Adsense

Ahad, 22 Julai 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Monday Music : Najwa Latif Lancarkan Single Berunsur Ketuhanan, “AdaMu”

Posted: 22 Jul 2012 11:18 PM PDT

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, segmen Monday Music OHBULAN! minggu ini mempersembahkan untuk anda single terbaru dari Najwa Latiff yang berjudul "AdaMu".

Single yang turut dilancarkan bersama muzik video rasmi ini adalah single pertama Najwa Latif yang berunsur ketuhanan. Jika sebelum ini lagunya yang berjudul "Kosong" telah mendapat kritikan ramai, OHBULAN! pasti lagu "AdaMu" ini akan menarik perhatian lebih ramai peminat lagi.

Muzik video yang baru dimuat-naik ke laman Youtube semenjak 3 hari yang lepas ini juga (20 Julai) telah menarik lebih 80,000 jumlah tontonan. Para peminat juga memberikan komen-komen yang positif berbanding dengan lagu-lagu Najwa Latif sebelum ini.

Nampaknya, semua orang sudah boleh menerima Najwa sedikit demi sedikit. Jujur kami katakan, lagu "Kosong" memang sedap didengar sebenarnya. Apa pun, mari kita tonton muzik video rasmi lagu "AdaMu" oleh Najwa Latif selepas ini ya!

Raja Rezza Syukur Dapat Sokongan Media

Posted: 22 Jul 2012 10:52 PM PDT

"Sebagai seorang individu yang pernah bergelar sebagai artis, saya bernasib baik kerana mendapat sokongan yang kuat daripada pihak media sejak 30 tahun yang lalu. Di sini, saya akui peranan media adalah amat penting bagi menyalurkan maklumat serta menghebahkan publisiti mengenai artis, mahupun perniagaan kepada awam," kata Dato Raja Rezza Shah Zurin, pelakon filem Ali Setan yang pernah popular pada tahun 80-an, dan kini Pengerusi Festival Fesyen Islam atau Islamic Fashion Festival (IFF).

"Ketika itu, saya tak tahu mengapa, wajah saya sering menjadi pilihan oleh pihak editorial dalam majalah hiburan seperti URTV dan Media Hiburan sebagai penghias muka depan bersama selebriti-selebriti popular ketika itu. Ada ketikanya, saya sampai naik segan kerana sedar lakonan saya hanya sekadar kemunculan beberapa minit dalam beberapa filem. Sehingga saya dimaklumkan sendiri oleh pihak editorial, bahawa bukan mereka yang memilih saya, sebaliknya ia datang daripada permintaan peminat sendiri. Sejak itu, saya memang pentingkan sokongan pihak media dalam apa jua keadaan," katanya lagi.

"Sudah 7 tahun Islamic Fashion Festival bertapak di bumi Malaysia, malah boleh dibanggakan apabila jenama Islamic Fashion Festival ini sudah mengembara ke lebih 15 buah negara. Pahit manisnya tak terkira sekali. Antara cabaran terbesar, bagi menterjemahkan cara pemakaian Islamik melalui fesyen kepada setiap wakil negara.

"Selepas kejadian 9 September, kebanyakan negara mengalami satu krisis yang dipanggil Islamophobia. Pemakaian burqa berwarna hitam memberikan satu sentimen yang tak enak kepada negara-negara di luar sana terutamanya Amerika Syarikat dan Eropah. Justeru, Islamic Fashion Festival ini dibawa dengan penekanan dua elemen penting iaitu menerapkan nilai-nilai Islam yang menghulurkan bantuan dan perihatin terhadap insan yang memerlukan serta menjadikan IFF sebagai medium penghubung antara dunia Islam dan Barat.

"Penekanan terhadap warna-warna serta penglibatan pereka fesyen terkemuka dunia menjadi satu strategi penting dalam menjayakan IFF. Kini, kami ingin membawa IFF ke satu tahap yang lebih tinggi di mana fesyen hijab ini bakal mendapat perhatian daripada jenama-jenama terkemuka dunia, "jelasnya lagi.

"Saya teringat akan kata-kata Perdana Menteri Malaysia, "People tend to generalize others. It's not about any religion, it's about the extremist in the religion."

"Saya berharap agar pihak di luar sana dapat melihat skop perjuangan IFF dengan lebih meluas terutamanya dalam isu merapatkan jurang persaudaraan bersama dunia Barat. Fesyen, adalah salah satu caranya," kata Dato Raja Rezza Shah Zurin menamatkan ucapan ringkasnya.