Adsense

Ahad, 1 Julai 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Isu Bakal Selesai, Anzalna Minta Maaf Pada Neelofa Petang Ini

Posted: 01 Jul 2012 09:05 PM PDT

Sudah sampai masa, baguslah kalau begitu. Buat apa dipanjangkan perkara yang sudah lama berlaku? Yang paling penting, sudah bertahun isu ini dilupakan, tiba-tiba entah dari mana datangnya, habis semua diporak-perandakan.

Terbaru, OHBULAN! telah mendapat info semalam bahawa Persatuan Seniman akan mengadakan sidang media khas diantara Neelofa dan Anzalna di Hotel Royal Bintang, Damansara. Sidang media khas ini bakal diadakan pada jam 1 petang ini demi menyelesaikan segala isu yang menyebabkan dunia hiburan kecoh sebentar dengan 'perkelahian' antara 2 artis jelita.

Dikhabarkan, Anzalna bakal meminta maaf kepada Neelofa atas kesilapan yang tidak disengajakannya. Baguslah begitu, masing-masing bersikap profesional. Dalam kenyataan Anzalna kepada mStar Online pula, dia memberitahu bahawa lebih mudah jika kes ini diselesaikan secepat mungkin.

"Saya sudah meneliti surat daripada Neelofa. Saya akur dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat itu kerana saya mahu memohon maaf dengan ikhlas dan tidak mahu memanjangkan kes ini. Bagi saya, jika dapat diselesaikan dengan secepat mungkin, ia adalah lebih baik kerana banyak lagi hal lain dalam kehidupan saya yang perlu diuruskan." – Anzalna dipetik dari mStar Online.

Maka, selepas ini, 'sejuk' lah kembali. Jangan pula disebut-sebut kembali barang yang lepas. Sendu sangat pula jadinya.

Percikan Rona Merah Tanda Keberanian

Posted: 01 Jul 2012 08:51 PM PDT

Rona merah difahamkan mampu membangkitkan tenaga dan aura sesiapa sahaja yang menggayakannya. Selain itu, rona merah juga mampu menimbulkan kesan optimis, sensasi dan juga kemewahan disamping meningkatkan adrenalin dan keinginan meluap-luap untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Namun begitu, awas  kerana rona merah juga dikatakan mampu merangsang kemarahan dan membangkitkan sifat agresif dalam diri seseorang.

Disini terdapat contoh busana, tas tangan dan kasut berona merah yang sesuai untuk digayakan oleh wanita-wanita yang menggemarkan rona ini.

Busana

Busana berona merah terang yang digayakan oleh Diana Amir ini kelihatan sungguh cantik dan menyerlahkan lagi penampilan Diana. Lazimnya busana berona merah amat sesuai digayakan oleh individu yang mempunyai tona kulit yang cerah kerana ia mampu menaikkan lagi seri dan pesona si pemakai. Namun begitu tidak salah sekiranya individu yang berkulit hitam manis turut ingin menggayakan busana dari rona yang senada, yang penting adalah keyakinan diri dalam menggayakan busana tersebut.

Tas Tangan

Tas tangan berona merah ini mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Materialnya yang diperbuat daripada kulit turut memikat hati setiap wanita dan ia mampu menyerlahkan lagi penampilan si pemakai untuk tampil lebih bergaya dan hebat sepanjang hari.

Kasut Tumit Tinggi

Kasut bertumut tinggi berona merah ini mampu membangkitkan aura si pemakai. Struktur tumitnya yang sedikit runcing mampu menyerlahkan lagi penampilan dan keseksian si gadis.

Lazimnya rona merah dikaitkan dengan individu yang berpersonaliti yakin dan berani dalam setiap penampilannya. Ini kerana rona merah mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya dan ia juga dapat menonjolkan sensasi kejelitaan wanita. Jadi, tidak salah sekiranya sekali sekala tampilkan kelainan dengan menggayakan barangan dari rona merah ini bagi membangkitkan pesona dan keanggunan wanita sebenar.

Sumber : MIG Online