Zon Artis |
“Isteri Mengaku Mengandung Anak Luar Nikah” – Jimmy Shanley Posted: 07 May 2012 06:46 AM PDT Sungguh terkejut diri ini bila membaca laporan berita Sinar Harian mengenai kes mahkamah berhubung masalah rumahtangga Jimmy Shanley dan isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy bilamana Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa isterinya mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy. Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu yang didapati masih berjudi. Dan menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz. Seperti kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila yang diterimanya di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat pada prosiding yang berlangsung:-
Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka namun nasihat itu tidak diendahkan. Ibarat masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Malah menurut Jimmy, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka. Pada prosiding tersebut, Jimmy mengemukakan lima alasan utama kenapa dia mendakwa isterinya nusyuz iaitu Nursuhaila mungkir janji sebelum bernikah iaitu berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari; bercuti di China tanpa izinnya; mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan jika mengandungkan anaknya. Psstt: Jom bantu YUNA untuk menghasilkan sebuah video klip yang awesome! |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |