Adsense

Ahad, 24 Jun 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Saiful Apek Bebas Tuduhan Dadah

Posted: 24 Jun 2012 09:49 PM PDT

Berita Harian melaporkan Saiful Apek, seorang pelakon dan pelawak telah dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Turut dilepaskan bersama Saiful Apek ialah 3 orang rakannya, iaitu Shaiful Baharom, Shah Zainatull Eshan Al Muazam Shah Yahya dan Noremy Mohamad.

Keputusan pembebasan daripada tuduhan telah dibuat oleh Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda.

Saiful Apek pernah dinobatkan sebagai Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003.

Monday Music : Hujan Lancarkan Album Baru, “Sang Enemy”

Posted: 24 Jun 2012 09:46 PM PDT

Tak putus-putus rezeki masuk, kali ini, kumpulan Hujan telah melancarkan album terbaru mereka yang berjudul, "Sang Enemy". Sesi pelancaran album ini telah diadakan di Black Box, Publika, Solaris Dutamas minggu lepas dan mereka turut memperdengarkan lagu-lagu terbaru mereka kepada para tetamu.

Album "Sang Enemy" kali ini menampilkan lagu-lagu berunsur rock dan balada dan secara keseluruhannya, lagu-lagu dalam album ini lebih berat dari kebiasaannya. Album ini turut menampilkan penyanyi popular, Yuna, dan juga pemain sape terkemuka dari Sarawak, Jerry Kamit dalam lagu berjudul, "Janji Kita".

Lebih menarik, album yang dimuatkan dengan 7 buah lagu ini akan turut menampilkan pemuzik-pemuzik jemputan dari Jepun serta kolaborasi bersama penyanyi kumpulan metal tanah air, Joe The Padangs. Antara lagu-lagu yang akan diselitkan ialah "Janji Kita", "Rumah Kita", "Mana Mungkin", "Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur", "DBS", "Ke Selatan", dan "Kembara".

Kepada peminat setia, Raingers semua, OHBULAN! pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk membeli album terbaru Hujan – Sang Enemy. Sila dapatkan di kedai-kedai muzik berdekatan sekarang!

Jom dengar lagu berjudul "Janji Kita" dari Hujan selepas ini!