggantung anak patung dinasihatkan segera meninggalkan perbuatan berkenaan dan wajib bertaubat serta memohon ampun kepada Allah atas kejahilan itu.


SUMBER : MYMETRO

Nyawa melayang tuntut RM30

Posted: 21 Aug 2012 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Cuma RM30. Itulah nilai nyawa seorang tukang rumah apabila mati dibelasah dengan kayu oleh dua lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati mangsa menuntut hutang itu.
Mangsa, Mohamad Khairul Anuar Osman, 28, dibelasah kedua-dua suspek di rumah sewanya di Taman Perindustrian Maju Jaya, Puchong Utama, di sini, kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin.
Dia meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 4 pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, ketika mangsa berehat di ruang tamu rumah, dia didatangi suspek, seorang daripadanya rakan sekerjanya berusia 55 tahun dan seorang lagi berusia 53 tahun yang tidak dikenalinya.



"Dua suspek yang bersenjatakan kayu itu terus menyerang dan memukul mangsa menggunakan kayu panjang sebaik menceroboh rumahnya. 
"Suspek kemudian melarikan diri bersama senjata digunakan apabila melihat mangsa mengalami kecederaan serius," katanya ketika dihubungi semalam.

sumber : mymETRO

'Pinjam' anak untuk beraya

Posted: 21 Aug 2012 06:15 PM PDT


PASIR GUDANG: "Saya terkilan apabila bekas menantu yang menghilangkan diri sejak empat tahun lalu, tiba-tiba muncul dan mahu meminjam anaknya sehari kononnya bagi menyambut Aidilfitri, kelmarin.
"Walaupun saya tidak menghalang, ketiga-tiga cucu serik dengan perbuatan ibu mereka dan enggan mengikut wanita itu kerana tidak sanggup meninggalkan saya," kata nenek kanak-kanak itu, Rokiah Marof, 58, semalam. 
Kisah Rokiah pernah dipaparkan Harian Metro berikutan terpaksa memasak bubur kosong bagi menjamu ketiga-tiga cucunya sepanjang Ramadan lalu apabila berdepan masalah kewangan sejak ibu bapa kandung cucunya 'lepas tangan' berkaitan soal penjagaan dan kebajikan mereka.

Rokiah berkata, selepas kisah keluarganya dipaparkan, mereka menerima pelbagai bantuan termasuk dikunjungi Majlis Agama Islam Johor (Maij) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertujuan meninjau kehidupan mereka.


sumber : myMetro

Betapa sedihnya jika seorang ibu melihat anak perempuannya seperti ini

Posted: 21 Aug 2012 06:00 PM PDT


betapa hancur dan luruhnya hati bila anak yang dididik
dan dibelai berkelakuan begini bila dewasa....

Ibu adalah seorang wanita yang sangat tegar dan penuh pengorbanan. Di saat kita masih di dalam kandungan seorang ibu, kita sudah diberi kasih sayang yang sangat besar olehnya. Selama 9 bulan seorang ibu mengandung anaknya tanpa ada rasa erti penat dan lelah. Dan dengan perjuangan seorang ibu, kita dapat terlahir di dunia ini dengan taruhan hidup atau mati. Setelah seorang bayi di lahirkan dan setelah itu ibu juga yang merawat dan
membesarkannya dengan ikhlas.
Jika seorang bayi menangis di tengah malam ibu bangun dan menimangnya.
Dan jika
seorang bayi haus maka seorang ibu yang memberikan air susu. Sungguh banyak sekali
pengorbanan
seorang ibu kepada anaknya.

Tetapi mengapa seorang anak yang sudah tumbuh besar dan dewasa

tidak mahu berbakti kepada ibu ataupun orang tuanya? Apakah

mereka merasa dirinya itu tidak lagi memerlukan seorang ibu yang telah

membesarkannya dari kecil?

Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu pasti tidak dapat tergantikan oleh apa dan

akan ada untuk anaknya selamanya meskipun anaknya tidak berbakti kepadanya.

SUNGGUH SANGAT BESAR PENGORBANAN SEORANG IBU KEPADA ANAKNYA MAKA DARI ITU KITA JANGAN SAMPAI MELUKAI HATI SEORANG IBU YANG TELAH BANYAK BERKORBAN UNTUK KITA.

