Adsense

Selasa, 12 Jun 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tidak jemu mendalami ilmu agama

Posted: 11 Jun 2012 03:38 PM PDT

Hip

Oki Setiana Dewi

Oki Setiana Dewi

EMPAT tahun berlalu, watak wanita bernama Anna Althafunnisa dalam filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB), masih melekat di minda peminat filem itu.

Tidak hairan si pendukung watak Anna iaitu Oki Setiana Dewi, meraih kemasyhuran sekelip mata hanya menerusi filem pertama.

Sehingga kini masih ada peminat yang memanggilnya dengan panggilan Ana dan cuma sesekali nama asalnya terpacul dari mulut mereka. Pada kunjungan kali pertamanya ke Kuala Lumpur, wanita bertudung labuh itu tidak menafikan berasa janggal sehingga pernah melarikan diri tatkala peminat sibuk ingin merakam gambarnya. Namun sedikit demi sedikit, graduan Universitas Indonesia itu mula terbiasa dengan gemerlapan dunia glamor.

Bagaimanapun tatkala berkunjung ke Makkah mengikuti pengajian al-Quran selama sebulan dari awal Februari hingga Mac lalu, wanita kelahiran Batam berusia 23 tahun itu mengakui terpaksa mengenakan purdah bagi mengelakkan daripada diganggu peminatnya.

Walaupun masih muda, semangat wanita bernama Oki di dalam memperbaikilagi dirinya cukup memberikan inspirasi. Jika tidak masakan dia sanggup ke Makkah semata-mata untuk mendalami ilmu agama.

Malangnya kata Oki, dia tidak punya mahram yang dapat menemaninya ke sana. Jika tidak pasti dia mahu meneruskan lagi pengajiannya sekalipun tidak mampu menguasai bahasa Arab.
Sebagai pendidik, penulis buku dan pelajar, minat Oki terhadap dunia lakonan masih belum padam. Katanya, dia masih minat berlakon tetapi mengakui agak selektif kerana hanya menerima tawaran daripada filem mahupun drama yang mempunyai unsur mendidik.

Selepas KCB memang ada tawaran, tetapi terpaksa tolak kerana saya merancang melanjutkan pengajian di Makkah. Saya lebih selesa menumpukan perhatian terhadap pengajian, malah berhasrat menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang psikologi.

Selama berada di sini (Kuala Lumpur) terlintas di fikiran untuk menyambung pengajian di Malaysia, tetapi hasrat itu terpaksa dilupakan kerana kerja saya menanti di sana, katanya yang mengakui KCB turut memberi kesan besar dalam dirinya.

Setelah membintangi KCB, keinginan untuk belajar di Makkah kian membuak-buak. Bukan dirinya seorang kata Oki, malah pelakon lain dalam filem yang mencetuskan fenomena bukan saja di Indonesia tetapi juga di negara ini turut terkesan dengan filem itu.

Oki menyifatkan pembabitannya di dalam filem berkenaan bukan sebagai pelakon semata-mata tetapi juga satu proses pembelajaran untuk lebih memperbaiki diri.

Selepas membaca skripnya timbul kesedaran bahawa banyak yang kurang dalam diri saya. Banyak perkara baru yang saya pelajari selepas membintangi filem itu. Antaranya saya sendiri belum pernah berkahwin, tetapi menerusi filem itu, saya dapat menyelami perasaan seorang isteri apabila suaminya menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi.

Selain itu apa yang cukup mengagumkan, di dalam sibuk menjalani penggambaran, krew produksi tidak lupa untuk bersolat. Sebaik azan berkumandang, mereka segera bersolat malah kami sempat menunaikan solat tarawih sepanjang 35 hari menjalani penggambaran di Kaherah, kongsi Oki.

Ketika wawancara bersama media Indonesia, Oki pernah memberitahu mahu berkahwin pada usia muda.

Malah tanpa selindung mengakui dia memang berhasrat mahu berkahwin secepat mungkin. Impiannya mahu mengakhiri zaman bujangnya tahun ini tetapi sehingga ke saat ini, masih belum ada jejaka yang datang bertanya.

Saya mahukan lelaki yang cerdas, mampu menjadi imam dan pembimbing untuk saya serta anak-anak. Siapa pun mereka saya tidak kisah, asalkan ibu bapa saya berkenaan.

Siapa saja yang menjadi pilihan ibu bapa saya, akan saya terima. Saya amat mementingkan restu dari ibu bapa, bagi saya perasaan cinta itu boleh dipupuk selepas berkahwin, kata Oki yang baru kembali dari pelancaran bukunya di Kelantan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Zaifuddin

Saya doakan saudari bertemu jodoh. Filem KCB memberi kesan mendalam kepada saya, isteri, anak2 saya dan keluarga saya. Semoga filem spt ini akan diterbitkan lagi.

Harith

assalammua'laikum. Smga,oki bjya dalam khdpn dan brjaya mnjdi cntoh kpd para muslimah..yg ptg dkwah yg brtrusan dan sntiasa mjaga maruah samada dgn manusia lg2 Allah azza wajalla. smga cntoh yg dtnjkkan oki dapt mnarik ramai plakon utk mgikuti ajaran dan tatacara Islam scra keseluruhan. amiin

Hayati Bte Massiara

saya minta anda berlakun di kaca tv.