Adsense

Ahad, 24 Jun 2012

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Kembar Amy Search Di Sabah

Posted: 23 Jun 2012 11:32 PM PDT



Alamak abang Amy Search kita ada kembar juga, sama tapi tak serupa dan sudah pasti Padzusyah Damodaran tidak dapat melupakan detik-detik bersejarah dalam hidup beliau ketika bertemu Amy Search. 




Jejaka yang mirip kepada abang Amy kita ini digelar Amy Search Tawau dan turut meminati beliau.


Apa Komen Anda ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Panas Erin Malik Ambil Ganja !!

Posted: 23 Jun 2012 11:17 PM PDT

Kesian adik Erin Malik kita ini, baru nak menaikkan nama dalam persada seni hiburan di Malaysia, sudah ada omongan kosong yang ingin menjatuhkannya.


Pelakon Erin Malik enggan ulas isu ganja yang telah tersebar di laman blog serta akbar kononnya mendakwa dia telah terjebak dengan pengambilan dadah jenis ganja sewaktu menjalani penggambaran drama Mis Cinta di Kemaman, Terengganu, bulan lalu.

Erin Malik atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 18, berkata tiada apa yang boleh diulas kerana gosip yang tersebar itu sama sekali tidak berasas.
 




"Saya tidak mahu komen lagi. Jika saya nafikan, orang masih lagi tidak percaya dan terus-menerus menuduh saya di laman Twitter dan sebagainya.


"Sepatutnya media perlu bertanyakan kepada orang yang menyebarkan berita ini, bukan saya.
 
"Maaflah, saya tidak mahu layan cerita kontroversi begini kerana ianya boleh menjatuhkan maruah dan karier saya," katanya ketika dihubungi murai.com.my

Erin Malik menambah dia telah terima pelbagai kata cacian daripada orang ramai susulan cerita tersebut.
 
Walaubagai mana pun, Erin berkata jika ianya masih berlarutan, dia bakal mengambil tindakan kepada pihak yang bertangunggjawab menyebarkan khabar angin yang tidak berasas itu.

"Saya pun tidak tahu mengapa orang itu sanggup menabur fitnah ini. Mungkin juga dia cemburu atau entah apa lah.
 
"Saya tidak akan berdiam diri jika isu ini masih berlarutan, saya akan ambil tindakkan yang sewajarnya untuk mendakwa pihak yang menyebarkan fitnah ini.


"Saya tidak takut kerana saya ada bukti untuk mendakwanya," jelasnya yang tidak mahu memberitahu pihak yang menyebarkan fitnah tersebut.
 

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Buku Memoir Bukan Memoir Tulisan Pekin Ibrahim Di Rampas JAIS !?

Posted: 23 Jun 2012 09:59 PM PDT

Kerana salah faham yang timbul menyebabkan buku terbaru Pekin yakni seorang pelakon dan penulis buku di rampas oleh pihak berkenaan. Menurut info kandungan dalam buku tersebut diragui dan dikatakan ada kandungan yang merosakkan akidah umat islam.


Namun empunya buku tampil dengan jawapan berikut apabila ditanya oleh wartawan :
"Insiden itu berlaku kerana salah faham. Jais membuat serbuan pada syarikat penerbitan itu kerana buku-buku lain dan bukannya buku saya. Secara kebetulan buku saya juga berada di sana, mereka rampas beberapa naskhah bagi tujuan siasatan. 
"Saya berasa terkejut dan terkilan juga dengan apa yang berlaku kerana tidak pasal-pasal buku saya pula terbabit sama tetapi semuanya sudah diselesaikan dengan baik," katanya ketika ditemui mStar Online.

ZoOM : Jika anda sudah membaca buku ini SHARE lah dengan rakan-rakan anda disini, dan kepada Pekin Good Luck Bro ....

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!