borak kosong |
- Abang betul-betul buat lawak gila
- Terlebih sayang awek
- Tanpa Sebab, Perempuan Ini Kena Tampar
- Sering Kena Buli, Remaja Jepun Nekad Bunuh Diri
- Tidak Perawan Lagi, Perempuan di Georgia Ditahan Polis
- Lelaki India Ingin Buat 25 Ribu Murid Tertawa Di Waktu Yang Bersamaan
- Datuk ancam tembak polis jika tak dibawa Paris Hilton
- Isteri anak bilionair ditemui mati
- 3 polis, bapa rogol remaja
- Biri-biri dipasang dengan telefon bimbit elak dicuri
- Guna aksi seks ugut 10 budak
- ‘Saya sangka dia lelaki’
- Mayat bertocang
- Wanita maut diragut pada awal pagi
- Trauma perompak kelar leher anak
- Budak tadika dirotan di kepala
- Lawak ..ada teater khusus untuk tidurkan orang
- Cara balas gurauan yang sangat brutal
- Kesian lelaki ini dipermalukan teman wanitanya ketika dia ingin melamar
- Apa yang anda perlu untuk jadi blogger tegar ?
- Malaikat Di Rumahmu
- Doktor kahwin lari dengan anak sendiri
- Sungguh Ajaib Anak Kecil Lelaki Umur Dua Tahun Ini
- Budak terperangkap dalam lubang bawah tanah selama 3 jam
- Wow, Gaun Bertabur 152 Ribu Kristal Swarovski Berharga £230.000
Abang betul-betul buat lawak gila Posted: 11 Jul 2012 09:30 PM PDT |
Posted: 11 Jul 2012 09:15 PM PDT |
Tanpa Sebab, Perempuan Ini Kena Tampar Posted: 11 Jul 2012 09:00 PM PDT AMMAN - Ada baiknya Anda mengenali wajah seseorang dengan baik sebelum melakukan tindakan bodoh terhadap orang lain. Jika tidak, maka mungkin Anda akan memiliki kisah yang sama dengan lelaki asal Jordan ini. Seorang lelaki tiba-tiba saja menarik seorang perempuan di sebuah pusat perbelanjaan, lalu tanpa terlebih dahulu berbicara menampar perempuan tersebut. "Seluruh pengunjung pusat perbelanjaan yang menyaksikan kejadian tersebut sangat terkejut ketika lelaki itu tiba-tiba saja datang dan menamparnya. Perempuan itu pun langsung meronta ketika sang lelaki menariknya keluar sambil menjerit minta tolong," tulis sebuah suratkhabar berbahasa Arab Al Sawsana, yang dilansir Emirates247, Rabu, (11/7/2012). Lelaki itu berpikir perempuan yang ditamparnya dihadapan publik itu adalah sang isteri yang ditangkapnya tengah berbelanja tanpa terlebih dahulu meminta izin. Namun, selang beberapa minit kemudian lelaki itu tiba-tiba saja menyadari bahawa perempuan itu bukanlah sang isteri melainkan perempuan lain yang memiliki wajah sangat mirip dengan isterinya. Dengan ditutupi perasaan malu akhirnya lelaki itu pun meminta maaf atas perilaku tidak menyenangkan terhadap perempuan tersebut. Tidak dijelaskan lebih lanjut apakah perempuan itu memperkarakan insiden salah paham tersebut atau justru memaafkan perbuatan lelaki itu.(rhs) |
Sering Kena Buli, Remaja Jepun Nekad Bunuh Diri Posted: 11 Jul 2012 08:45 PM PDT TRIBUNNEWS.COM- Lantaran kerap kali menerima bullying di sekolahnya, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun, di Jepun, bunuh diri dengan melompat dari apartmentnya yang terletak di wilayah Otsu, Jepun. Menurut pemberitaan Dailymail, Rabu (11/7/2012), remaja itu kerap kali dipaksa untuk berlatih bunuh diri di sekolahnya. Gurunya, mengetahui hal tersebut, namun menganggapnya sebagai gurauan belaka. Berdasarkan kesaksian 15 orang teman sekolah remaja malang itu, ia secara rutin dianiaya oleh sejumlah murid. Mereka membeberkan, anak itu kerap dipukuli di bilk mandi, dan dipaksa berlatih mengambil nyawanya sendiri. Tak hanya itu siksaan yang ia terima. Ia kerap kali juga dipaksa untuk menaruh burung gereja mati di mulutnya, mencuri di pasaraya dan memeras teman-temannya demi kepentingan mereka yang menyiksanya. Pihak sekolah telah membantah anak itu telah mengalami bullying, namun pemerintah daerah setempat mengakui anak itu telah mengalami bullying. (dailymail) |
Tidak Perawan Lagi, Perempuan di Georgia Ditahan Polis Posted: 11 Jul 2012 08:30 PM PDT TRIBUNNEWS.COM - Seorang anak perempuan berusia 16 tahun ditahan polis pada hari pernikahannya kerana sang suami menuduhnya tidak perawan lagi. Anak perempuan yang tidak disebutkan namanya kerana alasan hukum ditahan dari kediaman keluarga suaminya dan dibawa ke pejabat polis setempat untuk diperiksa. Pengantin putri remaja ini mengatakan para pegawai polis memaki dan menghinanya. Ia ditahan sampai keesokan harinya. Sejumlah laporan menyebutkan kes ini menimbulkan debat panas antara gereja Ortodoks yang sangat berpengaruh dan anak-anak muda yang cenderung menerapkan nilai Barat. Keluarga anak perempuan tersebut ingin membawa kes itu ke pengadilan. Survei di Georgia menunjukkan seorang wanita harus perawan bila menikah, namun hal itu tidak berlaku bagi lelaki. Dikutip dari BBC diberitakan bahawa pemerintahan moden Georgia sangat pro-Barat. Georgia juga sangat ingin bergabung dengan Uni Eropa. Namun masalah wanita yang berhubungan seks sebelum pernikahan tetap merupakan masalah yang mengundang silang pendapat di negara itu. |
Lelaki India Ingin Buat 25 Ribu Murid Tertawa Di Waktu Yang Bersamaan Posted: 11 Jul 2012 08:15 PM PDT Seorang lelaki India ingin mencatatkan dirinya dalam Guinness World Record dengan mendapatkan sekitar 25 ribu murid sekolah yang tertawa di waktu yang bersamaan dan mengalahkan rekod sebelumnya iaitu 10 ribu orang di Belanda. Kamlesh Masalawala menggambarkan dirinya sebagai terapis tawa dan mengklaim telah mengajarkan sebanyak 700 ribu orang bagaimana untuk tergelak, dan sekarang dirinya berniat untuk mengalahkan rekod saat ini, iaitu 10 ribu orang tertawa bersama yang dicapai di Belanda. Dirinya bahkan sudah membuat beberapa progres dengan membuat sekolah-sekolah tempatan setuju untuk berkerjasama dalam usaha pemecahan rekod tertawa di waktu yang bersamaan itu. |
Datuk ancam tembak polis jika tak dibawa Paris Hilton Posted: 11 Jul 2012 08:00 PM PDT Polis di Belmont, North Carolina, Sabtu kelmarin disibukan dengan seorang lelaki berumur yang mengunci dirinya di bilik hotel dan mengancam polis jika permintaannya tidak dipenuhi. Menurut polis setempat, pada pagi harinya, lelaki berusia 61 tahun yang bernama Fredrick Denney itu diketahui sudah membuat keributan di hotel. Ketika pasukan SWAT dipanggil, Denney mengunci dirinya sendiri di dalam bilik hotel. Demi keamanan, dua tingkat dari hotel tersebut di isolasi oleh polis. Menurut News Channel 36, lelaki itu meminta beberapa permintaan anehnya dipenuhi, diantaranya adalah membawakan dirinya pizza dan Paris Hilton untuk dinikahi. Hebatnya, walaupun polii seharusnya sadar bahawa lelaki ini tidak betul ketika meminta dibawakan Paris Hilton, mereka tetap bersabar. Polis dan Denney sempat melakukan perbincangan selama 2 jam sebelum akhirnya kesabaran polis habis dan menyembur mata lelaki ini dengan semburan lada hitam. Setelah diamankan, Denney dibawa polis ke rumah sakit untuk diperiksa mengenai keadaan kesihatan mentalnya. Ia lalu ditahan dengan uwng jaminan sebesar $90 ribu. |
Isteri anak bilionair ditemui mati Posted: 11 Jul 2012 07:45 PM PDT LONDON - Seorang wanita yang merupakan antara terkaya di Britain, Eva Rausing ditemui mati di kediaman mewahnya di sini pada Isnin lalu. Penemuan mayat wanita berusia 48 tahun dibuat selepas polis menahan suaminya, Hans Kristian Rausing yang merupakan pewaris empayar syarikat pembungkusan TetraPak yang bernilai AS$6.7 bilion (RM21.29 bilion) pada hari yang sama kerana memiliki dadah. Syarikat itu milik bapa suami Eva. Susulan tangkapan tersebut, polis menyerbu kediaman mereka di sini dan menemui mayat mangsa. Suami Eva masih ditahan bagi membantu siasatan. Satu bedah siasat lanjut dilakukan ke atas mayat Eva semalam selepas prosedur autopsi pada hari sebelumnya gagal mengenal pasti punca kukuh yang menyebabkan kematian mangsa. Polis juga masih gagal merungkai kes tersebut tetapi Rausing dan suaminya dilaporkan memiliki masalah ketagihan dadah sejak sekian lama. Mereka pernah ditahan kerana memiliki dadah pada 2008 selepas Eva ditangkap ketika cuba menyeludup sejumlah kokain dan heroin di dalam beg tangannya ke dalam Kedutaan Amerika Syarikat di London. - Agensi sumber : myMetro |
Posted: 11 Jul 2012 07:30 PM PDT BANGKOK: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun memfailkan aduan polis terhadap lima lelaki, termasuk tiga anggota polis dan bapanya sendiri, kerana menuduh mereka merogolnya. Polis Nong Sua menahan Somnuek Pokkati, 42 di rumahnya di tambon Nong Sam Wang sebaik saja anak perempuannya membuat aduan rogol, semalam. Remaja itu berkata, bapanya merogolnya berkali-kali sejak usianya tujuh tahun. Somnuek menafikan dakwaan itu. Anak perempuannya membuat aduan di balai polis Nong Sua di wilayah Pathum Thani semalam dengan bantuan pekerja sosial, Siplachai Khenpa. Remaja itu baru memulakan kerja sebagai polis lalu lintas sukarela di balai polis Pratunam Chulalongkorn di daerah Thanyaburi. Katanya, tiga anggota polis trafik dari balai tempat dia bekerja, mabuk dan merogolnya di sebuah hotel. Dia berkata, dia melarikan diri dan mendapatkan teksi. Selepas memberitahu kepada pemandu apa yang berlaku, dia dibawa ke sebuah hotel lain dan pemandu itu merogolnya. Silpachai berkata, remaja itu dibawa ke rumah untuk kanak-kanak dan wanita didera di Pathum Thani oleh seorang dewasa yang dia percayai. Ketua Polis Nong Sua, Kolonel Bancha Tipayanot berkata, siasatan akan mengambil masa kerana banyak perkara yang perlu diambil kira. Katanya, tarikh tepat tuduhan rogol remaja itu terhadap anggota polis dan pemandu trafik masih belum dapat dipastikan lagi. - Bangkok Post. sumber : myMetro |
Biri-biri dipasang dengan telefon bimbit elak dicuri Posted: 11 Jul 2012 07:15 PM PDT CAPE TOWN: Seorang peladang di negara ini memantau 'panggilan' telefon daripada ternakan biri-birinya selepas melengkapkan haiwan berkenaan dengan telefon bimbit bagi mengesan pergerakannya ekoran kecurian haiwan itu baru-baru ini, menurut laporan akhbar tempatan semalam. Apabila 'panggilan' dibuat, ia selalunya adalah berita buruk buat peladang terbabit, Erard Louw dari pinggir Cape Town, kerana telefon bimbit di leher haiwan berkenaan hanya dihidupkan ketika ia mula berlari, tanda menunjukkan pencuri telah menceroboh masuk ke dalam kurungan. "Apabila haiwan itu mula berlari ia akan memberikan panggilan dan berbunyi 'biri-biri satu' atau 'biri-biri dua', jadi sekurang-kurangnya saya tahu di mana hendak mencari kerana ladang ini seluas 750 hektar," katanya kepada akhbar harian The Cape Times. Louw memasang alat keselamatan seperti telefon itu di tengkuk empat ekor biri-biri dalam kumpulan berasingan selepas pencuri menceroboh masuk dan mencuri 27 ekor biri-biri dan 13 ekor kambing dua minggu lalu. - AFP sumber : myMetro |
Posted: 11 Jul 2012 07:00 PM PDT INDIANAPOLIS: Seorang lelaki didakwa secara rasmi, semalam, atas tuduhan memperdaya 10 remaja di sembilan negeri untuk melakukan aksi seks di depan kamera komputer sebelum dirakam dan dijadikan bahan mengugut mereka. Pendakwa Persekutuan berkata, Richard Finkbiner, 39, memberitahu sesetengah mangsanya bahawa dia mahu mengumpul koleksi pornografi amatur terbesar di dunia. Peguam Negara, Joe Hogsett, menggelar tindakan Finkbiner sebagai "skim sistematik untuk memangsakan ratusan kanak-kanak." Dokumen difailkan di Mahkamah Daerah Terre Haute menunjukkan, Finkbiner berdepan 10 tuduhan mengeksploitasi kanak-kanak untuk tujuan seksual, dua tuduhan peras ugut dan satu memiliki bahan pornografi kanak-kanak. Hogsett berkata, pendakwa bercadang mendapatkan hukuman penjara seumur hidup untuk Finkbiner. Mangsa Finkbiner terdiri daripada sembilan remaja lelaki dan seorang perempuan berusia 12 hingga 16 tahun. Menurut pertuduhan, Finkbiner memperdaya remaja dari Indiana, West Virginia, Iowa, Wisconsin, Ohio, New York, Michigan, Illinois dan Colorado. Pembantu pendakwa berkata, Finkbiner memperdaya mangsa ketika berborak dengan mereka di Internet. Katanya, Finkbiner menghantar imej lucah yang dirakam lebih awal ketika berbual, menyebabkan mangsa menyangka ia adalah imej secara langsung dari komputer tertuduh. "Hampir semua mangsa tidak pernah melihat Finkbiner, sebaliknya hanya mengenali tertuduh melalui gambar yang disangka Finkbiner," katanya. Selepas merakam aksi lucah mangsa, Finkbiner mengancam memuat naik bahan itu ke laman sesawang tertentu, kecuali mangsa menghantar lebih banyak rakaman seumpama itu kepadanya. Finkbiner turut didakwa memeras ugut selepas mengancam mendedahkan imej separuh bogel dua remaja berusia 14 dan 16 tahun, masing-masing dari Minnesota dan Alaska. - AP sumber : myMetro |
Posted: 11 Jul 2012 06:45 PM PDT PASIR PUTEH: "Saya ingatkan lelaki, tetapi rupa-rupanya perempuan," kata seorang penghuni rumah kongsi di kawasan tapak pembinaan dekat Selising, di sini. Dia yang mahu dikenali sebagai Abdul, 32, dari Jawa Timur yang juga buruh di tapak pembinaan berkenaan berkata, dia ternampak kelibat seorang remaja di kawasan rumah kongsi yang didiaminya sejak seminggu lalu, tetapi tidak mengendahkannya kerana menyangka remaja itu lelaki, apatah lagi gayanya 'berambut pacak'. "Bagaimanapun, beberapa hari lalu, rakan saya bertanya nama remaja itu dan baru rahsia terbongkar. Remaja itu memaklumkan kepada rakan saya, namanya Ira. "Selepas rakan saya memaklumkan nama remaja itu, saya teringat pernah membaca kisah seorang ibu yang melaporkan anaknya hilang. Apabila saya lihat kembali laporan akhbar itu, saya terkejut, nama dan wajah seperti yang dipaparkan dalam akhbar sama dengan remaja itu," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurut Abdul, rakannya memaklumkan perkara berkenaan kepada ketua pengawal keselamatan tapak pembinaan sebelum remaja itu ditahan bersama pasangannya kelmarin. sumber : myMetro |
Posted: 11 Jul 2012 06:30 PM PDT PORT DICKSON: "Saya sedang menyiapkan peralatan memancing sebelum terpandang satu objek terapung. Apabila diamati saya terkejut kerana objek itu kepala manusia dengan rambut bertocang," kata Ramli Mustakim, 39, mengenai mayat seorang lelaki yang ditemui di lombong terbiar di Pengkalan Durian, Linggi, dekat sini, jam 9.30 pagi semalam. Difahamkan, mangsa Mohd Azizuddin Mohd Tahar, 43, yang juga seorang duda dari Kampung Kuala Sawah, Rantau, dekat sini, tidak pulang selepas keluar dari rumah kakaknya, Nor Ani Kalsom, 56, Ahad lalu sebelum ditemui mati di lombong berkenaan. Menurut Ramli, dia memancing di lombong terbiar itu bersama isterinya, Salmiah Hussein, 36, yang ketika itu sedang tidur di dalam kereta sementara menunggunya. Katanya, ketika meletakkan joran di tepi lombong, matanya terarah ke satu objek terapung lalu mengamatinya. "Saya seperti nak menjerit meminta tolong, tetapi tiada orang di kawasan itu lalu berlari ke arah pondok keselamatan berhampiran dan meminta pengawal bertugas menghubungi polis mengenai penemuan mayat itu," katanya yang ditemui di tempat kejadian. sumber : myMetro |
Wanita maut diragut pada awal pagi Posted: 11 Jul 2012 06:15 PM PDT GEORGE TOWN – Seorang ibu tunggal warga emas maut dipercayai setelah diragut dan terseret kira-kira 10 meter dalam kejadian yang berlaku di tempat letak motosikal di Blok J, Flat Padang Tembak dekat sini pagi semalam. Lebih malang, kejadian yang menimpa mangsa, Tan Kim Chuan, 60, sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di kepala itu hanya disedari dua orang penduduk berdekatan lapan minit kemudian. Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi di kawasan tempat letak motosikal yang terletak di belakang blok flat yang agak sunyi. Mangsa difahamkan baru keluar dari rumahnya untuk ke kedai kopi tempat dia bekerja di Lebuh Carnavon sebelum beg tangannya diragut dari arah belakang oleh dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal. Mangsa yang cedera parah di kepala akibat terhantuk di atas objek keras mati di Hospital Pulau Pinang selepas sembilan jam menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian otak. Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan perumahan terbabit. Berdasarkan rakaman CCTV itu, mangsa dilihat terbaring di kawasan letak motosikal tanpa dihiraukan beberapa penduduk yang lalu-lalang beberapa minit selepas dia dipercayai diragut. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang meneliti rakaman CCTV berkenaan bagi mengecam kedua-dua suspek. sumber : kosmo online |
Trauma perompak kelar leher anak Posted: 11 Jul 2012 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR: "Anak saya masih trauma sehingga tidak boleh tidur, manakala saya dan isteri tidur dalam kereta setiap malam, sejak kejadian" kata Hasrin Abdullah mengenai kes pecah masuk rumahnya dan cubaan merogol anaknya seminggu lalu. Hasrin berkata, ketika kejadian jam 3.50 pagi pada 4 Julai lalu, dia bersama isteri dan anaknya nyenyak tidur sebelum dikejutkan jeritan anak perempuan berusia 17 tahun dari biliknya. Dia tambah terkejut melihat leher anaknya berlumuran darah akibat dikelar perompak menggunakan pisau pemotong buah. Kejadian itu berlaku tiga hari selepas keluarganya berpindah ke rumah baru di Blok A, Pangsapuri Kos Rendah, Pandan Perdana, di sini. Katanya, dia marah terhadap penjenayah itu bukan kerana barang peribadi dicuri, tetapi kerana anak perempuannya dicederakan dan nyaris menjadi mangsa rogol. sumber : myMetro |
Budak tadika dirotan di kepala Posted: 11 Jul 2012 05:45 PM PDT IPOH: Akibat bising dalam kelas, seorang budak lelaki berusia enam tahun dirotan di kepala oleh guru tadika di Taman Canning, di sini, menyebabkan kanak-kanak itu trauma dan enggan ke sekolah. Dalam kejadian pagi Isnin lalu, Eswin Khoo Mun Jun, mengadu sakit di kepala selepas pulang dari tadika yang terletak berhampiran rumahnya. Bapa kanak-kanak itu yang juga ahli perniagaan, Khoo Kian Heng, 35, mendakwa anaknya mengadu sakit di kepala dan mendesak anaknya menceritakan perkara sebenar sebelum memberitahu dia dirotan di kepala oleh guru. Menurutnya, dia tidak menyangka guru wanita berkenaan tergamak memukul anaknya di kepala. "Saya mengaku anak saya sedikit nakal, namun guru berkenaan tidak patut memukulnya di kepala kerana boleh menyebabkan kecederaan serius termasuk menjejaskan saraf otak serta mendatangkan trauma kepadanya. "Saya tidak kisah anak saya di rotan di tangan jika dia nakal, tetapi bukan di kepala kerana ia bahagian tubuh paling sensitif," katanya ketika ditemui selepas membuat aduan di Pusat Khidmat Aduan Bercham di sini, semalam. Katanya, dia berjumpa dengan guru berkenaan sehari selepas kejadian dan guru itu mengaku memukul kepala anaknya menggunakan rotan. Kian Heng berkata, guru besar sekolah itu sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap guru berkenan menyebabkan dia membuat satu laporan di Balai Polis Simee, di sini. sumber : myMetro |
Lawak ..ada teater khusus untuk tidurkan orang Posted: 11 Jul 2012 05:30 PM PDT Jika Anda tertidur di panggung wayang, itu merupakan tanda kalau anda tidak menikmati filem dengan sangat baik. Tapi itu tidak akan terjadi di Barbican di London. teater ini dirancang untuk membuat penontonnya untuk tidur. Lullaby, telah diciptakan khusus untuk membuat penonton untuk tidur. teater ini menampilkan storytelling dan "gurita" yang bernyanyi. Para penonton berada di tempat tidur yang sudah dipesan dan boleh tertidur mengenakan pijamas mereka. Setelah menonton aksi dan tertidur, penonton yang tersisa untuk tidur sebelum bangun akan dilayani sarapan pada keesokan paginya pukul 7:30. Produser Simon Casson mengatakan ia telah tertidur di acara termasuk Lord of the Rings dan Oliver saat mereka datang dengan idea untuk menciptakan teater unik ini untuk menghantar orang untuk tidur. Sejauh ini, tidak ada yang tetap terjaga pada akhir acara dan para pemain hanya mendapatkan dengkuran bukanlah tepuk tangan. |
Cara balas gurauan yang sangat brutal Posted: 11 Jul 2012 05:15 PM PDT |
Kesian lelaki ini dipermalukan teman wanitanya ketika dia ingin melamar Posted: 11 Jul 2012 05:00 PM PDT Zhu Lei planned to propose to his girlfriend in a unique way. He dressed nice, bought a bouquet of flowers and even rented a crane. He also wanted to capture this precious moment of himself and later will upload to youtube. As he reached to his girlfriend's window, he was hit with a bucket of cold water. Unfortunately, there will be no uploading of videos for this guy. |
Apa yang anda perlu untuk jadi blogger tegar ? Posted: 11 Jul 2012 04:45 PM PDT Blogger tegar ialah blogger yang berblog di mana-mana sahaja.Yang penting tidak ada yang menganggu konsentrasi apabila mahu menulis sesuatu isu.Walaupun perut sakit nak 'membuang'.Jadi mereka memerlukan kelengkap bilik yang canggih agar konsentrasi mereka tidak terganggu .Jadi anda memerlukan kelengkapan seperti gambar dibawah...... |
Posted: 11 Jul 2012 04:30 PM PDT Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahwa besok engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah"? Dan Tuhan menjawab, "Saya telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu." "Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia." "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia." "Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara." "Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa." "Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya." "Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi." "Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu." Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ? "Kamu akan memanggil malaikatmu, IBU." Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa. |
Doktor kahwin lari dengan anak sendiri Posted: 11 Jul 2012 04:15 PM PDT Pada bulan Jun 2004, masyarakat tersentak dengan khabar Dr Bruce McMahan, 65 tahun, kahwin lari dengan anak perempuannya yang berusia 35 tahun. Kes ini begitu menggemparkan kerana Bruce McMahan seorang kaya raya, dia adalah President dan CEO Argent Funds. Bruce diberitakan menikahi anak kandungnya, Linda Marie Hodge McMahan Schutt dalam sebuah upacara rahsia di Westminster Abbey. Dr Bruce McMahan dan putrinya, Linda, kahwin lari Tanpa sengaja, tahun 1990, ia bertemu dengan anaknya, Linda yang ketika itu berusia 18 tahun. Saat itulah Bruce tahu kalau dia memiliki anak perempuan yang sudah remaja. Sejak itu mereka berhubungan, namun lama kelamaan hubungan tersebut berkembang aneh, tidak lagi seperti ayah dan anak. Keduanya saling jatuh cinta!Bruce sendiri saat itu masih berstatus suami dari istri keempatnya. Bruce McMahan Hidup Linda yang bergelar PhD psikologi ini pun berubah total. Dia dilimpahi harta dan kemewahan. Maklum, ayahnya yang juga suaminya itu, Bruce, seorang jutawan dari Wall Street. Harta memang boleh'menyilaukan'. Kes ini akhirnya terbongkar, dan di bawa hingga ke pengadilan. Sidang kes ini sungguh luar biasa, sampai-sampai alat bantu sex semacam vibrator, dijadikan barang bukti. Bruce menyangkal Linda adalah anaknya, dia juga menyangkal berhubungan sex dengan Linda. Tapi hasil ujian DNA menunjukkan 99,7 persen Linda adalah anaknya. DNA Linda juga ditemukan pada vibrator itu. sumber : http://www.villagevoice.com/news/0640,cramer,74593,6.html |
Sungguh Ajaib Anak Kecil Lelaki Umur Dua Tahun Ini Posted: 11 Jul 2012 04:00 PM PDT Sungguh suatu keajaiban. Jantung anak kecil lelaki dua tahun asal Inggris ini kembali berdenyut normal, setelah sempat terhenti selama 39 minit. Kini, ia dapat menjalani hidup dengan normal. Zach Hilary, mengalami serangan jantung pada akhir Januari lalu. Sang ibu, Trudy, yang menemukan putranya tergeletak sambil mengerang di lantai rumahnya. "Benar-benar mimpi buruk bagi setiap orang tua. Nafas anak saya terhenti saat saya menelefon paramedik," kenang Trudy. Diberitakan Telegraph, Jumaat, 8 Jun 2012, Trudy sempat memberikan bantuan pernafasan selama 10 minit hingga paramedis datang. Sesampainya di York Hospital, jantung Zach rupanya masih belum berdetik juga. Barulah, setelah diberi kejut adrenalin tiga kali, jantung anak ini kembali berdenyut. Namun, bukan berarti masalah selesai. Dokter mengemukakan, dari hasil pindai MRI ditemukan bahawa terjadi pembengkakan pada otaknya. Trudy dan suaminya, Dave, bahkan sempat diminta mempersiapkan diri untuk kemungkinan terburuknya. Selama sebulan, Zach harus menjalani fisioterapi jalan dan bicara sebelum akhirnya diizinkan pulang ke rumah. "Rasanya, seperti melihat pertumbuhan bayi yang sangat cepat. Dia harus belajar makan, bicara, dan berjalan dari awal lagi selama fisioterapi," kata Trudy. Untunglah, Zach kini boleh kembali menjalani hidupnya sebagai anak dua tahun dengan normal. Mengingat penyebab serangan jantung Zach masih misteri, Trudy mempersiapkan diri dengan belajar memberikan pertolongan pertama yang tepat jika sewaktu-waktu Zach kambuh lagi. sumber: vivanews |
Budak terperangkap dalam lubang bawah tanah selama 3 jam Posted: 11 Jul 2012 11:00 AM PDT Aaron Walsh terperangkap dalam lubang bawah tanah yang sedalam 10 kaki dan hanya dapat di selamat selepas 3 jam kerana jeritannya didengar oleh jirannya.Jiran itu cuba menyelamatkannya tetapi tidak berjaya . Mereka kemudiannya memanggil pihak bomba dan hanya dengan bantuan bomba dia dapat diselamat selepas 3 jam terperangkap. |
Wow, Gaun Bertabur 152 Ribu Kristal Swarovski Berharga £230.000 Posted: 11 Jul 2012 10:30 AM PDT Dengan dijahit tangan, satu per satu kristal Swarovski ditampalkan pada gaun panjang. Jumlahnya mencapai 152 ribu buah. Gaun mewah ini merupakan koleksi spesial dari Ralph & Russo. Saat ini gaun dipamerkan di Harrods, pusat perbelanjaan mewah di Inggris, sebagai bahagian dari acara Crystal Christmas. Model gaun ini cukup klasik, kerana sang perancang terinspirasi dari gaya busana 1920an. "Saat aku diminta untuk menciptakan gaun Swarovski, aku langsung mendapat inspirasi dari gaya 1920an. Saya ingin membuat busana yang rumit dan berkesan glamour," kata Tamara Ralph, pengarah kreatif Ralph & Russo, dikutip dari vogue.co.uk. Dengan bertabur ribuan kristal Swarovski dan dengan proses pembuatannya yang rumit, tentu harga gaun ini sangat tinggi. Harganya mencapai £230.000. "Ini kali pertamanya kami menggunakan sangat banyak kristal dalam sebuah gaun, totalnya mencapai 152 ribu buah! Diperlukan waktu ratusan jam untuk menyelesaikannya dan 25 pekerja untuk membuatnya. Kami sangat puas dengan hasilnya, terlihat sangat indah dalam almari kaca," kata Ralph. |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |