borak kosong |
- Nenek ni gelak tengok pasangan berpelukan dalam MRT
- Di Korea Utara boleh tahu perempuan sudah kahwin ke belum melalui rambut
- Cicak Afrika yang Mirip Spiderman Berhasil Tertangkap Kamera
- Ais Krim Terbesar di Dunia Ini Perlu Waktu Sebulan Untuk Membeku
- Ingin ke Perancis Tetapi Mendarat di Sweden
- Tandas dihias sambut kepulangan isteri
- 2 remaja muat naik komen perkauman di Internet ditahan
- Balas dendam dihalau keluar disko
- Wanita cuba duduki peperiksaan bagi pihak adik akan dihukum
- Perogol bebas kahwin mangsa
- Lelaki bogel menjerit ditemui mati terbaring
- Terhina digelar ‘sapi’
- 3 bekas pelajar ditahan
- Bayi terlantar diazab pengasuh
- Tulang kaki tersembul
- Gadis yang selamat setelah wajah rosak akibat alergik parasetamol
- Hebat…Kehilangan Dua Kaki akibat Gempa Bumi tak Surutkan Guohong Jadi Perenang
- Gambar..kereta baru beli 15 minit lalu dan mengalami kemalangan
- Tenang walaupun 2 batang besi tembus di perut
- Batu nisan dari mendiang bintang porno Sexy Cora dinilai terlalu seksi.
- Kambing lahir berwajah manusia di Zimbabwe
- Di gelar 'perempuan kertas'kerana kulitnya boleh ditulis
- Gila...lelaki ni suruh awek pegang anunya (pic)
- Video..orang tua dipukul tanpa sebab
- Mulia betul hati gadis ini
Nenek ni gelak tengok pasangan berpelukan dalam MRT Posted: 01 Jul 2012 09:15 PM PDT |
Di Korea Utara boleh tahu perempuan sudah kahwin ke belum melalui rambut Posted: 01 Jul 2012 09:00 PM PDT The South Korean Ministry of Unification has revealed the hairstyles on offer for North Korean women in a recent blog post on its website. The series of photographs shows the role beauty and personal appearance play in the lives of North Korean women, highlighting the 'hot' hairstyles and and differentiation in hairstyles for unmarried women and married women. Also, the women wear their hair in different ways when wearing the traditional hanbok, or Choson dress as it is known in North Korea, than when they wear Western-style clothes. With the traditional dress, women opt for the straight stale or an updo. With Western-style clothing, they braid their hair, have loosely-permed hair and other various styles. Unmarried women wear a ribbon braided into their hair or have their hair parted and braided into two plaits. There is even an annual competition to recognise the best beauty salon in Pyongyang. sumber : stomp.com.sg |
Cicak Afrika yang Mirip Spiderman Berhasil Tertangkap Kamera Posted: 01 Jul 2012 08:45 PM PDT Seekor reptilia dengan warna biru merah yang mirip dengan Spiderman, karakter superhero dari komik Marvel, berhasil tertangkap kamera fotografer di Tanzania. Bukan hanya warnanya yang mirip dengan Spiderman, namun cicak Agama kepala datar Mwanza tersebut bahkan berpose identik dengan sang manusia laba-laba itu. Cassio Lopes, seorang fotografer berusia 38 tahun dari Sao Paulo, Brasil, yang berhasil mengabadikan momen menakjubkan ini. Cicak Agama kepala datar Mwanza, yang merupakan reptilia asli Afrika ini biasanya hidup dalam kelompok, dengan seekor jantan dominan, dan biasanya dapat dibezakan dari kulitnya yang berwarna-warni. "Ini adalah satu-satunya haiwan yang pernah saya lihat dengan warna yang luar biasa serupa. Terutama warna di dada, lengan dan kaki sangat mirip." tutur Rich Nunn dari Nostalgia and Comic di Birmingham. "warnanya yang sangat terang membuatnya terlihat seperti mengenakan sebuah kostum. Aku yakin ada banyak penggemar komik diluar sana yang ingin memiliki cicak seperti ini, kerana terlihat begitu mirip pahlawan mereka." tambahnya. Diketahui, Cassio mendapatkan foto ini dalam perjalanannya ke Masai Mara National Park di Kenya dengan isterinya Alessandra. "Kami berada di sebuah workshop fotografi dan pada suatu sore kami parkir selama beberapa jam dekat sungai Rongai." tutur Lopes. "Saat itu musim kering dan kami memutuskan untuk mencari seekor macan tutul betina yang dilaporkan berkeliaran di tempat tersebut pada pagi hari.' Namun, setelah menghabiskan waktu begitu lama mencari macan tutul itu, kedua pasangan tersebut mulai mencari hal-hal lain, dan isteri Lopes kemudian melihat cicaktersebut berjemur di atas batu didekat sungai. "Ini adalah pertama kalinya kami melihat jenis cicak seperti ini, meskipun ini bukan kunjungan pertama kami di Afrika. Kami dibuat terpesona oleh pola warna-warni haiwan ini." lanjut Lopes. |
Ais Krim Terbesar di Dunia Ini Perlu Waktu Sebulan Untuk Membeku Posted: 01 Jul 2012 08:30 PM PDT Baik anak-anak sampai orang dewasa pasti pernah merasakan ais krim, yang membuatnya menjadi salah satu makanan kesukaan di dunia. Namun bagaimana rasanya jika anda di suruh memakan sebuah ais krim raksasa setinggi 4 meter? Seorang chef bernama Heston Blumenthal, berhasil membuat sebuah ais krim terbesar di dunia, flake raksasa. Heston, yang terkenal kerana menciptakan ais krim bacon dan telur di restoran berbintang tiga milik Michelin, The Fat Duck, mempresentasikan ais krim raksasa tersebut pada kerumunan orang di Gloucester. Ais krim tersebut mempunyai tinggi lebih dari empat meter, dan berisi satu ton ais krim, yang memakan waktu sebulan penuh untuk membekukannya. Selain itu, topping klasik berjumlah ratusan ribu dan sos strawberry, bertebaran di atas ais krim rakasa ini. Heston tiba dengan menaiki sebuah van ais krim antik saat ribuan orang berkumpul di taman Gloucester, untuk mempertunjukkan ais krim vanilla raksasa buatanya tersebut. "Rekod dunia ais krim yang ada saat ini adalah sekitar dua setengah meter, dan kami ingin mengalahkannya," tuturnya yang dikutip dailymail. "Aku melakukan hal ini untuk menuba membawa kembali kenangan van ais krim yang aku ingat saat masih kanak-kanak." tambahnya "Aku sudah menunggu ini sejak lama. Saya fikir apa yang Heston lakukan adalah sesuatu yang menakjubkan. "tutur Dean Palmer (24), salah seorang pengunjung dari Gloucester. Dave Baker, manajer projek di Wall's, mengatakan: "Ini telah menjadi tantangan yang jauh lebih besar dari yang pernah kita antisipasi, terutama kerana sangat sulit untuk membekukan bahagian tengahnya. "Kami semua berada di bawah instruksi yang ketat, dan tidak terlalu memberikan petunjuk apa pun sebelum hari besar. Bahan-bahan yang digunakan juga adalah rahsia yang dijaga dengan ketat." tambahnya. |
