OHBULAN! |
Tampil Gothic Seperti Avril Lavigne Posted: 22 Jun 2012 12:49 AM PDT Avril Lavigne merupakan artis Hollywood yang membawakan imej gothic dalam penampilannya. Mungkin fesyen ini tidak berapa sesuai untuk digayakan di Malaysia, tetapi terdapat juga sebilangan remaja di Malaysia yang menggayakan fesyen ini dalam gaya harian mereka. Di Malaysia mungkin fesyen gothic ini sesuai untuk dijadikan tema dalam acara-acara tertentu seperti Annual Dinner pejabat, tema hari jadi, dan sebagainya. Namun begitu, mungkin tidak salah sekiranya sekali sekala menampilkan imej gothic dalam penampilan harian, tetapi masih menitik beratkan ciri-ciri ketimuran rakyat Malaysia.
Mungkin ada antara individu yang ingin tampilkan kelainan dalam fesyen dan gaya harian mereka boleh mencuba fesyen gothic ini. Tetapi bergantung juga kepada tempat dan keadaan yang ingin dituju. Sumber : Halalmedia.net |
Jenama Tas Tangan Pilihan Selebriti Posted: 22 Jun 2012 12:47 AM PDT Selebriti merupakan golongan yang gemar tampil dengan pelbagai gaya. Penampilan mereka bukan cuma pada pakaiannya sahaja malah juga pada aksesori hiasan diri,kasut dan juga tas tangan. Kebiasaannya golongan selebriti ini lebih gemar menggayakan tas tangan yang berjenama mewah. Ini kerana mereka ingin tampil nampak lebih esklusif dan elegent. Tas tangan yang mereka miliki kebiasaannya akan dipadankan dengan setiap pemakaian mereka. Tidak kira samada ketika berpenampilan casual mahupun formal. Selebriti yang pernah dilihat menggayakan tas tangan dari barisan jenama-jenama mewah antaranya seperti Ezlynn, Zizie Ezette, Datuk Siti Nurhaliza dan Rozita Che Wan. Ezlynn dan tas tangan Louis vuitton Zizie Ezette dan tas tangan Louis vuitton Datuk Siti Nurhaliza dan tas tangan Louis vuitton Rozita Che Wan dan tas tangan Fendi Tas tangan yang dimiliki oleh selebriti-selebriti ini datangnya dari jenama yang sememangnya mewah dan harganya juga ribuan ringgit dan ada yang mencecah ke puluhan ribu ringgit. Pada selebriti ini mereka akan merasa gembira dan puas menggayakan apa sahaja walaupun berbelanja wang yang banyak kerana semua yang mereka miliki itu hasil titik peluh mereka sendiri juga. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |