OHBULAN! |
Jimmy Shanley Dakwa Nursuhaila Mengaku Mengandung Anak Luar Nikah Posted: 07 May 2012 02:14 PM PDT Membaca beberapa keterangan Jimmy Shanley semasa perbicaraan Mahkamah Rendah Syariah semalam di akhbar Sinar Harian mengenai kemelut rumahtangganya bersama Nursuhaila Eliani Suhaimy benar-benar mengejutkan kami. Sehingga kini, beberapa punca utama telah didedahkan sendiri oleh Jimmy Shanley mengenai sikap isterinya, Nursuhaila. Antaranya ialah Nursuhaila mungkir janji sebelum bernikah iaitu berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari dan bercuti di China tanpa izinnya. Perkara yang paling mengejutkan ialah pada 24 Januari 2011, Nursuhaila telah menghantar mesej (SMS) kepada Jimmy Shanley dan mengugut untuk menggugurkan kandungannya walaupun ia adalah zuriat Jimmy Shanley selepas mengaku bahawa anak yang dikandungnya adalah anak luar nikah. Antara kandungan mesej yang telah dihantar oleh Nursuhaila kepada Jimmy ialah, "Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung." Jimmy kemudiannya membalas mesej tersebut dan bertanya anak siapakah yang Nursuhaila kandungkan, namun dijawab, "Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah." Menurut laporan Sinar Harian lagi, Jimmy Shanley mengaku pernah menghantar SMS dan merayu kepada isterinya, Nursuhaila agar berubah dan meminta ampun pada ibu-bapanya. |
Video : Persembahan Kejutan Awal Ashaari Untuk Scha Al Yahya, ‘Sedetik Lebih’. Sweet Sangat! Posted: 07 May 2012 11:31 AM PDT Diiringi dengan tiupan saksofon serta sentuhan piano, Awal Ashaari melakukan kejutan dengan menyampaikan sebuah lagu romantik "Sedetik Lebih – Anuar Zain" buat isteri tersayang, Scha Al-Yahya ketika majlis resepsi yang berlangsung di PICC, Ahad lalu. Ada yang menyifatkan momen sedemikian amat romantik dan diimpikan oleh mana-mana wanita di seluruh dunia. Kami setuju, dan tak salah sekiranya berkongsi sedikit rasa romantik ini bersama pembaca tersayang. Let us spread the love, okay? Dan bagi anda yang terlepaskan terkilan dengan kegagalan tayangan live tempoh hari, CST Production menyediakan sebuah video paparan majlis pernikahan dalam visual yang lebih menarik. Video selepas ini. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |