OHBULAN! |
Pengakuan Awi Rafael Dan Permohonan Minta Maaf Kepada Peminatnya Posted: 18 Jun 2012 10:49 PM PDT Mungkin sedikit terlambat, tapi ini adalah pengakuan dan permohonan maaf Awi Rafael berkenaan isu tatu dan gambar-gambar sosial yang tersebar dipercayai miliknya. Bagi OHBULAN!, ini adalah satu pengakuan yang sangat berani dan terpulang pada masyarakat untung menilai dari segi baik ataupun buruk. Mari kita baca kenyataan yang telah Awi Rafael tulis di laman Facebook rasminya pada 15 Jun lepas. "Assalamualaikum semua, Terharu hati Awi membaca kata-kata positif sahabat semua, kata-kata nasihat. Awi bersyukur diberi dariNya teman-teman yang ikhlas dengan diri Awi, menerima Awi seadanya dan tidak menghakimi Awi atas kesilapan yang pernah Awi buat pada suatu masa dahulu; masa muda dan masih mentah fikiran Awi masa itu. Awi rasa ia adil utk semua yang sokong Awi untuk tahu yang sebenarnya, dari Awi sendiri, Inshallah. Gambar-gambar yg diambil dan dimuatnaik ke dalam laman-laman portal adalah diambil oleh seseorang sebelum Awi bergelar artis DAN hakikatnya Awi adalah seorang insan biasa yang tidak terlepas dari membuat kesilapan. Awi minta maaf, Awi tidak sempurna. Ketika masih muda dan naif bertahun-tahun dahulu, berbagai perkara telah dicuba oleh seorang remaja muda seperti Awi bila umur Awi masih muda, sekarang Awi sudah 26 tahun, lebih dewasa dan jauh lebih matang, Alhamdulilah. Sejak Awi taubat dan meninggalkan Australia, Awi benar-benar menginsafi dan menyesali di atas segala perbuatan yg menyalahi hukum dan batasan agama. Kerana itu Awi pulang ke Malaysia, negara Islam dan banyak teman-teman Islam yang boleh mengajar Awi sendiri, sambil mencari rezki halal. Awi berhajat untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan mulia di masa hadapan dan dicontohi oleh masyarakat terutamanya kepada peminat-peminat Awi. Awi bukan hendak menyorok atau hipokrit, tetapi dinasihati oleh ibu untuk buat yang terbaik untuk semua lapisan masyarakat, agar peminat-peminat MUDA semua tidak akan mencontohi kesilapan besar Awi dahulu. Awi pegang pada nasihat ibu, IAITU utamakan kawan-kawan yang sedia menyokong Awi. Dugaan itu akan sentiasa ada apabila seorang insan ingin cuba kembali kepada jalan yang benar. Taubat Awi sebelum Awi datang ke M"sia antara Awi dgn Allah, dan kemaafan pertama adalah dari Ibu, dan syukur, Ibu, keluarga, sahabat rapat & kekasih hati Awi sudah lama maafkan Awi. Alhamdulilah. Hikmah ada disemua yang terjadi, dan semua yg terjadi dtg dariNya. Maka itu, MAAFKANLAH insan-insan yg pernah mengutuk, mencaci dan mempertikaikan semua tindakan awi. Maafkan mereka yg dengki dengan rezki Awi, rezki yang datang dari titik peluh kerja keras Azi, hasil rezeki yg halal Awi mencari melalui lagu Awi. Dan maafkan mereka yg tegur dengan kasar, kerana itu baik sebenarnya, Awi tahu hasrat hati mereka hanya ingin mempertahankan ajaran Islam. Tapi… Inshallah tidak dilupa juga bahwa Islam itu juga mengajarkan kemaafan dan bukan dengan tawa atau dengki pada seseorang yg sedang alami kesusahan. Akhirnya, Awi seru kepada adik-adik kita yang masih muda disini, biarlah ini menjadi satu pengajaran untuk semua ya. Jauhkan diri dari yang haram, dekatkan diri kepada Islam dan terutamanya Ibu. Jadi,marilah kita terus maju kehadapan dalam hidup dan dengarkanlah lagu-lagu dalam album terbaru Awi yang akan keluar tak lama lagi, dengarkanlah luahan hati Awi dan Inshallah dari situ dapat memahami perjalanan hidup Awi yang tak pernah Awi sesali. Semuanya ada hikmah sendiri, Awi percaya pada itu. :) Dari segi karier Awi, Alhamdulilah semakin banyak show masih diterima, dan banyak tawaran lagi diberi untuk Awi bernyanyi dan berlakon juga, dan juga peluang utk menyebarkan lagu-lagu ciptaan Awi di Indonesia. Untuk #AwiDDicteds semua, Awi sayang korang. Korang semualah jantungku, Kuatkan semangat dan positif selalu :) Akan Awi update show yangg akan datangg iyaa..=) Wasalam semua, salam jumaat Awi Rafael." |
Posted: 18 Jun 2012 10:13 PM PDT Fesyen turban merupakan satu fesyen trend bertudung dalam era 20an ini. Pada mulanya fesyen ini kurang diterima oleh masyarakat atas faktor ia tidak menutup aurat dan ada ada juga yang mempersoalkan fesyen turban ini seperti ikutan fesyen kaum lelaki berbangsa singh. Pelbagai pandangan negatif yang dapat kita dengar dari orang ramai. Namun dengan adanya insan yang bijak dalam dunia fesyen ini, ia telah berjaya menghasilkan fesyen turban ini dengan gaya yang menarik, sopan dan apa yang penting ia menutup aurat bagi si pemakainya sendiri. Pelbagai rupa bentuk dan rekaan dari segi hiasan yang ada pada fesyen turban sekarang. Ada yang dihias dengan batu-batuan manik dan ada juga digayakan dengan perbagai cara ikatan turbannya. Selebriti seperti Yuna, Ramlah Ram, Noreen Aziz dan juga Fida merupakan antara selebriti yang berani menggayakan fesyen turban ini dengan cara mereka sendiri. Penampilan mereka kelihatan menarik dan masih lagi kelihatan sopan. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |