Adsense

Isnin, 18 Jun 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Izara Aishah berlagak Diva?

Posted: 17 Jun 2012 10:19 PM PDT


Sejak artis artis muda mencipta nama dipersada seni tanahair, rata ratanya ramai wartawan yang mengeluh apabila membuat temu janji bersama artis artis muda sekarang. Dahulu sebelum mencipta nama dan popular artis ini sering menepati masa terutama membuat temujanji, kini setelah namanya menjadi perbualan peminat, Izara Aishah sudah mula berjinak jinak dan terjebat dengan masalah disiplin dan membuatkan orang disekelilingnya meroyan tak tentu pasal dengan perangai dia.

Baru - baru ini keluar satu wartawan yang begitu popular telah menunggunya selama tiga jam setengah dan dikatakan boleh berangin satu badan dibuatnya.

Persoalannya sekarang adakah benar pelakon yang makin mantap karier lakonan itu boleh terjebak dengan masalah disiplin.

Seperti disampaikan satu sumber, katanya dah macam orang bodoh gara-gara menunggu Izara untuk satu temu janji pertengahan minggu lalu.

"Janji pukul 3.30 petang, kami tahu dia ada satu acara lain, tapi tunggu juga sampai pukul 6.30 petang masih tak muncul. Jadi, angkat kaki, cabutlah apa lagi. Yang buat bertambah marah, bukan setakat lambat tapi sikap dan etika dia yang buat aku geram. Telefon tak angkat, mesej yang tak jawab. Elok sangatlah perangai macam tu," katanya melepas geram.

Rasanya, itu bukan kali pertama, tapi malas nak dibesar-besarkan sahaja.

Dengarnya, Izara datang juga ke lokasi temu janji yang turut melibatkan rakaman satu program televisyen berkenaan. Sampai-sampai sahaja terus kena perli. Mahunya yang tak kena perli, semua orang termasuk artis senior lain macam nak mati tunggu dia seorang sampai pukul 7.30 malam baru nampak batang hidung. Berlakon dah rasa elok sikit, mulalah nak tunjuk belang.

Kalau benar Izara Aishah tampil lah kehadapan dan berikan sedikit penjelasan supaya wartawan tersebut berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan punca kelewatan....