OHBULAN! |
Foto : Peserta Masterchef Selebriti Malaysia Kini Ada Produk Makanan Sendiri? Posted: 18 Jul 2012 11:18 PM PDT Haaa, jangan terkejut ya! Kini selebriti pun sudah ada produk makanan sendiri. Tapi, jangan pula anda percaya. Ini semua hanyalah gimik yang dilakukan dan produk-produk ini semua bukan untuk dijual. Pihak Masterchef Selebriti Malaysia pada Selasa lepas telah memuat-naik beberapa keping gambar yang menampilkan produk-produk makanan selebriti yang telah menyertai rancangan masakan itu. Antara produk-produk yang menarik perhatian OHBULAN! ialah "Buah Dalam Tin Cap Dr. Faiz", "Kaya Cap Jehan Miskin", "Santan Rendah Lemak Cap Soo Wincci" dan yang paling terbaik, "Serbuk Cili Cap Azwan Ali". Bukan main lagi nama produk, sesuai dan kena pada selebritinya. Apa kata anda lihat sendiri produk-produk makanan ini ya. Ingat, ianya tiada di pasaran. |
Thursday Trailer : “Tanda Putera”, Sebuah Filem Berunsur Patriotik & Penuh Dramatik Posted: 18 Jul 2012 09:37 PM PDT Bukan mahu melebih-lebih, tapi baru 20 minit pertama filem ini berlangsung, meremang-remang bulu roma kami apabila penataan bunyi dan visual yang sedang berjalan bergabung bersama. Bagi kebanyakan filem-filem di Malaysia, memang jarang untuk kita menonton filem yang berdasarkan sejarah. Apa lagi jika filem itu memang berdasarkan fakta-fakta yang tepat dan sahih. Kebanyakan filem tanah air hanyalah filem-filem komedi, aksi, dan romantik yang sudah biasa disajikan kepada para penonton. Tidak berlebihan jika kami katakan, karya terbaru arahan pengarah terkenal, Datin Paduka Shuhaimi Baba ini sememangnya sebuah filem yang mampu membuatkan anda menitiskan air mata dan mampu menimbulkan perasaan yang bercampur-baur didalam hati. Apa yang paling penting, lakonan oleh Rusdi Ramli, Zizan Nin, Linda Hashim, dan Faezah Elai sememangnya sebuah gabungan yang mantap. Ia mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail, yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan mereka bagi memulihkan keadaan Negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan Negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga. Apabila mengetahui penyakitnya sudah bertambah teruk dan diberitahu doktor dia hanya ada 2 tahun lagi, Tun Razak bersyukur bahawa Tun Dr Ismail, orang yang dipercayainya yang terkenal jujur dan berintegriti, akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Namun begitu, Tun Dr Ismail pergi dahulu apabila dia diserang penyakit jantung dan ini menyebabkan Tun Razak semakin tertekan. Dia mula mengejar masa untuk melaksanakan berbagai-bagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan Negara walaupun sentiasa diancam aktiviti Komunis dan Radikal yang mensasarkan Pegawai Polis tertinggi Negara. Tun Razak mengambil langkah berani – membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walau dia dikecam kuasa barat dan negara sekutu tertentu. Lawatannya ke China yang sangat berjaya dan menerima sambutan yang begitu meriah dan bermakna daripada Ketua Pemimpin China itu membuatkan anasir subversif dan Komunis membalas dendam. Kisah ini memang diambil sepenuhnya berdasarkan fakta dan sejarah. Ianya akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 13 September 2012. Jangan lepaskan peluang anda ya! Jom tonton trailer "Tanda Putera" selepas ini ya! |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |