Adsense

Isnin, 16 Julai 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Anak Andy Flop Poppy Enggan Dibayangi Ayah Sendiri

Posted: 16 Jul 2012 06:48 PM PDT

Daniel mahu dikenali kerana bakat dan bukannya kerana dia anak kepada Andy (Flop Poppy).  
PETALING JAYA: Anak kepada penyanyi terkenal, Andy (Flop Poppy) iaitu Daniel tidak mahu kehadirannya dalam industri muzik bersama kumpulannya iaitu Loka dibayangi kerana populariti bapanya.
Daniel atau nama sebenarnya Megat Daniel Azreen, 20, berkata, dia mahu kemunculannya dapat diterima kerana bakat sebagai pemuzik dan bukan semata-mata dia adalah anak kepada seorang penyanyi terkenal.
"Saya bangga mempunyai seorang bapa yang berbakat dan dikenali masyarakat tetapi saya tidak mahu menggunakan kelebihan daripada seorang bapa untuk mencipta nama.
"Lebih baik masyarakat menilai dan mengenali saya kerana bakat dan kebolehan saya bermain muzik," ujarnya.
Tambah Daniel, muzik yang dibawa menerusi kumpulan Loka itu juga berbeza daripada apa yang ditonjolkan oleh bapanya menerusi Flop Poppy dan The Malayan.
Dalam pada itu, Daniel tidak menafikan, bapanya banyak mempengaruhinya untuk menceburi kerjaya dalam bidang muzik dan sentiasa memberi sokongan dalam keputusan yang dibuat.
Tambah Daniel, bapanya itu juga banyak mengajar mengenai pemahaman tentang muzik sejak kecil selain menjadikannya sebagai inspirasi untuk berjaya.
Daniel memberitahu kumpulannya iaitu Loka akan muncul dengan album pertama tidak lama lagi.
"Bapa saya adalah insan yang bertanggungjawab memperkenalkan saya kepada dunia muzik kerana dialah yang banyak mengajar saya dan dia adalah sumber inspirasi saya," katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai kumpulan Loka, Daniel berkata, mereka akan mengeluarkan album pertama tidak lama lagi namun telah pun melancarkan single sulung berjudul "Cinta Syurga".
Daniel memberitahu, mereka memilih untuk tampil dengan lagu-lagu berkonsepkan pop balada dan kesemua lagu untuk album itu dihasilkan oleh semua ahli kumpulan Loka.
"Kumpulan ini dianggotai oleh empat orang dan saya akan bertindak sebagai vokalis. Kami memilih genre pop balada sebagai taruhan utama adalah kerana untuk memberikan kelainan dan yakin kekuatan kami kepada lagu-lagu jenis itu," katanya.
Turut menganggotai kumpulan terbaru yang ditubuhkan Andy iaitu The Malayan sebagai pemain bass, Daniel berkata dia yakin dapat membahagikan masa terhadap dua kumpulan selain mahu membiasakan diri dengan persembahan pentas.

- ---

'Saya Belum Jatuh' - Remy Ishak

Posted: 16 Jul 2012 06:47 PM PDT

Remy Ishak
PETALING JAYA: Pelakon Remy Ishak menolak andaian kononnya dia sedang mengalami fasa kejatuhan sehingga menyebabkan filem lakonannya iaitu Aku, Kau dan Dia yang ditayangkan pada 28 Jun lalu gagal mendapat sambutan penonton.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 30, berkata, gosip negatif yang melandanya sejak kebelakangan ini bukan menjadi punca sesebuah karya itu merudum sebaliknya ia adalah trend yang sedang melanda industri perfileman negara ketika ini.
"Saya belum jatuh. Sambutan yang kurang terhadap filem bukan hanya berlaku terhjadap filem lakonan saya tetapi filem-filem lain juga pada tahun ini," katanya  di sini, Isnin.
Remy diminta mengulas khabar angin kononnya peminat sudah tidak teruja dengan kehadirannya berikutan pelbagai gosip buruk melanda dia sejak kebelakangan ini sehingga memberi kesan terhadap kutipan filem Aku, Kau dan Dia.
Mengikut rekod yang dicatatkan Finas sehingga 9 Julai lalu, filem berkenaan mencatat kutipan kasar sebanyak RM150,000.
Remy berkata, sejak awal tahun ini, tidak banyak filem yang ditayangkan mencatatkan kutipan tinggi.
Katanya, faktor kejatuhan seperti yang diperkatakan itu adalah tidak benar sama sekali kerana sehingga kini dia masih mendapat banyak tawaran berlakon.
"Saya tidak merasakan yang saya sedang berada pada zaman kejatuhan tetapi kutipan yang tidak menggalakkan itu adalah berpunca daripada sebab-sebab lain," katanya.
Tambah Remy, kebanyakan syarikat produksi juga sukar untuk membuat ramalan apakah genre yang diminati oleh orang ramai agar filem yang dihasilkan itu mencapai kutipanboxoffice.
Sementara itu ditanya adakah dia bakal kehilangan peminat berikutan percintaannya dengan Tiz Zaqyah, Remy memberitahu dia tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah besar.
"Peminat sudah boleh terima kisah cinta seseorang artis itu dan setakat ini ramai yang memberi sokongan. Apa yang penting kami tidak menyembunyikan hubungan kami," katanya.

- ---