Adsense

Ahad, 24 Jun 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Heliza Helmi di Sidang Media Rasa Halal Antarabangsa

Posted: 24 Jun 2012 09:45 PM PDT

Gambar Heliza Helmi di Sidang Media Rasa Halal Antarabangsa.

Selepas bersiaran selama enam musim, program yang berkonsepkan kembara masakan iaitu RASA HALAL, kini kembali dengan pengisian yang lebih segar dan mantap untuk musim ketujuh untuk musim ke-7 dengan menampilkan hos terbaru iaitu Heliza Helmi, penyanyi, usahawan yang lahir dari program Akademi Fantasia musim ke-5.

Program Rasa Halal Antarabangsa, 26 episod terbitan pihak produksi E-Style Sdn Bhd yang akan menemui penonton setiap hari Khamis, jam 7.30 malam bermula 28 Jun 2012 di Astro Oasis menerusi saluran 106.

Sebanyak 5 buah negara dilawati iaitu Turki, Australia, Korea, Perancis dan London.

Antara negara yang diterokai dan dilawati oleh Heliza Helmi ialah Turki di mana di sana penonton akan melihat Heliza akan merasai beberapa resepi dari sana seperti Guvej, Salad Kambing, Gozleme dan macam-macam lagi.

Turut dilawati negara kanggaroo iaitu Australia di mana Heliza sempat melawat Brisbane dan Sydney.

Korea juga dilawati Heliza semasa musim bunga. Memang cantik dan meriah dengan warna-warni alam flora yang sangat memepersonakan.

1. Program yang paling lama pernah diterbitkan di Astro Oasis iaitu selama 7 musim. Program Rasa Halal musim pertama bermula pada 2008 di mana negara China menjadi negara pertama dilawati.

2. Heliza Helmi dipilih untuk menggantikan Farah Breep Breep yang kini sedang mengandung dan bakal melahirkan anak.

3. Ramai rakyat Malaysia yang melancong ke-5 buah negara, jadi program ini menunjukkan panduan untuk Muslim di mana restoran Halal di sana.

4. Heliza mengharapkan dirinya gemuk dan berisi dengan program ini memerlukan beliau makan setiap kali singgah di restoran ini.

5. Heliza tak sempat untuk meminta tips dan panduan dari Farah Breep Breep.

"Satu benda yang sangat-sangat dinantikan dan saya sangat bersyukur kerana dengan berjalan-jalan bersama Rasa Halal Antarabangsa ni, saya banyak belajar.

Pengalaman sangat berharga walaupun sangat letih kerana dalam satu hari kadang-kadang terpaksa habiskan dua hingga tiga episod.

Kesemua negara memang mencabar. Seperti di Korea, Heliza sempat merasai Kimchi dan diberi peluang untuk memasak kimchi. Setiap hari makan Kimchi di Korea sehingga rasa Kimchi dah sebati dalam diri Heliza.

Pemilihan Heliza Helmi sebagai pengacara ialah kerana Heliza suka makan, suka jalan-jalan makan angin, kena dengan gaya muslimah yang dibawa oleh Heliza, tak banyak kerenah, tahan lasak.

Selama dua bulan penuh diperlukan untuk melaksanakan pengambaran.

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Babak Panas Zarina Jamalullail Terpaksa Dipotong?

Posted: 24 Jun 2012 07:43 PM PDT

Pelakon baru Zarina Jamalullail, 23, menafikan dakwaan suaminya telah membayar sejumlah wang dengan jumlah yang besar bagi memotong beberapa adegan romantik yang dilakonkannya bersama Pekin Ibrahim dalam filem Aku, Kau dan Dia.

Bagaimanapun, Zarina yang merupakan finalis Dewi Remaja 2010/11 mengakui hanya meminta pihak produksi iaitu Tayangan Unggul untuk memotong sedikit adegan romantik berlebihan, bagi menjaga imejnya yang baru bertudung sejak bergelar isteri pada Disember tahun lalu.

"Diakui memang saya ada minta pihak penerbit untuk memotong sedikit adegan yang saya rasa tidak manis ditonton umum, kerana saya sudah bersuami dan bertudung. Ia telah mendapat persetujuan semua termasuklah pengarahnya, Pierre Andre. Tetapi tidaklah sampai suami perlu membayar ratusan ribu ringgit kepada penerbit semata-mata untuk pemotongan adegan tersebut, ia tak masuk akal. Saya kesal dengan hal ini kerana suami tidak ada kaitan langsung. Harap-harap kenyataan ini jelas dan difahami semua pihak. Saya tak mahu kerana gosip sebegini, kerjaya suami pula yang terganggu." Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail & Pekin Babak Panas

Antara babak Zarina dan Pekin dalam filem Aku, Kau dan Dia.

Tambah Zarina, ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana dia hanya ingin menjaga imejnya apatah lagi selepas berhijrah.

Minggu lalu, beberapa akhbar dan portal hiburan melaporkan terdapat khabar angin yang mengatakan suami Zarina yang dikatakan seorang VVIP sanggup membayar ratusan ribu ringgit kepada pihak produksi agar memotong beberapa adegan romantik membabitkan pelakon wanita itu dengan Pekin.

Pemotongan babak tersebut dikatakan telah menjejaskan perjalanan cerita filem itu yang turut dibarisi pelakon Remy Ishak, Nash, Harun Salim Bachik dan Marissa Yasmin.

"Kalaulah saya tahu akan berkahwin dan berhijrah dalam tempoh masa terdekat, sudah semestinya saya tidak akan mengambil tawaran berkenaan. Tetapi pada ketika itu, saya menganggap filem ini sebagai platform untuk meneruskan kerjaya di bidang seni selepas menyertai Dewi Remaja," ujarnya yang kini sedang mengandung enam bulan.

Sementara itu, Zarina telah membuat keputusan untuk tidak berkecimpung dalam dunia lakonan bagi memberi fokus sepenuhnya terhadap keluarga.

"Buat masa ini saya tak mahu berlakon lagi dan ingin mencuba sebagai pengacara agar lebih mudah dalam hal pengurusan masa. Bagaimanapun saya tak nak cakap besar, mana tahu, jika ada tawaran yang bersesuaian pada masa akan datang, saya akan pertimbangkan," tuturnya.

Gambar Zarina Jamalullail di Majlis Tayangan Media Filem Aku Kau & Dia

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Tags: , ,

Tags: , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: