Harian Metro: Rap |
Oki anjur majlis ilmu di penjara Posted: 12 Jun 2012 09:41 AM PDT NAMA Oki Setiana Dewi tentunya sudah tidak asing di kalangan penonton tempatan. Apatah lagi, bagi yang sudah menonton lakonannya dalam filem dan sinetron popular Indonesia, Ketika Cinta Bertasbih (KCB) karya Habiburrahman El Shirazy. Watak Anna Althafunnisa nyata cukup mempopularkan Oki. Baru berusia 23 tahun, gadis yang tampil menutup aurat ini matang berbicara.
"Novel pertama, Melukis Pelangi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi mengisahkan perjalanan hidup saya daripada seorang gadis biasa sehinggalah dikenali ramai selepas membintangi filem KCB. Dalam setahun penjualannya di Indonesia, novel ini menjadi antara karya yang laris di pasaran dan sudah lapan kali cetakan semula. "Manakala, novel Sejuta Pelangi: Pernik Cinta Oki Setiana Dewi pula baru tiga bulan berada di pasaran Indonesia dan sudah empat kali cetakan semula. Saya sangat bersyukur dengan penerimaan baik pembaca terhadap kedua-dua novel ini yang dihasilkan menerusi pengalaman yang pernah saya lalui. "Bagi novel Sejuta Pelangi, saya menulis kisah diri ini bersama masyarakat. "Mereka memberi saya inspirasi dan pengajaran dalam hidup. Ia membuatkan saya mahu lebih memahami agama yang dianuti dan dekat dengan Sang Pencipta. Justeru, dengan sokongan baik yang diterima daripada golongan banduan, saya mengambil inisiatif menganjurkan kelas mengaji al-Quran di penjara. "Aktiviti ini (ajar mengaji) sudah saya lakukan beberapa bulan yang lalu. Bagi saya, daripada menghabiskan masa dengan hanya mengambil gambar bersama saja adalah lebih baik diadakan majlis ilmu yang memberi manfaat untuk kami semua. Secara tidak langsung, saya dan mereka (banduan) dekat dengan Allah," katanya. Oki yang bertudung pada usia 16 tahun berkata, atas sambutan baik diterimanya, dia akan melancarkan novel ketiga Cahaya Di Atas Cahaya tidak lama lagi. Katanya inspirasi untuk penghasilan novel itu diperoleh ketika dia melanjutkan pengajian selama sebulan di Universiti Ummul Qura, Makkah pada Februari lalu. Mengakui dirinya seorang yang begitu cintakan ilmu, Oki menyifatkan semakin dia gigih mencari ilmu, sebenarnya masih banyak yang belum diketahui. Ujar anak sulung daripada tiga beradik ini, ilmu Allah itu cukup luas dan takkan pernah habis diperoleh. Katanya dia akan sentiasa terus belajar. Berbicara mengenai watak Anna Althafunnisa lakonannya, Oki berkata sudah empat tahun dirinya cukup dikenali peminat dengan nama itu. Jelasnya, dia tidak kisah dipanggil Anna sampai bila-bila pun. Menurut Oki, dia menjadi sangat jatuh cinta pada agama Islam yang dianuti sejak mendapat peluang membintangi KCB. "KCB membawa impak yang besar dalam diri saya terhadap agama. Saya sentiasa berdoa kepada Allah dan berusaha mahu menjadi manusia yang baik. Saya bersyukur dipilih melakonkan watak Anna dalam KCB yang cukup memotivasikan diri ini. "Sebelum berlakon dalam KCB, saya sudah pun membaca novelnya. Saya suka dengan watak Anna itu yang digambarkan sebagai seorang wanita yang baik. Malah, apabila diberi kepercayaan melakonkannya, saya banyak pula belajar mengenai ilmu rumah tangga walaupun saya belum berkahwin," katanya. Menerusi KCB juga, Oki meraih anugerah Pendatang Baru Wanita Terbaik Indonesian Movie Award 2010 dan Pendatang Baru Wanita Favorit Indonesian Movie Award Oki berkata, dia adalah seorang wanita yang berharap dapat bertemu jodoh pada usia muda. Katanya, dia bersyukur sekiranya impian itu tertunai dan calon terpilih pula direstui kedua-dua ibu bapanya. Sehubungan itu, lakonan Oki boleh disaksikan penonton dalam pakej Indo Pek |
Posted: 12 Jun 2012 09:22 AM PDT LUPAKAN seketika single atau muat turun lagu pop kegemaran ramai yang sering diputarkan radio jika anda peminat rock sejati! Ini kerana lagu-lagu slow rock terbaik era 70-an, 80-an dan 90-an yang pernah menambat jiwa kini boleh didapati semula dalam bentuk fizikal. Apa yang pasti anda pasti tersenyum mendengar rakaman lagu yang yang ada antaranya sudah berusia 38 tahun.
Kompilasi bertajuk Slow Rock Ballads (The Best Slow Rock Ballads Of All Time) terbitan Warner Music (M) ini ada pelbagai lagu slow rock berbisa tidak luput ditelan zaman. Lagu malar segar rock dengan gitar solo dan vokal berkarakter menyenaraikan kumpulan UFO, Ratt, Dokken, Alice Cooper, Gary Moore, Whitesnake, Deep Purple, Twisted Sister, Loudness, Megadeth dan banyak lagi.
Malah tidak keterlaluan mengatakan masih ada yang mendengar lagu-lagu terbabit hingga sekarang. Sekalipun ada juga lagu kumpulan rock lain terlepas pandang, kompilasi Slow Rock Ballads memadai. Ini sedikit sebanyak mengembalikan memori terhadap muzik rock yang tiada istilah tamat tempoh. Apa menarik mengenai kompilasi ini adalah kekuatan gitar yang menjadi nadi lagu rock zaman terbabit. Senario solo gitar 'menangkap' lagu-lagu dibariskan dalam kompilasi ini jarang didengar sekarang hinggakan timbul istilah 'fade-out' dan muzik moden tanpa gitar solo buat lagu jadi bosan dan tiada jiwa. Apa yang penting, idea mengumpul dan menghasilkan lagu-lagu rock lama ini perlu diberi 'hats-off' walaupun ada menganggap muzik rock kapak atau genre ini pupus. Jika dikaji, muzik adalah evolusi progresif yang tidak basi dan akan berubah setiap 120 bulan sekali. Anggapan itu tidak tepat atau dianggap 'double-standard' kerana muzik rock antara irama paling banyak dimainkan dalam lipatan sejarah muzik. Rock ada martabat tersendiri sekalipun kumpulan datang dan pergi. Mengapa? Kebanyakan lagu rock dikenali menerusi penjualan kaset, konsert rock 'live', kemeja-T atau lagu diperkenalkan oleh rakan. Bukan setakat lagu rock, karakter vokalis atau gitaris rock banyak mempengaruhi remaja atau golongan muda bermain gitar. Sebut saja nama Ritchie Blackmore, Torch, Akira Takasaki, Paul Gilbert, Dave Mustaine, siapa tidak kenal jari-jemari mereka memetik gitar 'shred' atau bermain 'riff' seperti sebuah kereta Ferrari V8 memecut laju di jalanan! Dengan lima CD membabitkan 71 lagu, kualiti rakaman dalam kompilasi slow rock ballads ini memang mantap kecuali jika dibanding dengan rekod piring hitam 'vinyl'. Adalah lebih baik jika ada lagu Motley Crue, Nazareth, Stryper, Bad Company, Uriah Heep mahu pun WASP kerana ia pasti memberi 'ummph' kepada kompilasi slow rock ini! Setiap lagu ada sejarah, setiap lagu ada karakter tidak boleh diubah suai atau susunan baru. Keaslian lagu-lagu slow rock bertema 'cinta' menjadikan kompilasi ini begitu diminati ketika zaman kemuncak era dilalui setiap artis terbabit. Lagu nyanyian The Cars bertajuk Drive atau Missing You oleh John Waite juga ada. Kategori kompilasi ada menghimpunkan band glam rock/metal seperti Poison, Great White dan kumpulan thrash, Testament. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |