Adsense

Ahad, 22 Julai 2012

borak kosong

borak kosong


Ini Dia Hotel Kontainer Pertama Yang Dibuka Di China

Posted: 22 Jul 2012 09:15 PM PDT


 Biasanya hotel berbentuk bangunan  yang terbuat dari simen, batu dan didesain 
dengan indah untuk menarik perhatian para pengunjung yang ingin menginap.

Namun di China, ada sebuah hotel  kontainer bekas atau daur ulang berbagai ukuran dibuka untuk mereka yang berniat mencuba sensasi tidur di kontainer.
Adapun hotel kontainer bekas ini dibuka di provinsi Shanxi, hCina dimana hotel ini terdiri dari 35 kontainer daur ulang berbagai ukuran.

Meski dari kontainer bekas, namun jangan salah duga kerana kontainer- kontainer ini sudah direnovasi alias diubah hingga menjadi  ruang-ruang rektorat, suite-suite (kamar) mewah, sebuah lobi dan beberapa restaurant.
Seperti yang dilansir dari situs Orange, adapun hotel kontainer ini dibangun dengan luas sekitar 5 ribu meter persegi.

Dipaksa Berhubungan Intim Marathon Oleh 6 Isterinya, Lelaki Nigeria Tewas

Posted: 22 Jul 2012 09:00 PM PDT


Seorang saudagar kaya dari Nigeria tewas setelah dikepung oleh 6 isterinya dan dipaksa melakukan hubungan intim bersama mereka secara bergiliran.
Selasa kelmarin pukul 3 dini hari, Uroko Onoja, seorang saudagar kaya dari Ugbugbu Owukpa, baru saja pulang ke rumahnya dan hendak beristirahat di kamar isterinya yang paling muda. Namun, tiba-tiba saja, 5 orang isterinya yang lain mendatangi kamar mereka berdua sambil membawa pisau dan pentungan, mereka menuntut agar Uroko melayani mereka semua secara bergiliran. Giliran pun ditentukan, Uroko harus melayani semua isterinya mulai dari istri termuda hingga yang tertua.
Awalnya semua berjalan lancar, tapi pada saat isteri ke-lima sedang beranjak menuju ranjang, keadaan Uroko sudah tak bernafas. "Tiba-tiba, suami saya berhenti bernafas, dan mereka (isteri-isteri yang lain) berdatangan sambil tertawa, tapi ketika mereka melihat saya gagal membangunkannya kembali, mereka semua berlarian menuju hutan."
Uroko, yang menurut orang-orang sekitar terkenal kerana kedermawanannya itu akhirnya dinyatakan tewas. Polis yang masih menginvestigasi kes ini sementara telah menahan 2 orang isteri Uroko untuk diperiksa.

Kesulitan Bermain Piano? Pakai Sarung Tangan Ini

Posted: 22 Jul 2012 08:45 PM PDT


Apa hubungan antara cedera tulang belakang dan main piano? Jawabannya adalah keduanya sama-sama memerlukan alat ini. Mobile Music Touch keluaran Georgia Tech adalah sebuah alat yang tidak hanya membantu mengembalikan daya tangkap sensorik pada pesakit cedera tulang belakang, tapi juga boleh membantu seseorang untuk belajar bermain piano. Mungkin inilah alat yang dapat merevolusi cara orang belajar bermain musik. Siapa tahu?
Konsep ini dikembangkan oleh Tanya Markow dari Georgia Tech yang bekerja sama dengan Thad Starner, peneliti dari Contextual Computing Group di institusi yang sama. Alat ini terdiri dari sarung tangan, kotak pengawal, dan 5 motor getar (bagi setiap jari tangan) yang saling berhubungan. Getaran yang dihasilkan akan memberikan efek ganda, tergantung pada cara sarung tangan ini digunakan.
Pertama, getaran diketahui memiliki efek pemulihan pada orang dengan tangan yang mati rasa akibat dari cedera tulang belakang. Kedua, fungsi dari getaran sarung tangan ini adalah untuk membantu orang yang ingin belajar bermain piano dengan cara yang tidak biasa.
Selain sarung tangan, dibutuhkan keyboard khusus dengan lampu pada setiap tuts yang akan menyala berdasarkan lagu yang dimainkan. Ketika lampu keyboard menyala, motor akan bergetar pada jari yang  "dianjurkan" untuk menekan tuts. Dengan cara demikian, orang akan lebih mudah mempelajari alat musik.
Sedangkan, untuk pesakit dengan masalah sensorik, Tanya Markow menjelaskan bahawa alat ini dapat membuat beberapa orang mengambil suatu objek dengan lebih mudah. Mobile Music Touch dapat memberikan manfaat yang mengejutkan bagi orang-orang yang lemah ataupun kehilangan sistem indera kerana cedera sumsum tulang belakang. Ini adalah contoh yang baik tentang bagaimana sistem komputer dapat dipakai untuk mengubah kehidupan seseorang.-idBite.com
foto: Georgia Tech

Polis hidu bau nafas penunggang motosikal

Posted: 22 Jul 2012 08:30 PM PDT


KATHMANDU - Beberapa anggota polis di sini menghidu bau nafas para penunggang motosikal bagi mengesan mereka yang meminum minuman keras, lapor agensi berita AFP semalam.
Ketiadaan alat penguji nafas dan ujian darah menyebabkan anggota-anggota polis menggunakan kaedah mengesan bau nafas para penunggang motosikal.
Salah seorang penunggang motosikal itu, Ram Thapa, 27, telah dikenakan denda sebanyak 1,000 rupee (RM37.79) manakala lesennya dirampas kerana polis mendapati nafasnya menunjukkan dia telah meminum minuman keras.
Namun, dia tidak ditangkap.
Menurutnya, dia minum tiga gelas kecil wain buatan tempatan. - AFP
sumber : kosmo online

Nenek dibuli dapat sumbangan RM2.21 juta

Posted: 22 Jul 2012 08:15 PM PDT


NEW YORK - Laman Indiegogo di internet berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak AS$703,873 (RM2.21 juta) dalam tempoh sebulan untuk diberikan kepada seorang nenek, Karen Klein yang dibuli sekumpulan budak sekolah.
Kempen mengumpulkan derma itu dimulakan oleh seorang lelaki dari Toronto, Kanada, Max Sidorov, 25, di laman tersebut.
Pada satu temu ramah bulan lalu dengan saluran ABC News, Sidorov berkata, dia pernah dibuli.
"Saya tahu perasaan dibuli dan sepatutnya tiada ada sesiapa pun yang perlu melaluinya," katanya.
Pengumpulan derma itu berakhir pada Jumaat lalu.
Pada mulanya, sasaran wang yang mahu dikumpulkan ialah sebanyak AS$5,000 (RM15,747) bagi membiayai percutian Klein yang berusia 68 tahun.
Seorang jurucakap laman itu menyatakan lebih 32,000 orang memberi sumbangan.
Menurutnya, sumbangan tersebut datang dari 84 buah negara.
Derma itu dilakukan selepas sekumpulan budak sekolah berusia 12 dan 13 tahun memuat naik video di laman Facebook dan YouTube pada bulan lalu.
Video yang dirakamkan menerusi telefon bimbit itu menunjukkan Klein cuba untuk tidak mempedulikan ejekan dan kata-kata kesat yang dilemparkan kumpulan budak sekolah tersebut berhubung berat badannya di dalam sebuah bas sekolah.
Budak tersebut merupakan pelajar Sekolah Tinggi Greece Athena di sini.
Klein yang berkhidmat sebagai pemantau keselamatan pelajar dalam bas sekolah menyatakan dia amat menghargai sumbangan tersebut.
Menurutnya, sebahagian wang tersebut akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan. - AFP
Sumber : kosmo online

Budak hidap tumor dibawa ke AS

Posted: 22 Jul 2012 08:00 PM PDT


ALBUQUERQUE, New Mexico - Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun yang mempunyai tumor pada badannya telah dibawa keluar dari sebuah kawasan perumahan yang berbahaya di Mexico dengan menggunakan kenderaan berperisai oleh ejen-ejen keselamatan Amerika Syarikat (AS), kata keluarganya.
Budak tersebut yang identitinya hanya dikenali sebagai Jose dibawa ke sempadan untuk mendapatkan rawatan perubatan di New Mexico, AS.
Dia dan keluarganya dibawa keluar dari kawasan perumahan yang terkenal dengan kegiatan jenayah di Ciudad Juarez setelah beberapa kakitangan sebuah gereja melihatnya dan berusaha untuk membantunya.
Keluarga budak tersebut menyatakan tumor di leher dan bahunya itu semakin membesar sehingga menjejaskan penglihatannya.
Tumor itu dihidapi budak tersebut sejak dia dilahirkan.
Namun, keluarganya tidak mempunyai wang untuk membawanya menjalani rawatan.
Penyelaras bantuan untuk Penyiasatan Keselamatan Dalam Negeri AS, Denise Gutierrez berkata, dia seperti mahu menghulurkan bantuan selepas melihat gambar budak tersebut.
Gutierrez menyatakan budak itu dan bapanya diberikan visa kemanusiaan selama 45 hari untuk menjalani rawatan.
Pasukan Pengawal Sempadan AS membantu membawa masuk budak tersebut memasuki New Mexico. - AP
SUMBER : KOSMO ONLINE

Wartawan parah ditembak perompak di muka

Posted: 22 Jul 2012 07:45 PM PDT


MANILA: Seorang penulis pojok veteran kini dalam keadaan tenat selepas ditembak di muka dalam satu rompakan, semalam.
Nixon Kua, 49, ditembak di muka dan beberapa bahagian lain tubuhnya oleh seorang daripada empat lelaki yang menyerang dia dan adiknya di sebuah kawasan kediaman eksklusif di Manila, menurut kenyataan yang dikeluarkan polis.

Adiknya juga ditembak beberapa das tetapi keadaannya disahkan tidak berbahaya.


Motif serangan tidak mungkin berkait dengan tugas Kua selaku wartawan untuk akhbar tabloid, Pilipino Star Ngayon.

Polis berkata, perompak terbabit meragut beg daripada anak perempuan Kua yang mengandungi AS$2,000 (RM6,000) sebelum mereka melarikan diri, mendorong penyiasat percaya bahawa kejadian itu bermotifkan rompakan. - AFP



sumber : myMetro

Tamara usir Omar angkara video seks

Posted: 22 Jul 2012 07:30 PM PDT


LOS ANGELES: Tamara Ecclestone, anak ketua Formula One, Bernie Ecclestone mengusir kekasihnya semalam selepas mengetahui lelaki itu dirakam melakukan seks dalam sebuah video.
Tamara, 28, yang akan mewarisis harta Ecclestone berjumlah �2.7 billion (RM13.5 bilion) mengambil keputusan 'menyingkirkan' kekasihnya itu selepas berbincang dengan bapa dan ibunya, Slavica. 
Tamara sebelum ini dilapor sudah berbincang untuk berkahwin dengan Omar Khyami, 38.

"Dia mengaku. Hubungan kami sudah berakhir," kata Tamara sambil teresak-esak.




Beberapa jam selepas mengambil keputusan berkenaan setelah mengetahui lelaki
itu dirakam dalam video seks, dia berkata: "Saya kecewa. Saya sudah bercakap dengannya dan dia mengaku ia benar.

"Hubungan kami sudah berakhir. Saya sudah bercakap dengan bapa saya dan juga dengan semua anggota keluarga," katanya.

Tamara mengusir Omar dari kediamannya selepas mengetahui mengenai rakaman video berkenaan.

Model dan pengacara televisyen itu mengemas semua barangan milik lelaki berkenaan dan menghantarnya ke rumah ibu bapa Omar sebelum menukar semua kunci rumah itu. - DM



sumber : myMetro

Bapa tembak 2 anak gadis

Posted: 22 Jul 2012 07:15 PM PDT


KANDAHAR: Seorang lelaki membunuh dua anak perempuannya berusia belasan tahun apabila mereka pulang ke rumah empat hari selepas melarikan diri dengan seorang pemuda.
Si bapa yang menembak mati gadis berkenaan ditahan atas tuduhan membunuh di daerah Nad Ali di wilayah Helmand, selatan Afghanistan, kata jurucakap polis, Farid Ahmad Farhang.

"Dia membunuh dua anaknya. Kedua-dua gadis itu melarikan diri dengan seorang pemuda empat hari lalu. Apabila pulang, lelaki itu menembak mati kedua-duanya.


Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap lelaki muda terbabit yang dikatakan bekerja sebagai jurubahasa untuk tentera Nato di wilayah berkenaan.

Hubungan antara lelaki dan wanita dikawal ketat oleh undang-undang Islam dan kebanyakan keluarga di Afghanistan mengenakan hukuman berat terhadap anggota keluarga mereka yang melanggarnya. Tindakan 'membunuh kerana maruah' menjadi amalan biasa di negara itu.


Kumpulan Taliban yang memerang kerajaan Presiden Hamid Karzai yang disokong oleh Barat baru-baru ini melaksanakan hukuman mati secara terbuka terhadap seorang wanita muda di sebuah kampung berhampiran Kabul selepas menuduhnya berzina.




Pembunuhan itu dikecam secara meluas di peringkat antarabangsa selepas video mengenainya disiarkan menerusi media Afghanistan.

Ia menunjukkan orang ramai bersorak ketika seorang lelaki menembak wanita itu. - AFP



sumber : myMetro

Budak makan bilik tidur

Posted: 22 Jul 2012 07:00 PM PDT


SALFORD: Ibu kanak-kanak yang menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan dia tidak boleh menolak untuk makan apa saja yang berada di bilik tidurnya, merayu bantuan untuk membiayai sebuah bilik yang 'boleh dimakan' oleh kanak-kanak itu.
Zach Tahir yang menghidap Kecelaruan Selera Makan, memakan apa saja yang terdapat di bilik tidurnya, termasuk permaidani dan plaster. Ibu kanak-kanak berusia lima tahun itu, Rachel, yang tinggal di Salford, melancarkan kempen untuk membina sebuah bilik selamat untuknya selepas semakin bimbang mengenai keadaan anaknya.

Matlamat kempen mengutip derma 'Beri Zach Masa Depan Yang Selamat' ialah untuk membantu membina sebuah bilik khas berharga �15,000 (RM75,000) di kediaman keluarga itu di The Mead, Weaste.


Bilik itu akan dilengkapi dengan tilam dan bilik air khas untuk Zach yang juga autistik dan tidak boleh bercakap.

Kempen itu yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit berkenaan disokong oleh beberapa bintang televisyen seperti Kum Marsh dan Ryan Thomas, pelakon siri Coronation Street dan aktor siri Torchwood, Paul Copley.


Rachel, 32, yang juga mempunyai anak perempuan berusia dua tahun berkata, dia terharu dengan sokongan itu.




'Kempen itu kini mendapat sambutan. Sokongan daripada bintang Coronation Street banyak membantu kempen itu," kata Rachel.

Selain membina bilik baru di rumah mereka, Rachel juga berharap dapat memasang kamera untuk membolehkannya mengawasi anaknya ketika malam, ketika tabiatnya itu berada di peringkat paling buruk.


Setakat ini, �3,400 (RM17,000) sudahpun berjaya dikumpul, termasuk menerusi tajaan jalan kaki dan jualan murah.

Satu lagi tajaan acara jalan kaki sejauh lapan kilometer dari Selfridges di Trafford Centre ke Exchange Square di bandar Manchester akan diadakan Ahad ini. - DM



sumber : myMetro

Pekerja butik dinoda pelanggan

Posted: 22 Jul 2012 06:45 PM PDT


SUBANG JAYA: Seorang lelaki menyamar sebagai pelanggan sebelum merogol pekerja sebuah butik di Jalan SS 15, Subang Jaya, dekat sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 3 petang itu, ketika mangsa berusia 22 tahun bertugas di premis di tingkat satu bangunan tiga tingkat dan suspek berusia 30-an berpura-pura ingin membeli pakaian.

Menurut sumber, suspek mengambil pakaian dalam kuantiti banyak dan terus ke kaunter membuat pembayaran sebelum memberi alasan dia tidak membawa wang tunai.


"Suspek meminta mangsa menunggu kerana ingin mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik. Suspek datang semula 10 minit kemudian dan mangsa menyangka dia ingin membuat pembayaran.

"Bagaimanapun suspek terus menarik tangan mangsa ke dalam stor dan mengugut merogol mangsa biarpun mangsa merayu meminta dilepaskan," katanya.


Menurutnya, selepas suspek melarikan diri mangsa menghubungi rakan lelakinya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya.



Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chua mengesahkan menerima laporan dan usaha memburu suspek giat dijalankan.


sumber : myMetro

Bahu ditikam bertubi-tubi

Posted: 22 Jul 2012 06:30 PM PDT


GEORGETOWN: Pertikaman lidah antara lima lelaki warga asing di sebuah kedai kopi berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka parah dihentak dengan batu dan ditikam dalam satu pergaduhan di Persiaran Bukit Gambir, di sini kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku jam 10 malam apabila seorang mangsa menerima panggilan daripada seorang suspek jam 9 malam untuk berjumpa di kedai itu. 
Mangsa dikenali sebagai Kumar, 28, dan rakannya ke kedai itu untuk berjumpa suspek yang pada mulanya dipercayai berbual mesra.

Bagaimanapun, keadaan tiba-tiba bertukar kecoh dan tegang apabila masing-masing bertekak sebelum seorang suspek terus mengeluarkan pisau dan menikam bahu mangsa bertubi-tubi.



Mangsa cedera parah dibahu, manakala rakannya dikenali sebagai Koo Koo, 29, cuba membantu cedera di kepala akibat dihentak dengan batu.


SUMBER : MYMETRO

Objek melayang rupanya dua bersaudara

Posted: 22 Jul 2012 06:15 PM PDT


ALOR GAJAH: "Kami terkejut apabila melihat dua objek melayang di udara dan terhumban ke dalam longkang sebelum terdengar bunyi besi terseret lalu terhenti.
"Bagi mendapatkan kepastian, saya dan tujuh rakan yang sedang bermain gitar segera berlari ke arah objek itu dan mendapati ia rupanya-rupanya ialah dua penunggang motosikal," kata Rizal Mohd, 19, yang menyaksikan kemalangan di selekoh Kampung Ramuan China Besar, dekat sini, tengah malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah malam itu, mangsa, R Logerwaran, 20, yang membonceng motosikal terbunuh, manakala penunggangnya, K Vinoch, 23, parah.


Difahamkan, dua bersaudara yang menaiki motosikal Yamaha 135 LC itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Datuk Setia, dekat sini. Sejurus tiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terhumban ke dalam longkang.

Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan di kepala dan badan termasuk Logerwaran yang mati di tempat kejadian. Menurut Rizal, dia bersama tujuh rakan lain melihat motosikal dinaiki mangsa terseret berhampiran sebuah kedai iaitu kira-kira lima meter dari lokasi pembonceng motosikal terhumban ke longkang.


"Manakala, penunggangnya pula terbaring di tepi tiang papan tanda di sebelah kiri jalan dan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah.




"Penduduk kampung kemudian membantu membawa naik mangsa yang terperosok dalam longkang sebelum kami bertindak menghubungi talian kecemasan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, sebaik ambulans tiba, paramedik melakukan pemeriksaan ke atas penunggang motosikal itu yang kemudian disahkan meninggal dunia.


"Penunggang motosikal yang terbaring tidak jauh dari rakannya itu didapati masih bernyawa dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut," katanya. Sementara itu, bapa mangsa, K Ravindran, 46, berkata, anaknya keluar minum bersama rakan sebayanya di Pekan Masjid Tanah.

"Saya difahamkan, dia (Logerwaran) berjumpa dengan rakan sebelum sepupunya (Vinoch) yang tinggal di pekan Alor Gajah menghantarnya pulang ke rumah," katanya.


Menurutnya, anak sulung daripada dua beradik yang bekerja sebagai juruteknik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu pulang ke rumahnya selepas bercuti, dua hari lalu.


"Setiap kali pulang ke kampung, dia selalu keluar dengan sepupunya dan akan balik sebelum jam 12 malam. Namun, saya tidak menyangka dia terbunuh dalam kemalangan itu," katanya.


Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



sumber : myMetro

Si cilik sara keluarga

Posted: 22 Jul 2012 06:00 PM PDT


JOHOR BAHRU: Tiga beradik berusia lapan hingga 11 tahun terpaksa ponteng sekolah kerana keletihan menjual nasi lemak untuk menampung keluarga manakala kakak sulung mereka sudah berhenti sekolah disebabkan malu diejek rakan berikutan gagal menjelaskan yuran sekolah.
Itu pengorbanan dan masalah yang membelenggu empat beradik terbabit dan ibu mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Noraini, 35, amat kecewa kerana anak-anaknya itu tidak dapat meneruskan pelajaran seperti rakan lain, sedangkan mereka ada potensi untuk maju.
"Pengorbanan empat anak saya begitu besar nilainya dan tiada tandingan, malah kerana bersusah-payah membantu saya meneruskan kehidupan seharian dengan menjual makanan setiap hari tanpa mengira panas atau hujan.

"Mereka bukan sengaja ponteng sekolah, sebaliknya disebabkan keletihan kerana berjalan lebih tiga kilometer setiap hari menjual nasi lemak, mi goreng dan bihun goreng yang saya buat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kempas, di sini.



Noraini berkata, dia terpaksa bergantung kepada tiga anaknya yang dikenali sebagai Hamirul, 11, Nabila, 9, dan Alyah, 8, untuk mencari wang bagi menampung kehidupan kerana suami meninggalkannya dalam keadaan 'digantung tak bertali' sejak lima tahun lalu.


sumber : myMetro

Marah anak rumah dibakar

Posted: 22 Jul 2012 05:45 PM PDT


SERDANG: Gara-gara ditegur ahli keluarga kerana kaki mabuk, seorang lelaki mengamuk membelasah anak lelakinya sebelum membakar rumah teres yang mereka duduki.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, lelaki berusia 55 tahun berkenaan pulang dalam keadaan mabuk ditegur oleh isteri dan anak yang meminta dia berubah menyebabkan dia naik angin dan memarahi mereka dengan kata-kata kesat. 
Jiran yang enggan dikenali berkata, lelaki terbabit yang bekerja sebagai tukang jahit itu turut membelasah anak lelaki berusia 15 tahun hingga cedera sebelum diselamatkan anak perempuan berusia 20-an dan isteri.

Menurutnya, dua beranak terbabit kemudian membawa anak lelaki yang cedera ke Hospital Serdang dan membiarkan lelaki terbabit yang masih mengamuk di dalam rumah.



"Lelaki itu yang hilang pertimbangan kemudian mengambil pemetik api sebelum membakar kediamannya menyebabkan api merebak dengan pantas dan turut membakar rumah jiran.


sumber : myMetro

Wow,Tiga Beradik Ini Tidak Pernah Tak Datang Sekolah Atau Ponteng

Posted: 22 Jul 2012 05:30 PM PDT


TEMPO Interaktif, Bristol - Cuti atau tak datang ke sekolah, kuliah, atau kerja mungkin hal lazim yang dilakukan oleh setiap orang. Namun, tiga bersaudara berasal Kota Bristol, Britain ini rasanya pantas dicap pelajar paling rajin ke sekolah.

Tiga bersaudara dari keluarga Ghent ini tidak pernah cuti satu hari pun sejak mereka bersekolah pada usia empat tahun. Tiga pelajar ini adalah Holly, 19 tahun, dan Daniel, 16, keduanya sudah lulus . Sedangkan yang bungsu, Chloe, 14, masih belajar.

Sang ibu, Janet, 52 tahun, memuji kerajinan dan kegigihan ketiga anaknya itu. Ia mengungkapkan mereka tetap bersekolah meski kena batuk, demam, cacar, bahkan usus buntu. "Saya tidak yakin Daniel akan menyebut itu keberuntungan kerana menderita usus buntu ketika cuti," kata Janet.

Ketiga bersaudara ini juga sama-sama suka berolah raga. Mereka menjadi anggota yate Athletics Club. Menurut Daniel, teman-temannya pun mengetahui ia tidak pernah cuti sekolah. "Saya tidak pernah kehilangan satu hari pun," ujarnya menegaskan.

Guru Besar sekolah, Peggy Farrington, juga memuji kerajinan Daniel yang juga gemar bermain  bola sepak itu. "Daniel tidak pernah kehilangan satu hari pun. Itu benar-benar mengagumkan," ujarnya. Ia pun menilai keluarga Ghent saling mendukung dalam urusan pendidikan, sehingga ketiga bersaudara itu boleh mencatat rekod sangat mengesankan.

Kini beban masih itu di tanggung oleh Chloe yang masih sekolah.

Abang betul-betul buat lawak gila

Posted: 22 Jul 2012 05:15 PM PDT

Biar benar abang ni..samapi kakak sebelah pun tergelak tengok gelagat dia

Aksi Pencuri Berbatik Diposting ke Youtube

Posted: 22 Jul 2012 05:00 PM PDT


INILAH.COM, Jakarta - Aksi pencuri berpakaian batik yang terakam kamera Close Circuit Television (CCTV) oleh pemilik rumah, Harijanto di Jl Pulo Asem Utara No.66 Rawamangun, saat ini sudah disebar di media internet jejaring sosial you tube.

Menurut korban perompakan, Harijanto, dia sengaja menyebar rakaman CCTV tersebut agar semua orang boleh melihat dan mengenali wajah para pelaku, dengan harapan komplotan tersebut segera tertangkap.

"Supaya semua orang boleh melihat wajah si pelaku. Makanya saya sebar di youtube," ujarnya, Isnin (28/11).

Dalam rakaman video yang berdurasi sekitar 12 minit itu berjudul 'Thieves in Rawamangun, East Jakarta, Caught in CCTV Camera'. Di situ terlihat pencuri yang berjumlah dua orang berpakaian rapi, tengah mengeledah sejumlah barang-barang di dalam rumah Harijanto yang merupakan pekerja kontraktor.

Dari keterangan yang dihimpun, pelaku beraksi siang hari. Saat itu mereka mengaku sebagai petugas yang akan mengirimkan barang ke rumah Harijanto, yang sebelumnya ditemui pembantu rumah.

Kemudian dua orang pelaku masuk ke dalam rumah dan seorang lagi menunggu di luar. Setelah berhasil masuk, akhirnya mereka mengurung pembantu rumah tersebut di bilik mandi agar mereka lebih senang mengeledah barang-barang di dalam rumah. "Total kerugian akibat pencurian itu mencapai sekitar Rp 10 juta, termasuk tiga buah jam tangan yang mereka ambil," ucapnya.[bay]


Keringat atau Peluh Orang Bogel Ditakuti

Posted: 22 Jul 2012 04:45 PM PDT


San Francisco, Seperti halnya cairan tubuh yang lain, keringat atau peluh dianggap menjijikkan bagi kebanyakan orang apalagi jika baunya tidak sedap. Kalaupun tidak berbau, tidak ada jaminan bahawa keringat tersebut bebas bakteria yang boleh menularkan penyakit.

Keadaan ini tentu agak menyudutkan kaum nudis atau orang-orang yang suka telanjang di tempat umum. Bagaimana tidak, kerana tubuhnya tidak tertutupi sehelai kainpun maka keringatnya dengan mudah boleh menempel di mana saja misalnya saat duduk di tempat awam.

Warga di wilayah San Francisco yang selama ini ramah kepada kaum nudist, kini juga mulai meresahkan keringat yang menempel di mana-mana khususnya di tempat-tempat umum. Warga merasa jijik ketika duduk di kerusi yang baru saja diduduki orang tanpa pakaian.

Mungkin tidak cuma keringat, bayangan tentang kotoran tubuh lainnya juga menambah rasa jijik mengingat orang duduk pasti melibatkan hubungan langsung antara kerusi dengan punggung. Jika tidak bersih saat mencucinya setelah buang air besar, maka risiko penularan bakterinya tentu lebih besar lagi.

Setelah menerima banyak keluhan dari warga, pemerintah setempat kini menetapkan peraturan baru bagi kaum nudist. Intinya orang-orang ini tetap bebas tampil bugil di jalanan, namun harus mematuhi beberapa ketentuan saat mahu duduk di taman atau makan di restoran.

Jika ingin duduk di taman atau kerusi untuk umum, kaum nudist wajib mengalasi punggungnya dengan kertas surat khabar supaya tidak meninggalkan bekas keringat atau kotoran tubuh lainnya. Di restoran malah lebih ekstrem, kaum nudist dilarang masuk dan hanya boleh makan di luar.

Denda yang harus dibayar jika peraturan dilanggar adalah US$ 100 untuk pelanggaran pertama dan US$ 200 untuk pelanggaran kedua. Saman untuk pelanggaran ketiga sangat berat, yakni denda US$ 1.000 ditambah ditahan di penjara maksima 1 tahun.

"Saya bukan ahli kesihatan, tetapi saya percaya duduk telanjang di tempat umum sangat tidak sihat. Anda mahu menduduki kerusi bekas orang bogel? Saya pikir kebanyakan akan berkata tidak," ungkap Scott Wiener, salah seorang pegawai San Francisco seperti dikutip dari Dailytelegraph, Jumaat (4/11/2011).

Beberapa jenis penyakit kulit seperti panau memang dapat ditularkan melalui hubungan tidak langsung, dalam erti hanya melalui bekas keringat. Namun penyakit-penyakit infeksi serius seperti Human Immunodeficeincy Virus (HIV) misalnya, tidak akan semudah itu menular lewat bekas tempat duduk.

Telanjang di tempat umum merupakan sesuatu yang legal dan sangat dihargai di lingkungan yang sangat liberal seperti San Francisco. Kaum nudist yang berjalan-jalan tanpa sehelai kain mudah sekali ditemukan di wilayah ini, khususnya di daerah Castro.

sumber : detikhealth.com

Hah,Parasit Ini Buat Tikus Jatuh Cinta kepada Kucing

Posted: 22 Jul 2012 04:30 PM PDT


INILAH.COM, London – Ilmuwan berhasil menemukan parasit mengubah tikus menjadi zombie dan memanipulasi haiwan ini agar tak takut pada kucing. Parasit apa itu?

Air kencing kucing biasanya berperan sebagai pencegah alami tikus yang senang menjaga jarak pada predator alami mereka itu.

Namun, ilmuwan menemukan, tikus jantan yang terinfeksi taxoplasma dari kencing kucing mengalami peningkatan aktivasi di wilayah otak yang mengatur ketertarikan seksual. Di saat sama, wilayah otak yang mengatur rasa takut menjadi lumpuh.

Penulis studi Robert Sapolsky yang merupakan profesor neurosains Standford University ini mengatakan, "Biasanya, taxoplasma hanya melumpuhkan fungsi takut otak. Namun pada tikus, parasit ini juga mempengaruhi jalur nafsu seksual. Hal ini jelas sangat aneh."

Taxoplasma membutuhkan sistem pencernaan kucing untuk reproduksi seks. Tak hanya dengan mengurangi rasa takut tikus pada bau kucing, tikus juga menjadi tertarik pada kucing.

Parahnya seperti dikutip Dailymail, hal ini membuat tikus menjadi mudah dibunuh kucing.

Peneliti Patrick House mengatakan, "Temuan ini mendukung gagasan, dalam tikus, taxoplasma mengubah arti penting deteksi kucing."

Para ilmuwan yakin, temuan ini membantu menjelaskan dasar biologis bawaan rasa takut dan ketertarikan seksual.

Namun hasil studi ini tak merinci cara taxoplasma mengubah otak, hanya bukti perubahannya saja. Hasil studi ini diterbitkan dalam jurnal PloS One.

adakah patut...

Posted: 22 Jul 2012 04:15 PM PDT

          inilah yang dikatakan rumah siap pahat berbunyi....adakah patut!!!

Ayah rasa bertuah selepas anak lelaki terselamat setelah disedut puting beliung

Posted: 22 Jul 2012 04:00 PM PDT

Budak ini sungguh bernasib baik..


TUSCALOOSA, Amerika Syarikat (AS) - Rumahnya ranap dan dia pula telantar di hospital tetapi seorang ayah di negeri Alabama, Reginald Eppes menganggap dirinya bertuah selepas anak lelakinya yang berusia 8 tahun terselamat walaupun setelah disedut ke dalam puting beliung.

Kejadian ngeri itu berlaku pada malam Rabu lepas apabila pusaran angin beliung menjulang budak lelaki tersebut, Reginald Jr dari katilnya dan menyedutnya ke dalam kegelapan malam.

"Saya cuba mencapai tangannya tetapi tidak sempat. Dinding rumah kami runtuh seperti kertas dan angin maut itu turut menyedut anak saya," kata Eppes, 35 kepada akhbar Daily News dari sebuah hospital di sini.

Menurutnya, dia segera memeluk anak lelakinya yang berusia 6 tahun, James-Peter manakala isterinya bertindak melindungi anak bongsu mereka yang berusia 4 tahun bagi mengelakkan kedua-duanya turut diragut angin kencang itu.

"Kejadian itu bagaikan mimpi ngeri. Saya hanya mampu berdoa agar Tuhan melindungi kami," ujar lelaki tersebut.

Namun, menurutnya, dia kemudian berasa lega dan bersyukur kerana Tuhan telah mengurniakan satu keajaiban kepadanya.

"Sebaik sahaja angin itu hilang, saya melihat kelibat anak lelaki saya berjalan ke arah kami di atas timbunan runtuhan," jelas Eppes

Pemeriksaan lanjut mendapati budak lelaki itu selamat dan cuma mengalami luka kecil pada leher dan kepalanya pula bengkak.

Angka kematian dalam bencana puting beliung yang melanda negeri Alabama pada Rabu lepas mencecah 318 orang setakat ini dan angka tersebut dijangka terus meningkat. - Agensi

Parah..wanita bergaduh lepas shopping,sampai terkoyak rabak baju (hampir bogel)

Posted: 22 Jul 2012 11:00 AM PDT






Inilah lumrah kehidupan manusia baik lelaki ataupun perempuan..bila perasaan amarah muncul tiada lagi
perasaan segan atau malu.Walaupun keadaan diri hampir berbogel seperti wanita dalam gambar di atas....

EMILY robot yang menggantikan peranan Pamela Anderson dalam Baywatch

Posted: 22 Jul 2012 10:30 AM PDT

Bila kita tengok robot yang satu ini pasti mengingatkan kita pada film Baywatch iaitu  penyelamat yang tugasnya menyelamatkan orang yang mengalami kecelakaan di pantai.
EMILY Lifeguard rescue adalah sebuah robot penyelamat untuk mengganti tugas para penyelamat tadi dengan beberapa keunggulan.



EMILY dapat berenang jauh lebih cepat iaitu mencapai 45 km/ jam .Dengan ini EMILY mempunyai kesempatan lebih besar untuk menyelamatkan seseorang yang tenggelam.
EMILY (for EMergency Integrated Lifesaving lanYard) sebenarnya sudah mula diuji sejak Desember tahun lalu di pantai Malibu, Amerika tetapi sejauh ini, EMILY masih dioperasikan melalui remote control yang dikendalikan oleh  penyelamat pantai tersebut.


Cara kerjanya ialah dengan menjalankan EMILY menuju keorang tersebut kemudian orang tersebut boleh berpegangan di EMILY yang kemudian dengan cepat EMILY akan membawa kembali ke tepi pantai untuk mendapat pertolongan lebih lanjut.
Pihak yang membuat EMILY iaitu Hydronalix yang merancang untuk  membuat  EMILY boleh beroperasi tanpa remote control.
 EMILY akan menggunakan sensor sonar (untuk menjejak orang), EMILY akan dapat mencari orang yang sedang tenggelam secara automatik dan membawanya kembali .
Versi baru EMILY ini rancang akan mulai dijual tahun ini dengan harga US$ 3.500.

Remaja ini kerjanya halau setan

Posted: 22 Jul 2012 10:30 AM PDT


Di usia 16 tahun, kebanyakan perempuan di Amerika Syarikat mungkin tengah sibuk bersekolah atau bergaul dengan teman-teman sebaya di mall. Tapi bagi beberapa remaja wanita asal Phoenix, Arizona, masa muda mereka habiskan untuk berburu membasmi setan.


Para remaja cantik ini tidak ubahnya remaja lainnya. Mereka sesekali pergi ke salon dan bergosip dengan teman-temannya. Bezanya, mereka bersekolah di sekolah pembasmi setan, Gereja Internasional Kebebasan Spiritual. Perangkat mereka bukanlah buku pelajaran maupun penggaris, tapi injil, salib dan air suci.
"Ketika mereka memanggil seorang pembasmi setan, mereka tidak menyangka akan bertemu dengan gadis berusia 16 tahun," ujar wanita cantik pembasmi setan, Bryne Larson, seperti dilansir dari laman Daily Mail, Kamis, 11 Agustus 2011.


Larson tidak sendiri, ada lima wanita sebayanya yang bertugas sebagai pembasmi setan. Di gereja ini, mereka diajarkan cara menangkal setan dan berbagai kutukannya. Tess Scherkenback, 16, wanita pembasmi setan lainnya, mengatakan bahwa terdapat beberapa kutukan yang perlu diwaspadai.

"Kutukan kematian, kanser dan pembunuhan. Biasanya pada kutukan kematian, setannya mengganas. Setelah mendengar saya membacakan doa, orang yang dirasuki biasanya bersendawa atau menangis," kata Tess.

Pembasmi lainnya, Savannah Scherkenback, 19, mengatakan ketika dilakukan pembasmian setan, orang-orang yang dirasuki dapat bertindak di luar kendali. Dia mengatakan ketika pengusiran dilakukan, para setan yang berada di tubuh manusia, tidak akan pergi dengan tenang.


"Mata mereka melotot, suaranya menjadi berat dan mereka mulai berteriak. Kami sudah biasa disumpahi, diludahi, dan dimuntahi oleh orang-orang yang kerasukan," kata Savannah.

Guru besar sekolah pembasmi ini, Pendeta Bob Larson, mengatakan bahawa sekolahnya memiliki 100 orang pembasmi setan terlatih di seluruh dunia. Dia mengatakan usahanya tersebut maju pesat dengan panggilan pengusiran setan yang terus berdatangan.


"Telefon kami berbunyi terus. Setiap bulannya, kami menerima 1.000 panggilan dan kami sering bepergian ke Afrika, Ukraine, Britain dan Australia untuk mengusir setan," kata Bob.

Bob mengatakan bahawa wanita-wanita muda lebih handal mengatasi kerasukan daripada pembasmi yang lebih tua. Untuk menjaga ketajaman kemampuan mereka, Bob melarang murid-muridnya untuk menonton televisi.


Savannah tidak memiliki masalah dengan itu. Dia mengatakan ketimbang nonton tayangan TV yang merosak, lebih baik dia berdoa dan bertarung melawan setan. "Saya kira tayangan Harry Potter dan Twilight adalah pemicu kerasukan. Karena tayangan ini tidak bermoral dan mengajak orang-orang untuk berbuat jahat," kata Savannah.

[http://asaborneo.blogspot.com