Ingin ke Perancis Tetapi Mendarat di Sweden Posted: 01 Jul 2012 08:15 PM PDT LONDON - Gara-gara terlambat sampai di lapangan terbang, seorang peluncurr Inggris Toby Donachie khabarnya salah naik pesawat. Donachie yang harusnya naik pesawat dengan tujuan ke Biarritz di Perancis Selatan namun, malah berada di pesawat yang tengah terbang ke Malmo, Sweden. Donachie mengakui, dirinya baru menyedari bahawa ia berada di pesawat yang salah ketika pilot mengumumkan bahawa mereka tengah terbang di wilayah udara Denmark. "Setelah sampai pada setengah perjalanan, pilot mengumumkan bahawa pesawat tengah terbang di wilayah udara Denmark. Kru pesawat mengatakan mereka sangat menyesal dengan kejadian ini. Namun, mereka sangat membantu Saya," ujar Donachie seperti dilansir Mirror Minggu, (1/7/2012). Kru pesawat tersebut mengakui bahwa telah terjadi kesalahan ketika petugas menghitung jumlah penumpang untuk menyesuaikannya dengan daftar penumpang yang ada "Terjadi kesalahan saat menghitung jumlah penumpang ketika seorang anak kecil luput dari proses penghitungan itu," ujar kru pesawat. Atas insiden ini pihak syarikat penerbangan itu pun bersedia untuk memulangkan kembali Donachie ke Inggris sebelum ia diterbangkan ke tujuan utamanya yakni Biarritz di Perancis. Pihak syarikat penerbangan pun memberi kompensasi berupa biaya hotel dan tiket percuma kepada Donachie. "Adalah tanggung jawab penumpang untuk memastikan bahawa mereka menaiki pesawat yang benar namun, kami akan segera meminta petugas kami untuk menyelidiki insiden ini," ujar pihak maskapai penerbangan tersebut.(rhs) |
Tandas dihias sambut kepulangan isteri Posted: 01 Jul 2012 08:00 PM PDT NEW DELHI - Seorang isteri, Priyanka Bharti diberi sambutan meriah pada Rabu lalu semasa dia pulang semula ke rumah mertuanya selepas melarikan diri kerana ketiadaan tandas di Kampung Vishnupur Khurd, Uttar Pradesh, India. Bharti turut merasmikan pembukaan sebuah tandas moden di rumah mertuanya itu yang turut disaksikan sejumlah orang. Tandas itu turut dihiasi dengan bunga. Pembinaan tandas itu dikendalikan pihak pengurusan pertubuhan perkhidmatan sosial antarabangsa, Sulabh. Tandas itu dibina selepas berita Bharti melarikan diri tersebar di India. Pertubuhan itu turut membina sebuah bilik mandi di rumah mertuanya. Pengasas pertubuhan itu, Bindeshwar Pathak turut hadir pada majlis tersebut. Sebelum ini dia meninggalkan rumah mertuanya selepas empat hari menginap kerana malu jika ditanya oleh keluarganya tentang lokasi tandas di rumah itu. Bharti, 19, melarikan diri semasa keluarganya yang datang dari sebuah kampung lain mahu melawat dia di rumah mertuanya itu. "Saya berpendapat saya tidak boleh tinggal di sebuah rumah yang membolehkan orang ramai mungkin melihat saya membuang air besar di luar rumah dengan cara yang tidak bersih," katanya kepada agensi berita AFP. Dia berasa malu apabila terpaksa membuang air besar di kawasan lapang di luar rumah kerana ketiadaan tandas. Bharti berkahwin dengan suaminya, Amarjeet Kumar, 20, pada tahun 2007. Bagaimanapun, dia hanya mula tinggal di rumah mertuanya pada April lalu selepas umurnya mencecah 19 tahun. Suami Bharti menganggap perkara yang paling penting buatnya ialah kepulangan isterinya. "Saya malu apabila dia bertanya di mana tandas dan kami perlu memberitahunya untuk ke luar rumah (membuang air besar). "Kini, tandas itu telah dibina dan kami perlu menjaga dan menggunakannya," kata Amarjeet. - Agensi sumber : kosmo online |
2 remaja muat naik komen perkauman di Internet ditahan Posted: 01 Jul 2012 07:45 PM PDT SINGAPURA: Dua remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan polis kerana memuat naik komen berbaur perkauman di Internet. Menurut polis, komen itu "boleh mencetuskan keadaan buruk dan permusuhan antara bangsa berbeza di negara ini." Straits Times melaporkan polis menerima dua laporan pada 27 Jun mengenai isu itu di Facebook dan Twitter. Ia memaparkan identiti kedua-dua remaja itu sebelum mereka ditahan pada 28 dan 29 Jun lalu. Mengikut Akta Hasutan, sesiapa yang didapati bersalah mendorong perkara yang buruk dan permusuhan antara perbezaan bangsa atau populasi di Singapura boleh didenda hingga Sg$5000 (RM12,450) atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. - Straits Times sumber : myMetro |
Balas dendam dihalau keluar disko Posted: 01 Jul 2012 07:30 PM PDT LILLE (Perancis): Penyerang bersenjata menembak mati dua pelanggan sebuah kelab malam di utara Perancis semalam dalam apa yang dikatakan serangan balas dendam selepas dia dihalau keluar dari disko itu, kata polis dan pegawai tempatan. Lelaki itu yang "dikenali oleh polis", dihalau keluar dari disko Theatro yang terletak di tengah bandar Lille, tetapi kembali pada kira-kira jam 3 pagi dan melepaskan tembakan menggunakan senjata Kalashnikov. Atendan penjaga pakaian dan seorang pelanggan ditembak mati manakala lima lagi termasuk penjaga kelab cedera dan dibawa ke hospital. Polis berkata, penyerang itu, yang melakukan serangan itu bersendirian, melarikan diri dengan sebuah kereta dan polis telah melancarkan gerakan memburunya. - AFP sumber : myMetro |
Wanita cuba duduki peperiksaan bagi pihak adik akan dihukum Posted: 01 Jul 2012 07:15 PM PDT MANAMA: Seorang wanita Bahrain dirujuk kepada pendakwa raya selepas dia dikatakan cuba menduduki peperiksaan akhir bagi pihak adiknya. Kementerian Pendidikan berkata, suspek cuba mengaku sebagai adiknya, pelajar di sekolah perempuan di Sitra, kira-kira 13 kilometer di selatan bandar raya ini yang sepatutnya menduduki peperiksaan bahasa Inggeris sebagai syarat untuk menyempurnakan persekolahannya. Menurut kementerian itu, cubaan menipu itu akan dihukum mengikut kanun jenayah. Mengikut sistem pendidikan Bahrain, pelajar sekolah tinggi perlu lulus semua subjek untuk menyempurnakan persekolahan mereka. - Gulf News sumber : myMetro |
Posted: 01 Jul 2012 07:00 PM PDT JORDAN: Kisah seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang diculik dan dirogol berkali-kali selama tiga hari menyebabkan rakyat Jordan berasa marah, apatah lagi apabila penyerangnya bersetuju untuk mengahwini remaja itu untuk mengelak daripada dipenjara. Dalam masyarakat Islam konservatif seperti di Jordan, perogol boleh lepas bebas mengikut Kanun Keseksaan Artikel 308, yang dikenali sebagai "undang-undang perogol." April lalu, remaja yang tidak didedahkan identitinya keluar membeli belah di bandar Zarqa, di mana seorang lelaki berusia 19 tahun menculiknya dan membawanya ke padang pasir di mana dia mendirikan khemah, kemudian merogol remaja itu selama tiga hari berturut-turut, menurut sumber kehakiman. Polis menemui remaja itu ketika membuat rondaan rutin dan membawanya pulang. Mereka menahan lelaki itu. Tetapi dalam beberapa hari, terdapat berita yang lelaki itu bersetuju mengahwini remaja itu dan semua tuduhan terhadapnya digugurkan. Awal bulan ini, AFP melaporkan, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diajak untuk mengikut seorang lelaki ke sebuah apartmen di Amman di mana dia juga di rogol. Sumber kehakiman berkata, lelaki itu sekarang cuba sedaya upaya untuk berunding dengan keluarga mangsa, mengahwini gadis itu untuk mengelak daripada dipenjara. Artikel 308 membenarkan tuduhan merogol digugurkan sekiranya perogol bersetuju untuk mengahwini mangsa. Dia tidak boleh menceraikan isterinya selama lima tahun. Ketua Kesatuan Wanita Jordan, Nadia Shamrukh berkata, "Akta dalam undang-undang ini bukan saja membenarkan pesalah bebas, tetapi membenarkan mereka mengahwini mangsa." - AFP sumber : myMetro |
Lelaki bogel menjerit ditemui mati terbaring Posted: 01 Jul 2012 06:45 PM PDT MIRI: Seorang lelaki yang ditemui mati dalam keadaan bogel di tempat letak kereta di rumahnya di Jalan Aru, Holiday Park, di sini, turut mempunyai kesan luka pada siku kiri, semalam. Mayat lelaki dikenali sebagai Lee, berusia 40-an itu ditemui di belakang kenderaannya oleh beberapa remaja lelaki berusia awal 20-an yang kebetulan melalui kawasan rumah terbabit, kira-kira jam 4 pagi, sebelum menghubungi polis. Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, lelaki terbabit secara tiba-tiba menjerit jam 7 malam kelmarin, menyebabkan beberapa jiran lain di kawasan sekitar terkejut. Bagaimanapun, katanya, mereka mengambil keputusan tidak mempedulikan jeritan itu, berikutan mangsa pernah memberi amaran supaya tidak mencampuri urusan keluarganya. "Saya terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan bogel sambil menjerit ketika melalui rumahnya. Ketika itu, saya sedang memandu kereta untuk mengambil suami di Lapangan Terbang Miri, jam 8 malam. "Bagaimanapun, sekembali mengambil suami setengah jam kemudian, saya melihat mangsa terbaring di belakang keretanya dan menyangka tidur. "Malah, petang kelmarin, saya ternampak anak perempuannya dipercayai masih bersekolah berbual menerusi telefon bimbit di luar rumahnya," kata ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian. Menurutnya, selain jarang melihat serta tidak pernah bertegur dengan mangsa, lelaki terbabit juga dipercayai sering bergaduh serta memukul isteri yang juga warga Indonesia. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Sapian Salihin ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat. sumber : myMetro |
Posted: 01 Jul 2012 06:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Pengalaman dihina pemandu arahnya dengan gelaran sapi (lembu) menyebabkan wanita OKU ini serik meminta sedekah. Bagi Azah, 36, cacian itu keterlaluan kerana ia membabitkan harga diri, walhal niatnya murni untuk membantu suami mencari pendapatan tambahan. Dia tidak menyangka wanita warga Indonesia yang memimpin OKU buta sepertinya menjual sambil mengutip sedekah di restoran dan medan selera sekitar Cheras tergamak memanggilnya 'sapi', sedangkan perempuan itu saban malam menumpang rezeki si buta sepertinya dengan meraih simpati pengunjung bermodalkan air liur serta tisu. Terkilan dengan sikap wanita berkenaan yang menyamakannya seperti haiwan ternakan itu, Azah mengambil keputusan berhenti sebaik saja memperoleh hasil pendapatan jualan hari pertama. "Akak tersentak apabila dia membahasakan akak dengan gelaran 'sapi'. Hanya Allah saja tahu perasaan akak ketika itu, perasaan terhina, sedih dan marah bercampur baur. "Mungkin atas faktor buta, hanya mengikut saja apabila ditarik tangan oleh perempuan itu, kemudian apabila tiba di meja pelanggan disuruh pula menjual tisu kepada orang ramai tanpa membantah, dia berani menggelarkan akak begitu. "Cukuplah hanya semalam akak bekerja dengannya. Tebal muka akak apabila meminta simpati daripada orang ramai dari meja ke meja kemudian dibalas sikap biadab wanita itu menggelar akak ibarat lembu dicucuk hidung," katanya. Ibu kepada tiga anak perempuan itu berkata, dia setuju melakukan aktiviti berkenaan kerana ingin meringankan bebanan suami yang juga senasib dengannya dan berkhidmat sebagai operator telefon syarikat swasta di ibu negara. "Akak kasihan melihat suami bertungkus lumus menanggung kami lima beranak dengan pendapatan sederhana. "Meskipun mempunyai pendapatan tetap, namun ia tidak mencukupi apatah lagi kos hidup tinggi di bandar, termasuk bayaran sewa rumah, belanja sekolah anak serta makan pakai semuanya. Kebetulan ketika itu 'pekerja' tetap pasangan suami isteri itu jatuh sakit, Azah yang terdesak ingin meningkatkan sumber pendapatan keluarga mengambil peluang mencari duit poket tambahan dengan menggantikan tempat wanita berkenaan. "Tidak sangka kutipan diperoleh amat berbaloi kerana akak menerima RM78 daripada pasangan itu meskipun sudah dibahagi tiga. Bagaimanapun, wang bukan segala-galanya dalam hidup. Hingga kini, telinga akak masih terngiang-ngiang panggilan 'sapi' oleh wanita itu," katanya. sumber : myMetro |
Posted: 01 Jul 2012 06:15 PM PDT GEORGETOWN: Tiga ahli sindiket yang cuba mengaut keuntungan dengan menawarkan ijazah palsu untuk dijual menerusi laman web, ditahan sepasukan polis di sebuah rumah di Kampar, Perak, malam kelmarin. Dalam operasi yang dilakukan sepasukan polis Pulau Pinang jam 8 malam itu, tiga ahli sindiket terbabit iaitu masing-masing dua wanita dan seorang lelaki berusia 20-an, ditahan selepas Universiti Sains Malaysia (USM) membuat aduan berhubung kegiatan itu sebelum ini. Difahamkan, ahli sindiket terbabit menjual ijazah palsu itu dan menawarkannya melalui laman web dengan harga yang mencecah hingga RM5,000. Sasaran mereka adalah pelajar yang tidak perlu bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran dan juga orang awam yang mahukan ijazah dengan mudah tanpa perlu menduduki peperiksaan atau mengikuti kelas. sumber : myMetro |
Bayi terlantar diazab pengasuh Posted: 01 Jul 2012 06:00 PM PDT PASIR GUDANG: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia di sini, Jumaat lalu. Kecederaan mangsa, Muhammad Zafran Anaqi Muhammad Razali atau Zafran dikesan bapanya, Muhammad Razali Hamzah, 32, ketika membawanya keluar dari rumah pengasuh yang juga jirannya kira-kira jam 12.30 tengah hari. Muhammad Razali yang juga warden Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Johor Bahru berkata, dia bersama isteri, Salmah Aya, 31, seorang guru, pada mulanya cuba memujuk Zafran selepas bayinya itu tidak berhenti menangis selama hampir sejam. sumber : myMetro |
Posted: 01 Jul 2012 05:45 PM PDT TAWAU: Tindakan 'berani mati' seorang pelajar lelaki yang dipercayai terjun dari tingkat empat di sebuah bangunan, mengundang padah apabila kaki kanannya patah dalam kejadian di kawasan Sabindo, dekat sini, malam kelmarin. Sebelum kejadian, pelajar berusia 18 tahun terbabit dikatakan naik ke bumbung bangunan berkenaan, sebelum terjun dan terjatuh di atas bonet sebuah kereta Proton Wira yang diletakkan di kawasan itu, kira-kira jam 9.30 malam. Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Azman 38, berkata ketika kejadian dia berada beberapa meter dari lokasi pelajar terbabit terjatuh. Menurutnya, pada mulanya, dia menyangka remaja itu adalah pengawal keselamatan yang cuba melakukan pemeriksaan dan tidak mempedulikannya. sumber : myMetro |
Gadis yang selamat setelah wajah rosak akibat alergik parasetamol Posted: 01 Jul 2012 05:30 PM PDT Eva Uhlin, gadis Sweden berusia 19 tahun akhirnya boleh selamat dari kerosakan wajah total setelah terkena alergi parasetamol. Selama 4 tahun untuk membuat kulit wajahnya kembali normal dari alergi kulit tersebut. Eva tak pernah menyangka menderita alergi ubat mematikan yang dikenal sebagai Toxic Epidermal Necrolysis. Selama bertahun-tahun ketika sedang demam dirinya terbiasa memakan parasetamol. Obat analgesik ini terkenal paling selamat dan bukan salah satu ubat pemicu alergi dari penyakit Toxic Epidermal Necrolysis. Kejadian yang bermula pada tahun 2005 saat Eva berusia 15 tahun ketika sedang bercuti dan Eva mengalami demam. Seperti biasa Eva lalu memakan ubat demam parasetamol. Namun ketika bangun esok paginya, wajah Eva penuh lecet-lecet hingga menyebar ke seluruh tubuhnya. Kulitnya melepuh seperi terbakar. Dia juga mengalami sakit di bahagian dada, lengan, punggung dan perut. Doktar menduga kemungkinan ada virus di tubuhnya ketika demam dan kombinasi dari virus dan ubat ini menciptakan reaksi yang aneh. Selama bertahun-tahun Eva melakukan rawatan di Swedia's University Hospital of Linkoping. Profesor Folke Sjoeberg, salah seorang dokter yang merawatnya mengatakan, Eva sangat beruntung bisa pulih dari kondisi yang ANEH ini. Toxic Epidermal Necrolysis atau dikenal juga dengan sindrom Lyell membunuh 40 persen penderitanya. Efek samping obat merupakan faktor utama penyebab sindrom ini. Penyakit Eva berangsur pulih kerana kesabaran dan sikap positifnya. Pengubatan yang dilakukan sangat hati-hati kerana infeksi yang muncul berbeza-beza. Meski kini kulitnya telah pulih dan Eva boleh melakukan aktiviti normal dia tetap harus memeriksa air matanya dua kali sehari dan menjadi sensitif terhadap cahaya matahari. Penyakit ini adalah salah satu penyakit alergi kulit yang mematikan selain Sindroma Steven Johnson. Rasio penderita Toxic Epidermal Necrolysis adalah satu diantara sejuta orang. Penyakit ini bisa menimpa sesiapa sahaja. |
Hebat…Kehilangan Dua Kaki akibat Gempa Bumi tak Surutkan Guohong Jadi Perenang Posted: 01 Jul 2012 05:15 PM PDT REPUBLIKA.CO.ID, BEIJING – Namanya Dai Guohong. Pemuda 18 tahun ini memiliki banyak impian untuk masa depannya. Apa daya, gempa bumi hebat di Sinchuan "memenggal" hampir habis seluruh kakinya. Surutkah tekad Guohong? Tidak. Ia terus berlatih. Kini, ia menjadi salah satu perenang andal negeri itu. Bencana datang tiga tahun lalu saat gempa hebat meruntuhkan sekolahnya di Beichuan. Dia selamat dengan kedua kali harus dipotong. Sedang 26 teman sekelasnya, tewas dalam bencana itu. Dinyatakan setelah melakukan serangkaian pembedahan Guohong kembali berlatih. Kini, dia disiapkan untuk mewakili China dalam Paralympics di London tahun depan. "Doktor berkata, renang bagus untuk tubuhku, maka aku gigih berlatih," ujarnya. Ia berjanji akan melakukan yang terbaik di London. |
Gambar..kereta baru beli 15 minit lalu dan mengalami kemalangan Posted: 01 Jul 2012 05:00 PM PDT |
Tenang walaupun 2 batang besi tembus di perut Posted: 01 Jul 2012 04:45 PM PDT Baru-baru ini, di Faridabad India, Anil Kumar seorang lelaki yang berusia 20 tahun dirawat di hospital kerana perutnya ditembusi besi.Anil Kumar adalah seorang pekerja pembinaan, ketika dia pulang menunggang motosikal lalu jatuh ke dalam lori yang membawa batang besi dan, dua batang besi berukuran 3 cm menembusi perutnya. Dia dibawa ke hospital dan doktor mengambil masa selama empat jam pembedahan untuk mengeluarkan batang besi itu dari perutnya. |
Batu nisan dari mendiang bintang porno Sexy Cora dinilai terlalu seksi. Posted: 01 Jul 2012 04:30 PM PDT Batu nisan dari mendiang bintang porno Sexy Cora dinilai terlalu seksi. Kerana itu pihak pengelola pemakaman memutuskan untuk memindahkan nisan yang dihiasi sebuah patung marmar berbentuk malaikat wanita setinggi empat kaki itu. Patung seharga 15.000 poundsterling itu dianggap terlalu ofensif dan tidak patut untuk ditempatkan di kawasan pemakaman. Pihak pengelola pemakaman khuatir patung tersebut akan mengganggu kesucian tempat itu. Suami Cora, Tim Wosnitza menolak untuk menandatangani persetujuan pemindahan patung tersebut. Untuk melindungi patung itu Wosnitza menyewa sekelompok orang untuk menjaga patung yang menghiasi makam isterinya itu. |
Kambing lahir berwajah manusia di Zimbabwe Posted: 01 Jul 2012 04:15 PM PDT Gubernur setempat, Jason Machaya mengatakan bahawa makhluk itu lahir akibat perbuatan manusia (????? ). Ia mengatakan : "Seorang lelaki dewasa bertanggung jawab soal ini." Namun para ahli segera menyangkal dengan mengatakan bahawa mustahil seorang manusia dapat melakukan hubungan seks dengan haiwan dan melahirkan makhluk setengah haiwan setengah manusia. Salah seorang doktor di daerah tersebut yang bernama Dr. Thomas Sibanda menyesalkan pembakaran makhluk tersebut kerana dia tidak diberi kesempatan untuk menelitinya lebih lanjut. Para penduduk percaya bahawa makhluk itu lahir akibat sihir, namun Dr Sibanda masih ingin melihatnya dalam perspektif sains. Menurut Dr Sibanda, kambing itu kemungkinan mengalami Hydrocephalus, keadaan dimana ia mengalami pembesaran kepala yang berisi air. Keadaan ini dapat menyebabkan makhluk tersebut memiliki wajah seperti manusia. sumber : http://www.dunia-unik.com |
Di gelar 'perempuan kertas'kerana kulitnya boleh ditulis Posted: 01 Jul 2012 04:00 PM PDT Huang Xiangji 52 tahun di gelar Perempuan Kertas kerana kulitnya boleh di tulis .Menulis di kulit tubuh dengan menggunakanpen itu sudah biasa. Tapi seorang perempuan yang menghidap penyakit kulit tinggal mencoret-coret kulitnya dengan kuku untuk membuat sebuah tulisan. Anda mungkin tidak percaya bila kulit tubuh boleh dijadikan sebagai media untuk menulis? Tapi kejadian tersebut benar-benar dialami seorang nenek yang boleh menulis di tubuhnya sendiri dengan menggunakan kuku. |
Gila...lelaki ni suruh awek pegang anunya (pic) Posted: 01 Jul 2012 11:00 AM PDT |
Video..orang tua dipukul tanpa sebab Posted: 01 Jul 2012 10:30 AM PDT |
Posted: 01 Jul 2012 10:15 AM PDT |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |