borak kosong |
- Adegan Hukuman Gantung Ini Sungguh Mengerikan (Foto)
- Inilah wajah ibu bangsat yang membunuh anaknya
- Orang-Orang yang Berhati Mulia [mengharukan]
- Japan's 'most gorgeous mum' tanpa make up
- Beli seluar bundle dapat cincin berharga USD 6 RIBU
- Bapak paling bodoh....
- Model Cantik Menangis Terisak Disebut Pelacur di Facebook
- Kebas duit rumah kenduri
- Lelaki berjaga 11 malam demi Euro 2012 mati
- Isteri kaki bola England lepas marah di jalan raya sesak
- Kemaruk lihat rakan berbogel
- Botak demi RM50,000
- Terjun enggan balik
- Kami masih tidur sekatil
- Bakar awek hidup-hidup
- Bayi koma terjatuh
- Selebriti Cantik Hidap Kanser Payudara
- Pantang dalam tidur
- Lukis menggunakan darah haid
- Aduh…Perempuan Ini Takut Pisang
- Gambar Lelaki Berwajah Aneh yang Hebohkan Netter Russia
- [Aneh] Monyet menjaga dan merawat seorang bayi
- Angela Griffin Santai Adegan 'hubungan s**s' Ditonton Orang Ramai di Kota Manchester
- Restoran dengan motto 'Makan Sepuasnya, Bayar Seikhlasnya'
- Buat tak kisah je kakak ni
Adegan Hukuman Gantung Ini Sungguh Mengerikan (Foto) Posted: 22 Jun 2012 09:30 PM PDT Ini adalah foto-foto adegan hukum gantung pelaku pembunuhan Presiden AS, Abraham Lincoln. Mereka dihukum gantung pada 7 Julai 1865. Mereka adalah Lewis Powell, David Herold, George Atzerodt, dan Mary Surratt. Mereka dihukum gantung di Fort McNair, Washington D.C. Lewis Powell David Herold George Atzerodt Mary Surratt peti mayat yang sudah disiapkan sumber |
Inilah wajah ibu bangsat yang membunuh anaknya Posted: 22 Jun 2012 09:15 PM PDT Masih ingat, ibu yang membunuh dua anaknya setelah membawa mereka bercuti di pantai? Ya dialah perempuan warga Inggris yang nekad membunuh kedua anaknya dengan cara membekap wajah mereka dengan beg plastik. Daily Mail, Khamis (21/6/2012), melaporkan Lianne Smith, perempuan itu, akhirnya dinyatakan bersalah melakukan pembunuhan kedua anaknya dalam keadaan sedar. Juri di pengadilan provinsi Girona, di bahagian timur laut Sepanyol menyimpulkan Lianne melakukannya bukan atas dasar hilang ingatan atau kehilanga kesaderan. Ia melakukannya atas keinginan sendiri dengan segala konsekuensinya. |
Orang-Orang yang Berhati Mulia [mengharukan] Posted: 22 Jun 2012 09:00 PM PDT Kedua lelaki ini menolong kambing biri-biri yang terjatuh ke laut Kedai buku yang sangat dermawan Atlet wanita ini (kanan) memapah saingan nya yang cedera hingga garisan penamat Lelaki ini menyelamatkan kucing terlantar dan membawa nya ke tempat kering saat terjadi banjir di India Lelaki ini memberikan sandal nya kepada seorang gadis di Rio de Janeiro sumber |
Japan's 'most gorgeous mum' tanpa make up Posted: 22 Jun 2012 08:45 PM PDT Mizutani Masako, the 44-year-old woman who is dubbed the most beautiful mother in Japan because of her youthful appearance, has recently posted photos of herself without make-up on her blog. She became an internet sensation when she revealed how she spent five hours a day on skin care routine, which probably helps in making her look like she's in her twenties, even though she's a 44-year-old mother of two kids. sumber : stomp.com.sg |
Beli seluar bundle dapat cincin berharga USD 6 RIBU Posted: 22 Jun 2012 08:30 PM PDT HAM LAKE - Seorang perempuan menemukan cincin mewah seharga USD6 ribu di bekas seluar yang dibelinya. Namun perempuan itu berusaha untuk mengembalikan cincin itu ke pemiliknya. Deb Thompson membeli seluar bekas di sebuah kedai di Ham Lake, Minnesota, Amerika Syarikat (AS). Seluar yang dibelinya seharga USD3,99 , namun perempuan itu justru menemukan cincin mahal di dalam celana yang dibelinya. Cincin itu ditemukan ketika Thompson sedang merogoh kantong yang ada di celana tersebut. Ketika dia melihat sebuah cicin, Thompson takjub dan membawa cincin itu ke toko perhiasan, untuk diteliti harganya. Saat ini, Thompson berupaya untuk mencari pemilik cincin itu kerana Thompson mengaku, dirinya tak boleh menyimpan perhiasan yang baru saja ditemukannya. Thompson juga bekerja dengan sebuah kedai untuk mencari pemilik cincin itu. "Saya harus menemukan pemilik cincin ini dan saya sangat ingin mendengar cerita, bagaimana boleh cincin mewah itu masuk ke seluar ini," ujar Thompson, seperti dikutip KSTP, Sabtu (23/6/2012). Thompson tidak menjelaskan secara detil, karakteristik dari cincin yang ditemukannya, kerana pemilik yang sebenarnya pasti sanggup mengidentifikasi cincinnya. Sejauh ini, belum ada seorang yang boleh diklaim sebagai pemilik cincin mewah itu.(AUL) |
Posted: 22 Jun 2012 08:15 PM PDT BEIJING - Kelakuan seorang ayah yang bermaksud untuk mengajak bayinya jalan-jalan, mengundang kekhuatiran dari warga sekitar. Ayah bayi itu meletakkan anaknya pada sebuah kotak plastik, kemudian ditarik dengan tali yang diikat di sepeda motornya. Apa yang dilakukan seorang ayah itu kepada bayinya di jalanan Kota Xi'an, Provinsi Shaanxi, China, tentunya menimbulkan kekhuatiran, karena sang bayi dinilai menempuh sebuah perjalanan maut. Bayi yang tidak mengerti apa-apa itu, hanya menikmati duduk di dalam kotak plastik di saat sang ayah membawanya mengelilinggi kota. Bahaya tentu mengancam nyawa bayi akibat perbuatan bodoh ayahnya sendiri. Saat itu, jalan raya di Xi'an tengah padat. Boleh saja sebuah bus lalu tanpa memperhatikan keberadaan bayi tersebut. Pemandangan membahayakan ini dilihat langsung oleh seorang warga yang kebetulan merakamnya. Rakaman video yang disebarkan melalui internet ini, mengundang kecaman terhadap perilaku sang ayah yang dinilai bodoh kerana membahayakan bayinya sendiri. "Ketika pertama kali melihat, saya kira yang berada di dalam kotak itu adalah anjing atau haiwan peliharaan lain. Tetapi ketika lebih dekat melihat, ternyata itu seorang bayi," ungkap seorang warga yang merakam kejadian ini, seperti dikutip Daily Mail, Jumaat (22/6/2012). Pihak polissaat ini tengah mencari penunggang dari motor itu. Belum jelas apakah lelaki itu sudah ditemukan atau belum. |
Model Cantik Menangis Terisak Disebut Pelacur di Facebook Posted: 22 Jun 2012 08:00 PM PDT TRIBUNNEWS.COM - Seorang model cantik bernama Joey Cheah asal Kuala Lumpur, Malaysia, merasa hidupnya hancur setelah foto-fotonya di Facebook dan Twitter dipasang dan mengatakan dirinya adalah perempuan panggilan. Dilansir The Star, Jumaat (22/6/2012), perempuan berusia 26 tahun ini menerima 100 panggilan telefon dan SMS dari orang-orang yang ingin bercinta dengannya. Joey mengatakan dirinya mulai menerima panggilan telefon setelah sebuah iklan memasang foto dan nombornya beredar di sejumlah blog dan situs pertemanan awal bulan ini. "Saya menerima panggilan telefon dan SMS pagi dan malam. Saya secara mental dan emosional terganggu," jelasnya dalam konferensi pers di kantor MCA Public Services and Complaints Department. Joey, asal Penang, mengatakan sejumlah iklan itu menulis dirinya suka bercinta dengan lelaki dan mendapatkan imbalan sejumlah wang. "Ibu saya sangat khuatir dan stres," jelas anak semata wayang ini. Ia juga mengaku, dirinya khuatir iklan itu akan merosak karier modeling yang sedang ditekuninya. Meski Facebook dan Twitter sudah menutup akaun itu namun dirinya masih kerap menerima panggilan telepon kerana mengunjungi sejumlah blog dan situs. Joey menduga, ini adalah perbuatan dari orang-orang yang cemburu dengan kariernya. Sementara itu, Ketua MCA Public Services and Complaints Department, Datuk Seri Michael Chong, menegaskan akan membantu Joey mencari perlindungan hukum dan melaporkan kes itu ke polis. |
Posted: 22 Jun 2012 07:45 PM PDT BANDAR SERI BEGAWAN: Seorang wanita berusia 38 tahun dipenjarakan tiga bulan selepas mengaku bersalah mencuri di mahkamah Bandar di sini, semalam. Suri rumah lima anak, Zurina binti Ahmad yang tinggal di Panaga Seria menemani suaminya ke majlis perkahwinan di RPN Bukit Beruang Tutong pada 17 Jun lalu. Pada waktu tengah hari, Zurina beredar daripada majlis perkahwinan untuk memasuki kediaman tuan rumah dan naik ke tingkat atas. Apabila melihat tiada orang, dia menceroboh masuk ke dalam sebuah bilik sebelum menemui dompet di dalam laci almari pakaian. Dia mengambil wang tunai berjumlah RM81 sebelum meletakkan dompet itu semula ke tempat asalnya. Bagaimanapun, nenek kepada pengantin nampak Zurina menaiki tangga untuk ke tingkat atas kediaman itu. Dia kemudian memberitahu cucu perempuannya supaya mengekori Zurina. Wanita itu melihat Zurina berdiri di sebelah almari pakaian dan bertanya apa yang dilakukannya di situ. Zurina memberitahu pin tudungnya sudah hilang dan seseorang memberitahunya dia boleh mendapatkan pin tudung di satu daripada bilik di tingkat atas kediaman itu. Selepas Zurina beredar, wanita itu memberitahu tuan punya bilik berkenaan mengenai apa yang berlaku. Dia mendapati wang tunai RM81 miliknya sudah hilang lalu bertanyakan hal itu kepada Zurina. Ibu lima anak terbabit menafikan mencuri wang itu, tetapi ketika beg tangannya diperiksa oleh anggota keluarga tuan rumah, wang itu ada di dalam begnya. - Brunei Times sumber : myMetro |
Lelaki berjaga 11 malam demi Euro 2012 mati Posted: 22 Jun 2012 07:30 PM PDT BEIJING: Gara-gara menonton perlawanan bola sepak Euro 2012 secara melampau, seorang lelaki mati selepas berjaga berterusan selama 11 malam, lapor media semalam. Penyokong England dan Perancis, Jiang Xiaoshan, menahan dirinya daripada terlelap bagi mengelak terlepas aksi setiap perlawanan bola sepak yang berlangsung ketika ini. Menurut media, Jiang mati akibat letih melampau. Disebabkan perbezaan masa, Jiang dilaporkan berjaga setiap malam bersama rakan-rakan sebelum pergi bekerja keesokan hari. Selepas perlawanan Ireland menentang Itali, Sina.com melaporkan, Jiang pulang ke rumahnya di Changsha kira-kira jam 5 pagi. "Dia kemudian mandi, tertidur dan tidak membuka matanya langsung selepas itu," lapor Sina.com. Rakan Jiang berkata, kematian itu mengejutkan kerana setahu mereka, Jiang "agak sihat" dan aktif bermain bola sepak mewakili universitinya beberapa tahun lalu. Namun, sumber lain berkata, kesan pengambilan alkohol dan rokok, bercampur faktor keletihan kerana berjaga menyebabkan sistem imunisasi Jiang lemah. - TS sumber : myMetro |
Isteri kaki bola England lepas marah di jalan raya sesak Posted: 22 Jun 2012 07:15 PM PDT LONDON: Menaiki pesawat menyaksikan Euro 2012 atau tunggu saja di rumah untuk meraikan ulang tahun perkahwinan dengan pasangan? Itulah dilema dihadapi seorang lelaki - hanya dikenali sebagai Chris - apabila sehelai kain pemidang digantung di sebatang jalan raya sibuk di antara Birmingham dan Sutton Coldfield. England bertemu Itali di Kiev dalam pusingan suku akhir Ahad ini dan peminat bola sepak dipercayai mula mengunjungi bandar raya di Ukraine itu untuk menyaksikan perlawanan berkenaan secara langsung. Namun, berdasarkan kain pemidang ini, nampaknya "Chris" berdepan dengan kemarahan pasangannya. Pada kain pemidang itu bertulis: "Chris, saya harap suku akhir berbaloi untuk mengorbankan ulang tahun kita. "Jangan bergegas pulang!" - DM sumber : myMetro |
Posted: 22 Jun 2012 07:00 PM PDT LONDON: Seorang doktor yang merakamkan secara rahsia imej teman sekerjanya berbogel didapati bersalah atas tiga tuduhan di mahkamah dan dibatalkan pendaftaran amalannya, lapor media semalam. Pakar kardiologi, Vivek Baliga, berdepan tuduhan menggunakan kamera video untuk mengintip dua wanita teman sekerjanya. Menurut pertuduhan, Baliga, 33, mempelawa seorang doktor wanita dan teman lelakinya datang ke rumah ketika itu dia menetap di Leeds. Ketika menggunakan bilik mandi di situ, wanita terbabit berasa curiga apabila melihat beberapa kotak menghadap tingkap yang ada di situ. Selepas memeriksanya, doktor wanita itu mendapati ada peralatan perakam disembunyikan dalam kotak berkenaan. Dia kemudian membuat aduan kepada polis dan selepas diperiksa, lebih banyak imej ditemui tersimpan dalam komputer Baliga. Antara imej yang ada, doktor wanita sama mandi di rumahnya sendiri, serta seorang lagi doktor wanita yang sedang menggunakan tandas juga di rumahnya. Baliga yang ketika itu melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah dalam kajian kardiologi, dihukum menjalani khidmat komuniti selama tiga tahun. Dia juga diarah mengambil bahagian dalam program rawatan pesalah seks. Hakim Scott Wolstenholme berkata, tingkah laku Baliga sebagai "menjijikkan dan keji." Panel Perkhidmatan Tribunal Pengamal Perubatan berkata, mereka mendapati perbuatan Baliga tidak melayakkannya terus menjadi doktor. "Kesalahan yang disabitkan ke atas kamu serius dan dibuat untuk kepuasan seksual sendiri. "Ia dilakukan secara terancang, berulang dan dalam tempoh lama," katanya. Justeru, kata panel itu, ia tidak dapat diterima sebagai perbuatan seorang pengamal perubatan. - DM sumber : myMetro |
Posted: 22 Jun 2012 06:45 PM PDT KUALA LUMPUR: Bukan mudah bagi seorang wanita yang sudah sebati berambut panjang membotakkan kepalanya secara tiba-tiba, tetapi itulah yang dilakukan personaliti televisyen, Ras Adiba Mohd Radzi. Menurutnya, beliau mengambil keputusan drastik itu bukan untuk menarik perhatian mana-mana pihak, sebaliknya demi menyatakan sokongan dan keprihatinannya terhadap penghidap kanser. Malah, keberaniannya yang mencukur habis rambut panjang mengurai dan meninggalkan hanya sedikit sisa, memperlihatkan jiwa kentalnya sebagai personaliti wanita pertama berbuat demikian. "Saya mendapat jemputan daripada Majlis Kanser Nasional (Makna) untuk terbabit dalam kempen Jom Botak ini sebagai menyatakan sokongan kami kepada pesakit kanser khususnya kanak-kanak. "Kalau bercakap berdasarkan pengalaman sendiri, saya memiliki ahli keluarga yang juga penghidap kanser. Ayah tiri saya meninggal dunia kerana barah kolon manakala pak cik dan beberapa rakan menjalani rawatan atas sakit dihadapi. "Mereka orang terdekat dengan saya dan saya melihat mereka sangat tabah dan kuat. Bayangkan bagaimana mereka melalui hari-hari mereka dan saya berasa cukup hormatkan mereka," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Ras Adiba membotakkan kepalanya di salun A Cut Above, di sini dan rambutnya dipotong pemilik salun itu sendiri, Winnie Loo. Beliau berkata, dia tidak kisah jika kerjayanya terjejas kerana beliau percaya kepada niat yang baik membantu mereka yang menderita dan dalam kesusahan. "Jadi saya berharap lebih ramai masyarakat menunjukkan rasa prihatin mereka dan bersama-sama kami nyatakan sokongan terhadap pesakit kanser. Saya berharap dapat mengumpul sumbangan peribadi RM50,000 untuk tabung Makna. Sementara itu, Ketua Projek Kempen Jom Botak, Datuk Dr Arunan Selvaraj berkata, kempen itu bermula sejak sebulan lalu dan baru-baru ini, pihaknya menjayakan rakaman klip video bagi meraih sokongan masyarakat. Orang ramai boleh melayari www.jombotak.makna.my untuk maklumat lanjut. sumber : myMetro |
Posted: 22 Jun 2012 06:30 PM PDT MIRI: Seorang wanita Vietnam nekad terjun daripada kenderaan dipandu teman lelakinya selepas berlaku pertengkaran di antara mereka dalam kejadian di Jalan Bulan Sabit, di sini, kelmarin. Akibat kejadian jam 7.30 malam itu, dia yang berusia 23 tahun kini koma akibat tempurung kepala retak dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Miri. Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama teman lelakinya berusia 33 tahun serta seorang rakannya dalam perjalanan dari Pusat Komersial Centre Point menuju ke pusat bandar untuk bersiar-siar serta menikmati makan malam dengan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux . Sumber berkata, ketika dalam perjalanan, berlaku pertengkaran antara mangsa dan kekasihnya kerana dia dikatakan enggan pulang negara asal sebagaimana dikehendaki lelaki itu, sebaliknya mahu terus menetap di sini. sumber : myMetro |
Posted: 22 Jun 2012 06:15 PM PDT PETALING JAYA: Selepas berbulan berdiam diri, akhirnya suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin tampil menjelaskan mengenai desas-desus kononnya dia berkahwin dua dan menafikan segala cerita itu. "Demi Allah, isteri saya hanya Erra seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar-gambar upacara itu dikeluarkan di Internet. "Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan. "Tetapi lama-kelamaan ia semakin besar dan saya ingin jelaskan yang gosip saya menduakan Erra sama sekali tidak betul. Yang penting Erra, keluarga saya, keluarga mentua tahu perkara sebenar. "Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil," kata Emran. sumber : myMetro |
Posted: 22 Jun 2012 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Pertengkaran sepasang kekasih berakhir tragedi apabila lelaki berusia 35 tahun menyimbah petrol sebelum membakar teman wanitanya hingga menyebabkan 90 peratus tubuh mangsa melecur, awal pagi semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi itu turut menyebabkan ruang tamu rumah flat mereka di Taman Segar, Cheras di sini, musnah apabila api merebak. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, lelaki terbabit dan mangsa yang berusia 23 tahun dikatakan tinggal bersama di rumah itu sejak lebih setahun lalu. Menurutnya, polis sebelum itu menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai pertengkaran pasangan terbabit di rumah mereka di Blok C yang mengganggu ketenteraman penduduk lain. sumber : myMetro |
Posted: 22 Jun 2012 05:45 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan kini koma selepas mengalami pendarahan dalam otak dipercayai terjatuh di pusat asuhan kanak-kanak di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh, Isnin lalu. Ibu angkatnya, Nazila Ahmad, 33, berkata, kecederaan dialami bayinya Nur Iris Arissa Mohd Amin diumpamakan doktor seperti tercampak keluar dari kereta yang terbabit dalam kemalangan dan peluang bayinya pulih sepenuhnya kabur. Difahamkan, bayi malang itu baru sebulan diletakkan di bawah penjagaan pusat asuhan berkenaan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB) sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Menceritakan kejadian itu, Nazila berkata, dia menghantar Arissa ke pusat asuhan berkenaan jam 8 pagi sebelum ke tempat kerjanya di sebuah syarikat swasta di Jalan Duta, di sini. sumber : myMetro |
Selebriti Cantik Hidap Kanser Payudara Posted: 22 Jun 2012 05:30 PM PDT Ekvall terlambat menerima diagnosis penyakitnya. Membuatnya sulit bertahan setelah hampir dua tahun berjuang dengan beragam perawatan termasuk kemoterapi, radiasi, dan mastektomi. Ia terlambat mengetahui penyakit itu kerana mengira benjolan di payudaranya hanya perubahan tubuh akibat kehamilan. "Saya marah terhadap diri sendiri, seharusnya saya tak mengabaikannya.Mak cik dan nenek saya meninggal akibat kanser payudara." Tubuhnya yang membengkak terus melemah. Seluruh helai rambut di kepalanya tanggal menyisakan kepala botak. Rambut halus di alis dan bulu matanya pun gugur tak bersisa. "Tidak seorang pun pernah melihat saya botak, tanpa make up Sungguh menyakitkan melihat diri saya sendiri di cermin," ucapnya lewat sebuah buku yang ia tulis sebelum meninggal, bertajuk 'Fuera de Coco atau Out of Focus', seperti dikutip Daily Mail. Melalui buku yang memuat foto perubahan tubuhnya selama sakit itu, Ekvall ingin menyampaikan pesan mengenai pentingnya pencegahan kanser payudara. Apalagi kepada masyarakat di negaranya, di mana implan payudara dan operasi plastik sudah menjadi hal lumrah. Selebriti Hidap Kanker Payudara, Kanker payudara memang menjadi momok bagi wanita. Meski belum terungkap penyebab utamanya, penyakit 'pembunuh' kedua setelah kanser mulut rahim atau serviks, ini boleh dipicu genetik, juga gaya hidup buruk. |
Posted: 22 Jun 2012 05:15 PM PDT Manusia dapat bertahan 2 minggu tanpa makan, tetapi hanya bertahan 1 minggu saja tanpa istirehat. Tidur adalah waktu istirehat yang sangat baik, dengan tidur organs tubuh kita dapat beristirehat. Kekurangan tidur dapat merosak organ dan otak kita. PANTANGAN DALAM TIDUR : Jangan tidur dengan mengenakan benda bebahan logam. Misalnya jam tangan, boleh menimbulkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh berbahaya. Jangan tidur dengan membawa HandPhone ke ranjang Gelombang medan magnet yang ditimbulkan oleh alat elektronik ini, dapat merosak system saraf kita. Jangan tidur dengan memakai Bra (terutama buat yang cewek ) Para ilmuwan di Amerika menyatakan bahawa pemakain Bra diatas 12 jam, dapat mengakibatkan kanser payudara. Jangan tidur dengan masih memakai make-up Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit kita, kerana kulit tidak dapat bernafas. Selain itu boleh buat jerawat. sumber: http://davidmboys.tumblr.com |
Posted: 22 Jun 2012 05:00 PM PDT Vanessa Tiegs seorang bekas penari ballet profesional yang tinggal di San Francisco USA . Dia mula melukis lukisan yang pertamanya menggunakan darah haid yang berjudul Spiral Moon pada September Tahun 2000 . Dia mendapat ilham dari sebuah buku yang berjudul blood, breed and roses 'how menstruatin create the world'. Hal itu merubah pandangannya pada dunia haid.Kemudian dia mula melukis dan dapat melukis 88 buah lukisan hasil daripada 36 kali kedatangan darah haidnya. Setelah itu ia memilih 13 dari 88 lukisannya untuk di pamerkan . Dia mencampurkan darah haidnya dengan media campuran arkilik agar dapat menghilang bau hanyir darah.Ramai yang mengutuk tindakan Vanessa dengan mengatakan bahawa ideanya tidak sehat dan sangat menjijikkan . Tapi ramai juga yang memujinya.(link) inilah di antara lukisan-lukisannya |
Aduh…Perempuan Ini Takut Pisang Posted: 22 Jun 2012 04:45 PM PDT TEMPO Interaktif, Ketika kecil Paula Ross kerap dipaksa makan buah. Sampai-sampai dia mengalami trauma. Dari banyak buah, ada satu buah yang membuat Paula ketakutan luar biasa: pisang. Jangankan memakannya, melihat atau mencium bau pisang saja sudah membuat dia panas-dingin. Dia semakin takut dengan pisang ketika pernah diintimidasi (bully) oleh teman-temannya di sekolah. "Mereka mengejarku dengan pisang, aku ketakutan dan mereka tertawa, mereka fikir itu lucu," ujar Paula seperti dikutip dari Daily Mail. Paula tak makan pisang selama 20 tahun. Kini, di usia 23 tahun, Paula mulai boleh mengalahkan rasa takutnya terhadap pisang. Dia bisa berdamai dengan pisang setelah melakukan terapi. Paula melakuan terapi dengan psikolog John Bruce. Dia mengikuti programneuro-linguistic. Program ini membantu pesakit mengubah ketakutan seseorang terhadap suatu benda dan menanamkan persepsi positif terhadap benda yang dia takutkan. "Sekarang aku sudah berani memegang pisang. Aku juga tenang makan siang bersama dengan teman-temanku. Kalau ada yang membawa pisang, aku tak takut lagi," ujarnya. Menurut Bruce, terapis Paula, fobia pisang adalah hal yang aneh. "Sebelum bertemu Paula, aku tak pernah membayangkan ada penderita fobia pisang," kata Bruce. Dia lalu mengajak Paula melawan rasa takutnya terhadap pisang dengan menganggap bahawa pisang itu bukan sesuatu yang menakutkan, tapi sebuah hal yang menenangkan dan membuat senang. |
Gambar Lelaki Berwajah Aneh yang Hebohkan Netter Russia Posted: 22 Jun 2012 04:30 PM PDT |
[Aneh] Monyet menjaga dan merawat seorang bayi Posted: 22 Jun 2012 04:15 PM PDT Monyet di Dhenkanal melindungi dan merawat anak-anak 24 hari ketika ibunya bekerja dalam kerja rumah. Monyet datang ke rumah waktu pagi dan menyudahkan semua kerja penjagaan bayi itu dan kadang-kadang tidur di rumah dengan si kecil. Peristiwa ini telah menjadi perbualan di bandar dan penduduk tempatan. |
Angela Griffin Santai Adegan 'hubungan s**s' Ditonton Orang Ramai di Kota Manchester Posted: 22 Jun 2012 04:00 PM PDT Los Angeles - Pelakon Angela Griffin dan Adrian Bower mendapat tepukan tangan dari penonton ketika mereka memfilemkan adegan berhubungan seks di kota Manchester. Karakter Griffin iaitu seorang pekerja pejabat bernama Shelly, yang cuba untuk mewarnai hubungannya dengan suaminya, seorang lelaki Manchester bernama Greg (diperankan oleh Adrian Bower). "Waktu itu pukul 23:00 dan kami sedang shooting adegan itu di jalan yang benar-benar ramai di Manchester dengan banyak bar dan restoran. Kami pun segera ditonton oleh banyak orang dan mendapat tepuk tangan setelah pengambilan adegan pertama tersebut," jelas Angela. Demikian seperti yang dilansir dari Pipstream.com. |
Restoran dengan motto 'Makan Sepuasnya, Bayar Seikhlasnya' Posted: 22 Jun 2012 11:00 AM PDT Konsep restoran 'all you can eat' atau buffet dengan hanya membayar harga tertentu, mungkin sudah biasa dimana mana tetapi restoran yang satu ini unik, kerana berani mengambil risiko yang merugikan perniagaannya Deewan Resturant, sebuah restoran masakan Pakistan di Wina menawarkan konsep'makan sepuas Anda, bayar semahu Anda'. Bayangkan, Anda makan banyak, tapi hanya bayar sedikit. Wah, apa jadinya restoran seperti itu? Namun ternyata nasib Deewan tak sejalan dengan logik prinsip ekonomi untuk memaksimakan keuntungan. Buktinya, dari tahun ke tahun, Deewan terus beroperasi. Para pelanggannya pun datang, makan, dan membayar dengan harga lebih dari yang sepatutnya di bayar. Lokasinya di Schottentor, restoran ini pun menjadi tempat kegemaran para mahasiswa yang berlajar di daerah tersebut. Mahasiswa yang tak mempunyai banyak bujet restoran ini memang menjadi pilihan utama. Tapi bagi yang bukan pelajar, restoran ini menjadi tempat persinggahan untuk makan seperti pelancong dan *backpacker* . Restoran ini diusahakan oleh seorang lulusan falsafah, Natalie Deewan, konsep restoran ini diinspirasikan daripada keikhlsan tanpa mengharap imbuhan dan pada awal pembukaannya dia sendiri tidak berasa yakin tetapi kerana niat untuk beramal ,pelanggannya semakin ramai . Lalu berapakah 'fair fare' yang masuk akal jika makan di sini? Jika melihat menunya, memang Deewan tak terlalu banyak menyediakan macam-macam masakan.Di meja buffenya, hanya ada 2 pilihan makanan utama. Pertama,makanan kari dari bahan ayam, kambing hingga lembu dan kedua, makanan vegetarian saja serupa kebab sandwich. Juga disediakan makanan pencuci mulut bernama Halla, iaitu sejenis nasi manis yang diolah menggunakan susu dan minyak. Selain itu, Deewan juga menghidangkan nasi dan juga kentang. Sementara, untuk minum, Deewan telah menyenaraikan harga tersendiri. |
Posted: 22 Jun 2012 10:30 AM PDT |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |