Adsense

Rabu, 11 Julai 2012

Zon Artis

Zon Artis


Konsert Percuma Ramli Sarip

Posted: 11 Jul 2012 07:17 PM PDT

Konsert Percuma Ramli Sarip Ini berita baik kepada semua peminat Ramli Sarip yang turut dikenali dengan jolokan Papa Rock dimana Ramli Sarip akan mengadakan konsert yang berkonsepkan kerohanian di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini, 14 Julai.

Konsert tersebut adalah sempena sambutan 20 tahun IKIM beroperasi dan ianya diberi nama Konsert Alunan Kalbu. Diadakan secara percuma dan akan bermula pada pukul 8.30 malam. Jika anda mempunyai masa terluang dan ingin mendengar suara rock Ramli Sarip, inilah masanya.

Antara lagu yang akan dinyanyikan oleh Ramli Sarip ialah Senandung Hidup Berbudi, 'Iqra, Bukan Kerana Nama, Nyanyian Serambi serta beberapa buah lagu yang dipetik daripada album terbaharunya Sadaqa iaitu Qasidah Kampungan, Anugerah Nabi, Kekasihku dan Bahasa Terindah.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi pihak IKIM di talian 03-62046320

Related Posts with Thumbnails