Adsense

Ahad, 24 Jun 2012

Zon Artis

Zon Artis


Saiful Apek Bebas Tuduhan Mengambil Dadah

Posted: 24 Jun 2012 10:27 PM PDT

SAIFUL APEK DADAH

Kami baru sahaja menerima perkhabaran bahawasanya pelakon komedi iaitu Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek secara rasminya bebas daripada tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan dua tahun lalu. Apek dan juga tiga rakannya dibebas tanpa perlu membela diri oleh Mahkamah Majistret, Petaling Jaya.

Keputusan tersebut dibuat oleh Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh dan terdapat percanggahan bukti.

Untuk rekod, Apek dan tiga rakannya sebelum itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya pada 12 Jun 2010.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Walau bagaimanapun, pada 1 November tahun lepas, Apek dan tiga rakannya iaitu Shaiful Baharom, Shah Zainatull Eshan Al Muazam Shah Yahya dan Noremy Mohamad mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Related Posts with Thumbnails

Muzik Video Jejaka Idaman 2.0 Lynnzay Affandy

Posted: 24 Jun 2012 09:16 PM PDT

Muzik video Jejaka Idaman 2.0 dari penyanyi Lynnzay Affandy baru sahaja dilancarkan. Sambil anda mendengarkan lagu Jejaka Idaman 2.0 yang kami sertakan, mari baca detail kat bawah ni untuk mengenali lebih dekat siapakah gerangannya penyanyi bernama Lynnzay Affandy dan mengetahui lebih dalam mengenai lagu Jejaka Idaman 2.0 yang dinyanyikannya.

Jejaka Idaman adalah lagu popular yang pernah di nyanyikan oleh penyanyi pop,Raja Ema pada tahun 1986. Di olah semula oleh Lynnzay A. dengan versi yang lebih urban bersama unsur muzik yang lebih trendy dan digemari generasi muda seperti 'pop dance' dan sedikit unsur 'dubstep'.

Muzik Video Jejaka Idaman 2 Lynnzay Affandy

Lynnzay A. ataupun Lynnzay Affandy adalah bekas ahli kumpulan di bawah syarikat pengurusan Reshmonu yang digelar 'Senoritas' yang sudah berpecah beberapa bulan lepas.

Lynnzay menyambung kerjayanya sebagai wartawan untuk surat khabar politik dan terus bergerak maju menghasilkan single pertamanya dan ingin memperkenalkan 'style' sebenar muziknya ke mata Malaysia.

Bersama kekuatan yang di perolehi Stacy Angie dan MizzNina, Lynnzay juga berkebolehan menari dengan bagus di samping menyanyi. Lynnzay juga menulis lagu sendiri dan dikhabarkan lagu-lagu seterusnya yang akan di terbitkan adalah hasil karyanya sendiri.

Tetapi dengan bantuan daripada mereka yang lebih arif seperti DJ Fuzz dan Amylea Azizan, Lynnzay telah memulakan langkah pertama dengan memberikan idea untuk menyanyikan semula lagu 'Jejaka Idaman'.

Ditulis asalnya oleh Fauzi Marzuki, ditambah lirik dan melodi baru oleh Amylea Azizan, penyanyi yang sedang berjinak-jinak dalam penulisan lagu semula setelah berehat beberapa lama dalam bidang nyanyian. Untuk kesinambungan lirik Fauzi Marzuki, Amylea telah berjaya menghasilkan lirik yang sedikit puitis tetapi sesuai dengan rentak dan irama baru yang telah dihasilkan oleh Amylea juga. Manakala susunan muziknya pula dihasilkan oleh nama yang tidak asing lagi dalam dunia urban, iaitu DJ Fuzz. DJ Fuzz memasukkan elemen terbaru ke dalam susunan muzik untuk versi baru lagu ini dan membuatkan ianya lebih sesuai untuk imej dan gaya Lynnzay A.

Lynnzay A. telah memilih Juzzthin sebagai rapper yang menyanyi di bahagian klimaks lagu ini. Juzzthin lebih di kenali sebagai salah seorang pelakon utama di dalam drama bersiri kegemaran remaja iaitu 'Projek Pop' yang di tayangkan di TV8 dan juga 'Waktu Rehat' untuk tayangan Disney Malaysia di Astro.

Bersama pengalaman sebagai rapper dan penyanyi hiphop underground, Juzzthin diberikan kepercayaan untuk menulis sendiri liriknya dan ini adalah kali pertama dia rap berBahasa Melayu. Ternyata penyampaiannya adalah unik dan Lynnzay A. berpuas hati.

Maka dengan ini, terhasillah versi baru lagu ini yang telah di beri tajuk 'JEJAKA IDAMAN 2.0′ bersama penghasilan muzik video yang bakal di riliskan juga tidak lama lagi yang di tujukan khas buat peminat 'dance music' serta 'dubstep'.

Related Posts with Thumbnails