Adsense

Isnin, 16 Julai 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Shila Amzah Cantik Sebab Kolagen?

Posted: 16 Jul 2012 11:27 PM PDT

Nur Shahila Amir Amzah atau lebih mesra dipanggil Shila Amzah, 22 telah melebarkan sayapnya di bidang perniagaan menerusi produk kecantikan kolagen sejak jun lalu. Produk kecantikan yang diasaskan oleh Shila Amzah ini dikenali sebagai Collagen Enrich dan telah pun sebulan berada di pasaran.

Menurut penyanyi berbakat ini, beliau sebenarnya telah lama fikirkan idea untuk menghasilkan produk kecantikan ini. Tetapi, oleh kerana sibuk menguruskan jadual harian nyanyiannya menyebabkan niatnya ini sering tertangguh. Disebabkan terlalu obses dengan kecantikan, Shila telah mengambil keputusan untuk memiliki produk kecantikannya sendiri, maka lahirlah produk Collagen Enrich ini.

Secara umumnya, Collagen Enrich ini dikatakan mampu menganjalkan kulit, meremajakan, memutih serta melembutkan kulit. Selain itu, ia juga dikatakan mampu meningkatkan daya ingatan dan sistem imunisasi badan serta mengurangkan kedutan halus pada wajah.

Di sini pihak OHBULAN! ingin berkongsi fakta sebenar kolagen yang dipetik daripada Classic Collagen, di mana kolagen merupakan protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Selain itu, kolagen turut difahamkan mampu menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dalam tisu badan.

Sumber : Buzzera, Classic Collagen

Katy Perry & Russel Brand Sah Bercerai

Posted: 16 Jul 2012 11:12 PM PDT

Setelah kecoh sekitar hujung tahun 2011 mengenai pasangan selebriti Hollywood ini yang telah mula hidup berasingan, hari ini mereka berdua telah sah bercerai selepas 6 bulan menjalani pelbagai proses.

Russel dan Katy  telah mendirikan rumah tangga selama 14 bulan apabila mereka berdua mengalami masalah dalaman. Apa yang menguntungkan ialah Russel Brand tidak bercerai dengan tangan kosong. Russel yang juga seorang pengacara untuk rancangan terbaru, "Brand X", turut mendapat habuan setengah dari $44 juta yang Katy kumpulkan sepanjang mereka bersama.

Menurut laporan Dailymail, serentak dengan hari perceraian mereka berdua, Russel telah membawa keluar teman wanita barunya yang juga adik kepada pelakon Fast & Furious (Jordana Brewster), Isabella Brewster.

Untunglah, sudah bercerai pun dapat habuan lagi. Hollywood.