Adsense

Khamis, 3 Mei 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Adira Akui Rapat Dengan AG Coco (Hujan)

Posted: 03 May 2012 06:31 PM PDT

Adira
PETALING JAYA: Penyanyi Siti Adira Suhaimi atau Adira mengakui dia tidak menolak sekiranya pemain gitar kumpulan Hujan iaitu AG Coco ditakdirkan menjadi suaminya.
Adira berkata, AG atau nama sebenarnya Hedzry Hafiz merupakan lelaki yang paling rapat dengannya, malah memiliki ciri-ciri lelaki idaman seperti yang diinginkan.
"Kami mula berkenalan sejak Mac lalu apabila dia bekerjasama dengan saya dalam sebuah projek terbitan Astro, Akustik Adira.
"Sejak itu, kami sangat rapat dan andaikata dia ditakdirkan menjadi jodoh, saya terima," katanya yang dihubungi 
di sini, Khamis.
Tambah Adira, dia juga sering berkunjung ke studio milik AG, Kamar Seni, di mana mereka akan bekerjasama menyiapkan beberapa lagu bersempena dengan memperingati Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.
"Setakat ini saya selesa dengannya tetapi belum lagi sampi ke tahap bercinta," ujarnya.
Adira mula akrab dengan AG Coco(duduk di sebelah kanan) sejak bekerjasama dalam Akustik Adira. Foto diambil daripada Facebook AG Coco. 
Sementara itu, AG yang dihubungi turut mengakui hubungannya dengan Adira semakin akrab dan saling mengambil berat antara satu sama lain.
"Sebenarnya kami terlalu sibuk dengan kerja masing-masing, tetapi akan berjumpa jika mempunyai masa lapang.
"Tak sangka kami semakin rapat selepas bekerjasama dalam Akustik Adira sedangkan saya pernah menerbitkan lagu yang dinyanyiannya iaitu Saya Anak merdeka dan Balik Kampung untuk MyMusic Astro," ujarnya.
Dalam pada itu, beritahu AG, dia mula tertarik dengan Adira apabila penyanyi lagu Ilusi itu sering mengambil berat tentang penjagaan kesihatannya.
"Saya seorang yang gila kerja sampai boleh mengabaikan kesihatan dan masa makan
"Jadi Adira banyak mengingatkan saya dan sangat tegas kerana dia juga saya mula sedar tentang pentingnya menjaga kesihatan," katanya yang sibuk dengan penerbitan album Hujan, Zikir Imam Muda, Awi Rafael dan Majlis Belia.

- ---

Remy Kurus Bukan Kerana Masalah Cinta Dengan Tiz Zaqyah

Posted: 03 May 2012 06:30 PM PDT

Wajah terbaru Remy Ishak yang semakin kurus. - Foto oleh AZMAN GHANI 
KUALA LUMPUR: Pelakon Remy Ishak menegaskan perubahan drastik pada fizikalnya sejak kebelakangan ini bukan berpunca daripada masalah hubungan cinta dengan aktres Tiz Zaqyah.
Menurut pemilik nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, 30, tubuh badannya yang sasa sebelum ini menjadi semakin susut kerana komitmen sebagai watak komando dalam filem terbaru Bravo 5.
"Hubungan saya dan Tiz berjalan lancar dan tiada sebarang masalah. Kalau ada hal pun, perkara remeh-temeh yang biasa dihadapi oleh pasangan bercinta.
"Badan saya semakin susut demi menjayakan watak komando dalam filem Bravo 5," jelasnya ketika ditemui selepas pelancaran treler filem 29 Februari di GSC Pavilion Bukit Bintang, di sini, Khamis.
Remy berkata, perubahan fizikal itu adalah bagi membolehkan dia melakonkan watak Leftenan Azri dalam Bravo 5 itu dengan selesa dan lancar.
Katanya, sepanjang seminggu menjalani latihan di Kem Sungai Udang, Melaka, sebelum ini dia melihat majoriti anggota tentera memiliki susuk tubuh yang kecil tetapi lincah.
"Bravo 5 adalah filem epik peperangan mengenai perjuangan askar Melayu dalam menentang kemaraan Komunis. Secara tidak langsung, saya perlu cergas dan lebih berstamina seperti tentera sebenar.
"Ia menuntut komitmen yang tinggi termasuk kekuatan mental dan fizikal seperti meredah hutan, mengangkat senjata dan aksi lasak.
"Sebab itu saya mengambil inisiatif sendiri untuk mengecilkan tubuh badan agar lebih ringan dan lincah ketika penggambaran," terangnya yang sedang menjalani penggambaran filem arahan Yeop Hitler itu.
Beralih kepada pembabitannya dalam 29 Februari arahan Edry Abdul Halim itu, Remy berkata watak sebagai Budi sangat mencabar kerana menuntut permainan emosi dalaman dan luaran.
"Watak Budi ini mengalami perubahan usia mengikut peralihan pelbagai era dan detik-detik bersejarah.
"Saya perlu memaparkan permainan emosi dalaman yang berbeza-beza pada setiap perubahan usia Budi. Ia sangat mencabar tetapi saya suka pada penceritaan dan konsep filem ini," katanya.

- ---

Bob Kuman Dikebumikan Di Kampung Halaman

Posted: 03 May 2012 06:29 PM PDT

Allahyarham Bob Kuman. 
PETALING JAYA: Pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia pada sekitar pukul 4.38 petang di kediamannya di Kota Damansara, di sini pada Khamis.
Jiran Allahyarham, Mazidul Akmal Sidek ketika ditemui berkata, Bob telah menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Norma Ibrahim dan beberapa kenalan rapat.
Mazidul memberitahu, kematian Allahyarham telah disahkan oleh dua pegawai perubatan daripada Hospital Sungai Buloh yang tiba di kediamannya kira-kira pukul 4.30 petang.
"Sebelum pegawai perubatan daripada hospital tiba, anak saudara saya yang kebetulan berada di rumah Bob telah cuba memberikan bantuan pernafasan selama 20 minit namun disahkan Allahyarham telah meninggal dunia.
"Kehilangan Bob adalah sangat mengejutkan kerana saya baru sahaja bertemu dengannya kira-kira dua minggu lalu dan dia kelihatan sihat walaupun terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
"Bagaimanapun sebagai seorang Islam dan rakan rapat saya redha dengan pemergiannya," katanya.
Tambah Mazidul, pelakon itu meninggal dunia akibat komplikasi jantung, darah tinggi dan paru-paru berair.
Dalam pada itu, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Kota Damansara Seksyen 5 di sini untuk diuruskan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sawah, Negeri Sembilan selepas solat Isyak untuk dikebumikan.
Rakan baik Allahyarham, Emri Shamreza Che Embi berkata, jenazah akan dikebumikan selewat-lewatnya pagi esok di tempat asalnya atas permintaan keluarganya.
"InsyaAllah jenazah akan diuruskan terlebih dahulu sebelum di bawa pulang ke kampung halamannya atas permintaan keluarga sebelum dikebumikan selewat-lewatnya pagi esok (Jumaat)," katanya.
Terdahulu, Bob pada 21 April kesal apabila ada pihak menyebarkan fitnah terhadap dirinya dengan mengatakan dia telah meninggal dunia sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan masyarakat.
Antara rakan artis yang hadir menziarahi Allahyarham adalah Amy (Search), Aqasha, Zain (Ruffedge), Harun Salim Bachik dan kenalan rapat pelakon itu.

- ---

Fasha Enggan Komen Perkahwinan Tidak Mendapat Restu

Posted: 03 May 2012 06:28 PM PDT

Fasha Sandha enggan mengulas perkahwinannya tidak mendapat restu. 
PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha yang baru mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai) enggan mengulas dakwaan kononnya perkahwinan beliau dengan anak bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib itu tidak mendapat restu.
Fasha berkata, dia kini bahagia selepas seminggu bergelar isteri dan bersyukur kepada Allah kerana telah memberikannya seorang suami yang baik.
"Maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu," ujarnya ringkas ketika ditemui di Sri Pentas semasa pelancaran drama bersiri Seindah Sakura di sini pada Khamis.
Fasha dan Jejai selamat bernikah dalam satu majlis sederhana pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara di sini.
Pada upacara akad nikah yang dihadiri kira-kira 250 tetamu itu, wakil keluarga Jejai yang kelihatan hanyalah bapanya sahaja sebaliknya ibu beliau iaitu Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah tidak berada pada majlis tersebut.
Situasi tersebut menimbulkan spekulasi kononnya keluarga lelaki tidak merestui perkahwinan berkenaan.
Fasha dan suaminya, Jejai. 
Dalam pada itu, bercakap mengenai kehidupannya sebagai isteri, Fasha berkata, dia masih belajar bagaimana ingin menjadi seorang isteri yang baik namun memberitahu sedang meniti hari bahagia.
Tambah Fasha, tidak sukar untuk menambat hati Jejai kerana suaminya itu adalah seorang yang ringkas dan tidak cerewet.
"Mungkin kami telah berkawan lama sebelum berkahwin jadi senang untuk memahami sikap dan kehendaknya. Bagaimanapun saya masih belajar untuk menjadi seorang isteri," ujarnya.
Sementara itu, Fasha berkata dia dan Jejai akan berangkat ke Pulau Redang, Terengganu pada minggu hadapan bagi meraikan bulan madu.
Dalam perkembangan lain, Fasha memberitahu dia teruja dapat berlakon dalam drama Seindah Sakura yang diarahkan oleh Zul Zuhaimy kerana senang bekerja dengan pengarah baru itu.
Tambah Fasha, Zul begitu memahami kehendak pelakon dan senang untuk menerima pandangan orang lain bagi memantapkan drama bersiri berkenaan.

- ---

Terkini : Bob Kuman Meninggal Dunia

Posted: 03 May 2012 01:51 AM PDT


Bob Kuman telah pergi meninggalkan kita jam 4.38 petang sebentar tadi.

Al - Fatihah untuk arwah.

sumber : FB Mazidul Akmal
- ---

Mawi Banyak Bantu Uruskan Anak

Posted: 02 May 2012 11:27 PM PDT

KUALA LUMPUR: Isteri kepada penyanyi Asmawi Ani atau Mawi iaitu Nora'Asikin Rahmat (Ekin) memberitahu dirinya cukup bertuah apabila suaminya itu banyak membantu menguruskan anak perempuan mereka iaitu Cahaya Malaika tanpa perlu disuruh.
Ekin berkata, suaminya itu banyak berjaga pada waktu malam jika anaknya itu terbangun dari tidurnya dan menemani Cahaya yang baru berusia dua bulan sehingga dia tidur.
"Tiada apa yang boleh saya minta dari suami kerana sokongan dan bantuannya dalam menjaga anak adalah diluar jangkaan saya.
"Ia juga telah mengeratkan hubungan kami suami isteri dan kami sama-sama belajar bagaimana ingin membesarkan anak," katanya ketika ditemui semasa menghadiri majlis persandingan pelakon dan penyanyi Watie dan Azza (Elite) di sini pada Selas.
Bercerita lanjut mengenai perkembangan dirinya sebagai seorang ibu, Ekin berkata walaupun pada mulanya agak kekok tetapi dia sudah mula membiasakan diri untuk menguruskan anaknya itu.
Tambah Ekin, ibu dan neneknya juga banyak membantu dalam menguruskan Cahaya selain memberi tips berguna sebagai panduan buat ibu baru sepertinya.
"Masa mula-mula dulu nak mandikan dia pun rasa tak yakin kerana takut terjadi apa-apa tetapi mak dan nenek banyak membantu menguruskan Cahaya," katanya.
Ekin selamat melahirkan Cahaya pada 28 Februari lalu di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini.
Mawi gembira dengan kehadiran Cahaya Malaika.
Dalam pada itu, Ekin berkata, dia sangat seronok telah bergelar ibu dan segala penat lelah semasa mengandungkan anak perempuannya itu terbayar apabila dapat melihat gelagat Cahaya selepas pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum ini.
"Perasaan seronok bergelar ibu tu sukar untuk digambarkan tetapi apa yang pasti saya tidak mahu berenggang dengan Cahaya dan sentiasa mahu bersamanya," katanya.
Sementara itu, Ekin memberitahu dia tidak menggunakan susu formula untuk menyusukan Cahaya sebaliknya mengamalkan pemberian susu badan sepenuhnya.
Ekin memberitahu, dia bukan tidak percaya kepada susu formula tetapi yakin khasiat yang terkandung dalam susu ibu tersebut sudah memadai untuk anaknya itu.
"Sekarang ni tak boleh sesuka hati keluar rumah kerana anak menyusu badan malah saya sendiri pun sentiasa berat hati untuk meninggalkannya di rumah bersama ibu dan nenek.
"Jika terpaksa keluar saya akan pastikan bekalan susu badan mencukupi dan cuba balik ke rumah secepat yang mungkin," ujarnya.

- ---

Stacy Puas Luar Biasa

Posted: 02 May 2012 11:27 PM PDT

Stacy
PETALING JAYA: Penyanyi remaja Stracie Angie Anam (Stacy) berkata pengalaman bergelar ibu kepada anak angkat Bella Valentina selama hampir tiga bulan memberikan kepuasan yang luar biasa kepadanya.
Penyanyi yang bakal menginjak usia 22 tahun pada Ogos depan itu berkata, kehadiran anak kecil itu membuatkan dia berasa berat hati untuk meninggalkannya dan keluar bekerja.
"Pada waktu ini, saya terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen kerja terutamanya programMania sehingga membataskan waktu untuk bersama Bella. Mujurlah ibu banyak membantu menguruskan Bella sewaktu ketiadaan saya.
"Setiap kali keluar bekerja, pasti saya tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana mahu menghabiskan waktu dengannya," katanya di sini, petang Rabu.
Stacy mengambil bayi yang dilahirkan pada 15 Februari lalu itu daripada salah seorang ahli keluarganya yang kurang berkemampuan.
Melanjutkan perbualan, penyanyi lagu Kasanova itu berkata, perkara terhebat yang dialaminya apabila bayi itu mengenali dan memberikan reaksi tertentu kepadanya setiap kali dia pulang dari kerja.
Stacy bersama anak angkatnya, Bella Valentina yang dipelihara sejak Februari lalu.
"Saya cukup hairan bagaimana Bella sudah boleh mengenali saya setiap kali saya menatapnya. Dia akan memberikan reaksi tertentu apabila bersama saya berbanding dengan reaksinya kepada ibu atau keluarga yang lain.
"Malah, Bella seolah mengetahui saya kepenatan bekerja sepanjang hari dan tidak banyak ragam pada sebelah malam ketika kami tidur bersama," akuinya yang tidak kekok menguruskan bayi itu kerana sudah terbiasa dikelilingi anak-anak saudara sejak dulu.
Beralih kepada topik kerjaya, Stacy mengakui pembabitan dalam program Mania selama lapan minggu banyak membantu publisiti diri dan perkembangan kariernya.
"Saya sangat penat dengan komitmen Mania tetapi saya berasa seronok dan dapat menimba banyak peluang baru dalam kerjaya.
"Walaupun penat saya amat bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan. Jadi saya tidak mahu banyak mengeluh," ujarnya yang bakal tampil dengan lagu terbaru berjudul Pelangi Senja tidak lama lagi.

- ---

Seniman: Harun Salim Bachik Bakal Undur Diri

Posted: 02 May 2012 11:26 PM PDT

Harun Salim Bachik
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik membuat keputusan untuk tidak bertanding bagi pemilihan ahli jawatankuasa pada Mesyuarat Agung Seniman bagi penggal baru 26 Mei ini.
Harun berkata, dia nekad membuat keputusan itu selepas merasakan tidak boleh memberi komitmen sepenuhnya terhadap persatuan tersebut kerana kesibukan kerja dan pada masa sama mempunyai beberapa masalah kesihatan.
"Nampaknya tempoh masa saya untuk memegang jawatan Presiden tinggal 23 hari lagi dan saya tidak akan bertanding untuk mendapat tempat untuk mana-mana jawatankuasa dalam Seniman.
"Bukan mudah apabila diberi tanggungjawab sebagai presiden terutamanya, dengan kesibukan kerja-kerja lakonan dan pada masa sama mempunyai sedikit masalah kesihatan, sukar untuk saya membahagikan masa.
"Apa-apapun saya masih lagi ahli Seniman yang sentiasa menyokong perjuangan persatuan," katanya.
Bagaimanapun, Harun menegaskan pengundurannya itu tiada kaitan dengan isu merajuk dengan timbalan persatuan itu, Zed Zaidi yang sering menjalankan aktiviti Seniman tanpa pengetahuannya malah kedua-dua mereka masih lagi berhubungan baik antara satu sama lain.
Dalam pada itu, Harun memberitahu, sepanjang dua tahun bergelar presiden, dia berbangga kerana dapat membuat sedikit pembaharuan daripada segi mempertahankan pelbagai hak artis.
"Saya bersyukur kerana dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang presiden. Cuma, antara perkara yang masih lagi sukar diubah dalam persatuan itu sendiri ialah masih lagi tidak ada penyatuan yang kukuh antara ahli-ahlinya.
"Masih lagi ada konsep berpuak, namun ia boleh dikawal. Biasalah, apabila terdapat salah faham berlaku," ujarnya.
Ditanya, siapakah yang layak menggantikannya sebagai presiden untuk penggal baru nanti, kata Harun, Zed mempunyai potensi besar dalam merebut jawatan itu lebih-lebih lagi apabila Zed cukup bersemangat dalam hal mendapatkan hak artis-artis tempatan ketika dia sedang sibuk.
"Setakat ini apa yang saya nampak, dia (Zed) memiliki potensi menjawat jawatan presiden Seniman kerana dia begitu berkobar-kobar dalam membantu hak-hak artis tempatan," katanya.
Harun dipilih sebagai presiden Seniman pada 18 Dosember setelah menang tipis sebanyak 78 undian berbanding Datuk Mustapha Maarof yang mendapat 74 undian pada pemilihan yang berlangsung di Pawagam Mini P.Ramlee, Kompleks Finas, Hulu Klang.

- ---