Seluar Dalam Reporter Cantik Bloomberg Terlihat Saat Shooting

Posted: 21 Aug 2012 05:45 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Gara-gara mikrofon tak berfungsi, reporter Bloomberg News Sara Eisen tak tahu jika kamera bergerak cepat ke arahnya ketika ia sedang mengangkat skirtnya. Demikian dilapor Daily Mail, Rabu (16/5/2012).
Akibat insiden itu, seluar dalamnya yang berwarna hitam pun terlihat. Seharusnya, jika mikrofon berfungsi dengan benar, Eisen akan mendengarkan instruksi dari kameramen untuk segera siap siaga.
Kerana kamera bergerak dengan cepat, Eisen tak sempat lagi membetulkan skirtnya dan berhasil ditangkap kamera. Ini tentu saja menjadi pemandangan baru di lantai bursa yang mengikuti perkembangan saham melalui siaran Bloomberg News.
Namun, Eisen terus melanjutkan membacakan berita dengan tersenyum dan langsung membahas soal perdebatan sistem perbankan di Sepanyol.
Dalam profilnya di Bloomberg, Eisen disebutkan memiliki spesialisasi berita di pertukaran mata wang, pasar pendapatan tetap, dan krisis hutang Eropah. Jika tak ada di belakang meja, Eisen yang juga lulusan Medill School of Journalism melakukan perjalanan ke Jepun meliput krisis nuklir Fukushima, sebuah konferensi ekonomi di Siena, Itali, serta beberapa pertemuan global G20 dan IMF. 

Gambar perempuan mati dibunuh oleh bekas kekasihnya

Posted: 21 Aug 2012 05:30 PM PDT




Rumah pokok terbesar dan tertinggi di dunia

Posted: 21 Aug 2012 05:15 PM PDT


Horace Burgess terletak berhampiran Crossville,Tennese . Rumah tersebut memiliki 11 lantai dengan keluasan 8,000 hingga 10,000 kaki persegi.Dibangun setinggi 97 kaki tinggi dan dibina menggunakan 258,000 paku.




Demi nak popular cepat,penyanyi ini sanggup tunjuk kemaluannya kepada orang ramai

Posted: 21 Aug 2012 05:00 PM PDT

Asuka Sawamoto. Apakah anda kenal dengan nama penyanti ini? Jika tidak untuk pengetahuan anda dia ini penyanyi yang kontroversi kerana ketika dia menyanyi di pinggir jalan , dia mempertontonkan "Anu" nya di depan khalayak ramai?

Ternyata benar kata beberapa orang, untuk jadi terkenal anda harus bagus sekali, atau hancur sekali. Kalau menurut anda, seperti apa tindakan penyanyi ini :




hilang harga diri semata-mata nak glamour...

Berhubungan Seks Ala Setan, Pasangan Ditangkap

Posted: 21 Aug 2012 04:45 PM PDT


INILAH.COM, Washington – Hubungan badan, menusuk dan setan menjadi kata-kata yang muncul pada kes aneh ini. Peristiwa ini semua berawal dari dunia maya. Ingin tahu aksi setan pasangan ini?

Menurut laporan WISN, kes ini melibatkan seorang lelaki yang pergi dari Phoenix ke Milwaukee untuk mengunjungi seorang wanita bernama Rebecca Chandler yang ia temui di internet. Saat sampai di apartment wanita, lelaki ini diikat dan ditusuk berulang kali selama dua hari.

Pernyataan tertulis yang diperoleh dan diposting ke Smoking Gun menyatakan, polis menemukan mangsa tak dikenal yang leher, lengan dan punggungnya berdarah. Lelaki ini kemudian dibawa ke hospital t dan diketahui mengalami 300 kali tusukan.

Tak hanya itu, video seks berdarah itu juga ditemukan. Chandler mengaku melakukan seks dengan mangsanya dan tusukan yang ia lakukan merupakan sebuah konsensual. Teman sebiliknya yang dikenalii sebagai Raven 'Scarlett' Laraabee bertanggung jawab atas penusukan ini, ungkapnya.

Menurut Chandler, Larrabee terkait aktivit setan. Laporan WISNmanyatakan kedua wanita ini ditahan dan sedang menunggu dakwaan. [mor]

Biar betul..awek cantik mandi bo**l dalam mesin basuh

Posted: 21 Aug 2012 04:30 PM PDT


biar betul awek ni tak kan mandi dalam mesin basuh....hilang akal ke ape?

Tolak Dijadikan Pelacur, Kuku Tangan Sahar Dicabut Suaminya

Posted: 21 Aug 2012 04:15 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM, KABUL - Polis Afghanistan, berhasil menyelamatkan Sahar Gul, seorang gadis berusia 15 tahun, yang dikurung di sebuah ruang bawah tanah, di wilayah Baghlan, Afghanistan.

Saat ditemukan, gadis itu berada dalam keadaan sedih dan kelaparan. Salah satu kukunya dicabut secara paksa dari tangannya. Ketua polis Afghanistan, Sahar Gul mengaku bahawa selain dikurung, dirinya juga mengalami penganiyaan.

Menurut Polis Baghlan Utara, pihaknya menerima laporan tentang Sahar Gul yang mengalami penganiyaan kerana menolak dijadikan wanita pelacur. Namun dugaan tersebut belum boleh diklarifikasi, kerana polis masih menunggu Sahar pulih sepenuhnya.

Sahar diketahui menikah dengan seorang lelaki berusia 30 tahun, sekitar tujuh bulan lalu. Namun setelah menikah, kedua orangtuanya tidak mendengar khabar putrinya tersebut selama berbulan-bulan. Saat itulah mereka meminta pertolongan polis mencari keberadaan Sahar.

"Setelah polis berhasil menyelamatkannya dari sebuah ruangan gelap di rumahnya, kami melihat kukunya telah ditarik keluar oleh suaminya. Dia juga berkata dengan suara parau bahawa suaminya kerap mengiris bahagian tubuhnya ," kata Anggota Polis Baghlan, Jawid Basharat, seperti dikutip dari CNN.

Setelah diselamatkan, Sahar dilarikan ke hospital untuk menerima perawatan. "Dia dalam keadaan yang sangat buruk ketika aku bertemu dengannya," kata Direktor Jabatan Urusan Perempuan Baghlan, Rahima Zarifi.

"Para pelaku telah menarik rambut dari kulit kepalanya dengan kekerasan. Ia menderita semacam penyakit kulit dan ia tidak mengenakan pakaian yang sesuai," ucapnya.

Walaupun berhasil menyelamatkan Sahar, polis belum berhasil menangkap pelaku kekerasan tersebut. Adapun yang menjadi terduga pelaku kekerasan tersebut adalah suami dari Sahar.

'Awek' sekarang semakin parah berbog** ramai-ramai di air terjun

Posted: 21 Aug 2012 04:00 PM PDT


bukan awek ni....tapi kat bawah

v




v



v




v




v




v




v

amacam cun tak awek-awek ni

Tentara Wanita Membuat Foto Nakal

Posted: 21 Aug 2012 11:00 AM PDT


Skandal foto nakal tentara Taiwan terus dibicarakan. Pada Selasa kelmarin pihak militer Taiwan meminta maaf kepada publik atas kes memalukan yang melibatkan seorang tentara wanita.

"Kami memohon maaf atas masalah manajemen internal militer," ucap Liu Chih-chian juru bicara militer Taiwan, seperti dikutip AFP, Rabu.

Sementara tentara yang fotonya terpampang jelas dalam foto, diperiksa oleh komisi kode etik militer Taiwan. Kes ini mengancam karier perajurit wanita yang diketahui seorang sarjan bernama Chen. Chen disebut-sebut akan dikeluarkan dari dinas kemiliteran Taiwan atas aksinya yang dinilai melanggar aturan militer.

Sebelumnya banyak foto beredar di situs-situs internet yang memperlihatkan Chen mengangkat bajunya hingga pakaian dalamnya nampak jelas terlihat.

Foto tersebut dipasang di blog milik Chen yang diduga diambil saat diberek. Selain foto "nakal" Chen, blog tersebut juga memuat foto dirinya bersama dua rakannya yang dengan gestur kasar, dalam hal ini mengangkat jari tengahnya di depan mulut ketiganya.

Sementara foto lain juga memuat kedua rakan Chen yang bersiap melakukan ciuman panas.

Foto ini merupakan skandal terbaru yang dialami militer Taiwan yang menimbulkan kritikan pedas dari pemerintah serta pihak oposisi. Sebelumnya pada Juali lalu, 17 prajurit dihukum akibat terlibat dalam peredaran video yang memperlihatkan dua sarjan melakukan tindak homoseksual saat sedang bertugas. Insiden tersebut menimbulkan kemarahan masyarakat Taiwan.

Unik...bangunan institut yang tembus pandang

Posted: 21 Aug 2012 10:30 AM PDT


Kanagawa Institute of Technology, begitulah nama rasmi sebuah isntitut teknologi yang terletak di daerah Atsugi, Kanagawa Prefecture, Jepun.

Sekolah tinggi yang dibina pada tahun 1963 itu  bukan sekolah yang terkenal, tapi yang membuat mereka unik adalah keunikan bangunanya yang semuanya dinding bangunan tembus pandang yang terbuat dari bahan kaca.


Check It Out 







Rekaan bangunan kaca institut kanagawa ini adalah hasil rancangan kelompok arkitek Junga Ishigam.Rekaann bangunan kaca ini dimaksudkan agar semua siswa yang berada di dalam ruangan bengkel teknologi tetap boleh berinteraksi dengan alam sekitar sehingga akan menjernihkan fikiran mereka yang selalu dibebani dengan berbagai bahan kuliah teknologi. Dan kebetulan, di sekitar bangunan kaca, terdapat taman dengan pepohon yang menghijau yang semakin menambah keindahan bangunan kaca Institut teknologi kanagawa ini


Kumpul 30,000 kotak rokok dari 10 buah negara

Posted: 21 Aug 2012 10:15 AM PDT

 Wang Guohua yang berasal dari China, telah mengumpul kotak rokok sejak tahun 2003 . Dia menyimpan kotak rokoknya di sebuah bilik yang di buat khas di kota Hangzhou,daerah Zhejiang, China. Koleksinya sekarang dah lebih dari 30.000 bungkus meliputi lebih dari 100 jenis rokok,  dari 10 buah Negara.