Adsense

Rabu, 13 Jun 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Remy Ishak Demam Panas Dan Teman Wanita Layan Macam Sampah

Posted: 13 Jun 2012 12:48 AM PDT

Remy Ishak Demam Panas Dan Teman Wanita Layan Macam Sampah
Remy Ishak Hero Malaya kita entah kenapa tiba-tiba meluahkan perasaannya di Twitter miliknya tengah malam semalam.. Melalui tweet yang di tulis Remy Ishak mengatakan yang dia diserang demam panas dan masuk Hospital namun apabila menelefon teman wanitanya dia dilayan seperti sampah!.. Tidak disebut pula nama teman wanitanya, tapi semua sudah sedia maklum yang teman wanita Remy Ishak adalah cik pendaki gunung Kinabalu kita Tizz Zaqyah..

Diakhir Tweet Remy Ishak tu yang berbunyi "and she know about the tweet, and say goodbye to me. what a sweet memories…" membuatkan kami tertanya-tanya.. adakah hubungan mereka berdua sudah berakhir ataupun hanya gurauan kasar sepasang kekasih?.. Memang susah kita nak buat kesimpulan dengan tweet ni, apa-apa pun sama-sama la kita tunggu penjelasan daripada Remy Ishak sendiri nanti..

tweet remy ishak

Di Facebook milik Tizz Zaqyah pula terdapat status yang mungkin berkaitan dengan tweet Remy Ishak ni.. Apa-apa pun kita kena juga tunggu penjelasan daripada mereka berdua adakah hubungan mereka berdua ni retak menanti belah ataupun sebaliknya..

facebook tiz zaqyah

MyGosip harap hubungan percintaan Remy Ishak dan Tizz Zaqyah ni berkekalan la hendaknya.. Gaduh sikit-sikit tu biasa la kan.. adat orang bercinta memang macam tu.. Apa-apa pun harap Remy Ishak segera sembuh dari demam panasnya tu..

Anzalna Tak Berniat Nak Aibkan Neelofa

Posted: 11 Jun 2012 10:47 PM PDT

Anzalna Tak Berniat Nak Aibkan Neelofa
Anzalna Nasir yang namanya kian disebut-sebut sekarang ni akibat kontroversi yang tercetus gara-gara luahan beliau terhadap Neelofa baru-baru ini memberi tahu yang tujuannya mendedahkan semua itu di surat khabar bukan lah untuk mencetuskan kontroversi.. Apatah lagi untuk mengaibkan Neelofa, Bagi Anzalna mengaibkan orang adalah sesuatu yang tidak baik dan tujuannya hanyalah untuk berkongsi gambaran yang sebenar mengenai pengalaman yang dilaluinya sendiri sebelum ini..

"Saya berharap kepada sesiapa yang membaca penjelasan saya di dalam artikel berkenaan dapat membaca tujuan sebenar saya berbuat demikian.

"Niat saya bukan untuk mencari publisiti murahan kerana bagi saya apa yang sudah berlalu biarlah berlalu. Tetapi selepas melihat sendiri kejadian itu berlaku, saya tidak mahu perkara seumpama ini berterusan dan rasanya saya tidak boleh terus berdiam diri.

"Bagi saya Neelofa jauh lebih popular daripada saya dan bukan kerana dengki atau mahu mencetuskan kontroversi. Kerana sehingga kini,saya masih mendengar perkara yang kurang enak mengenai diri saya.

"Lagipun bukan saya saja yang terkena dan juga bukan hanya Tasha Shilla sahaja, tetapi ada pihak lain juga mengadu perkara yang sama. Tetapi cukuplah saya saja yang menjelaskan situasi saya dan Neelofa," (Murai)

Tambah Anzalna lagi, Dia juga tidak mahu memanjang-manjang perkara ini, cukup lah sekadar cerita yang dikongsikanya itu agar masyarakat umum boleh menilai sendiri…