Adsense

Selasa, 12 Jun 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Solekan Gaya Korea Inspirasi “Hyuna 4Minutes”

Posted: 12 Jun 2012 09:56 PM PDT

Akhir-akhir ini trend fesyen korea ataupun dikenali sebagai trend K pop sedang meningkat dengan begitu mendadak. Bukan sahaja lagu-lagu dan fesyen pakaiannya sahaja menjadi ikutan,malah gaya solekan pada wajah artis K pop juga menjadi ikutan bagi para pengikut K pop ini.

Salah satu kumpulan penyanyi K pop wanita yang sangat terkenal adalah kumpulan "4 MINUTE". Ahli kumpulan yang terdiri dari 5 orang ini memiliki raut wajah yang sangat comel dan cantik. Mereka juga sangat menitikberatkan soal solekan pada wajah mereka dari segi ton warna, kekemasan dan juga kensep solekan mereka.

Hyuna merupakan salah seorang ahli kumpulan muzik "4minute" yang memiliki raut wajah yang seksi. Gaya solekan yang dirias pada wajah beliau menjadi tarikan kepada peminatnya agar menatarias wajah persis solekan yang beliau padankan.  Solekan yang tampak ringkas namun memberi impak menarik ini mampu membuat ramai tertarik untuk memilikinya juga.

Pihak OHBULAN! ada mendapatkan sedikit tips solekan persis solekan Hyuna dalam video clip lagu kumpulan beliau yang berjudul 'Volume Up". Bagi anda yang ini mencubanya bolehlah melihat video ini dengan selanjutnya. Selamat mencuba !

Sumber video : Youtube

Twelve 2012 : MaRLo Bakal Turun Ke Malaysia Minggu Ini

Posted: 12 Jun 2012 09:35 PM PDT

Anda peminat Electronic Dance Music (EDM)? Maka anda pasti kenal MaRLo atau nama sebenarnya Marlo Hoogstraten, seorang DJ dan juga produser muzik yang berasal dari Amsterdam, Belanda.

Pernah beraksi di festival-festival muzik yang besar seperti Uitmarkt Festival (Amsterdam), Stereosonic, dan juga Creamfields, MaRLo adalah antara salah seorang produser muzik yang mempunyai keunikan dan 'bunyi'nya yang tersendiri. Popular dengan genre Trance, Techno dan Tech-House, MaRLo pernah menghasilkan 'remix' lagu Brain Box oleh Ferry Corsten yang sering dimainkan oleh Ferry Corsten dimana-mana gig yang diadakan.

Berita baik buat anda, MaRLo bakal turun ke Malaysia pada 16 Jun 2012 bertempat di The Pool, Jalan Ampang. Dibawakan khas oleh Badboyz Factory, MaRLo juga pernah beraksi di Sepang untuk festival muzik, Massive 2011 bersama-sama Simon Patterson, Marcel Woods, Alex Morph, MisterAriffin dan juga Trimix.

Apa yang lebih menarik kali ini, MaRLo bakal dibawakan khas oleh Badboyz Factory untuk menghiburkan para peminatnya bersama 11 orang lagi dj-dj tempatan, iaitu DJ Adi, Alex Martin, Djane Geri, Daftastic, Hitz, Amirul Ahmade, Funkayrol, Rebirth Brothers, LissaQash, MisterAriffin dan juga Slash Saiful Hassan. Kesemua dj ini adalah dj kelahiran tempatan dan kesemuanya sedang mencipta nama dan menarik peminat yang tersendiri.

Untuk edisi kali ini, Twelve hanya menjual sebanyak 400 keping tiket dan ianya sangat terhad. Jika ada sebarang info mengenai tiket dan pertanyaan, anda boleh hubungi nombor ini, 03-78052900. Anda juga boleh layari Facebook rasmi Twelve 2012.